Anak menjadi tuan, adakah ia kesan daripada kesilapan ibu bapa dalam mendidik? Ikuti penerangan pakar pendidikan awal kanak-kanak ini.

Mungkin ramai yang berpendapat ibu bapa yang memberikan kebebasan kepada anak-anak akhirnya akan menjadi mangsa keadaan, di mana si kecil setelah meningkat usia menjadi seorang yang agresif dan terlalu bebas bersuara hingga boleh mengganggu emosi orang lain. Adakah ia benar?

Anak Jadi Tuan Akibat Salah Asuhan? Ini Yang Perlu Ibu Ayah Buat Elak Kesilapan!

SUKA MEMANIPULASI

Menurut Prof Dr Bustam Kamri, Dekan Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, kanak-kanak pada usia lima hingga enam tahun sudah pandai memanipulasi untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Kajian menunjukkan kanak-kanak mula tidak bercakap benar apabila antara usia dua hingga empat tahun. Ini menandakan pemikirannya sudah terpisah daripada ibu bapa. Ini juga menandakan kefahamannya kepada perkataan ‘tidak’ atau ‘tak boleh’ membantunya menggambarkan sempadan antara keinginan, kehendak dan perasaan.

Manipulasi atau lebih mudah disebut berbohong ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah untuk mengelakkan daripada didenda, mendapatkan kelebihan, mengawal, sebab sesuatu akibat yang tidak diingini atau merangsang kendiri. Dia seperti orang dewasa, berbohong untuk mendapatkan kuasa, mengekalkan privasi atau melindungi rakan.

Anak Jadi Tuan Akibat Salah Asuhan? Ini Yang Perlu Ibu Ayah Buat Elak Kesilapan!

Anda perlu faham kanak-kanak pada usia ini sudah tahu perbezaan bercakap benar dan berbohong dan tahu ia adalah satu kesalahan. Senang sahaja kalau anda ingin mengetahui sama ada dia berbohong atau tidak. Selalunya dia akan berkata, Saya tidak boleh beritahu atau Saya tidak tahu.


BUKAN KRISIS MORAL, FAHAMI DULU PUNCA DIA BERBOHONG…

IKLAN

Walau bagaimanapun, jika anak anda mula berbohong pada usia ini, ia tidak boleh dianggap sebagai krisis moral. Dia hanya berbohong untuk mendapatkan apa yang diingini dan ia dianggap normal dan sihat. Anda tidak perlu menjadi detektif menyiasat kerana ia akan membuatkan dia berasa dirinya tidak dipercayai.

Membantu si manja membina moral dan bertanggungujawab kepada perlakuannya adalah satu matlamat jangka panjang. Antaranya ialah anda sebagai model tingkah laku dengan mempercayainya, mengawal diri dan menghormati orang dewasa. Berikan dorongan dan rangsangan untuknya bertanggungjawab kepada diri. Sentiasa tenang kerana semakin tenang maka semakin baik cara anda berkomunikasi dengan anak.

Anak Jadi Tuan Akibat Salah Asuhan? Ini Yang Perlu Ibu Ayah Buat Elak Kesilapan!

MENGELAK DARIPADA DIMARAHI ATAU DIHUKUM SELALU JADI PUNCA DIA BERBOHONG

Peribahasa siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri tidak boleh digunapakai bagi kanak-kanak sebaliknya anda perlu melihat kembali sebab pembohongan itu terjadi. Ia adalah untuk mengelak daripada dimarahi atau dihukum.

Walau apa pun, anda boleh boleh menasihatkannya dengan kaedah bercerita seperti cerita “Budak Gembala Kambing” yang mempermainkan kepercayaan orang dengan meminta tolong kononnya serigala datang untuk makan kambing gembalaannya. Dengan ini, si anak akan menilai cerita dan memahami kesan berbohong.

IKLAN

Selain itu, anda perlu meneliti juga sebab dia berbohong, mungkin mahukan lebih perhatian dan aktiviti yang melebihi jangka waktu yang diberi. Berikan anak bimbingan bagi memperbetulkan perlakuan negatif kepada positif di samping memberi keyakinan diri.


MEMBUAT PILIHAN

Ibu bapa menggalakkan anak kecil daripada awal membuat keputusan sendiri (seperti membuat pilihan pakaian sendiri dan memilih makanan sendiri) adalah baik. Memang ada kesan positif di mana anak berdikari, petah dan sebagainya. Tetapi ramai yang gusar andai cara ini punca kepada anak membesar menjadi anak bos, agresif dan sukar menerima teguran.

Menurut Prof Dr Bustam, perkara ini baik kerana ia membantu perkembangan personaliti dengan membina deria automoni. Apabila kita diberikan, selalunya kita akan merasakan ada kawalan.  Anak membina keyakinan dalam membuat pilihan dan mengawal apa yang berlaku kehidupannya. Rasa ingin mengawal dengan mencuba secara negatif dalam diri si anak juga dapat dikurangkan.

Anak Jadi Tuan Akibat Salah Asuhan? Ini Yang Perlu Ibu Ayah Buat Elak Kesilapan!

IKLAN

Daripada ini juga, si kecil belajar bahawa apa yang berlaku dalam kehidupan adalah bergantung kepada apa yang dipilih. Cara terbaik belajar membuat pilihan terbaik  adalah dengan membuat banyak pilihan. Biar anak belajar membuat keputusan sejak kecil supaya dia boleh membuat keputusan yang rasional dan waras apabila dewasa nanti. Tetapi bagi mengawalnya, anda boleh mengehadkan pilihan kepada anak seperti memilih satu antara dua pilihan yang ada.


ANAK JADI TUAN AKIBAT SILAP ASUHAN

Anak menjadi tuan ialah kesan gaya didikan ibu bapa permissive iaitu tidak mengawal tingkah laku anak. Akibatnya anak tidak tahu batas sempadan dan ikut gerak hati sendiri serta tidak matang. Ia juga boleh terjadi dengan gaya didikan yang terlalu mengongkong iaitu autoritarian. Dalam didikan cara ini, anak dipaksa patuh arahan tanpa sebarang alasan. Buat sahaja apa yang disuruh kerana menjadi takut kerana hubungan dan dendaan.

Anak Jadi Tuan Akibat Salah Asuhan? Ini Yang Perlu Ibu Ayah Buat Elak Kesilapan!

Gaya mendidik autoritatif pula lebih kepada kompromi iaitu memberi masa menerangkan peraturan tetapi masih menekankan peraturan. Ibu bapa ada masa mendengar pandangan anak. Anak memahami batas sempadan, bertanggungjawab dan cepat matang.  Manakala gaya demokratik pula lebih berdiplomasi. Peraturan dipersetujui bersama bebas memberi pandangan dan berbincang bersama keluarga. Mengelakkan hukuman fizikal. Komunikasi mesra dan terbuka anak dan ibu bapa. Kesannya mesra penyayang dan emosi stabil.

Anda boleh memilih sendiri cara didikan autoritatif atau demokratik bersesuaian dengan personaliti anak. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan terjadinya fenomena ‘anak menjadi tuan’ pada masa akan datang.

Anak Jadi Tuan Akibat Salah Asuhan? Ini Yang Perlu Ibu Ayah Buat Elak Kesilapan!

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI