Anak perempuan pemalu itu mungkin biasa kita dengar, jika anak lelaki pemalu risau si ibu dibuatnya. Begitulah dilema si ibu bila anak lelakinya pemalu. Ini penjelasan dari ibu rose berkenaan situasi tersebut.
Salam ibu, anak saya 6 thn sangat pemalu & kurang bercakap di sekolah sehinggakan sukar berkomunikasi dengan guru. Tetapi di rumah karakternya berbeza. Adakah biasa bagi kanak2 lelaki seusianya berperangai begini?
Jawapan:
Waalaikumsalam.
Ads
Kurang bercakap dan mungkin dikategorikan sebagai pemalu ini adalah perkara biasa. Namun, jika anak itu sukar bercakap itu bukan dalam kategori pemalu, itu lebih kepada dia kurang berkeyakinan untuk bercakap.
Kerana anak yang memang tidak banyak mulut ni, jika mereka perlu bercakap, mereka akan bercakap.
Ads
Namun, janganlah puan risau terlebih pula ya. Bina sahaja keyakinan dia untuk bercakap dan bergaul dengan kawan-kawan. Bermula dengan seorang dua. Selalunya kanak-kanak begini lebih suka small crowd dan agak tidak selesa terlalu ramai orang dan tidak suka bising-bising. Oleh itu bermula dengan beberapa orang kawan-kawan sahaja.
Setiap kali dia bercakap dengan puan, berilah perhatian supaya dia semakin confident mengeluarkan pendapatnya. Jangan sibuk hendak menghabiskan ayatnya kerana susahnya dia hendak bercakap. Biar dia habiskan sendiri. Sabar.
Ads
Bina keyakinan diri yang positif ke dalam dirinya dengan menghargai perkara yang bagus mengenainya dan apa yang berjaya dia lakukan. Jika dia gagal, ajak dia belajar dari kesilapan dan buat semula.
Sesuatu yang sangat penting juga adalah biarkan dia melakukan kerja-kerjanya sendiri. Jangan sibuk melakukan apa yang ditugaskan kepadanya. Biar dia berusaha sendiri.
Lagi banyak dia berdikari, lagi kuat keyakinan dirinya terhadap kebolehan dirinya.
Gently, gently help him to believe in his abilities.
Adakah posting Ibu ini membantu kefahaman anda dalam parenting? If yes, cer saya ‘Yes Ibu’
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan. Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini!
Tabiat pengambilan makanan anak
Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimbang sudah menjadi 1 kemestian buat mereka yang bergelar ibu bapa.
Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda memahami tabiat pengambilan makanan anak.
Ini kerana apabila anda mengetahui isyarat bahawa mereka sudah kenyang, ini sekali gus dapat mengelakkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara paksa. Sebaiknya, biarkan anak makan mengikut selera mereka.
Mulakan dengan menawarkan makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil dan menambahnya jika mereka meminta.
Namun tidak dinafikan ada parents yang mungkin berdepan beberapa isu berkaitan amalan pemakanan yang tidak sihat. Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.
Amalan pemakanan yang tidak sihat & cara mengatasinya
Bercakap mengenai tabiat pemakanan tidak sihat, ia boleh melibatkan tabiat makanan anak yang cerewet makan.
Pastinya ibu susah hati apabila anak sering menolak semasa diberikan makanan yang bukan menjadi kegemaran mereka.
#1. Makan makanan tertentu
Untuk mengatasi amalan pemakanan yang tidak sihat ini, antara cara boleh dicuba adalah:
Tawarkan finger food
Sediakan makanan dalam potongan kecil yang memudahkan mereka untuk makan dengan sendiri.
Menjadi contoh
Sebagai ibu bapa berikan contoh terbaik dengan memakan pelbagai jenis makanan. Anda juga harus elak daripada memberikan komen mengenai makanan yang disukai atau tidak.
Saiz hidangan
Untuk makanan anak yang digemari, letakkan dalam jumlah kecil. Jangan lupa untuk turut menyertakan sekali makanan lain yang anda mahu perkenalkan kepada si kecil.
Terus tawarkan makanan baharu tetapi jangan memaksa
Dengan pendedahan berulang, kebanyakan anak dipercayai akan mencuba makanan baharu.
Jika tidak, jangan terus memaksa.
Percayalah lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, akan berlaku perubahan dalam tabiat pemakanan anak.
#2. Tidak makan sayur-sayuran
Anak tidak mahu makan sayur-sayuran adalah masalah yang paling biasa untuk terjadi. Apa kata ibu cuba strategi ini:
Pelbagai warna
Siapa kata sayuran hanya perlu berwarna hijau dan berdaun?
Ibu, jadilah kreatif dengan menyediakan pelbagai sayuran berwarna dan bentuk seperti jagung, labu, lobak merah, bunga kubis, tomato dan cendawan butang.
Tambahkan dalam sos atau makanan
Anda juga boleh mencampurkan sayuran dalam sos atau makanan yang akan disediakan kepada anak.
Sebagai contoh, kisar lobak merah dan cincang cendawan butang untuk dimasukkan ke dalam sos spageti bersama campuran ayam atau daging.
#3. Enggan mengunyah
Mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi ia antara amalan pemakanan yang tidak sihat boleh terjadi pada si kecil.
Untuk mengatasi keadaan ini:
Pantau keadaan anak
Ini untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran motor yang diperlukan untuk mengunyah.
Perubahan tekstur
Adakalanya anak mungkin sudah terbiasa untuk terus menelan apabila sering diberikan makanan seperti bubur.
Jadi secara beransur-ansur, lakukan perubahan pada tekstur makanan mereka.
#4. Mengambil masa lama untuk makan dan menyimpan makanan dalam mulut (rumination)
Kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini:
Tiada kemahiran
Si kecil mungkin tidak mempunyai kemahiran motor untuk mengendalikan makanan yang diberi.
Jadi ibu boleh cuba untuk membantu dengan menyediakan makanan dalam saiz dan potongan yang kecil.
Kurangkan gangguan
Kadang-kala tabiat makanan anak berlaku apabila terdapat banyak gangguan persekitaran. Jadi sebaiknya, apabila tiba waktu makan, minimumkan segala gangguan daripada televisyen,barang permainan dan pastikan anak duduk dengan sebaiknya.
#5. Memilih makanan sendiri
Ia satu keadaan biasa apabila anak kecil yang berusia 18 bulan ke atas ingin lebih berdikari, termasuklah dalam aspek pemilihan makanan.
Atasinya dengan:
Berikan pilihan kepada anak
Contohnya sama ada ingin makan nasi atau pasta. Elakkan daripada memberikan soalan terbuka, seperti, “Apa yang awak ingin makan?”
Tegas dalam membuat keputusan
Dalam mengatasi isu berkaitan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini, anda perlu tegas dalam setiap perkara.
Pastikan setiap ahli keluarga lain seperti pasangan mahupun datuk atau nenek turut melakukan perkara yang sama.
Ini kerana jika anda tidak konsisten mungkin sukar untuk mengatasi masalah ini.
Kesimpulannya
Berdepan keadaan anak sukar makan atau memilih dalam aspek pemakanan adalah satu cabaran buat ibu bapa.
Walaupun ia boleh menimbulkan kerisauan, namun percayalah ia adalah keadaan normal yang dialami oleh kebanyakan ibu bapa lain dan seiring peredaran masa, ia akan selesai dengan sendiri.
Tetapi jika tabiat makanan anak mendatangkan kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik untuk penyelesaian yang lebih baik.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Otak anak lelaki ini berbeza dengan anak perempuan. Daya tumpuan mereka berbeza. Perempuan biasanya lebih rajin dan lebih fokus ketika belajar berbanding lelaki.
Tidak perlu risau kalau kita lihat anak orang lain sudah dahulu boleh membaca Quran dan membaca dengan baik. Lebih lagi kalau anak kita anak lelaki.
Berikut perkongsian Penulis Dakwah & Pendidikan Anak-Anak, Puan Nazifatunnisa Salim
Terus terang Salahuddin agak lambat boleh membaca dan mengaji Quran berbanding Sumayyah. Mereka berbeza umur 2 tahun tetapi tahap membaca dan mengaji Quran mereka sama.
Yang saya perasan ada beza bila diberikan permainan blok, Salahuddin boleh mencipta apa sahaja yang dia fikirkan di usianya berbanding Sumayyah yang perlu dibantu walaupun hanya membina rumah.
Ini rekod yang saya buat sendiri mengenai perbezaan anak lelaki dan anak perempuan:
1. Kalau belajar, anak perempuan boleh menyelesaikan tugas tanpa dipantau. Tetapi anak lelaki biasanya perlu dibantu dan dipantau. Anak lelaki banyak alasan. Kadang-kadang dia tahu tetapi dia suka bertanya.
2. Anak lelaki banyak imaginasi. Kalau kita minta melukis, lukisan anak lelaki biasanya lebih berimaginasi berbanding anak perempuan.
3. Pertanyaan anak lelaki lebih inovasi berbanding anak perempuan. Kadang jenuh juga kita mahu jawab. Sampai satu tahap ummi terpaksa minta waktu untuk cari jawapan.
4. Anak lelaki kalau marah dia akan lepaskan terus. Anak perempuan merajuk dulu. Itu sifat biasalah bagi lelaki dan perempuan. Tapi sebagai ibu bapa, sangat penting untuk kita mengajar mereka mengurus rasa marah dengan baik. Caranya berbeza antara lelaki dan perempuan.
Rekod ini tidaklah semestinya sama dengan orang lain. Jangan terlalu risau kalau anak kita berbeza pencapaiannya dengan anak orang lain. Tidak perlu terus terjun kepada konklusi bahawa anak kita ‘lambat’ tangkap pelajaran.
Sebenarnya bukan anak kita lambat, tapi cara pembelajaran dan fokus mereka berbeza. Setiap manusia itu Allah ciptakan bijak dan pandai, ada kelebihan sendiri.
Yang lebih penting adalah usaha kita mendidik dan menyediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Pelajari lagi teknik mendidik yang betul. Nikmati setiap masa kita mendidik anak. Tidak mengapa lambat, yang penting hasilnya berkualiti.
Beritahulah hakikat ini pada pasangan kita, adik-beradik kita atau kawan-kawan kita yang tengah pening kenapa anak begitu dan tidak begini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membesarkan anak di zaman serba mencabar ini sememangnya tak mudah. Apa lagi sendirian tanpa pasangan dalam membesarkan anak. Bukan satu tugas yang mudah.
Anak-anak perlukan lebih 100 peratus perhatian agar menjadi insan yang terpuji. Namun jika hanya soal anak difikirkan isteri setiap masa dan suami pula leka dengan kerja yang tak pernah habis, ibu menjadi semakin tidak kuat.
Tak meminta untuk dihargai dengan hadiah saban minggu, cukup hanya membantu ringankan urusan anak-anak.
Semalam melintas di wall tulisan dari seorang suami perihal penyusuan anak-anak. Betapa pengorbanan ibu untuk hamil kemudian menyusukan anak-anak.
“Ibu memberi makan melalui tubuhnya.”
Teringat masa mengandung, doktor melawak kata baby ni macam parasit. Duduk dalam rahim ibu, serap nutrisi yang ada pada ibu tapi masyaAllah memang begitulah kasih sayang ibu pada anak belum lahir. Selepas lahir, proses penyusuan pula.
Rata-rata kaum ibu memberi komen, tidak diberi hadiah menyusu pun tidak apa asalkan sama-sama saling mengambil peduli hal anak. Pasangan take part dalam urusan anak-anak.
Masa anak kecil, lelahnya dengan sakit demam. Kurang tidur, kurang rehat. Masa anak semakin besar, lelahnya dengan kerenah pelbagai. Kurang tidur memikirkan anak-anak.
Kadang, melihat ibu-ibu sudah hilang glowing kerana tidak sempat merapikan diri sendiri.
“Orang sekarang anak 2 – 3 dah complain. Orang dulu anak ramai okay saja.”
Eh tak lah. Orang sekarang ada juga yang anak 9 orang, tiada pembantu rumah. Suami profesor balik rumah tanpa buka baju kerja dah ambil penyapu sampah, dah sinsing lengan untuk masak makan malam.
Ibu-ibu bukanlah semuanya mahukan material sebagai ukuran kegembiraan, tetapi mahukan kebersamaan. Tapi bila dapat hadiah, pastilah lebih menggembirakan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...