Keterujaan sesetengah ibu memberi anak ‘solid food’ pada usia 6 bulan *boleh* menjadi punca mengapa anak yang selama ini tidur ‘elok’ tiba-tiba kerap terjaga di malam hari untuk menyusu. Silap-silap setiap 1-2 jam bagaikan ‘newborn’ !.
Faktanya, susu, tak kira samada ianya susu ibu atau susu formula adalah makanan unggul bayi untuk 1 tahun pertama. Berikut adalah peratusan jumlah susu yang patut diambil dalam kalori harian anak:
✔ 95% pada 6 bulan
✔ 75% pada 9 bulan
✔ 50% pada 12 bulan
Ads
Susu memiliki gabungan air, lemak, karbohidrat, protein dan pelbagai nutrien. Pendek kata, susu: kaya khasiat + kompleks + mengenyangkan!. Puri, bubur dan bentuk ‘baby food’ biasa yang melibatkan kisaran , hirisan halus, lenyekan, menjadikan berair…ianya mirip regim diet ketat supermodels!. Jadi bagaimana pula semua ini lebih mengenyangkan dari susu? Maka, bayi yang kurang susu pada siang hari akan mula menuntut kekurangan kalori ini pada waktu malam.
*Bukanlah* bermaksud puri, bubur dan ‘makanan bayi’ lain tidak boleh diberi langsung. Malah, memang di galak memberi bayi ‘solid food’ yang tinggi zat besi kerana simpanan zat besi dalam badan bayi akan menurun selepas usia 6 bulan. Mengapa zat besi? Kerana zat besi diperlukan untuk mengekalkan tahap sihat hemoglobin (sel darah merah) dan kekurangan zat besi menyumbang kepada penyakit anemia (kurang darah merah) serta masalah pertumbuhan dan perkembangan lain.
Cuma, ibu tak perlu gila memberi ‘baby food’ hingga menjejaskan pengambilan susu anak akibat kenyang ‘makan itu ini’. Ya, benar, pada usia 9-12 bulan, anak perlukan nutrien yang lebih dari apa yang didapatkan dari susu. Namun jumlah yang diperlukan adalah sangat-sangat sedikit. Orang kita kata ‘ nak bagi rasa saja’. Orang putih kata ‘for fun’ seperti yang di petik Akademi Pediatrik USA dan Australia. Bukan nak suruh bagi kenyang ya!.
Ads
Sebahagian kita ‘rasa kasihan’ sebab anak minum susu sahaja. Nak bagi juga rasa makanan ‘betul’ katanya. Jika anak anda menyusu badan, dia sebenarnya telah pun makan dan rasa semua makanan yang anda makan selama ini. ‘Fun fact’nya, susu ibu rasa lebih manis dari buah-buahan. Sekumpulan orang dewasa yang menyertai kajian rasa yang di jalankan oleh pasukan healthline.com USA mendapati, susu ibu rasanya seperti madu, ais krim cair, cantaloupe (sejenis tembikai/rock melon), timun dan air gula. Maka, tak perlu beri anak ‘baby food’ tawar atau hambar asalkan anda menjauhi menambah gula dan garam dalam makanannya.
*Untuk nasihat pemakanan, sila rujuk pakar nutrisi atau doktor kanak-kanak anak anda. Artikel ini hanya menerangkan kaitan corak pemakanan yang boleh mengganggu kualiti tidur bayi sahaja.
Kata-kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa ‘down’ dengan kuantiti susu yang sedikit. Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup.
Biar sedikit tetapi mencukupi untuk bayi kita. Dietition Fizah Sobri berkongsi sebab bayi menangis dan bukan hanya disebabkan susu tak cukup semata-mata. Teruskan menyusu tanpa putus asa.
“Anak kau tu tak cukup susu, tu sebab asik nangis je” Mommies pernah dengar macam ini terutamanya waktu pantang.
“Bagi botol/air kanji nanti senyap la baby tu”.
Meh sini nak habaq, ingat baby nangis sebab lapar sahaja ke? Ada banyak sebab baby terutamanya newborn menangis. Antaranya:
1. Tidak berasa secure/selamat
Dah 9 bulan lebih duduk dalam rahim ibu, dengar denyutan jantung ibu, dalam suasana yang maintain 37°C tiba tiba kena keluar dari comfort rasa terbuka siapa tak takut. Antara sebab kenapa baby bila dibedung tak nangis sebab mereka rasa secure.
2. Suhu
Kalau mommy panas baby pun panas. Kalau mommy sejuk baby pun sejuk. Bezanya kalau mommy tak rasa selesa mommy boleh ubah sendiri, baby macam mana nak cakap? Menangis je la ye.
3. Mengantuk
Kena angkat sini, pass ke sana. Kena cubit pipi, kena cium satu muka. Macam mana si manja nak tidur? Mommies kalau tak cukup tidur pun bad mood kan. Baby lagila kan.
4. Sakit
Sakit kena gigit nyamuk ke, sakit bedung ketat sangat ke, sakit tersilap saiz diaper ke mesti baby nangis.
Ada banyak sebab selain lapar susu na. Mommies dont give up bila ada yang kata suruh tambah susu botol anak tak cukup minum susu badan.
Susu ibu sangat special dan supply mengikut demand baby, bukan kita tentukan.
Jika baby berat naik, berak tak sembelit, kencing kerap dan bukan kuning pekat, you are on the right track.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepetahan Isaac memanggil daddy berulang kali tanpa pelat menarik perhatian ramai. Dahlah dengan lesung pipitnya di kedua-dua pipi itu buatkan lagi bertambah geram.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan Isaac.
“Halahhhhh comel plak dia maen peekaboooo dgn daddy dia❤️”
“Comell laa… mahal tu lesung pipit..”
Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Seawal bayi ibu bapa sentiasa memberi rangsangan, anak membesar menjadi seorang yang pandai. Ini kerana otak kanan dikatakan rahsia anak pintar. Tak hairanlah anak-anak walaupun belajar di tadika yang sama, keupayaan mereka lain-lain.
Anda harus ingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Namun, jika anda mengesan perkembangan anak perlahan, anda boleh melakukan proses keupayaan pembelajaran untuk perkembangan intelektual semasa anak membesar. Malah, proses ini ada hubungan kait dengan peranan otak kanan.
Untuk melakukan proses rangsangan ini, anda perlu memahami bagaimana fungsi otak kanan dan kiri serta bagaimana merangsang otak ini dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai. Berikut adalah maklumat yang perlu anda fahami, seterusnya lakukan aktiviti-aktiviti rangsangan untuk anak anda!
Sebenarnya penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari manusia sememangnya menggunakan otak kiri. Justeru, anda perlu merangsang otak kanan!
a)Fungsi otak kanan:
-Imaginasi
-Berfikir secara kreatif
-Irama
-Khayalan
-Emosi
-Ilham
-Warna
-Muzik
-Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif
*Otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya
b) Fungsi otak kiri:
– Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
– Menyimpan data dan fakta
– Menganalisis
– Memahami logik, bahasa dan matematik
– Mengira
*Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).
Bagaimana rangsangan otak kanan?
Dikatakan bahawa kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif. Di nasihati, melakukan rangsangan seawal usia enam bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik kanak-kanak menggunakan otak kanan.
Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya. Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.
Cara otak berfungsi
Antara fungsi otak ialah menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Dengan itu, semasa melakukan aktiviti rangsangan, otak akan memainkan fungsinya. Jadi anda mesti melakukan dengan penuh yakin dan bersemangat dengan niat untuk mendidik anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa setiap aktiviti mesti disulami dengan nilai-nilai Islam kerana otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat.
Lakukan di rumah!
Kini, ramai ibu bapa moden, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya. Tidak mengapa bagi yang mempunyai lebihan bajet. Bagi yang ingin melakukan di rumah, teruskan usaha anda asalkan cara rangsangan itu betul.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
-Logik
– Kreativiti
– Keyakinan diri
– Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
– Perkembangan kemahiran tangan
– Pandai meluahkan emosi
-Koordinasi tangan dan mata
– Membentuk personaliti
– Menghargai kecantikan
Apakah aktiviti untuk rangsang otak kanan?
Tahukah anda bahawa aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.
1.Tanah liat (contoh: pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga)
2.Origami / lipat kertas (contoh: lipatan kapal terbang)
3.Menggunting ( contoh:garisang lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah)
4.Masukan manik dalam benang/ tali dalam straw minuman (contoh: manik bersaiz besar dan kecil)
5.Melukis/ cat air (contoh: lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.)
6.Bercerita (bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak sambung cerita tu.
7.Main teka-teki dengan anak. ( Letak satu barang dalam kotak/ bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna).
8.Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.
*Tempoh membuat aktiviti ini tidak perlu lama untuk mengelak anak bosan. Anggaran masa setengah jam.
Pemakanan genius
Selain daripada rangsangan, pemakanan yang sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.
1.Sesetengah nutrien seperti phospholipids, omega 3 dan omega 6, docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) penting untuk perkembangan otak yang baik.
Sumber makanan: Soya, telur, ikan berlemak seperti tuna dan sardin, serta walnut.
2.Taurine, choline dan zat besi adalah micronutrien yang penting untuk menyambung rangkaian antara sel-sel otak.
Sumber makanan: Kekacang, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, brokoli, kuning telur dan daging.
3. Antioksidan (lutein, selenium, vitamin A, C dan E) dan zink, adalah berfungsi untuk melindungi sel-sel otak.
Sumber makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran, teh, prun dan juga keju.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...