Naik buntu jadinya bila anak asyik batuk dan selsema. Tambah kesian bila anak yang menghidap asma yang begitu sensitif dengan makanan tertentu.

Sebenarnya ada baiknya mak ayah cuba elakkan jenis-jenis makanan yang tinggi proses pada anak asma. Cara ini sekurang-kurangnya dapat mengawal masalah anak.

Anak Kerap Batuk & Selsema, Kurangkan Makanan Manis, Cuba Elakkan 11 Jenis Makanan Ni!

Apa jenis-jenis makanan yang patut dielakkan? Ikuti perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan ini.


Jauhkan makanan macam ni dari anak-anak yang ada asma. Makanan tinggi proses sangat tak sesuai dengan anak yang kerap batuk dan selsema.

Penat kan. Anak asyik batuk. Taktahu punca dah kita. Letih asyik keluar masuk hospital. Ulang alik klinik ambil neb lagi. Makan ubat dari banyak klinik tapi masih tak sembuh-sembuh.

Anak Kerap Batuk & Selsema, Kurangkan Makanan Manis, Cuba Elakkan 11 Jenis Makanan Ni!

IKLAN

Baru baik 3 hari, batuk datang balik. Dah hilang punca nak cari batuk datang dari mana. Sehari dua anak batuk, penat susah nak bernafas pulak lepas tu. Kesian sangat.

Roti.
Biskut.
Susu formula (anak lebih 2 tahun).
Makanan instant baby.
Minuman coklat.
Sosej nugget burger.
Aiskrim.
Keropok.
Yogurt drinks berperisa.
Coklat.
Susu berperisa.
Dan banyak lagi.

Anak Kerap Batuk & Selsema, Kurangkan Makanan Manis, Cuba Elakkan 11 Jenis Makanan Ni!

Cuba stop kejap semua makanan macam ni. Buat je. Untuk tempoh 1 bulan kita cuba try.
InsyaAllah, akan mula nampak hasil sedikit demi sedikit.

Teruskan, minimum 3 bulan, insyaAllah lepas tu susah dah batuk nak datang. Kalau batuk pun, insyaAllah akan cepat sembuh, dengan izinNya.

IKLAN

Anak Kerap Batuk & Selsema, Kurangkan Makanan Manis, Cuba Elakkan 11 Jenis Makanan Ni!

Semua makanan proses ni, akan tinggikan radang dalam badan anak. Tak ada khasiat yang baik pun untuk anak sebenarnya.

Apa yang anak makan, antara penyumbang pada tahap kesihatan anak. Kita cuba pilih yang baik-baik, untuk sediakan pada anak-anak dan keluarga.

Anak Kerap Batuk & Selsema, Kurangkan Makanan Manis, Cuba Elakkan 11 Jenis Makanan Ni!

IKLAN

Kita buat sama-sama ya, elakkan makanan tinggi proses sehabis baik buat anak-anak, dan banyakkan real food.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Anak Kerap Batuk & Selsema, Kurangkan Makanan Manis, Cuba Elakkan 11 Jenis Makanan Ni!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI