Kita sama-sama buat untuk tahun 2023, Kita buat semampu yang boleh. Kita tak bagi alasan, tapi kita cuba cari jalan untuk buat.
Semua ni kalau kita dapat buat, perlahan-lahan perubahan baik kita akan nampak pada anak.
Terutama dari aspek kesihatan. Yang anak kerap tak sihat tahun 2022, tahun ni kena buat semua 10 tips ni okay!
10 perubahan yang kita kena buat untuk kuatkan imuniti anak.
Ads
1. Banyakkan lagi kenalkan anak dengan real food
2. Kurangkan seboleh mungkin makanan tinggi proses
3. Luangkan masa dan tenaga untuk sediakan makanan dari rumah
4. Tukar peralatan dapur yang kurang toksik
5. Guna keperluan diri anak tanpa kimia ganggu hormon
6. Banyakkan air putih dan kurangkan air manis
7. Cari pilihan bahan makanan yang lebih baik
8. Jemur matahari setiap hari
9. Kerap bawa anak main dengan alam dan kurangkan gadjet
10. Tidur yang berkualiti
Ads
Kita cuba k.
Ads
Semoga dilapangkan rezeki semua ibu ayah untuk sediakan pilihan yang lebih baik buat anak-anak.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Bergelar ibu bapa dengan kehadiran bayi dalam hidup pastinya amat dinantikan pasangan berkahwin. Tetapi adakah anda bersedia dengan perubahan dalam kehidupan selepas mempunyai cahaya mata?
Kelahiran bayi dan dunia keibubapaan
Mungkin anda dan pasangan berasa sudah bersedia menerima kedatangan cahaya mata dalam fasa kehidupan. Tetapi percayalah dunia keibubapaan adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Ya, si comel yang lahir pastinya memberikan kegembiraan pada anda. Namun dalam masa yang sama anda akan berasa dicabar, mampu membuatkan anda menangis dan pelbagai situasi lain.
Setiap mereka yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalami perubahan dalam kehidupan. Sudah tentu ia berbeza daripada apa yang mungkin anda alami dan sentiasa menguji tahap kesabaran anda.
Perubahan dalam kehidupan selepas kelahiran bayi
Siapa yang tidak bahagia dengan kelahiran bayi, tetapi adakah anda bersedia berdepan perubahan dalam kehidupan yang selama ini mungkin aman dan teratur?
Berikut dikongsikan antara 9 perubahan dalam kehidupan yang pasti dialami oleh mereka yang memegang gelaran mommy daddy.
Masa anda berkaitan dengan si comel
Jika dahulu masa anda adalah dengan tugasan kerja dan pasangan, namun setelah mendapat cahaya mata, segalanya adakah berkenaan dengan si kecil.
Masa tidur si kecil yang baru lahir adalah 18 jam dan dalam tempoh itu adanya waktu untuk menyusu, menukar lampin dan pelbagai perkara lagi.
Bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa, sudah tentu akan berasa sedikit tertekan dengan perubahan ini. Bersabarlah!
Biasanya selepas minggu pertama yang kelam kabut, anda sudah boleh menguruskan masa dengan lebih baik. Dont give up, mommies!
Menjadi ahli persatuan
Tahniah! Anda kini telah sah menjadi ahli persatuan kelab keibubapaan. Jangan pelik jika mungkin ketika di taman, ada yang bertanyakan tentang bayi anda atau mungkin bos anda turut ingin mengetahui keadaan si manja.
Anda mungkin akan melihat pelbagai gaya keibubapaan, namun usah terikut dengan orang lain.
Pilih gaya yang sesuai buat anda dan pasangan. Lama-kelamaan anda pasti akan dapat membangunkan 1 gaya keibubapaan yang sesuai dengan jiwa anda berdua.
Perubahan dalam hubungan
Sudah tentu dengan kelahiran bayi, akan berlaku perubahan dalam hubungan anda dan pasangan. Pasti akan wujud rasa seperti dipinggirkan jika pasangan anda lebih banyak meluangkan masa dengan si kecil.
Anda mungkin berasakan ia sesuatu yang normal, apatah lagi kerana si kecil sudah tentu memerlukan lebih perhatian berbanding pasangan. Tetapi untuk jangka masa panjang, ia boleh memberikan impak yang tidak sihat.
Maka pastikan anda berdua tetap meluangkan masa bersama. Mungkin pada ketika si manja sudah nyenyak tidur, anda boleh duduk berbual bersama sambil menikmati minuman coklat panas. Itu pun sudah mencukupi.
Syif malam
Pasti anda pernah mendengar nasihat supaya anda tidur sepuas-puasnya sebelum bayi anda lahir dan percayalah itu adalah nasihat yang perlu anda ikuti. Kenapa?
Sebaik sahaja si comel dilahirkan, usah berangan untuk mendapat tidur malam yang nyenyak tanpa gangguan. Usah risau, ia bukan 1 perkara yang akan kekal.
Biasanya selepas si kecil dapat membiasakan diri dengan persekitaran, tidur malam anda menjadi lebih baik.
Pada waktu siang, usah cuba melakukan sebarang tugasan rumah ketika si comel sedang tidur. Gunakan masa ini untuk berehat dan berbaring. Penting untuk anda mendapatkan waktu rehat yang mencukupi.
Kunjungan tetamu
Berita kehadiran si comel pastinya akan mengundang kunjungan tetamu ke rumah anda. Pastinya mereka mahu melihat bayi anda dan akan ada banyak perkongsian cerita tentang bagaimana mereka membesarkan anak mereka.
Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan tetamu anda sihat dan mencuci tangan sebelum memegang si kecil. Usah pedulikan anggapan individu tentang permintaan anda itu kerana ia adalah untuk keselamatan si kecil juga.
Jika anda berasa penat, ketahuilah anda boleh untuk mengatakan tidak dan meminta tetamu untuk berkunjung pada masa yang lain. Jangan sehingga anda tertekan dengan kehadiran tetamu.
Dapatkan bantuan
Bergelar ibu selepas kelahiran bayi tidak bermakna segala tanggungjawab membesar dan menjaganyal tergalas di bahu anda sahaja. Tetapi ia adalah tanggungjawab bersama.
Jangan malu untuk meminta bantuan pasangan anda menjaga si kecil bila diperlukan. Sekiranya anda adalah ibu atau bapa tunggal, mintalah bantuan daripada ahli keluarga terdekat atau rakan baik anda.
Rasa bersalah adalah normal
Setiap ibu bapa pasti mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun adakalanya anda merindui kehidupan masa bujang atau sebelum bergelar parents. Aduh….rasa bersalah pula.
Bertenang dan usah bimbang kerana anda tidak keseorangan. Apa yang anda alami adalah 1 perkara normal untuk mempunyai keinginan berehat daripada menjaga bayi. Ia bukan bermakna anda tidak sayangkan anak.
Kesilapan? Tidak mengapa
Dalam dunia realiti, peraturan keibubapaan adalah mudah, iaitu lakukan apa yang berkesan. Anda tidak perlu mengikut peraturan yang tidak memberi kesan kepada anda.
Jika anak anda lebih mudah tidur sambil menyusu, biarkan sahaja. Selagi ia tidak mendatangkan bahaya kepadanya. Jika wujud sebarang kemusykilan, terus tanyakan kepada pakar dan bukan merujuk kepada Dr Google semata-mata.
Tiada lagi privasi
Selepas anda mempunyai anak, usah berangan untuk mempunyai masa bersendirian di dalam bilik air. Anda akan mempunyai teman bilik air yang setia.
Sama ada anda atau pasangan perlu bersedia dengan kehadiran penonton. Jangan marahkan mereka, ini adalah masa mereka mempelajari tentang penggunaan bilik air. Jadi tunjukkan contoh yang baik!
Bersedia alami perubahan
Kehadiran dan kelahiran bayi pastinya akan mengubah kehidupan anda dan pasangan. Tetapi anggaplah ia sebagai 1 pengalaman yang tidak ternilai dan hargailah setiap detik-detik bersama si manja.
Tiada istilah ibu bapa yang sempurna dalam dunia keibubapaan. Selagi anda berasakan apa yang anda lakukan adalah terbaik untuk si kecil, teruskanlah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jam tangan bukan hanya alat pengukur masa malah jam tangan merupakan aksesori yang sangat penting sejak zaman dahulu lagi. Memang tidak dinafikan lagi kepentingan pemakaian jam tangan kerana ia boleh menjadikan anda seorang yang sangat patuh pada masa dan secara tak langsung dapat membentuk disiplin dalam diri.
Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi era ini, jam tangan bukan hanya penunjuk masa tetapi terdapat pelbagai fungsi dalam satu alat yang sangat penting untuk si pemakai. Bagi anda yang mempunyai anak, ini antara sebab kenapa anda perlu menggalakkan anak anda memakai jam tangan setiap kali keluar dari rumah.
4 sebab mengapa perlu ajar anak pakai jam tangan setiap kali keluar rumah;
1. Masa Akan Lebih Teratur
Dengan adanya jam tangan, masa si pemakai lebih teratur dan efisen. Anak anda akan kerap memeriksa waktu. Contohnya; apabila tiba di sekolah, pasti anak anda akan melihat jam tangan dahulu untuk memastikan mereka tidak terlewat.
2. Penunjuk Waktu Yang Tepat
Walaupun terdapat beberapa alat untuk melihat waktu seperti telefon pintar dan sebagainya tetapi peranan jam tangan sebagai penunjuk waktu adalah lebih efisien dan cepat. Anak anda boleh melihat waktu dengan cepat waktu tanpa perlu mengeluarkan gajet lain dari poket atau beg terlebih dahulu.
3. Wujud Fungsi Tambahan
Jam tangan era ini bukan hanya jam tangan biasa malah telah ditambahbaik dari segi teknologi untuk memudahkan si pemakai. Pembuatan jam tangan ditambahbaik dengan pelbagai fungsi lain seperti tahan lasak, kalis air, boleh mengira langkah, mempunyai GPS dan sebagainya. Ia antara fungsi yang amat penting bagi ibu bapa yang peka dengan keselamatan anak kerana tambahan fungsi GPS boleh mengesan lokasi anak yang memakai jam tangan ini. Senang kata, terdapat pelbagai jenis fungsi dalam satu jam tangan!
4. Meningkatkan Keyakinan Diri
Pemakaian jam tangan akan menjadikan anak anda kelihatan seperti individu yang sangat menjaga masa dan mengetahui masa itu sangat berharga . Anak anda akan lebih teruja dan yakin kemana-mana sahaja.
imoo Watch Phone Z5 Buat Anak-Anak Lebih Bergaya
imoo Watch Phone Z5 memberi tumpuan dalam mencipta produk pintar di seluruh dunia, memimpin gaya hidup kanak-kanak dan membantu mereka membesar dengan stabil, ceria dan lebih bergaya!
Buat pertama kalinya imoo Watch Phone Z5 telah dilancarkan di Malaysia pada 22 Ogos 2020. Apa yang menariknya tentang imoo Watch Phone ianya bukan jam tangan biasa tetapi jam tangan telefon yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik, antaranya:
1) Boleh membuat panggilan audio atau video
imoo Watch Phone Z5 membolehkan anda untuk membuat panggilan 2 hala (Panggilan masuk dan panggilan keluar). Anda atau anak boleh memilih untuk membuat panggilan secara audio atau video. Apa yang lebih menarik, dengan tambahan teknologi HD anda akan dapat melihat anak anda termasuk dimana mereka berada dan persekitarannya kerana ia lengkap dengan resolusi kamera 5MP dan sudut lebarnya 84.4°.
Anda dapat sentiasa berhubung dengan anak-anak tidak kira dimana jua dan pada bila-bila masa. Ini akan memudahkan anda sebagai ibu bapa yang sibuk dan sentiasa jauh dengan anak-anak.
2) Grup Sembang
Selain membuat panggilan audio atau video, imoo Watch Phone Z5 juga boleh dijadikan sebagai perantara bersembang melalui pesanan suara pendek bersama ahli keluarga atau kawan-kawan. Sama seperti telefon pintar yang membolehkan si pemakai mencipta grup bersembang bersama ahli keluarga di dalam aplikasi tersebut.
Walaupun berjauhan dengan anak anda, anda atau anak masih boleh berhubung melalui imoo watch phone dengan hantaran pesanan suara, klip pendek dan juga gambar yang secara tak langsung dapat membina hubungan yang baik.
3) Lokasi
imoo Watch Phone Z5 ini bukan jam tangan telefon yang biasa-biasa kerana ia turut dilengkapi dengan lokasi GPS 7AI yang tepat. Ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana anda dapat mengesan lokasi anak anda dengan imoo watch phone ini.Anda akan mendapat notifikasi apabila anak anda berada di rumah atau sudah meninggalkan rumah melalui security guard mode yang terdapat dalam sistem.
4) Kalis Air
Dengan bahan tahan air yang berkualiti dan mempunyai Piawaian Penarafan Kalis Air Industri Antarabangsa IPX8 , imoo Watch Phone Z5 dapat digunakan dalam kedalamananair sebanyak 20m. Jadi tiada masalah jika anak anda terlupa tanggalkan jam tangan telefon ini ketika bermain air ataupun sekiranya ia terjatuh ke dalam air.
Bukan hanya 4 ciri ini malah ada ciri-ciri lain yang terdapat dalam imoo Watch Phone Z5 dan ianya direka khas untuk kanak-kanak antaranya:
i) Tolak nombor yang tidak diketahui – hanya 50 kenalan yang dapat disimpan di aplikasi telefon bimbit, nombor yang tidak didaftarkan dalam buku alamat akan ditolak secara automatik semasa masuk panggilan asing.
ii) Mod kelas – anak anda tidak akan terganggu ketika mod ini diaktifkan, hanya dapat melihat masa & menghubungi kenalan kecemasan (satu kenalan sahaja).
iii) Mod jawapan automatik – menjawab panggilan dari ibu bapa secara automatik selepas 10 saat
iv) Mod sukan persaingan- cabaran hitungan langkah pendek dalam masa 60 saat (mampu mencabar rakan untuk memenangi syiling yang dapat digunakan untuk menebus hadiah dalam watch phone).
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, dapatkan imoo Watch Phone ini kerana ia juga mempunyai penjejakan lokasi yang tepat, pemantauan kenalan yang mudah dari telefon ibu bapa. Jadi anda tidak perlu bimbang lagi tentang keselamatan anak-anak. Memang bukan biasa-biasa jam tangan pintar ini!
Kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan jam tangan ini anda boleh layari website imoo, Facebook imoo atau Instagram imoo dan untuk pembelian anda boleh ke Lazada, Shopee atau pengedar imoo di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak yang sentiasa buat perangai dan tidak mendengar kata, degil dan sebagainya sememangnya buat kita resah kerana memikirkan cara terbaik untuk mendidik mereka.Kita boleh cuba lembutkan hati mereka dengan 5 amalan doa ini.
Ditambah pula dengan suami atau isteri yang sama perangainya. Buntu bila berdepan dengan orang-orang yang disayangi semacam ini. Dek kerana sayanglah kita mahu mereka berubah.
Pun begitu nak melembutkan hati anak dan pasangan bukanlah mudah. Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.