Bagi kanak-kanak yang selalu mengalami selesema dan kerap bersin di waktu pagi, ini bermakna mereka mengalami gejala penyakit yang dikenali sebagai allergic rhinitis.
Dalam keadaan ini, kanak-kanak selalunya akan mengalami hidung tersumbat dan kerap bersin terutamanya di waktu pagi dan ianya akan berkurangan di sebelah tengah hari atau petang.
Anak seawal usia 6 bulan sudah boleh mengalami keadaan ini. Penyakit-penyakit seperti asma, ekzema dan allergic rhinitis ini selalunya lebih kerap berlaku jika terdapat sejarah keluarga mengalami masalah yang sama iaitu faktor keturunan.
Ads
Ads
Tidak seperti jangkitan selesema atau batuk biasa, allergic rhinitis ini tidak berjangkit melalui cecair badan. Penyakit ini selalunya akan menjadi ketara oleh beberapa faktor seperti perubahan cuaca, perubahan suhu iaitu dari tempat panas ke tempat sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat dan berair.
Ads
Habuk adalah salah satu faktor penting . Bulu haiwan dan sesetengah jenis makanan adalah antara penyebab timbulnya gejala penyakit ini. Penyakit ini susah untuk sembuh. Doktor selalunya akan hanya memberi ubat untuk mengurangkan simptom dan gejalanya.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan untuk mengurangkan gejala dan simptom penyakit anak. Pastikan tiada habuk atau kurangkan habuk di persekitaran terutamanya bilik tidur. Sebaik baiknya elakkan hamparan permaidani. Cadar mesti ditukar sekerap mungkin.
Jauhkan anak daripada bermain dengan binatang peliharaan dan perlu juga membuat pemerhatian makanan yang diambil si manja bagi memastikan makanan yang diambil tidak boleh menyebabkan alergi ini. Pemeriksaan secara rapi harus dilakukan dengan membawa anak berjumpa pakar telinga, hidung dan mulut (ENT).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengakui tugas membesarkan anak-anak masih kecil yang jarak usianya rapat-rapat bukan mudah namun bagi penyanyi terkenal, Adira Suhaimi ianya dapat dilakukan dengan baik jika ibu sentiasa berfikiran positif.
Kisah membesarkan anak-anak dikongsi oleh ibu empat cahaya mata ini menerusi Anugerah Pa&Ma Gala 2023, Best Mama Millennial sebentar tadi.
“Setiap anak ada perangai pelik yang berbeza-beza. Adira boleh capture apa yang diaorang sekeliling. Tapi anak-anak masih kecil jadi masih belum ada pendirian masing-masing.”
“Macam anak sulung dia lain depan camera dengan off cam. Anak nombor dua pula banyak buat hal sendiri. Anak ketiga pula macam makcik-makcik, pandai berdikari. Anak nombor 4 pula masih kecil jadi saya tak dapat nak cakap dia macam mana.”
“Most of the time Adira cuba untuk berkawan dengan mereka. Biar mereka rasa selesa bersama Adira, tak takut untuk share apa sahaja. Ada masa tegas dengan anak-anak, masa main dengan anak tu mainlah. Tapi perlu tegas.”
“Jadi ibu bukan mudah, tapi kita boleh cuba. Adira banyak belajar dari anak-anak juga. Satu tip yang nak jadi ibu happy go lucky, Adira tak akan benarkan satu benda yang negatif pun masuk dalam hidup Adira. Tak suka nak buang energy untuk negatif. Bukan senang sebab anak berderet masih kecil.”
“Adira memang plan nak beranak ‘sapppp’ sekali, lepastu besarkan je anak. Lepastu Adira boleh jaga badan gitu”
Bersalin Czer
“Adira tak suka fikir banyak, okay je semua benda. Tak suka negatif. Jadi Alhamdulillah semua yang baik-baik je czer keempat-empat anak.”
“Emosi kena jaga lepas bersalin. Pantang makan dan berjalan. Kalau czer tu jangan terlampau fikir negatif.”
Walaupun kerajaan kini memberi sedikit kelonggaran kepada masyarakat apabila melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara sejak 4 Mei yang lalu, namun itu tidak bermakna kita bebas ke mana sahaja.
Kehidupan norma baru amatlah disarankan dengan melakukan perkara seperti sentiasa membasuh tangan, mengelakkan tempat yang sesak dan juga melakukan penjarakan sosial.
Penyanyi dan pelakon, Haleeda ada memberi nasihat kepada netizen supaya tidak bersikap sewenang-wenangnya melanggar arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Pesannya supaya tidak membawa anak-anak kecil ke tempat seperti pasar raya atau tempat tumpuan ramai. Serunya supaya menjaga keselamatan orang yang tersayang dan juga diri sendiri.
Malah penyanyi berusia 43 tahun ini berharap penularan wabak covid 19 ini berakhir secepat mungkin.
“As Salam duhai hati…hi,ada yg x tdo lagi? Akk berharap sgt, plssss.. sama2 kita bertanggungjwb atasi keadaan yg kita sdg hadapi ni ya..kita saja yg blh mengubah dgn kesungguhan mencegah dan sekaligus memutuskan rantaian virus ini… semoga dperkenankanNYA…
“KESUNGGUHAN” itu penting .. semoga keadaan akn kembali pulih dan kita sama2 dapat menjemput rezeki dgn sebaiknya.. 😍Fii Amanillah, love & Smile.
P/S:Tlglahhhhh jgn bawa anak2 kecil ke tmpt supermarket.. atau tmpt yg akn menjadi tumpuan.. bukan sekarang.. bukan sekarang ya.. Jagalah keselamatan insan yg kita sayangi dan sayangilah diri kita
HMB ❤️
Apa yang dikatakan oleh Haleeda memang ada benarnya. Elakkan daripada membawa anak-anak kecil ke tempat tumpuan ramai. Sentiasa amalkan langkah pencegahan untuk menjaga diri sendiri dan tidak keluar rumah sekiranya tidak perlu. Sama-sama kita bendung penularan virus merbahaya ini dan semoga negara kita bebas dari virus Covid-19.
Kita dah mula berpuasa hari ini. Berpuasa bukan sahaja dapat menjana keperibadian seseorang, malah amalan tersebut banyak memberi kebaikkan dari sudut kesihatan seseorang. Puasa adalah satu rukun islam yang menjadi kewajipan oleh setiap muslim namun, ada beberapa golongan yang telah diberi keringanan oleh agama untuk tidak berpuasa.
Salah satu golongan yang dikecualikan berpuasa adalah wanita hamil. Ini adalah kerana fasa kehamilan ialah fasa yang mana terlalu banyak perubahan pada fisiologi badan sesorang itu seperti contoh hormon, paras gula, tekanan darah dan sebagainya. Perubahan ini sedikit sebanyak memberi kesan pada si ibu dan bayi yang sedang dikandung.
Oleh itu, Pn. Laila Fadhilah Omar yang merupakan Pegawai Dietetik di SALAM Shah Alam Specialist Hospital kongsikan beberapa tip pemakanan untuk wanita hamil yang berhajat untuk berpuasa pada tahun ini:
Perkara pertama yang perlu diambil berat adalah keadaan kesihatan si ibu. Rujuk kepada pakar yang merawat tentang status kesihatan si ibu terutamanya paras gula. Ini adalah kerana semasa tempoh kehamilan, si ibu sangat berisiko untuk mempunyai paras gula yang tidak stabil dan boleh didiagnos penyakit kencing manis semasa hamil.
Kena Pantau Paras Gula
Kencing manis semasa hamil sangat berkait rapat dengan pengambilan pemakanan yang betul dan tersusun. Mereka juga hendaklah sentiasa memantau paras gula dalam bacaan yang stabil. Jika penghidap kencing manis semasa hamil yang mempunyai paras gula yang tidak stabil dan berkeras untuk berpuasa, dikuatiri akan memberi kesan buruk untuk si ibu dan bayi.
Wanita hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan untuk tidak meninggalkan sahur. Selain dari hadis nabi yang menggalakkan untuk melewatkan sahur, wanita hamil juga digalakkan untuk mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang ketika sahur.
Amalkan Suku-Suku Separuh
Sentiasa mengamalkan amalan pinggan suku-suku separuh yang mana porsi suku dari pinggan adalah makanan dari sumber karbohidrat seperti nasi, mee, bihun dan sebagainya, suku adalah lauk dari sumber protein seperti ayam, ikan dan telur manakala separuh pinggan adalah makanan dari sumber serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Selain itu, makanan tambahan (supplemen) yang dibekalkan oleh doktor juga mesti diambil bagi penambahan nutrisi dalam badan. Mengamalkan pemakanan seimbang ini boleh membantu memberi tenaga yang cukup selain membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk si ibu dan bayi sepanjang berpuasa.
Berbuka Dengan Buah Terlebih Dulu
Selain dari bersahur, wanita hamil juga perlu cakna tentang pengambilan pemakanan semasa berbuka. Antara tips semasa berbuka adalah tidak melewatkan berbuka dan berbuka dengan buah-buahan terlebih dahulu seperti mengambil 3 biji kurma, 1 biji buah epal, 1 potong betik atau buah-buah lain mengikut porsi yang ditetapkan.
Buah-buahan mengandungi karbohidrat ringkas yang mana boleh memberi tenaga secara cepat setelah seharian tenaga dibakar semasa berpuasa. Pengambilan kuih-muih adalah tidak digalakkan kerana bimbang dengan kandungan gula dalam kuih tersebut boleh menyebabkan paras gula naik dengan cepat dan mendadak. Selain itu, kenaikan berat badan yang tidak terkawal ketika hamil juga boleh terjadi jika pemakanan ketika hamil diambil ringan.
Digalakkan juga untuk mengambil makanan berat seperti nasi dan lauk-lauk selepas solat maghrib. Sekurang-kurangnya tidaklah terlalu banyak makanan yang dimakan dalam satu masa kerana rahim yang semakin membesar akan menolak perut ibu dan akan menyebabkan ibu merasa pedih ulu dan berpotensi memuntahkan semula makanan yang dimakan. Amalan pinggan suku-suku separuh juga jangan dilupakan.
Risau Puasa & Kena Pedih Ulu Hati
Menyentuh mengenai pedih ulu hati, kebanyakan ibu hamil berisiko mengalami gejala ini terutamanya sewaktu trimester ketiga. Jika serangan ini berlaku ketika berpuasa dan menyebabkan si ibu muntah, lemah dan sebagainya, dinasihatkan untuk berbuka puasa sebelum kesan itu memudaratkan diri. Untuk mengelakkan serangan ini berterusan, wanita hamil dinasihatkan untuk mengelakkan mengambil makanan yang terlalu pedas.
Ini adalah kerana makanan terlalu pedas adalah antara faktor yang menyebabkan pedih ulu hati. Selain dari makanan pedas, kafein juga perlu dihadkan kerana kafein adalah bersifat asid dan boleh memburukkan lagi pedih ulu hati yang dialami. Saranan pengambilan kafein semasa hamil adalah 200mg sehari.
Secara keseluruhnya, tidak dinafikan bahawa puasa Ramadhan mempunyai banyak kebaikan untuk semua muslim namun Allah tidak akan memberi bebanan luar dari kemampuan hamba-Nya.
Oleh itu, wanita hamil tidak perlu memaksa diri untuk berpuasa jika merasakan kebimbangan pada diri dan bayi. Sila dapatkan nasihat dari pakar terlebih dahulu sekiranya ingin berpuasa. Sama ada berpuasa atau tidak berpuasa, wanita hamil tetap perlu sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri dan kandungan.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.