Jika anak ketagih kunyah ais batu, ibu bapa kena hentikan tabiat ini untuk elak masalah kesihatan. Memang ada anak-anak yang suka sangat kunyah ais. Kruk krak kruk krak bunyinya macam sedang makan keropok dibuatnya.
Pun begitu, jangan terlalu seronok hingga ‘ketagih’ mengunyah ais, ada kesannya pada kesihatan. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh doktor ini.
Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya. Malah, ia mungkin menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan. Kebanyakan yang mengunyah ais ini ingin berasa lebih segar dan membantu mengelakkan mulut kering. Bagaimanapun, tanpa anda sedari tabiat itu mungkin menyebabkan masalah kesihatan tertentu.
Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais. Keinginan boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan. Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica. ‘Pica’ adalah satu terma perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya. Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagophagia boleh menjejaskan juga kepada orang dewasa dan kanak-kanak.
FAKTOR KEINGINAN MENGUNYAH AIS
1) Kekurangan zat besi (Anemia)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil cukup zat besi (8-18 mg zat besi sehari) jarang mengalami pagophagia. Orang yang kekurangan zat besi didapati mengalami keradangan lidah dan ais dapat mengurangkan keradangan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila kekurangan zat besi dirawat, katagihan ais juga akan pulih.
Ads
2) Masalah emosi
Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.
3) Dehidrasi
Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais. Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga. Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas. Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap. Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu mendapatkan rawatan segera.
KESAN SAMPINGAN PAGOPHAGIA
Mengunyah dan menghisap ais tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius. Walau bagaimanapun apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh dialami. Terdapat sekurang-kurangnya 4 kesan sampingan akibat ketagihan ais ini:
Ads
1. Mengunyah dan menghisap ais secara berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah. Anda boleh mengalami kerosakan gigi. Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang anda kunyah boleh menjejaskan rawatan ini. Bahagian kiub ais yang tajam juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.
2. Anda berisiko tersedak kiub ais masuk ke dalam paru-paru (choking).
3. Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.
4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais yang kerap dan dilakukan di tempat-tempat awam ini dianggap sebagai tabiat buruk. Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan orang lain akan menganggap ianya satu tabiat yang pelik.
Mengambil air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah tidak benar sama sekali. Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, sakit mulut, loya dan muntah.
Berpantang secara moden tidak bermakna meninggalkan langkah-langkah berpantang tradisional. Bersalin secara pembedahan caesarean bukan alasan untuk tidak mengamalkan pantang!
Menurut Nur Syatirah Shuib, perawat pantang dan terapis daripada UIS Special Therapy Sdn Bhd, ia diringkaskan cara dan dipermudahkan. Katanya, ibu yang berpantang secara pembedahan ini perlu berpantang lebih daripada mereka yang bersalin secara normal.
1) MINUM AIR HALIA
Sebaik sahaja bersalin, anda digalakkan meminum segelas air halia yang bercampur madu ataupun jus kurma. Ia bertujuan mengelakkan anda daripada terbatuk kerana suhu yang terlalu sejuk di dalam dewan bedah serta membantu mengawal loya akibat angin yang banyak di dalam perut. Selain itu, ia juga bertujuan mengelakkan daripada anda memberi tekanan kepada kawasan pembedahan akibat daripada batuk tersebut. Segelas air halia tidak akan menyebabkan bayi anda kuning. Namun, minuman tinggi gula putih boleh menyebabkan bacaan kuning bayi anda meningkat ke paras tinggi.
2)SAPU MINYAK HERBA
Selepas itu, ibu tersebut juga perlu disapukan dengan minyak herba seluruh badan bagi menghangatkan kembali tubuh ibu setelah sekian lama di dalam dewan pembedahan. Kawasan yang wajib dilebihkan minyak herba ialah di kawasan atas perut dan kawasan bius. Ia bertujuan membantu mengeluarkan lebihan angin dan membantu merawat saraf. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan ibu mudah menggigil kesejukan dan mudah dimasuki angin.
3)CARA BERBENGKUNG KHAS
Ibu bersalin secara pembedahan sangat takut untuk bergerak. Maka, cara paling mudah untuk menampung perut ialah dengan memakai bengkung dengan kaedah yang betul. Ada dua kaedah yang boleh digunakan sebaik sahaja bersalin;
Menggunakan strap-on- binder. Anda perlu menyapu minyak herba dahulu di perut dan pinggang sebelum memakai bengkung bagi membantu pengeluaran angin panas daripada perut dan melawaskan pengeluaran darah kotor seperti darah bantal dan darah bayam bersama darah nifas. Selepas dua minggu luka jahitan sudah pulih, maka anda boleh menggunakan bengkung bertali yang panjang hingga ke paha agar hujung kain bengkung tidak menekan luka jahitan. Ini adalah pendapat Datin Anisah Barakbah.
Manakala pendapat kedua pula daripada rakan perbidanan Nur Syatirah iaitu Puan Nor Asmah Bt Mohammad. Katanya sebelum memakai bengkung bertali, ibu hendaklah melapis bahagian luka pembedahan menggunakan tuala wanita agar luka tersebut cepat kering. Kemudian, barulah memakai bengkung bertali setelah disapu minyak herba di kawasan perut. Labuh bengkung hendaklah melepasi paha agar tidak memberi tekanan kepada bahagian luka jahitan.
Pada pandangan saya pula, pendapat kedua lebih baik kerana lemak di atas luka pembedahan akan memberi tekanan kepada bahagian luka dan menyebabkan jahitan terbuka. Ibu-ibu sekarang terpaksa ulang-alik ke klinik sebaik selepas bersalin adalah disyorkan berbengkung yang memberi sokongan kepada otot perut dan rahim. Namun begitu, jika anda tiada pembantu, boleh usahakan memakai strap-on-binder.
4)DISIPLIN MEMAKAN HERBA
Perkara yang paling penting bagi ibu bersalin secara pembedahan ialah hendaklah disiplin memakan herba setiap hari selama minimum enam bulan selepas bersalin. Bagi ibu yang tersalah makan, jika mereka bersalin secara normal, risiko terbesar adalah bayi mudah kembung perut jika mereka menyusukan bayi. Namun, bagi mereka yang bersalin secara pembedahan, risiko untuk kebas-kebas dan kesejukan adalah tinggi.
5)MANDI HERBA SEHINGGA NIFAS KERING Selain itu, pastikan anda meneruskan mandi herba selagi darah nifas masih lagi mengalir keluar. Ibu yang bersalin secara pembedahan juga hendaklah bertungku. Tungku tidak semestinya di perut. Bertungku di tapak kaki, kawasan pinggang dan punggung. Namun, sebaik-baiknya bertungku seluruh badan kecuali di kawasan luka pembedahan dengan bantuan terapis terlatih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita selalu dengar masalah cacing pada kanak-kanak. Macam mana mak ayah boleh mengesan adalah masalah cacing pada anak dan bila ubat cacing perlu diberikan pada anak kita?
Menurut perkongsian Pakar Pediatrik, Dr Kenneth Looi Chia Chuin, Columbia Asia Hospital Cheras, masalah cacing ini perlu ditangani segera.
Kalau ada symptom anak-anak yang mengalami masalah kecacingan ini, perlu diberikan ubat.
Simptom kecacingan ini termasuklah:
* Kembung perut
* Pucat
* Kerap berasa letih dan tidak bermaya
* Rasa gatal di bahagian dubur
Kanak-kanak berisiko tinggi terkena jangkitan cacing
* Kerap main di luar
* Kerap letak tangan dalam mulut tanpa cuci tangan
Memang perlu bagi ubat cacing untuk membunuh cacing ini. Cacing di dalam usus berpotensi untuk meresap semua nutrisi yang ada di dalam badan dan memburukkan kesihatan kanak-kanak.
Cacing biasanya memasuki tubuh melalui pelbagai cara:
1. Tapak tangan dan kaki yang terdedah kepada tempat yang tercemar
Cth: Jika bermain pasir atau sering tidak pakai kasut Ketika memijak tanah
2. Termakan telur cacing
Cth: Lepas bermain dan tidak basuh tangan dengan bersih.
Jika tak ada symptom, perlu ke bagi ubat untuk pencegahan?
Kalau kanak-kanak selalu bermain dekat luar, dan ibubapa bimbang dan khuatir masalah cacing ini, ubat cacing boleh diberikan pada anak.
Ubat cacing adalah sangat selamat kerana jarang berlakunya kesan sampingan dan alergi.
Jika anak jarang bermain di luar, ubat cacing tidak disyorkan sebagai rutin iaitu pemberian setiap enam bulan sekali pada usia kanak-kanak dua tahun dan ke atas.
Adakah kuman baik di dalam usus dan cacing yang dikatakan adakah dua perkara sama?
Kuman baik di dalam usus berlainan dengan cacing. Kuman baik ini adalah baik untuk pencernaan dan pertahanan di dalam badan.
Tapi cacing bukan sesuatu yang baik. Jadi kalua ada masalah cacing kena bagi ubat cacing!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Floor88, Ayie dan isterinya, Tasha Awie yang telah pun selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada petang semalam.
Menerusi Instagramnya, Ayie berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengikutnya di IG.
Bayi perempuan seberat 3.18kg yang begitu dinantikan sekian lama itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Setapak, Kuala Lumpur.
Kongsi Ayie lagi, dia amat bersyukur kerana dipermudahkan Allah SWT ketika kelahiran puteri sulungnya itu.
“Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan Allah swt. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah atas kelahiran puteri sulung kami.
“Semoga kau berikan kesembuhan yang cepat kepada isteri ku,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu Ayie turut juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya dan isteri hingga selamat melahirkan.
“Terima kasih family, rakan-rakan dan semua yang mendoakannya. MasyaAllah,” kongsinya lagi yang begitu terharu dengan kelahiran itu.
Melalui entri yang sama juga Ayie turut memuat naik gambar puteri kesayangannya walaupun tidak menunjukkan wajah dengan jelas.
Malah Ayie juga turut berkongsi panggilan nama Baby NNA yang bakal diberikan nama nanti.
“Baby NNA | 22.7.22 | 3.18kg ❤️,” kongsinya.
Meninjau di Insta Story keduanya, sekeping gambar Ayie yang mengendong kemas puteri sulungnya itu menarik perhatian ramai.
Malah Ayie juga tidak kekok menukarkan lampin dan membedung bayinya biarpun tidak punya pengalaman.
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi...