Jika ada yang gemar makan beras mentah ketika mengidam, lain pula kisahnya dengan ibu hamil ini yang dikenali sebagai Ekin Norash di Tik Toknya, @ekinnnorash.
Paling gemar makan ais batu. Begitu kongsi Ekin di Tik Toknya. Malah katanya kandungan kembarnya kali ini agak pelik berbanding sebelumnya.
“Sapa mengandung ada pengalaman mengidam pelik-pelik. Kali ni mengandung Twin pelik ngidam,” tulisnya ringkas.
Dek kerana terlalu kuat keinginan untuk makan ais batu, ada waktunya dia sanggup berada di dalam kereta semata-mata untuk menyedut bau penghawa dingin.
Bukan itu sahaja, bahkan di tempat kerjanya, dia acapkali membuka peti ais untuk menikmati bau yang dikeluarkan di tempat beku.
Ads
Malah katanya lagi, jika sehari tidak dapat makan ais batu, boleh jadi serba tak kena.
“Sehari tak dapat makan ais batu, Ekin akan sedut bau aircond atau peti ais dekat tempat beku.
“Kalau tak dapat memang tak boleh nak duduk, serba tak kena,” kongsinya.
Ads
Bahkan kata Ekin lagi menerusi perkongsian video berlainan, dia juga kurang gemar megenakan make up sepanjang hamil kembar sebaliknya cukup hanya dengan lipstick supaya tidak nampak pucat ke tempat kerja.
Mungkin orang akan anggap mengidam atau alahan bagi ibu mengandung ni saja-saja. Tapi bagi yang mengalaminya saja akan faham bagaimana perasaan tu kan? Walaupun ada yang menyatakan janganlah terlalu layan sangat perasaan tu tapi hakikatnya ada sesetengah ibu memang tak boleh.
Situasi alahan ini juga turut berlaku pada Syatilla Melvin sehingga suaminya, Shaheizy Sam sanggup membawa satu keluarga berpindah sementara ke sebuah hotel gara-gara Syatilla mengalami alahan hamil dan berasa loya apabila melihat persekitaran dalam rumahnya sendiri.
Menerusi posting di Instagramnya, aktor berusia 39 tahun itu merakam aksi beberapa kakitangan hotel sedang mengangkut pelbagai barang yang dibawa dari rumah masuk ke dalam bilik hotel.
“Ni kira pindah terus ke? Nak melayan kerenah ibu mengandung punya pasal. Macam mana ni? Sampai bila agaknya,” kongsinya.
Selepas dah ‘check in’ hotel, Shaheizy atau dikenali Sam turut berkongsi gelagat Syatilla yang dilihat kembali ceria dan bersemangat setelah berada di hotel berbanding duduk di rumahnya sebelum ini.
Menurut Sam, isterinya yang kini hamil cahaya mata ketiga itu juga kelihatan gembira menikmati makanan berbanding duduk di rumah nak tengok dia senyum pun susah.
“Terus hidup weii..!! Masa kat rumah, nak tengok dia senyum pun susah, apatah lagi nak buka mulut,” katanya.
Perkongsian video berkenaan memaparkan Syatilla tersenyum manis sebelum menikmati sarapan pagi selain mengakui sudah lama tidak mengalami perasaan seperti itu.
“Awak buat saya gembira, sangat gembira. Dah lama saya tak rasa perasaan ni,” luah aktres berusia 30 tahun itu kepada suaminya.
Sementara itu, Syatilla turut berkongsi mengenai alahannya yang sangat pelik kali ini sehingga sukar untuk menjalani kehidupan seharian selain mengucapkan terima kasih kepada Sam kerana melayan kerenah ibu hamil.
“Sanggup bawak TV besar dari rumah supaya tak boring. Kalau dah bawak TV maksudnya bukan duduk sekejap eh.
“Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ni. Tewas akhirnya…..
“Rasa hidup takdak kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik longlai badan. Demi Allah ni pertama kali Tilla ada alahan macam ni, hamil sebelum ni langsung tak merasa siap boleh pergi shooting hari2 sampai perut besar!
“Kali ni sangat2 luar biasa, rasa serik pun ada. Insyaallah doakan baby nombor tiga ni sihat sempurna sifat. Itu paling penting..
“Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana2, aku tidur kat bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur kat ruang tamu dia ikut. Ni baru la namanya kerjasama selamanya! Sayang awak,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.
Kredit: IG Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu yang berkemungkinan melahirkan bayi pramatang, suntikan ini sangat penting!
Menurut pegawai perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, suntikan amat penting untuk ibu yang berkemungkinan melahirkan bayi pramatang;
Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan.
Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot, sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam.
Suntikan Ini Penting Bagi Ibu Berisiko Bersalin Awal. Boleh Elak Masalah Pernafasan, Pendarahan Otak, Jangkitan Kuman & Masalah Salur pencernaan
Mengapa corticosteroid membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan bayi pramatang?
Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan.
Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.
Adakah corticosteroid berbahaya kepada saya dan bayi?
Suntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.
Bilakah sepatutnya saya mendapat suntikan corticosteroid ?
Suntikan diberikan pada minggu kehamilan ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Jika anda akan menjalani pembedahan elektif, suntikan corticosteroid amatlah digalakkan jika pembedahan itu akan berlangsung pada 35 hinggga 38 minggu 6 hari kehamilan.
Suntikan corticosteroid boleh diberikan sebelum 24 minggu kehamilan, tetapi bukti corticosteroid dapat membantu bayi seawal ini masih lagi tidak jelas, pakar perunding akan berbincang dengan anda terlebih dahulu.
Berapa lama suntikan corticosteroid ini menjadi efektif?
Suntikan corticosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama.
Siapakah yang sepatutnya menerima suntikan corticosteroid?
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :
Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin.
Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yg bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ini ikhtiar kita.
Bagi ibu mengandung bulan puasa antara bulan yang sedikit mencabar. Ini kerana ada yang tak dapat berpuasa penuh kerana masalah kesihatan atau bimbangkan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun ada ibu yang tetap mahu berpuasa penuh tetapi masih terfikirkan apa makanan atau minuman yang sesuai untuk memberikan tenaga sehingga waktu berbuka supaya kesihatan ibu dan bayi tak terjejas.
Perkongsian dari seorang ibu, Yatie Eimra ini sangat mudah dan boleh dicuba oleh ibu hamil atau pun yang mempunyai alahan tak boleh makan.
Sekarang ni ramai orang dok buat susu kurma masa sahur. Teringat lak pengalaman berpuasa masa preggy 4 tahun lepas..
Masa mengandung dulu, saya alami alahan sampai 8 bulan++ & masalah gastrik yang teruk sangat. Seminggu sebelum bersalin jer baru alahan berhenti. Tak boleh bau makanan (even bau nasi ditanak pun terus muntah), kalau pewangi apetah lagi. Sepanjang 8 bulan tu, makanan panas & berbau langsung tak boleh telan. Terpaksa makan makanan yang disejukkan dalam peti sejuk dulu sebab bau & rasa dah kurang.
Masa bulan puasa tu kandungan saya dah masuk 8 bulan. Saya cuma bersahur dengan susu kambing+nabeez kurma+oat jer hampir setiap hari sebab tak boleh makan makanan lain. Tapi Alhamdulillah, bukan setakat dapat puasa tanpa masalah, tapi dapat buat solat terawih setiap malam walaupun buat sendirian kat rumah. Hanya 2 hari jer tinggal puasa & terawih, itu pun sebab dah bersalin.
Ni cara saya buat nabeez kurma (air kurma yang direndam semalaman) & overnight oat..
Ni sikit lagi tip saya nak kongsikan..
Masa berpuasa ni ada hari tertentu kita akan rasa haus/lapar sangat atau rasa tak larat. Masa mengandung lagi lah besar dugaannya.. Yang ada masalah kesihatan/gastrik pun boleh cuba..
Amalkan baca surah Al-Ikhlas (sebaiknya 3x) & perbanyakkan zikir asmaul husna Ya Shamad untuk mengurangkan lapar/dahaga yang teramat sangat. Masa baca tu mohon pada Allah kurangkan rasa lapar/dahaga yang terlampau sangat & diberikan kekuatan untuk teruskan ibadah puasa sehingga waktu berbuka.
Tip ni diberikan oleh ustazah saya masa zaman belajar dulu. Boleh juga dibaca oleh orang bermusafir/sesat yang sukar dapatkan air atau makanan. Masa baca tu mohon pada Allah kurangkan rasa lapar/dahaga & diberikan kekuatan sehingga sampai destinasi.
Boleh juga amalkan surah Ash-Shu’ara ayat 78 & 79 untuk diberi kekuatan untuk melawan rasa lapar & dahaga serta menghilangkan keletihan.
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...