Anak jadi murung bila banyak kerja mak ayah dia yang kena buat. Peranan seorang anak dalam keluarga adalah untuk belajar, bermain, dan berkembang dengan penuh kasih sayang dan sokongan dari ibu bapa.
Anak Boleh Jadi Murung Bila Banyak Kerja Mak Ayah Dia Yang Kena Buat
Namun, terdapat keadaan di mana anak-anak perlu mengambil alih tanggungjawab orang dewasa, sama ada disebabkan oleh masalah kewangan, kesihatan, atau situasi lain yang mencabar dalam keluarga. Hal ini boleh menyebabkan anak tersebut menjadi murung dan mengalami tekanan emosi.
Berikut antara sebab mengapa anak boleh jadi murung bila terpaksa pikul tanggungjwab ibu dan ayahnya.
1. Dia yang kena bertanggungjawab hal adik-adiknya.. dari celik mata sampai tidur adik, dia yang kena urus.
2. Apabila yang buat hal adik tapi dia yang kena marah sebab tak tengok dan jaga adik.
3. Jadi tempat mak ayah mengadu masalah. Anak sahaja yang kena faham situasi dan masalah mak ayahnya.
4. Pikul tanggungjawab kerja rumah yang melampau, dari basuh baju, basuh pinggan, masak, mandikan adik semua dia yang kena pikul.
5. Hilang keseronokan jadi kanak-kanak. Langsung tak dibenarkan bermain dan merasa santai. Hanya kerja, belajar itu sajalah hidup dia.
Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Kemurungan Anak
Tekanan Tanggungjawab yang Berat
Anak-anak yang dipaksa mengambil alih tugas-tugas dewasa seperti menjaga adik-beradik, memasak, membersihkan rumah, atau bekerja untuk menyara keluarga akan merasa tertekan. Mereka tidak mempunyai masa untuk menikmati masa kanak-kanak mereka, bermain, atau belajar dengan tenang.
Kehilangan Masa Kanak-Kanak
Ads
Masa kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan fizikal, emosi, dan mental. Anak-anak yang terpaksa mengambil alih tugas orang dewasa akan kehilangan peluang untuk bersosial dengan rakan sebaya dan menikmati masa lapang yang penting untuk perkembangan mereka.
Kurang Sokongan Emosi
Apabila ibu bapa terlalu sibuk atau tidak mampu memberikan sokongan emosi yang mencukupi, anak-anak mungkin merasa kesepian dan tidak dihargai. Kurangnya komunikasi dan perhatian daripada ibu bapa boleh menyumbang kepada perasaan rendah diri dan kemurungan.
Tekanan Akademik
Anak-anak yang mempunyai tanggungjawab tambahan di rumah mungkin tidak mempunyai masa atau tenaga yang mencukupi untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka. Tekanan untuk berjaya dalam akademik sambil menguruskan tugas rumah boleh menyebabkan keletihan mental dan emosi.
Rasa Bersalah
Anak-anak mungkin merasa bersalah jika mereka tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa atau jika mereka melihat ibu bapa mereka bekerja keras dan menderita. Perasaan bersalah ini boleh menambah beban emosi dan menyebabkan kemurungan.
Ads
Cara Mengatasi dan Membantu Anak-Anak yang Terbeban
Komunikasi Terbuka
Ibu bapa harus berusaha untuk berkomunikasi secara terbuka dengan anak-anak mereka. Dengar dan fahami perasaan dan keperluan mereka. Ini akan membantu anak-anak merasa didengar dan dihargai.
Membahagikan Tugas Secara Realistik
Pastikan tugas-tugas yang diberikan kepada anak-anak adalah sesuai dengan umur dan keupayaan mereka. Jangan bebankan mereka dengan tanggungjawab yang terlalu berat atau dewasa.
Menyediakan Sokongan Emosi
Berikan sokongan emosi yang diperlukan oleh anak-anak. Luangkan masa untuk berbual, bermain, dan beraktiviti bersama mereka. Sokongan ini penting untuk perkembangan emosi yang sihat.
Ads
Mendorong Aktiviti Rekreasi
Galakkan anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti rekreasi yang mereka nikmati, seperti bersukan, berkesenian, atau bermain dengan rakan-rakan. Aktiviti-aktiviti ini boleh membantu mereka melepaskan tekanan dan merasa lebih bahagia.
Kemurungan dalam kalangan anak-anak yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab ibu bapa adalah masalah serius yang perlu ditangani dengan bijaksana. Ibu bapa dan masyarakat perlu bekerjasama untuk memastikan anak-anak mendapat peluang untuk menikmati masa kanak-kanak mereka dengan penuh kegembiraan dan sokongan.
Kesimpulannya, kadang-kadang kita ibu bapa lupa bahawa anak-anak ini amanah dan tanggungjawab kita untuk besarkan dia dengan cukupi keperluan dan penuhi hak-hak mereka.
Masalah kita bukan urusan anak, kesusahan kita bukan urusan anak. Memahami dan memikul kerja itu dua perkara berbeza.
Penjagaan kebersihan mulut bayi amat penting, walaupun hanya satu gigi pertama yang baru tumbuh. Gigi susu yang sihat membantu bayi mengunyah makanan, belajar bertutur, dan menjadi asas kepada pertumbuhan gigi kekal yang baik. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara membersihkan gigi bayi dengan betul dan selamat.
Bila Perlu Mula Membersihkan Gigi Bayi?
Penjagaan mulut bayi seharusnya bermula sebelum gigi pertama tumbuh. Walaupun gigi belum kelihatan, bakteria tetap boleh terkumpul di bahagian gusi. Apabila gigi pertama muncul, penjagaan harus menjadi lebih teliti.
Langkah-Langkah Membersihkan Gigi Bayi
Berikut ialah langkah mudah untuk membersihkan gigi bayi:
1. Sebelum Gigi Tumbuh: Bersihkan Gusi Bayi
Gunakan kain kasa atau kain lembut yang bersih dan dibasahkan dengan air suam.
Balut kain tersebut pada jari telunjuk dan sapu perlahan pada gusi bayi.
Lakukan dua kali sehari, terutamanya selepas menyusu dan sebelum tidur.
2. Selepas Gigi Pertama Tumbuh: Guna Berus Gigi Khas Bayi
Pilih berus gigi yang lembut dan kecil, direka khas untuk bayi.
Gunakan air masak tanpa ubat gigi untuk bayi berumur bawah 18 bulan.
Sikat gigi secara perlahan-lahan, dengan gerakan bulat pada gigi dan bahagian gusi.
Lakukan dua kali sehari – waktu pagi dan malam.
3. Penggunaan Ubat Gigi (Mengikut Umur)
Mulai umur 18 bulan ke atas, ibu bapa boleh mula menggunakan ubat gigi berfluorida khas kanak-kanak (sebesar biji beras sahaja).
Pastikan bayi tidak menelan ubat gigi dan ajar mereka untuk meludah selepas memberus.
Penjagaan gigi bayi yang konsisten dan lembut sejak awal membantu mencegah kerosakan gigi dan membina tabiat kebersihan mulut yang baik. Dengan sedikit usaha setiap hari, anda boleh memastikan senyuman si manja kekal sihat dan berseri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Liza Hanim di instagramnya, dia menyatakan semasa lahir Fateh tidaklah besar sangat. Hanya 2.8 kilogram dan sekarang selepas sebulan lahir naik 4.2 kilogram.
“Assalamualaikum dunia…. perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari.
“Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Fateh selain mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sihat.
“Tahniah… Semoga mnjadi ank yang soleh, anak yang akan berbakti pada ibu bapa… Semoga membesar dengan sihat… Selamat berpantang kak Liza Hanim,” komen @adeqristynaa_angah
“Comelnya! Besar dengan sihat & kuat baby Fateh, moga jadi pelindung untuk ibu & ayah kelak,” tulis @arilabdul
“Macam baby girl saya kak @lizahanim79. Lahir 2.76kg, sebulan 4.2kg. Semoga Al Fateh menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat,” kongsi @anishafizah_ismail
Berusaha Turunkan Berat
Dalam pada itu juga, Liza Hanim turut berusaha untuk menurunkan berat badannya selepas bersalin.
Katanya lagi selain penjagaan pantang untuk kesihatan dalaman dia juga turut menitikberatkan kecergasan fizikal physiotheraphy.
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Foto: Instagram @lizahanim79
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuahnya! Bagi penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mendedahkan anak ketiganya Muhammad ‘Ali yang dilahirkan pada 19 September lalu adalah cahaya mata yang dinanti-nantikan keluarganya.
Kata Alif, sepanjang tiga generasi kebanyakan ahli keluarga sebelah ibunya terdiri daripada saudara-mara perempuan melainkan Alif sendiri.
Berkongsi semula detik kelahiran anak lelaki pertamanya, cerita Alif dia hampir terlupa dengan hari jadinya yang jatuh pada tarikh sama dengan waktu kelahiran ‘Ali.
“Alhamdulillah anak lelaki saya memberikan satu kegembiraan yang berbeza dalam keluarga kami kerana dia lahir sama dengan tarikh hari jadi saya.
“Pada hari itu saya sudah tak fikir apa selain melihat isteri saya bertarung nyawa dan menantikan anak saya dilahirkan.
“Tepat pukul 11.21 malam, ‘Ali dilahirkan secara normal namun dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi selama lima hari kerana demam kuning,” ujarnya.
Alif dan isteri Sha Dila Halid mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.
Sha Dila pernah mengalami keguguran pada awal tahun ini namun disahkan hamil semula tidak lama selepas itu.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.