Perlu atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal diberikan pada anak anda? Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak terutamanya kesihatan mereka.
Jadi, penting atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal ini kepada anak anda?
Untuk pengetahuan ibu bapa, suntikan vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia.
Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ia terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.
Ads
Batuk Berpanjangan
Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.
Ads
Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Pada kebiasaanya, anak yang dijaga oleh pengasuh di taska sangat berisiko untuk mendapat penyakit ini. Ini adalah kerana persekitaran taska yang tidak dijamin bersih serta perkongsian bekas makanan dan minuman menyebabkan penyakit ini mudah disebarkan kepada kanak-kanak lain.
Persekitaran Bersih
Oleh demikian, sekiranya anda menghantar anak anda ke taska, anda mungkin perlu memikirkan untuk memberikan suntikan vaksin Pneumococcal ini sebagai cara pencegahan awal kepada anak anda. Jangkitan kuman pada paru-paru ini boleh menjadi sangat serius kepada kanak-kanak kecil dalam masa yang singkat dan secara tidak langsung membahayakan nyawa anak anda.
Ads
Bagi mengelakkan anak anda mengalami penyakit jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai Pneumonia, anda perlu sentiasa menitikberatkan kebersihan diri di kalangan anak-anak anda, persekitaran rumah dan taska, serta meneruskan penyusuan susu ibu bagi meningkatkan antibodi anak sebagai salah satu langkah dalam mencegah jangkitan kuman dan bakteria.
Sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!
Sumber: momma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya anak yang banyak tanya ni, adalah seorang anak yang cerdas. “Mama, apa ni?” “Mama buat apa tu?”. Apabila si kecil mula beringinan ingin tahu, pelbagai soalan akan ditanya. Usah culas untuk memberi jawapan kepada anak.
Tahukah anda bahawa anak kecil yang mempunyai sifat ingin tahu dalam dirinya adalah seorang anak yang cerdas. Ini kerana salah satu ciri anak cerdas ialah anak yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya tentang banyak hal.
Ayuh kita ikuti beberapa perkara yang perlu kita ketahui ketika menilai apakah anak anda mempunyai ciri-ciri anak cerdas.
SOALAN, APA ITU?
Apabila anak anak bertanya soalan, perhatikan riak wajahnya, adakah dia begitu ingin tahu jawapannya, iaitu ‘apakah anak ini anda kelihatan inginkan jawapannya.’
Anak yang cerdas akan bertanya banyak perkara kerana dia memang ingin tahu jawapannya. Biasanya, jika anak tersebut bertanya, dia akan ‘mengejar’ jawapan kita dengan pertanyaan lanjutan, sehingga membuatkan anda tiada jawapan yang untuk persoalan yang ditanya.
TANYA LAGI!
Kadang-kala kita melihat anak yang selalu bertanya, tetapi sebelum menjawab soalanya, anak tersebut sudah bertanya lagi soalan lain secara terus menerus. Hal ini menunjukkan bahawa anak tersebut tidak benar-benar ingin tahu terhadap apa yang ditanyakannya.
Dalam hal ini, untuk menghadapi anak seperti itu, kita perlu mengajarnya sedikit demi sedikit, sehingga anak itu belajar untuk fokus kepada dirinya terhadap apa yang ingin diketahuinya.
Kemudian, jangan lupa sediakan alat bantu yang terbaik untuk memastikan sikap ingin dalam dirinya dipenuhi seperti menyediakan buku, dan mengajarkan anak membaca sejak kecil lagi.
RANGSANGAN
Aktiviti membaca mempunyai pengaruh terbesar dalam pemikiran seorang anak, yang seterusnya akan meningkatkan kecerdasan anak.
Seterusnya untuk menstimulasi hal tersebut, kita perlu memberikan aktiviti lanjutan setelah anak selesai membaca. Lakukan aktiviti itu dalam suasana yang mengembirakannya. Misalnya, mengajaknya membaca bersama anda dalam nada suara yang kuat. Tindakan ini untuk melatih anak belajar menguasai bahasa dan menyebut perkataan dengan betul. Manakala pemahaman terhadap isi bacaan merupakan tahap lanjutan yang sangat penting untuk diajarkan setelah anak mulai lancar membaca.
Pastikan anda menggalakkan anak bertanya soalan dan jawab dengan mudah supaya anak mudah faham. Semoga panduan ini berguna untuk kita menjadi ibu bapa yang hebat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Aina…tutup peti ais tu. Kenapa asyik bukak je? Nanti habis rosak barang dalam tu!” Anak anda yang kecil ada tak buat tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Papa dan mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai ‘explore’ banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.
Tetapi sebelum papa dan mama marah mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat ‘explore’ peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!
4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama.
Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.
6. Si kecil memang bijak
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.
Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil.
Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais.
Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Apa ni lubang-lubang kat depan telinga anak saya ni, doktor? Setiap dua tiga bulan aje mesti bengkak, merah, sakit.. risau saya.”
Jangan risau!
Ia bukan tanda-tanda kanser atau ketumbuhan yang perlu ibu bapa bimbangkan.
Menurut Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, preauricular sinus atau cyst merupakan salah satu ‘congenital anomaly’ yang berlaku semenjak lahir ketika pembentukan embrio lagi. Kajian menunjukkan hampir 1% bayi lahir mengalami masalah ini, dan populasi di Afrika lebih ramai berbanding di Asia.
Jadi, kenapa ia boleh membengkak, merah dan sakit?
Akibat adanya cyst, sinus atau kantung… apabila berlakunya jangkitan di situ, ia akan menyebabkan berlakunya gejala seperti kemerahan, sakit dan pengumpulan nanah boleh berlaku!
Jika ini terjadi, ubat antibiotik perlu diberi bagi menghentikan jangkitan dan pembedahan kecil mengeluarkan nanah perlu dilakukan.
Adakah ia akan selesai?
Tidak. Pembedahan untuk membuang keseluruhan sinus dan kantung tersebut perlu dilakukan sebaik sahaja jangkitan tiada bagi memastikan tiada lagi serangan berulang.
Okey, lepas ni boleh check kat anak-anak. Ada tak lubang seperti ini pada telinga mereka?
Bila anak mengamuk, mak ayah mulalah rasa tak keruan. Bertambah rasa tak keruan bila mana anak mula mengamuk serentak. Apa nak buat bila dalam situasi macam ni?