Bila masuk bulan ramadan, pasti ramai yang ingin mendidik anak kecil supaya berpuasa. Bukan hanya ibu bapa, malah anak itu sendiri yang tak sabar ingin mencuba bagaimana berpuasa di bulan yang mulia ini. 

Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini berkongsi: “Para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, berdasarkan hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.”

“Anak Kecil Di Hantar Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah Sebab Berpuasa”Doktor Kongsi Cerita

Namun lain pula kisah yang dikongsi oleh doktor kesihatan dan perubatan ini apabila salah seorang pesakitnya yang masih kecil datang dalam keadaan lemah kerana dipaksa berpuasa penuh ketika berada di sekolah.

Hari ni ada seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik. Si anak baru berumur 6-7 tahun. Baru nak mengenal puasa. Sekolah pagi. Ibu tak sediakan sarapan, sebab sedang ajar nak berpuasa, tapi dibekalkan air dan roti untuk ke sekolah.

Dipesan pada anak, jika tak tahan berpuasa, maka berbukalah dengan bekal yang dibawa. Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih belum berbuka. Jika tidak kerana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati.


 

Malangnya, si anak ni nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, dan tak mahu lagi ke sekolah.

IKLAN

Bila ditanya mengapa, si anak beritahu makanan dan minumannya di ambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa ditegur di khalayak kelas. Ada rakan sekelas yang tertawakan mereka yang tak puasa.

Lepas sekolah habis, baru bekal makanan dipulangkan. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Si anak hanya menurut, kerana takut dimarahi.

Pendapat saya, bila mengajar kanak-kanak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka.

Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya.

IKLAN

“Anak Kecil Di Hantar Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah Sebab Berpuasa”Doktor Kongsi Cerita

Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan.
Kita ada sekitar 30 hari, InsyaAllah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama.

Semoga Ramadan ini, lebih baik daripada yang sebelumnya.

*tak perlu kecam cikgu secara umum. Tak semua cikgu begini. Ada yang bagus, prihatin dan berempati.

IKLAN

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

“Anak Kecil Di Hantar Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah Sebab Berpuasa”Doktor Kongsi Cerita

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI