Bayi anda memerlukan sejumlah vitamin dan mineral secukupnya untuk perkembangan mental dan fizikal mereka. Oleh itu, anda perlu memberi perhatian kepada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan bayi kekurangan nutrisi, bagi memastikan anak anda membesar dengan sihat.
10 tanda bayi kekurangan nutrisi adalah:
-Kemurungan dan kebimbangan
-Hiperaktif
-Lewat pertuturan, atau dalam kata lain, alalia (selalunya dikaitkan dengan kekurangan vitamin B12)
-Kulit/ rambut kering (disebabkan oleh kekurangan lemak larut, seperti vitamin A, D, E dan K2)
-Kesesakan gigi
-Kaviti
-Kerap demam selesema
-Emosi pelik (Makan lemak sihat seperti Omega 3 yang ada dalam ikan salmon, sardin, ikan bilis atau ikan makerel dan mentega, minyak kelapa untuk menstabilkan mood)
-Struktur tengkorak lemah atau sindrom “kepala rata”
-Obesiti
5 kekurangan nutrisi lazim berlaku pada bayi dan anak kecil
Vitamin D
American Academy of Pediatrics menyarankan supaya semua bayi diberikan amaun suplemen vitamin D yang mencukupi, iaitu kira-kira 400 IU setiap hari.
Ads
Bayi anda berisiko mendapat kekurangan vitamin D jika:
Dia tidak mendapat cukup pendedahan kepada cahaya matahari, yang merupakan sumber semula jadi vitamin D. Berjaga-jaga jika ibu dan bayi berkulit gelap, kerana memerlukan amaun pendedahan kepada cahaya matahari yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang berkulit cerah.
Ibu yang tidak mendapat cukup vitamin D disebabkan dia hanya mendapat sedikit pendedahan kepada cahaya matahari atau tidak mengambil suplemen vitamin D secukupnya. Ini bermakna bahawa susu badan ibu tidak mempunyai cukup vitamin D untuk disalurkan kepada bayi mereka, menjadikan bayi kekurangan vitamin D.
Ads
Vitamin K
Bayi yang lahir di hospital akan menerima suntikan yang mengandungi vitamin K sebaik sahaja dilahirkan. Ini untuk mengelakkan keadaan luar biasa yang dikenali sebagai penyakit hemoragik (berdarah) dalam kalangan bayi baru lahir, yang menyebabkan pendarahan dalam otak.
Zat besi
Semasa kehamilan, bayi anda yang sedang membesar memerlukan zat besi, yang selalunya diterima melalui darah ibu. Kekurangan zat besi boleh meninggalkan implikasi yang teruk seperti anemia, kerosakan perkembangan otak, dan risiko tinggi kematian kanak-kanak.
Ads
Vitamin A
Susu ibu ialah sumber semula jadi vitamin A, yang menghalang bayi daripada kekurangan vitamin A. Ibu hamil tidak boleh mengambil lebih daripada amaun Vitamin A yang disarankan setiap hari, kerana risiko kecacatan kelahiran boleh berlaku jika amaun yang lebih besar diambil.
Zink
Tanda-tanda kekurangan zink ringan termasuklah kurang selera makan, fungsi imun rendah, aktiviti terbatas, dan tumbesaran terhenti. Berat badan rendah masa lahir, kecil untuk umur gestasi, dan bayi pramatang adalah risiko untuk kekurangan zink.
Oleh itu, jika anda fikir bahawa bayi anda kurang zat, dan dia mengalami kekurangan nutrisi, jangan lupa untuk mendapatkan nasihat, panduan dan rawatan daripada doktor atau pakar pediatrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, kekurangan nutrisi boleh menyebabkan komplikasi teruk yang boleh memberi kesan kepada kesihatan anak anda sepanjang hidupnya nanti.
Sumber: Hello Health
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ada keperluan untuk menambah garam ke dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi di usia ini masih tidak matang untuk memproses sebarang garam tambahan. Bayi juga tidak memerlukan gula dalam diet.
Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak anda menjadi pemarah apabila paras gula di dalam badan menurun selepas beberapa jam pengambilan gula tersebut. Bagi tempoh masa yang panjang, pengambilan gula yang berlebihan akan merosakkan gigi dan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan.
Pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak.
Oleh itu, apabila anak anda telah mula makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain, tidak perlu menambah garam ke dalam makanannya.
Saranan pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak. Jumlah garam yang dibenarkan bagi kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ialah 3.0gm (1.2gm natrium) sehari, manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun sebanyak 5.0gm (2gm natrium) sehari. Bagi yang berusia 11 tahun ke atas, saranan adalah seperti keperluan dewasa iaitu 6.0gm (2.4 natrium) sehari.
Anda perlu ingat!!!
Apabila bayi mula makan makanan pejal, walaupun anda fikir makanan tersebut mempunyai rasa tawar tetapi tidak perlu menambah garam ke dalam makanan bayi yang dimasak atau makanan bayi komersial.
Bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun juga tidak sepatutnya diberikan makanan segera yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti biskut dan snek. Sebaliknya, pemberian makanan rendah garam seperti buah-buahan, sayur sayuran dan susu amat digalakkan.
Terdapat beberapa makanan manis yang bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, malah mengandungi nutrien yang bermanfaat untuk tumbesaran. Contohnya seperti buah-buahan dan biskut kosong. Walaupun buah-buahan mengandungi gula, ia juga padat dengan vitamin dan mineral yang bermanfaat.
Kek dan biskut kosong merupakan alternatif yang baik bagi menggantikan kek dengan krim dan aising atau biskut berperisa. Tetapi perlu diingatkan, pilihan ini juga masih mengandungi gula dan tidak perlu diberikan setiap hari.
Susu ibu dan susu formula juga boleh ditambahkan ke dalam makanan bayi bagi memberikan rasa manis pada makanan tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kurang berat badan berpunca daripada banyak sebab. Ada yang makan banyak pun tapi berat tetap tak naik.
Secara asasnya, adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan kepada perubahan tingkah laku pemakanan kanak-kanak secara beransur-ansur dan menambah lebih kalori dalam diet harian mereka. Di sini ada beberapa petua untuk ibu bapa yang berasa risau tentang anak mereka yang kurang berat badan.
Fahami punca-puncanya
Berikut adalah antara sebab-sebab biasa yang menyukarkan kanak-kanak untuk mendapatkan berat badan ideal:
Isu hormon atau metabolisma
Penggunaan ubat- ubatan
Terlebih aktif yang boleh membakar kalori lebih daripada biasa
Alergi terhadap makanan
Tekanan psikologi daripada rakan-rakan sekeliling
Ibu bapa disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kanak-kanak. Jangan ragu-ragu untuk bertanyakan sebarang soalan atau kebimbangan untuk pemahaman yang terbaik tentang keadaan anak-anak anda. Memandangkan punca-punca boleh berlaku daripada ubat atau alergik kepada makanan, pakar kanak-kanak adalah orang yang boleh memberi diagnosis dan rawatan yang betul.
Ubah gaya pemakanan
Ibu bapa seharusnya memberi makanan dengan lebih kerap kepada anak mereka yang kurang berat badan. Sesetengah kanak-kanak mempunyai saiz perut yang kecil, jadi mereka perlu mengambil masa untuk menghabiskan sesuatu makanan sebelum boleh makan makanan yang lain. Oleh itu, anda boleh cuba berikan 5 atau 6 hidangan makanan sehari dan tambah sedikit snek di antara setiap hidangan makanan. Ibu bapa juga seharusnya perlu menekankan kepada kepentingan jadual waktu makan. Kekalkan ia pada suatu tujuan khusus dalam sehari dan beritahu anak anda kepentingan pengambilan makanan yang sihat supaya mereka seronok mengambil makanan tersebut.
Berbanding memaksa kanak-kanak untuk meninggalkan gaya pemakanan yang tidak sihat, ibu bapa seharusnya cuba untuk menjadi contoh teladan yang baik buat anak mereka. Kanak-kanak selalunya akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Jadi, amalkan pengambilan makanan yang sihat dengan memasukkan makanan-makanan seperti buah-buahan dan makanan yang kaya dengan nutrisi dalam diet harian keluarga. Elakkan juga makan makanan segera.
Pilih makanan yang kaya dengan kalori dan nutrisi
Biskut, snek dan makanan ringan hanya kaya dengan kalori. Ianya tidak membekalkan sebarang vitamin yang sihat dan nutrisi kepada tubuh badan anak anda. Justeru itu, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan kedua-dua kalori serta nutrisi, seperti berikut:
Mentega yang bersusu
Susu dan krim
Telur
Pisang
Avokado
Daging
Kentang
Buah-buahan tropika
Pilih snek dengan bijak kerana kanak-kanak kurang berat selalunya cepat berasa lapar. Mereka memerlukan jumlah kebiasaan untuk snek yang sihat seperti kekacang dan buah-buahan kering, fit bar atau bijirin penuh gandum.
Tambah lebih kalori dalam makanan
Keju dan susu sering menjadi pilihan yang terbaik untuk meningkatkan tahap kalori dan nutrisi anak. Ibu bapa seharusnya cuba untuk membuat pelbagai jenis makanan dan minuman untuk menukar cita rasa anak-anak mereka. Taburkan keju pada sebarang makanan, tambah susu ke dalam sup atau buatkan semangkuk sup berkrim untuk anak-anak anda. Langkah ini sepatutnya dilakukan secara perlahan-lahan atau kanak-kanak akan berasa tidak selesa dengan perubahan yang boleh membawa kepada kesan yang sebaliknya.
Sembelit adalah keadaan di mana seorang bayi atau kanak-kanak menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis.
Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Jadi ibu kena pantau dan tengok apa keadaan ini, lagi-lagi apabila anak dah mula makan dan mungkin menjadi salah satu faktor. Disebabkan masalah ini ibu risau apa perlu dilakukan.
Selain bagi minum air putih, buah-buahan juga membantu. Tapi kena tengok juga jenis buah yang sesuai.
Menerusi perkongsian dari Puan Syaza Yasmin dia berkongsikan pengalamannya menghadapi anak sembelit dengan memberi buah pear dan naga serta memasak sup singo pear untuk penghadaman yang baik.
Disebabkan Maryam dah mula sembelit, mama memang usaha untuk bagi Maryam membuang.
Buah pear ✅ Buah naga ✅
Maryam juga kurang minum air. Minum susu pun main-main. Bila dah bagi buah pear dan buah naga, Maryam membuang sikit sangat malam tadi. Tu pun selepas mama buat urutan ILY dan senaman basikal.
Mama stop bagi nasi, sebab sebelum ni Maryam ada sejarah sembelit disebabkan beras putih.
So mama pun cari inisiatif lain. Baru teringat haritu mama ada beli singo pear kat Aeon.
Mama buat sup singo pear harini. Singo pear ni elok untuk sembelit. Dan ada yang kata sup singo pear ni elok juga untuk mengurangkan kahak dan selesema.
SUP SINGO PEAR
Bahan-bahan: – Singo pear – Bawang – Isi ayam – 4 beradik – Cbs – Baby corn dan celery (optional) – Minyak masak (untuk menumis) – Serbuk ikan bilis homemade
Rasanya sedap. Singo pear tu rasanya macam pear yang lain. Manis-manis. Tapi bila dah buat sup, sup tu rasa macam sup ayam ja sebab dah letak sup ayam kan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.