Anak lelaki mesti jadi kuat. Tak boleh tunjuk perasaan sedih, sayu, kasihan dan lembut. Ini yang selalu ibu bapa tekankan menyebabkan anak lelaki membesar dengan sikap tidak berkasih sayang dan keras hati.
Jika ibu bapa cenderung mendidik anak perempuan dengan memberikan anak patung supaya dia boleh memupuk sikap sayang dan pandai menjaga sejak kecil kenapa kita tak mendidik anak lelaki dengan cara yang lembut.
Situasi itu ternyata salah dan perlu diubah kerana anak lelaki juga perlu dididik dengan rasa kasih sayang pada diri supaya membesar sebagai lelaki yang mempunyai sifat penyayang. Lakukan didikan itu sejak bayi lagi dengan bercakap secara lembut bukan saja kepada bayi perempuan malah kepada bayi lelaki anda juga.
Melalui perkongsian Ustazah Isfadiah, beliau juga mengakui hal ini. Fitrah anak lelaki suka melindungi. Siapa yang ada anak lelaki mesti dapat rasakannya. Jika ibu bapa ada anak lelaki biasanya mesti akan perasan tingkah laku ini.
Ads
Fitrah anak lelaki juga nalurinya selalu ingin membantu dan melindungi insan lemah dari kalangan keluarga especially. Mereka suka menggalas tanggungjawab dan penyayang. (Inilah peranan Wali)
Tapi andainya kita selalu sebut salah dia atau membesar-besarkan kelemahan mereka, anak-anak ini jadi bosan dan kecewa. Emosi diorang pun boleh swing. Kalah anak perempuan.
Ads
Biasakan lakukan 3 perkara ini:
1. Hargai mereka dan sebut betapa bangganya kita jika dia melakukan perkara terpuji 2. Tunjukkan cara terbaik untuk memberi bantuan mulakan bantuan di rumah, cara terbaik lipat baju, cara terbaik basuh pinggan etc. 3. Redha je bila dia buat silap jangan marah-marah. Nak pandai sesuatu perkara kena buat berulangkali. Bagi dia semangat untuk terus cuba lagi.
Terharu tengok gambar anak lelaki dalam train awam di bawah ini, Ada 5 sebab saya terharu.
1. Dia bangun dan bagi tempat duduk dia pada makcik yang bawa baby dalam stroller.
2. Dia berdiri dekat dengan mak dia yang tertidur- tak rasa malu pun bila mak tidur di tempat awam.
3. Dia ambil dan galas beg tangan maknya supaya selamat.
4. Tangan dia yang kecil tu dijadikan lapik kepala mak menghalang besi rel yang keras dari menyakiti mak si cinta hatinya.
5. Pandangan matanya menunjukkan dia peka dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekitarnya, dan sememangnya anak lelaki punyai bakat hebat ini.
Taman permainan merupakan satu keseronokan untuk kanak-kanak tapi bukan kepada ibu bapa kerana menurut mereka taman permainan boleh mengundang bahaya. Penting untuk ibu bapa memastikan peralatan dan permukaan yang tidak sesuai serta perlakuan cuai yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
Anda perlu memastikan anak anda menikmati masa mereka sepanjang berada di taman permainan di samping mengelakkan mereka daripada kecederaan dengan mengamalkan cara-cara ini:
Memantau anak anda menggunakan peralatan taman permainan
Cara paling selamat untuk memastikan keselamatan anak anda adalah memantau ketika mereka bermain. Ini tidak susah kerana mereka sentiasa akan memanggil anda untuk melihat mereka bermain. Anda perlu memastikan tiada peralatan yang berkarat atau rosak sebelum anak anda bermain serta memastikan tiada objek bahaya seperti kaca atau permukaan yang tidak rata.
Ajar anak anda untuk berjaga-jaga
Sebelum membiarkan anak anda memasuki taman permainan, buka semua rantai atau gelang yang dipakai oleh mereka untuk mengelakkannya tersangkut pada apa-apa peralatan. Jika terdapat golongan umur kanak-kanak yang pelbagai, ajar anak anda untuk bermain di kalangan kanak-kanak seusia mereka. Ajar anak anda bahawa menolak, menarik, bersesak-sesak di taman permainan boleh mengundang bahaya.
Pilih kawasan bermain berdasarkan umur anak anda
Pastikan anak anda menggunakan peralatan yang sesuai dengan umurnya. Kawasan khas untuk kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun seharusnya diwujudkan dan dibaikpulih.
Untuk bayi yang baharu belajar berjalan, kawasan permainan haruslah mempunyai kawasan dan permukaan yang sesuai dan lembut untuk memudahkan mereka.
Jika bayi anda sudah boleh mengawal tindak-tanduk mereka dan boleh duduk dengan sokongan (biasanya berumur sekitar 9 bulan), boleh cuba menggunakan buaian yang mempunyai sokongan yang selamat.
Pastikan permukaan dan kawasan permainan tersebut selamat
Elakkan taman permainan yang mempunyai tapak permukaan yang keras seperti konkrit, rumput, berbatu atau bertar.
Sebaliknya gunakan taman permainan yang mempunyai tapak permukaan seperti pasir dan getah. Tikar getah, rumput tiruan dan apa-apa material artifisial juga merupakan tapak permukaan yang selamat dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap.
Pastikan taman permainan tersebut diperiksa dan diselenggara oleh pihak berwajib
Pastikan dengan pihak sekolah atau pusat penjagaan untuk memastikan mereka mempunyai taman permainan yang sesuai mengikut umur kanak-kanak dan mempunyai penyelenggaraan yang baik.
Jika terdapat apa-apa bahaya di kawasan taman permainan, laporkan segera kepada mereka dan halang anak anda menggunakan taman permainan tersebut sehingga diselenggara.
Laporkan apa-apa bahaya kepada organisasi bertanggungjawab untuk taman permainan tersebut (contohnya sekolah, rukun tetangga atau majlis bandar raya).
Menjadi kegairahan sesetengah ibu bapa membawa anak kecil ke pawagam semata-mata untuk menonton filem tanpa menghiraukan keselesaan anak serta orang sekeliling.
Lebih menyedihkan, bayi masih tidak memahami keadaan sekeliling dan cerita yang dipaparkan tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah umur. Itulah luahan salah seorang penonton yang terganggu sepanjang filem tersebut ditayangkan.
Gadis ini mengulang ciap status Twitter yang meminta agar ibu bapa tidak membawa anak kecil ke panggung wayang.
Melalui ulang ciap itu, gadis ini berkata semasa menonton wayang, dia mendengar tangisan bayi yang kuat sehingga mengganggu tumpuan penonton yang lain.
“26 June, GSC Amanjaya Mall SP. Filem Mat Kilau showtime 4.30 p.m. Baby tu ada dalam baru lepas pantang kut. Menangis melalak budak tu dah mengganggu orang lain. Orang nak tengok movie bukan dengar anak hang qeyau. Tolong la ada common sense.
“Kalau tengok Awang tendang Mat Kilau, aku dah angkat tangan nak tepuk bahu si bapak tu suruh bawa anak dia keluar bagi diam kat luar. Pastu duk passing anak tu pi mai pi mai kat bini dia. Yang budak tu duk continue nangis. Eh stress la aku,” tulis gadis ini di Twitter.
Dia juga berasa pelik bagaimana pasangan suami isteri itu boleh membawa bayi si kecil itu ke panggung wayang, apatah lagi dengan bunyi kesan khas yang kuat.
“Dengan sound effect macam tu sampai telinga kita pun berdesing, tak terkejut ke budak tu? Memang logik la dia nangis. Susah la jenis parents takdak common sense sampai mengganggu orang lain eh rimas.
“Ka nak tengok cerita Minions tapi tersilap beli tiket mat kilau aku taktau la kan. Tapi memang aku bengang la tadi. Tak kira lagi anak dia yg dah besar sikit tu duk berdiri pi mai pi mai atas seat tu eh la aku,” luah gadis itu dengan geram.
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, membeli topeng untuk melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus, kajian terbaru telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Titisan udara masih cara utama wabak coronavirus tersebar wabak coronavirus, virus novel
Walaupun kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus.
Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air.
Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Tempoh jangka hayat virus di dalam sisa perkumuhan wabak coronavirus
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.