Cabaran menghadapi anak yang kurang gemar makan sering kita dengar. Dalam tempoh anak aktif membesar terutama ketika mereka bermain misalnya, kecenderungan untuk anak kurang gemar makan amatlah tinggi. Pun begitu anak kita bukan picky eater sebaliknya dia hanya akan makan sekiranya dirasakan perlu atau lebih tepat makan mengikut moodnya sahaja.

Penjelasan dari Dietition, Pn Fizah Sobri pasti membuatkan ibu dan ayah lebih jelas tentang pemakanan anak mereka yang sedang membesar. Namun apa yang dikatakan sebagai Picky Eater?

Kadang Berselera, Ada Waktu Tak Nak Makan, Anak Makan Ikut Mood Bukan Picky Eater!

“Anak saya taknak makan nasi, nak makan roti dan buah je..adakah dia picky eater?”
“Lepas tumbuh gigi anak tolak makanan macam ayam,ikan dan nak telur je..boleh ke?”

Macam macam soalan saya dapat dalam inbox berkaitan adakah anak picky eater?
Boleh ke macam tu?

Jangan di doa anak picky eater. Trait picky eater adalah lain dari anak yang ikut mood nak makan.
Jika benar picky eater, anak anda mungkin autisme. Picky eater adalah sesuatu yang sangat susah untuk diselesaikan sebab masalah bukan physiological tetapi psychological. Jarang disebabkan oleh sesuatu yang fizikal. Picky eater selamanya dan konsisten tidak suka sesuatu.

Kadang Berselera, Ada Waktu Tak Nak Makan, Anak Makan Ikut Mood Bukan Picky Eater!

Ada 4 jenis picky eater yang iaitu

IKLAN

1. SENSORY
Tidak mahu makan makanan yang tekstur tertentu seperti berair ke melekit ke walaupun makanan tersebut boleh diambil dalam tekstur lain
Contoh anak suka makan nasi goreng tetapi bila buat nasi berkuah taknak makan langsung walaupun asasnya adalah nasi.

2. PREFERENTIAL EATERS
Nak makanan tertentu sahaja, taknak makan benda lain.
Contoh roti. Roti berkrim, roti chocolate, roti putih, roti cicah milo boleh makan tetapi bila tukar ke nasi atau makanan lain terus akan mnegamuk taknak makan. Hanya nak makan roti sahaja.

Kadang Berselera, Ada Waktu Tak Nak Makan, Anak Makan Ikut Mood Bukan Picky Eater!

3. GENERAL PERFECTIONIST
Nak makanan dimasak, disusun mengikut cara mereka, jika tidak tak boleh makan
Contoh telur. Jika telur dimasak dalam bentuk telur mata nak makan tetapi jika telur dimasak dalam bentuk scrambled terus akan tolak. Jika telur mata dimasak nak cara telur mata masih bulat tapi anda masak cara telur mata dah pecah pun akan ditolak ke tepi.

4. BEHAVIORAL RESPONDERS
Apabila diperkenalkan masakan lain terus buat aksi taknak agau aksi muntah walaupun tak mencuba lagi.

IKLAN

Kadang Berselera, Ada Waktu Tak Nak Makan, Anak Makan Ikut Mood Bukan Picky Eater!

Nampal begitu serious keadaan picky eater? Tetapi semua tafsiran tidak termasuk:
1. Tolak makanan selepas pernah try.
2. Makan sikit harini tapi esok makan banyak (atau sebaliknya).
3. Geleng taknak makan.
4. Boleh ambil makanan tersebut harini tetapi taknak pada hari lain.
5. Makanan favourite bertukar tukar.

Kadang Berselera, Ada Waktu Tak Nak Makan, Anak Makan Ikut Mood Bukan Picky Eater!

Ini bukan picky eater ye mommies….
Ini adalah makan ikut mood. Makan ikut mood boleh diubahsuai tetapi picky eater susah untuk diubah.
Jika saya jumpa dan merawat picky eater kami kena plan menu berdasarkan kesukaan pesakit tersebut dan kebanyakan sudah berada dalam fasa malnutrisi (sebab sukar ambil menu yang ada kepelbagaian)

IKLAN

Kadang Berselera, Ada Waktu Tak Nak Makan, Anak Makan Ikut Mood Bukan Picky Eater!

Cara nak ubahsuai anak yang makan ikut mood?
Janji masa makan utama ada sumber carbohydrate,protein dan serat you are fine mommies
Aim for healthy and balanced. Sihat dan seimbang.
Bukan aim makan nasi saja.

Nauzubillah anak betul-betul picky eater.
Boleh guna term makan ikut mood.

Sekian
Dietitian Fizah Sobri

 

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI