Ketika melahirkan anak, salah satu yang menjadi kerisauan para ibu adalah koyakan besar sekiranya bersalin normal. Jangan jadikan sebab itu membuatkan anak menjadi takut untuk bersalin secara normal kerana ada cara untuk mengatasinya. Mind set sangat penting, sentiasalah berfikiran positif bagi memudahkan proses melahirkan bayi.
Tidak dinafikan, sokongan dari suami sangat penting untuk melancarkan proses bersalin. Dengan semangat yang diberikan oleh suami kepada isteri dapat memberi kekuatan kepada si isteri untuk berjuang melahirkan zuriat. Pun begitu, ibu sendiri perlu bersedia sebaik-baiknya dari segi mental dan fizikal untuk proses ini. Ikuti tip yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, bagi mengelakkan koyakan besar ketika melahirkan bayi anda.
1. Jangan lar panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK.
2. Amalkan senaman Kegel: Kemutkan otot pelvis/vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung
3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.
4. Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit
5. Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.
6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari.
7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon.
Yee, memang saya tak pernah bersalin dan tak rasa sakit bersalin. Pelbagai karenah manusia saya dah jumpa sepanjang masa saya bekerja mengendalikan kes-kes bersalin tak mengira kes berisiko rendah atau tinggi, benda sebegini perlu dimaklumkan supaya pesakit membuat persediaan fizikal dan mental.
Banyakkan berdoa dan bersedia emosi sebelum melahirkan anak. Mohon keampunan dari suami dan orang-orang terdekat, semoga semuanya dipermudahkan. Untuk ibu yang sedang menunggu hari, bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Izzat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit bayi sangat lembut dan memerlukan penjagaan rapi agar tidak memberi kesan sampingan yang menyebabkan ketidakselesaan pada si kecil. Ibu bapa seharusnya tahu cara penjagaan yang betul serta apa yang sepatutnya dilakukan untuk menjaga kulit bayi supaya tidak mudah sensitif dan alergi.
Disebabkan keadaan cuaca yang panas dan tak menentu sekarang ini, bayi cepat rasa tak selesa. Ada beberapa cara ibu bapa boleh lakukan pada si manja untuk menjaga dan melindungi kulit anak yang lembut itu.
1) Lindungi kulit bayi dari sinaran matahari
Bayi yang berusia kurang daripada enam bulan tidak boleh didedahkan kepada matahari. Apabila bawa bayi keluar, pastikan pakai pakaian yang boleh melindungi kulit anak dari sinaran matahari.
Walaupun memakai pakaian yang melindungi kulit bayi, ibu bapa tak perlulah menggunakan pakaian yang terlalu tebal kerana boleh menyebabkan si kecil rasa terlalu panas dan tak selesa. Jika perlu boleh pakaikan topi atau penutup kepala yang sesuai untuk melindungi kepala dan muka.
Jika ibu bapa berada di kawasan terbuka boleh cari kawasan terlindung. Kalau nak mudah letakkan si kecil dalam stroller yang mempunyai penutup atau boleh gunakan payung ketika mendukung.
Lagi selamat ibu bapa juga boleh menggunakan losen dan krim pelembap yang selamat untuk bayi. Banyak yang dijual di pasaran tetapi kena tengok betul-betul bahan kandungannya agar tak memberi kesan sampingan jangka panjang.
Nak lebih mudah krim dan losen pelembap Klorane Baby dari Perancis yang menggunakan 100 peratus sumber semulajadi dari ekstrak Calendula. Dirumuskan dengan PhysioCalenduline®- satu bahan inovatif yang mereplika vernix caseosa- satu lapisan nipis yang melindungi kulit bayi daripada iritasi dan kekeringan namun akan hilang secara perlahan-lahan selepas bayi dilahirkan.
Istimewanya juga krim dan losen pelembab Klorane Baby ini ia sesuai untuk semua jenis kulit anak anda. Ia lembut, wangi dan tidak berminyak pada masa yang sama juga melindungi dan menguatkan lapisan kulit anak dengan berkesan.
2) Elak dari gigitan nyamuk atau serangga
Biasanya gigitan nyamuk atau serangga susah dipantau. Jika kebetulan ternampak tiada masalah tetapi kalau tak sedar, tengok-tengok dah ada kesan merah.
Bagi ibu bapa yang bawa anak keluar, anda boleh memakaikan baju yang sama untuk melindungi kulit bayi dari sinaran matahari. Cara ini lebih mudah untuk semua anak kecil.
Lagi satu mungkin ibu bapa juga boleh gunakan ubat penghalau serangga yang bersesuaian untuk anak. Jika nak memakai ubat ini seharusnya minta pendapat doktor atau ahli farmasi kerana ada sesetengah anak kecil yang alergi dan mempunyai G6PD.
3) Guna sabun sesuai
Bayi memiliki kulit yang sangat lembut dan lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa. Oleh itu, penggunaan sabun yang sesuai adalah sangat penting agar kulit si manja tidak terjejas dan iritasi. Selain itu, sabun yang sesuai akan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda dan memelihara kehalusannya.
Sebagai seorang ibu yang gemarkan si kecil berbau harum sepanjang masa, anda boleh memilih produk mengandungi haruman tetapi seharusnya tidak membahayakan si manja.
Terdapat pelbagai pilihan sabun bayi di pasaran. Sekiranya anda sedang mencari sabun yang sesuai dan selamat digunakan untuk si comel tersayang ketika waktu mandi produk Klorane Baby Gentle Foaming Gel (Body & Hair) dan Klorane Baby Ultra Rich Soap Bar adalah pilihan terbaik.
Harus diingatkan penggunaan sabun yang tak bersesuaian dengan kulit bayi juga boleh menyebabkan kulit mudah menjadi kering dan terkelupas.
Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang memilih produk mandian Klorane Baby Gentle Foaming Gel anda sebenarnya membuat pilihan tepat. Ini kerana Klorane Baby Gentle Foaming Gel, yang dirumuskan dengan PhysioCalenduline®, melindungi dan membersihkan kulit anak anda secara lembut tanpa mengeringkannya. Produk mandian ini tidak memedihkan mata dan boleh dibilas dengan mudah, sesuai untuk kegunaan harian.
Jika ibu bapa ingin alternatif yang lebih jimat, boleh cuba Ultra Rich Soap Bar yang ekstra lembut,juga kaya dengan ekstrak calendula untuk melindungi dan membersihkan kulit bayi tanpa sebarang kesan iritasi atau mengeringkan kulit.
4) Basuh pakaian anak dengan sabun khas
Ramai ibu bapa menggunakan sabun atau detergen khas untuk mencuci pakaian bayi. Disebabkan sabun khas cucian bayi memiliki ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada sabun pencuci biasa maka ia menjadi pilihan bagi sesetengah ibu bapa.
Penggunaan pencuci khas pakaian bayi menjadi satu kemestian sehinggalah umur bayi mencapai satu peringkat tertentu. Kebanyakan suami isteri yang baru bergelar ibu bapa juga lebih gemar memilih cucian khas pakaian bayi.
Bagaimanapun, menggunakan cecair pencuci khas untuk bayi sebenarnya bukanlah wajib. Ia bergantung pada bajet ibu bapa. Tak salah pun ibu bapa nak guna sabun cucian biasa kerana tiada kajian khas membuktikan pencuci biasa tak sesuai untuk membasuh pakaian bayi.
5) Kerap tukar lampin anak
Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi. Jadi, sebagai ibu bapa anda akan berkemungkinan berdepan dengan situasi apabila punggung bayi mengalami keradangan dan kemerahan.
Sebab utama ialah keadaan basah yang disebabkan sentuhan dengan air kencing dan najis dalam lampin. Bayi baru lahir kerap kencing dan juga kerap membuang air besar yang cair.
Bayi yang dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama mungkin lebih berisiko mendapat ruam lampin. Ada sesetengah bayi yang kulitnya sensitif cepat merah walaupun lampin mereka sering diganti dalam tempoh yang kerap.
Ibu bapa yang risau mengenai hal ini dan tak sanggup melihat anak merengek kerana tak selesa, boleh cuba menggunakan Klorane Baby Eryteal Ointment (Nappy rash cream). Yang boleh mengurangkan 70%* masalah ruam lampin dan iritasi kulit dalam 3 hari sahaja. Anak anda semestinya akan berada dalam keadaan yang selesa*.
Antara kelebihan Klorane Baby Eryteal Ointment adalah hipoalergenik, melindungi kulit, membersihkan dan mengekalkan kesihatan kulit bayi serta melegakan masalah ruam lampin dengan efektif.Bagi yang ingin mencuba produk Klorane Baby, anda boleh berkunjung ke kedai Watsons yang berdekatan. Jika ingin menjimat masa, boleh juga melayari Watsons Online store. (Produk rangkaian Klorane Baby hanya eksklusif di Watsons- hanya cawangan Watsons terpilih sahaja). Produk Klorane sesuai untuk bayi sehingga kanak-kanak berumur 3 tahun.
*Skor yang dicapai oleh pakar dermatologi selepas 3 hari penggunaan, 27 subjek.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja bab gosok gigi anak, kebanyakan ibu bapa mula persoalkan berapa banyak perlu diletakkan ubat gigi? Boleh atau tak anak telan ubat gigi? Sejak usia bila anak boleh guna ubat gigi dan macam-macam lagi.
Penjelasan dari Dr Iqbal Rosali mengenai tip menggunakan ubat gigi pada anak-anak boleh memberi gambaran jelas dan sebagai rujukan ibu bapa.
1.UBAT GIGI: PERLU ATAU TIDAK?
Bagi bayi yang belum ada gigi, boleh bersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain basah bersih.
Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, boleh gunakan kain basah bersih juga untuk bersihkan giginya. Boleh juga gunakan ‘finger toothbrush’.
Perkenalkan ubat gigi bila ibu bapa yakin, dan anak tahu yang dipicit keluar itu ialah ubat gigi.
Sebaik-baiknya, lagi awal lagi bagus untuk perkenalkan ubat gigi pada si anak.
2. UBAT GIGI: BANYAK ATAU SIKIT?
Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, gunakan ubat gigi sebesar sebiji beras.
Untuk 3-6 tahun, sebesar kacang pea.
Cukup. Tak payah lebih-lebih. Tak payah sampai berbuih.
3. UBAT GIGI: ADA FLOURIDA ATAU TIDAK?
Flourida adalah penting untuk menguatkan gigi dan mencegah kerosakan. American Association of Dentistry (ADA) mencadangkan untuk menggunakan ubat gigi berflourida seawal yang mungkin untuk pendedahan lebih awal dan perlindungan menyeluruh.
Di pasaran, ada ubat gigi kanak-kanak yang sudah ada flourida. Ibu bapa tak perlu risau kerana kandungannya adalah jauh lebih rendah daripada orang dewasa punya.
4. UBAT GIGI: BOLEH TELAN ATAU TIDAK?
Walaupun ada ubat gigi kanak-kanak dilabel selamat untuk ditelan, tolonglah pastikan dan pantau anak tak telan juga. Makanan pun kita berkira apa yang masuk ke dalam mulut, takkan ubat gigi kita relakan.
Ramai ibu bapa risau untuk gunakan ubat gigi berflourida kerana anak suka telan ubat gigi. Sebab itu perkara paling penting adalah pemantauan daripada ibu bapa sendiri.
Ibu bapa WAJIB gosokkan gigi anak sehingga dia umur 6 tahun. Mesti bantu anak menggosok gigi atau gosok gigi bersama-sama anak untuk elakkan mereka tertelan ubat gigi.
5. UBAT GIGI: PERLU LUDAH ATAU TIDAK?
Secara amnya, kita akan nasihatkan untuk gunakan ubat gigi berflourida apabila anak sudah pandai meludah.
Ibu bapa mesti ajar anak-anak untuk meludah ubat gigi dan elakkan daripada mereka menelannya.
Banyak cara nak ajar anak meludah ubat gigi. Ibu bapa jadilah contoh kerana ibu bapa adalah role model untuk anak masing-masing. Buat bunyi ‘puh’ ‘puh’.
Satu lagi, gunakan kuantiti yang betul. Bila tidak ada ubat gigi berlebihan, tidak perlu risau dengan tertelan atau perlu meludah dengan banyak.