Keibubapaan

Anak Kedua Selamat Dilahirkan, Ibu Dijemput Ilahi Selepas ‘Collapse’ Bersalin!

Share

Tiada siapa menyangka detik yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua bertukar menjadi satu kehilangan yang cukup memilukan.

Seorang wanita, Nur Izzatul Hani binti Hor Izam, dilaporkan meninggal dunia selepas selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan yang sudah lama dinanti-nantikan oleh keluarga.

Lebih meruntun hati, arwah dikatakan tidak sedarkan diri ketika melalui proses kelahiran sebelum berita pemergiannya dikongsikan oleh seorang sahabat menerusi Threads pada 28 September 2026.

Kisah anak kedua selamat dilahirkan itu mengundang rasa sebak ramai apabila seorang bayi perempuan selamat dilahirkan, namun pada masa sama kehilangan insan yang paling dinantikan untuk mendakap dan membesarkannya.

Anak Kedua Selamat Dilahirkan, Ibu Tidak Sedarkan Diri

Menerusi perkongsian Asdiana Khairuddin atau @merrypushah_, dia memaklumkan bahawa sahabatnya itu menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan cahaya mata kedua.

Menurut Asdiana, kelahiran bayi perempuan tersebut sememangnya amat dinantikan dengan penuh kegembiraan. Bagaimanapun, suasana bahagia itu bertukar menjadi duka selepas Izzatul dilaporkan tidak sedarkan diri ketika bersalin.

Dalam hantaran berkenaan, Asdiana turut meminta orang ramai menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah selain menitipkan doa agar suami serta anak lelaki yang ditinggalkan terus diberikan kekuatan.

“Al-Fatihah Hani. Minta sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat saya yang baru sahaja meninggal dunia pagi tadi (28 September, semalam) selepas selamat melahirkan cahaya matanya yang kedua. Anak perempuan yang dinanti dengan penuh kegembiraan bertukar duka selepas arwah tidak sedarkan diri semasa melahirkan bayinya.

“Bersalin di dunia, berpantang di syurga buatmu Nur Izzatul Hani. Semoga tabah buat suami dan anak lelakinya. Kita jumpa dekat sana ya Hani, dah tak ada dah geng jalan-jalan naik bas selepas ini,” luah Asdiana Khairuddin.

Perkongsian mengenai anak kedua selamat dilahirkan tetapi ibu tidak sedarkan diri ketika proses kelahiran itu kemudiannya mengundang perhatian warga maya. Dalam suasana keluarga yang sepatutnya meraikan kehadiran ahli baharu, mereka sebaliknya berdepan kehilangan seorang insan tersayang.

“Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Syurga”

Luahan seorang sahabat yang kehilangan insan rapat itu nyata menyentuh hati warga maya.

Ramai turut menitipkan ucapan takziah dan doa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, selain mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan untuk menerima kehilangan besar ini.

Di sebalik berita duka, keluarga kini perlu melalui detik sukar selepas kehilangan Nur Izzatul Hani. Kehadiran bayi perempuan yang sekian lama dinantikan tentunya membawa makna yang cukup besar kepada keluarga, namun kelahirannya hadir bersama berita duka yang tidak pernah dijangka.

Rramai yang turut mendoakan kesejahteraan bayi berkenaan serta kekuatan buat seluruh keluarga untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Semoga roh Allahyarhamah Nur Izzatul Hani dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga.

Baca lagi: Mykad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tak Perlu Tergesa-Gesa Tukar Mykad Lama!

Disipilin Anak Tanpa Perlu Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!

Diabetes Jenis 1 Pada Anak, 8 Tanda Penting Yang Ibu Ayah Wajib Tahu!

Sumber: Threads @merrypushah_ / @azrinahani

Published by
SRM