Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri pada zaman dahulu dengan sekarang amat berbeza. Dengan keadaan hari ini, memerlukan isteri-isteri untuk lebih bijak bertindak serta tidak mengharapkan sepenuhnya atas bantuan daripada suami.
Sekurang-kurangnya isteri kena ada back plan andai suatu hari nanti Allah ambil pasangan kita. Mungkin waktu itu kita rasa tak bersedia tetapi disebabkan mempunyai beberapa orang anak tetap memerlukan kita untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.
Persiapkanlah dari awal kerana tiada siapa akan dapat menjangka apa akan berlaku di masa hadapan.
Berikut antara 7 perkara yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita sebelum atau selepas bergelar seorang isteri:
1. Pastikan anda ada wang simpanan sendiri
Siapa pun lelaki yang dikahwini, tidak kiralah dari golongan yang kaya-raya atau tidak, seorang wanita perlu menyiapkan diri dengan wang simpanan sendiri. Tolak tepi duit anda yang tidak akan digunakan untuk membayar komitmen atau hutang. Malah, wang hantaran juga boleh dijadikan sebagai simpanan buat diri sendiri jika misal terjadi apa-apa yang tidak diingini.
2. Jika ada rezeki lebih, belilah sebuah rumah pelaburan untuk dijadikan sebagai persediaan
Ia tidak bermaksud anda berfikiran negatif tentang suami atau rumahtangga anda. Namun, langkah awal perlu diambil oleh setiap wanita yang bergelar isteri atau bakal bergelar isteri bagi memudahkan lagi urusan jika suatu hari nanti perjalanan anda sebagai suami isteri tidak mampu diteruskan lagi dan sebagainya. Dengan cara membeli rumah sebagai pelaburan, boleh membantu anda supaya tidak ‘terkapai-kapai’ nanti.
Ads
Sumber gambar: Google
3. Jika suami beri nafkah, simpan. Jangan gunakan semuanya.
Wanita harus pandai untuk menguruskan simpanan sendiri. Kalau boleh, nafkah yang diberikan oleh suami jangan digunakan kesemuanya. Simpan sedikit untuk usahakan simpanan sendiri. Tolak tepi jika boleh dan wang tersebut boleh digunakan di masa hadapan jika berlaku kecemasan atau perkara yang tidak diingini.
4. Jika suami anda jenis tiada wawasan kewangan, jangan cerita berapa wang yang anda ada
Ada juga sesetengah lelaki yang tidak bijak menguruskan kewangan walaupun sudah berkahwin. Oleh itu, sebagai seorang wanita, anda perlu merahsiakan berapa simpanan yang ada. Bukan kedekut, anda boleh bantu setakat yang mampu tapi jangan berikan jumlah sebenar. Jangan bimbang kerana harta atau wang isteri adalah hak milik penuh isteri. Suami tidak harus tahu atau mengambilnya melainkan atas kerelaan isteri.
Perkara ini memang nampak remeh tapi sebenarnya penting buat para wanita di luar sana untuk memiliki lesen dan tahu memandu kereta. Masih ada segelintir wanita yang tidak tahu memandu dan belum memiliki lesen. Oleh disebabkan itu, mereka akan bergantung sepenuhnya kepada suami. Jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, sukar untuk anda menyelamatkan diri tanpa ketiadaan suami.
6. Sediakan catatan setiap perbelanjaan setiap bulan untuk tahu ke mana wang anda pergi
Setiap bulan pasti ada catatan hutang dan komitmen perlu dibayar. Oleh itu, para wanita disarankan untuk membuat catatan bagi setiap perbelanjaan dan jumlah komitmen setiap bulan untuk tahu berapa sebenarnya yang diperlukan. Dengan cara ini, anda akan lebih mengetahui ke mana sebenarnya wang anda pergi. Catatan ini adalah termasuk menyimpan resit pembelian barang dapur, keperluan anak, keperluan diri sendiri dan sebagainya.
7. Perlu diingatkan bahawa suami adalah pinjaman Tuhan sahaja
Ads
Apakah yang dimaksudkan dengan suami adalah pinjaman Tuhan?
Zaman sekarang ini, wanita yang bergelar isteri tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada suami. Kerana suami hanyalah pinjaman di dunia. Sekiranya tidak diambil Tuhan, akan diambil wanita lain pula.
Sebab itulah perkara-perkara di atas perlu dilakukan terlebih dahulu buat para wanita di luar sana, ianya boleh dijadikan sebagai langkah awal sebelum perkara tidak diingini berlaku. Barulah anda tidak akan susah kerana masih ada wang simpanan, aset dan perkara lain telah tersedia.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
Biasanya kebanyakan ibu-ibu bila memasak, selepas menggunakan kuali atau periuk akan berus bersungguh-sungguh di bahagian dalamnya saja. Manakala dibahagian luar hanya dicuci dengan sabun untuk menghilangkan minyak.
Ini kerana ramai beranggapan nak menyental semula kuali dan periuk yang bahagian bawahnya dah hitam mesti akan ambil masa yang lama juga. Bila dari sehari ke sehari dibiarkan, kerak semakin tebal dan warna periuk di bahagian bawah juga semakin bertambah hitam.
Sampai satu masa, kita pula rasa sakit mata melihatnya. Nak buang sayang sebab elok dan masih boleh digunakan lagi. Jadi macam mana nak buat?
Tip yang dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat sangat menakjubkan. Memang kagum sangat sebab walaupun periuk dah berusia lebih 20 tahun tetap boleh berkilat macam yang baru. Memang wow!
Nak share satu petua yang memang diamalkan sejak sekian lama. Tiap-tiap hari kita Masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah je:
Ketulab biru tu adalah sabun mandi
Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih. Pastu bolehlah sental periuk kita.
Bilas dan cuci bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah!
Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Haa, berkilatkan. Boleh cuba lakukan dengan dua tip ni je. Cuma rajin atau tak je. Kalau berdisiplin memang boleh nampak macam baru je semua periuk dan kuali di dapur kita.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Real Case : Ada parents di sini yang mengaku tak pernah dan tak tahu untuk marah anak. Parents…. Marah tu tandanya untuk menegur kesalahan anak. Kan ada pepatah mengatakan marah tandanya sayang. Real case ini adalah perkongsian daripada Cik Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa.
Sanggup ke kita tengok anak kita buat salah tapi kita biarkan je anak buat tingkahlaku macam tu? Sanggup ke kita biarkan anak baling barang dekat kita, sepak, tampar kita?
Kita mungkin sanggup, tapi bagaimana bila di luar? Jika anak buat perkara yang sama dekat kita kepada orang lain. Ada yang kata takut anak berdendam. Ada yang kata takut anak trauma dan emosi. Hm. Marah ada hadnya. Jangan marah sehingga menghina dan mengeluarkan kata-kata yang buruk dan negatif kepada anak. Jangan marah setiap masa pulak, tu parents yg ada masalah!
Marah anak ketika dia buat kesalahan. Puji anak ketika dia buat kebaikan.
Dari sini anak akan belajar bahawa setiap perkara yang baik akan diberi pujian dan dihargai & perkara yang buruk jika dilakukan pasti akan dihukum. Yang salah tetap salah, dan yang betul kita raikan.
Biarkan anak menangis harini. Jangan satu hari nanti kita pula yg menangis melihat anak kita
Selepas bergelar ibu, ada waktunya fokus untuk kecantikan diri terutamanya kami sering kita abaikan. Masalah kulit kaki merekah menjadi sebahagian masalah ibu yang selalu kita abaikan.
Bukan tidak pandai menjaga diri tetapi banyak faktor lain yang menyebabkan bahagian tumit kaki ini sering kering dan pecah. Apatah lagi jika selalu pijak lantai, tumit makin teruk dan rekahan makin dalam.
Ditambah pula dengan kesan kehitam-hitaman yang mengganggu penampilan kita. Apa nak buat?
Tip mudah yang dikongsikan oleh Siti Norshafika Amran untuk mengatasi masalah tumit merekah ini mama kena cuba. Tak perlukan masa yang lama, kaki kembali bersinar dalam masa lima minit sahaja. Wow!
“Jangan pandang rendah tumit merekah. Tumit pun ada nak kena lawa dan flawless juga,” katanya.
Bahan-bahan:
Limau nipis atau lemon
Garam
Berus gigi
1. Celupkan limau ke dalam garam.
2. Sapu limau dengan sedikit tekanan pada tumit yang kasar dan hitam.
3. Gosok perlahan hingga tumit menjadi licin kembali.
4. Anda boleh menggunakan berus gigi selepas limau habis digunakan.
Lihatlah hasilnya, memang cantik!
Punca Kulit Mereka Sebab Kurang Air
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, punca utama masalah kulit kaki merekah biasanya disebabkan oleh kekurangan air dalam badan.
Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.
Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.
Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri kad mesin juruwang automatik (ATM) milik datuknya, Mei...