Adakalanya bila anak demam, mama pastinya menyediakan sup ayam yang panas bagi menaikkan semula sistem imun anak. Sebenarnya bukan hanya sup ayam bahkan beberapa sup lain boleh diberikan kepada anak untuk menguatkan imun tubuhnya sekaligus memulihkan kesihatan yang kurang memuaskan.

Perkongsian ibu ini, Puan Sha Nasir yang menyenaraikan lima sup untuk kanak-kanak memang hebat. Bukan hanya sup ayam, bahkan banyak resipi lain yang mampu membantu demam anak kebah. Lima resipi ini mama wajib cuba.

5 MENU SUP UNTUK BAYI & KANAK KANAK YANG KURANG SIHAT
———————————————-

Sharing 5 Menu Sup time Haarra Samiyya tak sihat last week. Haarra total refuse makan nasi & nak hirup sup je. So mommy buat sup yang berkhasiat untuk dia since dia hanya nak minum sup.

Mommy add Chicken Bone Broth untuk boost semula imune dia, tambah extra garlic dalam sup, & bahan-bahan lain yang bagus untuk eliminate kahak. Sesuai untuk baby yang tak sihat, demam selsema & batuk. Antara bahan-bahan lain yang mommy guna adalah Singo Pear, Goji Berry, Garlic, Cauliflower, Celery & Sayuran Hijau.

Protein seperti ayam & udang yang saya gunakan boleh diganti dengan protein kegemaran anak-anak seperti ikan atau daging, telur pun boleh.

GOJI BERRY WHITE HEALING SOUP
——————————-
1) Tumis bawang putih & merah, rempah 3-4 sekawan dengan coconut cooking oil.
2) Masukkan potongan ayam, goreng bersama-sama 3-5 minit.
3) Masukkan air dan cbb.
4) Biarkan mendidih
5) Masukkan goji berry, cauliflower, reneh seketika.
6) Masukkan potongan singo pear.
7) Reneh sehingga semua bahan masak.
8) Optional: boleh masukkan a pinch of himalayan salt (prefered 2 years and above)
9) Siap sedia dihidang.

Note: Cauliflower, Garlic & Singo Pear antara food yang boleh eliminate mucus.

SHRIMP PINK TOM YAM
———————-
1) Tumis garlic paste, onion paste, ginger paste, serai, daun limau purut dengan coconut cooking oil.
2) masukkan cbb dan air.
3) Masukkan beetroot yang dipotong dadu.
4) Masukkan celery, reneh sehingga mendidih.
5) Masukkan shrimp, follow by cauliflower.
6) Masukkan tomato.
7) Reneh sehingga semua bahan masak.
8) Off flame.

Nota: Chicken Bone Broth helps to boost imune baby, Celery, Garlic, Cauliflower helps to eliminate mucus.

SHRIMP & VEGETABLE SOUP
————————–
1) Tumis bawang putih & merah dengan coconut cooking oil.
2) Masukkan air dan cbb.
3) Biarkan mendidih.
4) Masukkan udang.
5) Masukkan cauliflower & batang sawi, reneh seketika.
6) Masukkan sayur sawi & potongan tomato.
7) Reneh sehingga semua bahan masak.
8) Optional: boleh masukkan a pinch of himalayan salt (prefered 2 years and above).
9) Siap sedia dihidang.

Note: Cauliflower, Garlic & Sayuran Hijau antara food yang boleh eliminate mucus.

CHICKEN & BEETS SOUP
—————————
1) Tumis bawang putih & merah, rempah 3-4 sekawan dengan coconut cooking oil.
2) Masukkan air dan cbb.
3) Masukkan beetroots.
4) Biarkan mendidih.
5) Masukkan ayam & reneh seketika.
6) Masak sehingga beetroots empuk & ayam hampir masak.
7) Masukkan tomato& reneh sehingga semua bahan masak.
8) Optional: boleh masukkan a pinch of himalayan salt (prefered 2 years and above)
9) Siap sedia dihidang.

Note: CBB antara superfood yang boleh boost imune. Add extra garlic untuk eliminate mucus.

GREEN ANTIBIOTIC SOUP
—————————
Bahan-bahan:
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bawang putih
Bawang besar
Lada hitam
Air
CBB @bytqahnasir
Sayur hijau – sawi
Isi Ayam

Cara-cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah (mommy pakai paste @kaka_tanggo )dan semua rempah dengan olive oil.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan cbb & air.
3. Masukkan isi ayam, celery dan biarkan mendidih.
4. Masukkan batang sayur sawi.
5. Masukkan daun sayur sawi.
6. Off flame bila semua bahan fully cooked

Nota: Mommy lebihkan bawang putih. Bawang putih, celery , & sayuran hijau boleh bantu kurangkan mucus.
CBB untuk boost imune baby.

Selamat Mencuba!