Bakal menyambut kelahiran anak keduanya sedikit masa lagi, usahawan dan pengacara, Neelofa dilihat sudah pun membuat beberapa persiapan untuk menyambut kelahiran yang dinanti itu.
Malah beberapa perkongsian di Insta Storynya, Neelofa dilihat sudah pun membuka beberapa barangan dan keperluan bayi milik anak sulungnya, Muhammad Bilal untuk digunakan semula oleh anak keduanya.
Pun begitu kata Neelofa di Insta Story, ketika berkongsi video, ramai pula pengikutnya yang memohon untuk memberikan pakaian lama itu kepada mereka.
“Anak kedua saya nak guna,” demikian respons balas Neelofa ekoran ramai yang memintanya menderma pakaian bayi anak sulungnya, Bilal sekiranya tidak digunakan lagi.
Ads
Menurut ibu cantik manis ini, dia bukan enggan ‘menderma’ tetapi mahu kesemua barangan itu termasuk pakaian akan digunakan semula oleh bayi keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Saya buka semula bungkusan barangan yang Bilal guna ketika bayi.
“Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.
“Mungkin ada yang tak tahu saya mengandung ketika ini dan sangka hanya perut buncit sahaja,” katanya menerusi InstaStory.
Ads
Bahkan kata Neelofa lagi, dia juga menerima banyak permintaan sebegitu menerusi ruangan mesej dalam media sosial daripada sesetengah wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
“Ini untuk anak saya puan,” kata Neelofa tegas.
Terdahulu, Neelofa mendedahkan kehamilan anak keduanya pada Mac lalu selepas beberapa foto baby bump yang jelas kelihatan tular di media sosial.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Di kala usia sekecil tiga tahun, sepatutnya dunia anak kecil hanya dipenuhi dengan tawa dan belaian kasih sayang. Namun, siapa sangka seorang kanak-kanak perempuan di Yunnan, China terpaksa menanggung detik ngeri apabila sebilah pisau tertusuk di kepalanya.
Lebih menyayat hati, si kecil itu tetap kelihatan tenang ketika berjalan masuk ke hospital ditemani ibunya, seolah-olah tidak memahami betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Kejadian yang berlaku pada 15 Ogos lalu itu dilaporkan berpunca apabila ibunya sendiri tanpa sengaja menikam anaknya ketika cuba menakut-nakutkan dengan senjata tajam yang disimpan di bawah bantal.
Doktor memberi amaran agar pisau berkenaan tidak dicabut sendiri kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan pendarahan serius atau kecederaan lebih parah.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke bilik pembedahan bagi mengeluarkan pisau berkenaan dan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas rawatan intensif.
Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak tersebut berjalan dengan tenang bersama ibunya sehingga memasuki bilik pembedahan.
Pengguna media sosial di China memuji keberanian luar biasa mangsa yang digambarkan lebih tabah daripada kebanyakan orang dewasa.
Namun insiden tersebut turut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat mengenai aspek keselamatan kanak-kanak di rumah.
Orang ramai menggesa ibu bapa lebih berhati-hati serta memastikan barang tajam disimpan dengan selamat agar tragedi seumpama ini tidak berulang.
Penularan pandemik Covid 19 kini lebih meluas apabila satu laporan mengenai jangkitan wabak ini terhadap haiwan telah direkodkan. Seekor harimau di Zoo Bronx, New York disahkan positif wabak itu selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.
Mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan serta untuk membendung penularan wabak ini, Orang ramai dinasihatkan membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh haiwan peliharaan kerana dibimbangi haiwan terbabit dijangkiti COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata adalah penting untuk menjaga kebersihan termasuk ketika mengendalikan haiwan terbabit.
“Basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya. Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar (DVS) untuk nasihat lanjut mengenai perkara ini,” katanya dalam ciapan di Twitter mengenai haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di sebuah zoo di New York.
Terdahulu, menerusi sidang media Dr Noor Hisham berkata sekiranya haiwan terbabit dijangkiti COVID-19, virus berkenaan boleh menjangkiti pemiliknya.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat tujuh jenis coronavirus yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia antaranya, Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan yang terbaharu ialah COVID-19.
Sebelum ini, media melaporkan seekor harimau malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif COVID-19 selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.
Harimau yang dinamakan sebagai Nadia itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti coronavirus daripada manusia.
Selain itu, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.
Dalam satu laporan yang dibuat oleh Astro Awani, penulisan oleh Pensyarah Kanan Imunologi Veterinar di Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar UPM menggariskan beberapa panduan buat pemilik haiwan peliharaan yang boleh diguna pakai ketika penularan Covid-19 ini.
Adakah haiwan peliharaan anda boleh dijangkiti dan menyebarkan COVID19?
Menurut laporan Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE), kes jangkitan daripada manusia kepada haiwan ini adalah kes terpencil.
Buat masa ini, tiada bukti yang jelas bahawa virus SARS-CoV2 punca penyakit COVID-19 yang menjangkiti haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing boleh merebak kepada manusia atau haiwan lain.
Saringan besar-besaran sedang dan masih dijalankan oleh pihak berkuasa di China dan makmal diagnostik veterinar di Amerika Syarikat ke atas sampel anjing dan kucing dan setakat ini mendapati tiada sampel positif dijumpai.
Jangkitan daripada manusia kepada haiwan bukan sesuatu yang baharu. Semasa wabak SARS pada tahun 2003 di Hong Kong, sejumlah kucing dan anjing didapati positif, namun tiada bukti penyebaran virus boleh terjadi kepada manusia.
Buat masa ini, tiada laporan daripada kalangan doktor veterinar berkenaan peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dalam kalangan haiwan peliharaan.
Secara kesimpulannya, pemilik haiwan peliharaan tidak perlu panik dengan laporan ini, sebaliknya perlu mengamalkan kebersihan diri semasa mengendalikan haiwan peliharaan.
Apakah langkah yang boleh diambil oleh pemilik haiwan peliharaan pada masa ini?
Beberapa saranan penting telah dikeluarkan daripada pihak Pusat Kawalan Penyakit (CDC), OIE dan Pertubuhan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Sedunia (WSAVA) mengenai kontak dengan haiwan kesayangan sepanjang pandemik COVID-19.
Jika haiwan peliharaan sememangnya dibela di dalam rumah, kekalkan ia di dalam rumah. Namun begitu, sesetengah pemilik haiwan selesa membiarkan haiwan peliharaan di luar rumah.
Secara amnya, langkah pencegahan penularan kepada manusia yang disarankan boleh juga diamalkan ke atas haiwan jika anda mempunyai simptom COVID-19.
Pemakaian penutup muka, elakkan mencium dan memeluk haiwan peliharaan dan yang paling penting, amalkan membasuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan haiwan peliharaan anda adalah langkah-langkah yang boleh diambil pemilik haiwan.
Di waktu perintah kawalan pergerakan ini, banyak kes kucing jalanan yang terbiar kebuluran dan pelbagai pihak mengambil inisiatif untuk memberi makanan kepada kucing jalanan.
Inisiatif sukarelawan ini amatlah dipuji dan amalan langkah kebersihan diri juga perlu diambil perhatian oleh mereka.
Adakah virus SARS-CoV boleh dipindahkan melalui sentuhan ke atas haiwan?
SARS-CoV2 boleh merebak melalui titisan dan boleh berada pada permukaan rata untuk tempoh beberapa jam.
Sebaliknya, bulu haiwan adalah berliang dan risiko untuk virus merebak melalui sentuhan haiwan adalah amat rendah.
Jika anda masih risau haiwan peliharaan anda mungkin terdedah kepada individu yang berkemungkinan positif COVID-19, anda disarankan untuk memandikan haiwan anda.
Apakah yang perlu anda lakukan seterusnya jika anda didapati positif COVID19?
Tempoh jangka masa bagi pesakit COVID19 jika tiada simptom untuk menjalani isolasi ialah sekurang-kurangnya 14 hari dan mungkin lebih panjang jika pesakit mempunyai simptom.
Ini semestinya tempoh yang sukar untuk pesakit dan haiwan peliharaan yang berada di dalam jagaan mereka.
Kebajikan haiwan wajib dijaga sepanjang anda berada di hospital untuk isolasi.
Kita tidak mahu situasi di mana anjing dan kucing terbiar atau lebih teruk lagi, mati kelaparan ditinggalkan.
Kenal pasti ahli keluarga atau rakan-rakan yang dapat membantu memberi makanan dan air sepanjang ketiadaan anda dan bekalkan mereka dengan bekalan makanan yang mencukupi.
Jadi bagi yang mempunyai haiwan peliharaan, sebaiknya langkah pencegahan yang disarankan bagi mengelakkan jangkitan atau penularan perlulah sentiasa dititik beratkan. Ia penting supaya anda dan juga haiwan peliharaan kesayangan juga dapat dilindungi.
Nak bagi anak ke tak? Soalan ni selalu bermain-main di fikiran mama papa kan? Nak bagi anak risau berlebihan, tak diberi pula memang ia dah menjadi sesuatu yang normal dalam kalangan kanak-kanak. Malahan ada juga yang dah beri anak tengok gajet seawal usia anak masih bayi (dengan tujuan pendedahan kepada pelajaran).
Sebenarnya mama papa boleh gunakan gajet untuk mengajar anak, tetapi tetap perlu dipantau. Penggunaan gajet tanpa kawalan itulah yang boleh menjejaskan kelakuan dan perangai anak. Hal ni mungkin disebabkan mereka terpengaruh dengan bahan tontonan yang tidak sesuai.
Antara perkara yang paling mama papa risaukan bila anak terlalu banyak terdedah dengan gajet adalah:
Kandungan negatif yang mempengaruhi emosi dan perwatakan anak
Penggunaan bahasa kesat
Ketagihan kepada ‘game’
Apabila terlalu banyak masa dihabiskan dengan gajet, ia boleh memberi kesan seperti lewat pertuturan, pembelajaran terganggu, gangguan tidur, kurang kemahiran sosial serta mempunyai masalah dengan keupayaan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Macam Mana Nak Elak Asyik Melekat Dengan Gajet?
Mama papa boleh lakukan beberapa perkara untuk memastikan anak-anak tidak terlalu asyik dengan gajet. Yang penting pemantauan mama papa, kena selalu ada dan lihat apa jenis kandungan yang jadi pilihan anak-anak.
Untuk pastikan anak tidak mengalami ketagihan gajet mama papa kena hadkan masa penggunaan. Kalau waktu makan, tumpukan sepenuhnya kepada makanan. Jangan sesekali biarkan anak guna gajet di meja makan.
Selain itu, mama papa duduklah sekali dengan anak untuk lihat jenis kandungan yang menjadi pilihan mereka. Elakkan memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak untuk menonton apa saja video atau ‘game’ di gajet. Risau mereka terpengaruh!
Boleh cari aktiviti lain untuk alihkan perhatian anak dari gajet. Ajaklah mereka buat aktiviti menarik seperti berbasikal, bermain di taman dan sebagainya supaya mereka takkan teringat nak bermain dengan gajet. Yang penting, mama papa kena main sekali dengan anak barulah mereka rasa seronok!
Siapa Kata Tak Boleh Main Gajet?
Sebenarnya gajet juga dapat membantu anak-anak untuk belajar secara interaktif dan menarik. Penggunaan gajet ni dapat menarik minta mereka untuk belajar sambil bermain. Mama papa kena cari gajet yang terbaik untuk anak serta mesra pengguna supaya mereka rasa seronok untuk ‘explore’ gajet yang mama papa hadiahkan.
Pilihlah Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition!
Kalau mama papa masih tercari-cari gajet terbaik untuk anak, pilihlah Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition. Memang syok lah anak! Kebaikan tablet ini adalah:
Kawalan mama papa
Boleh didapati melalui aplikasi Samsung Kids, mama papa boleh pantau jenis kandungan yang sesuai untuk anak. Selain itu, Mama papa boleh tetapkan had masa skrin dan mengawal akses ke kandungan tertentu dan nombor pin hanya diketahui oleh mama papa.
Mudah sebab mama papa dah ambil masa untuk kawal akses ke kandungan tertentu, jadi bila guna Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition, tak perlulah risau untuk kawal tempoh masa untuk ‘screen time’ pula!
Belajar sambil bermain
Pelbagai aplikasi pembelajaran menyeronokkan yang boleh didapati di aplikasi Samsung Kids untuk mengembangkan Kemahiran tertentu anak-anak. Mama papa boleh muat turun aplikasi mengikut umur dan keperluan perkembangan mereka.
Rekaan mesra kanak-kanak
Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini sangat ringan dan bersaiz kecil jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Ia juga didatangkan dengan pelbagai edisi terhad seperti rekaan stail krayon, ‘case’ tebal dan lembut serta pelekat istimewa untuk kanak-kanak. Memang anak suka lah ni!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.