“Anak Keduaku..Khabib Umar.” Lengkap Sepasang, Syahmi Luah Rasa Syukur

Share

Selepas beberapa minggu mengalami kontraksi ‘main-main’, akhirnya Anissa Faizul yang juga isteri kepada Youtuber dan pengarah filem, Syahmi Sazli selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Berkongsi berita gembira itu, Syahmi memuat naik satu perkongsian di instagram sekeping gambarnya bersama bayi lelaki yang diberi nama Khabib Umar.

“Selamat datang ke dunia, Anak keduaku..Khabib Umar..” tulis pengarah filem 35MM itu.

Selepas perkongsian itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah Tahniah papa mie.. lahir dari ayah yg Ayah Hebat 👏”

“Alhamdulillah…Tahniah syahmi dan Nisa. Welcome baby boy! Semoga menjadi anak yg soleh dunia akhirat.Amiinnn…”

“Comel nama. Khabib Umar(Yang memakmurkan)”

“Tahniah, moga diberi kesihatan yang baik untuk anak dan isteri..”

“Syahmi Sazli junior. Membesar dengan sihat Khabib Umar..”

Sebelum itu, di instagram Anissa, ada memuat naik perkongsian mengenai saat-saat menunggu kelahiran anak keduanya.

Dua minggu sebelum baby Khabib Umar keluar, Anissa memberitahu dah melalui kontraksi. Namun bayi belum bersedia keluar lagi.

“Tiap hari boleh kata sakit perut, mengeras, tak sedap badan, loya dan jalan pun dah buka sikit,” katanya.

Namun sebelum beberapa jam baby nak keluar, di insta story Anissa dia memberitahu disaat melayan kontraksi makin kuat, nak habiskan nasi sepinggan pun berjam-jam lamanya. Kalau tak makan risau tak ada tenaga.

Terdahulu, Syahmi berkahwin dengan Anissa Faizul pada 23 Februari 2018 dan dikurniakan anak perempuan, Ainul Mardhiah yang kini berusia 3 tahun.

Kredit: IG Syahmi Sazli & Anissa Faizul

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN