Anak yang disahkan oleh doktor mengalami masalah autisme sememangnya cukup istimewa.
Namun tahukah mak ayah kebarangkalian berlaku autisme adalah dikalangan bayi lelaki lebih tinggi berbanding bayi perempuan.
Ini yang dikongsikan oleh doktor selebriti, Dr Say Shazril menerusi Instagramnya.
“Kepada yang tak tahu kebarangkalian boy untuk anak astism adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding girl.
“Kenapa? Kajian menunjukkan otak lelaki menghasilkan lebih repetitive atau restrictive behavior and narrowly focused interest berbanding wanita.
Bukan itu sahaja bahkan menurut kata Dr Say lagi, kebarangkalian untuk anak kedua atau ketiga juga tinggi jika ada sejarah autisme dalam keluarga.
Ads
“Dan kalau kita ada seorang anak yang ada autism ada 20 peratus kebarangkalian yang anak seterusnya berkemungkinan ada autism,” kongsinya lagi.
Jadi buat mak ayah, jika anda mempunyai anak lelaki yang disahkan mengalami masalah autisme, lakukan interaksi awal sebaiknya untuk anak-anak lelaki lain, iaitu pada anak kedua dan ketiga jika ada.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
“Takutnya saya. Anak pertama sunat. Macam mana la nak jaga. Luka melekit-lekit tu saya seriau. Nak cuci takut sakit.”
Jangan risau. Sebab kita beruntung ada seorang doktor, Dr. Adelin Zin yang baik hati berkongsikan ilmu ini.
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci 😅
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen 🤲🏻
Pemberian ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa.
Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.
Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan.
Cara pengambilan ubat juga penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat rawatan optimum. Ibu bapa atau penjaga perlu mengikut arahan doktor dan ahli farmasi dalam memastikan keberkesanan rawatan.
“Berat anak akak berapa ya?”, farmasis bertanya di kaunter.. Ubat si anak kecil sudah tersedia dah..
“Errr, sorry cik, tak tahu..”
“Hmmm, belum timbang lagi..”
“Haaa, dalam 5 kilo kot..”
“Entah lah cik.. Dah lama tak timbang berat anak..”
Ini adalah situasi yang sangat biasa kat mana-mana kaunter farmasi..
Meh abam farmasis terangkan..
Mula-mula sekali kita kena tahu.. UBAT2 kat dunia ni ada MACAM2 JENIS dan JENAMA..
Yang membezakan adalah BAHAN AKTIF atau KANDUNGAN dalam ubat tersebut..
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dah senarai kan apakah BAHAN AKTIF atau KANDUNGAN dalam ubat yang TAK SESUAI untuk kita nak bagi pada anak2 BAWAH 2 TAHUN..
Sekarang, Tuan/Puan boleh klik pula kat Gambar Pertama dan Gambar Ke-2 yang abam sertakan ini..
Ada beberapa contoh ubat yang selalu ada kat klinik atau hospital.. Dan nampak tak apa yang abam BULATKAN itu?
Yang abam BULATKAN itu adalah KEPEKATAN UBAT..
Alaa, macam kita buat Air Milo.. Bubuh berapa sudu susu.. Berapa sudu serbuk milo..
Macam tu lah ubat-ubat yang ada kat dunia ni.. Beza nya, ubat-ubat ini disediakan oleh KILANG-KILANG UBAT berdasarkan KIRAAN atau ISIPADU bahan yang berbeza-beza sehingga boleh tertera NILAI KEPEKATAN UBAT itu..
Sekarang, kita kena ingat.. Kalau solat pun ada RUKUN.. Ubat juga ada RUKUN nya.. Dua sahaja Rukun Ubat iaitu SELAMAT dan BERKESAN..
Macam mana nak tahu ubat tu SELAMAT dan BERKESAN atau tak?
Jawapannya adalah DOS UBAT..
TerKURANG DOS = ubat tak boleh bekerja sepenuhnya untuk bagi rawatan yang berkesan pada pesakit (KURANG BERKESAN)
TerLEBIH DOS = ubat akan memberi kesan sampingan yang lebih tinggi sekaligus membahayakan pesakit (TAK SELAMAT)
Maka, yang farmasis duk tanya BERAT ANAK tu sebab kami nak pastikan DOS yang SELAMAT dan BERKESAN kepada anak-anak Tuan/Puan semua..
Dengan hanya tahu BERAT BADAN ANAK, baru kita boleh tahu apakah DOS YANG SELAMAT & BERKESAN untuk dibagi pada si anak itu..
Contoh, berat badan anak kecik yang berusia 6 tahun adalah 21 KG..
Anak kecik ni nak dibagi Sirap Paracetamol yang mempunyai nilai kepekatan 120MG/5ML..
Maksudnya, untuk dos 120 MG, si anak kena minum sukatan 5 ML..
Sekarang, dos yang SELAMAT DAN BERKESAN bagi ubat Paracetamol adalah 15MG/KG..
Maksudnya, 1 KG berat memerlukan dos sebanyak 15 MG..
1 KG = 15 MG
21 KG = ? MG
Selepas farmasis bermain matematik bertemankan kalkulator nya, barulah kita tahu si anak yang berat nya 21 KG itu tadi sebenarnya memerlukan 315 MG dos Paracetamol sebagai DOS yang SELAMAT dan BERKESAN itu..
Masih ingat dengan KEPEKATAN UBAT yang abam BULATKAN itu? 120MG/5ML..
120 MG = 5 ML 315 MG = ? ML
Setelah dihitung dan dicongak, akhirnya farmasis tahu yang si anak perlu minum sukatan Sirap Paracetamol sebanyak 13 ML..
Nah, mak ayah pun diberitahu,
“Anak Puan kena minum ubat demam ini sebanyak 13 ML.. Sila minum BILA PERLU sahaja.. Jangan lebih 4 kali sehari..”
Nampak tak betapa penting nya mak ayah untuk sentiasa TAHU & UPDATE BERAT BADAN ANAK..
PENTING! Sebab ia melibatkan NYAWA dan KESELAMATAN anak anda sendiri..
Akhir kata, mak ayah dah boleh beli PENIMBANG dan simpan di rumah.. Bukan untuk misi diet sahaja, tetapi juga untuk anak-anak anda.
Sumber: Faiz Akmal Mfa
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua beradik termakan keropok ada racun tikus kritikal. Walaupun racun tikus efektif dalam mengawal tikus, ia juga boleh mendatangkan bahaya yang serius, terutamanya kepada kanak-kanak.
Racun tikus adalah bahan kimia yang digunakan untuk mengawal populasi tikus yang sering menjadi punca kepada kerosakan harta benda dan penyebaran penyakit.
Memetik Sinar Harian, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi Labu Besar, Kulim, Kedah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, keropok berkenaan dipercayai digantung oleh pekebun kampung pada dawai besi di sekeliling pagar kebun bertujuan untuk memerangkap monyet.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas ibu mereka yang berusia 25 tahun menyedari kedua-dua anaknya yang berusia dua dan tiga tahun mengalami muntah-muntah dan mulut berbuih.
“Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ibu mereka terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan ke Hospital Kulim untuk rawatan,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.
“Pada jam 7.30 malam kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mohd Azizul berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta 611 dan Seksyen Sek 284 Kanun Keseksaan.
Bahaya racun tikus kepada kanak-kanak dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil oleh ibu bapa dan penjaga.
Kesan Racun Tikus kepada Kanak-kanak
Keracunan akut:
Kanak-kanak, terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, cenderung untuk memasukkan benda ke dalam mulut mereka. Jika mereka menelan racun tikus, mereka boleh mengalami keracunan akut. Tanda-tanda keracunan termasuk muntah, pening, kesukaran bernafas, dan dalam kes yang lebih teruk, sawan atau koma.
Pendarahan dalaman
Banyak racun tikus mengandungi bahan antikoagulan yang menyebabkan pendarahan dalaman. Jika kanak-kanak terdedah kepada bahan ini, mereka boleh mengalami pendarahan yang sukar dihentikan, yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera.
Kerosakan organ
Racun tikus boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti hati dan ginjal. Pendedahan berterusan atau dos yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan organ yang kekal, memerlukan rawatan perubatan yang panjang dan intensif.
Langkah Pencegahan
Penyimpanan selamat
Simpan racun tikus di tempat yang tinggi dan terkunci, jauh daripada capaian kanak-kanak. Pastikan bekas racun mempunyai label yang jelas dan tidak boleh diakses oleh kanak-kanak.
Penggunaan yang betul
Gunakan racun tikus mengikut arahan yang tertera pada label. Elakkan daripada meletakkan racun di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan. Sebaiknya, gunakan perangkap tikus yang tidak beracun sebagai alternatif yang lebih selamat.
Pengawasan
Sentiasa awasi kanak-kanak ketika mereka bermain di dalam atau di luar rumah. Pastikan mereka tidak bermain di kawasan yang mungkin mengandungi racun tikus atau sisa racun.
Pendidikan
Didik kanak-kanak tentang bahaya racun tikus dan mengapa mereka tidak sepatutnya menyentuh atau memasukkan sebarang benda ke dalam mulut mereka tanpa kebenaran orang dewasa.
Tindakan kecemasan
Ketahui langkah-langkah kecemasan jika berlaku keracunan. Simpan nombor telefon pusat kawalan racun dan bawa kanak-kanak ke hospital dengan segera jika mereka menunjukkan tanda-tanda keracunan.
Racun tikus adalah alat yang berguna untuk mengawal populasi tikus, tetapi ia juga boleh mendatangkan bahaya yang serius kepada kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan kanak-kanak.
Dengan penyimpanan yang selamat, penggunaan yang betul, pengawasan, edukasi, dan tindakan kecemasan yang pantas, risiko keracunan dapat dikurangkan, dan keselamatan kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...