Ads

Anak Lelaki Perlu Diajar Serba Serbi, Tahu Semua Perkara, Pemimpin Isteri & Anak-Anak Kelak!

Orang kata mendidik anak perempuan susah. Hakikatnya anak lelaki perlu diajar jauh lebih banyak perkara berbanding anak perempuan kerana anak lelakilah pemimpin kelak.

Mereka perlu diajar serba serbi dan tanggungjawab dalam semua perkara. Inilah yang dikongsikan oleh OT, Pn Siti Aisyah Rozalli.


Pagi tadi, husband ajar anak-anak lelaki saya masak breakfast. Ye, nak didik anak lelaki ni bukan senang.

Sebab anak-anak lelaki ni nak kena jadi :

1. Pemimpin keluarga.
2. Didik anak perempuan orang lain supaya jadi solehah.
3. Sangat sabar dengan kerenah orang yang mereka pimpin.
4. Bijak mengurus kewangan dan ekonomi keluarga.
5. Pemandu ke syurga untuk keluarganya.
6. Contoh teladan yang baik untuk orang yang mereka pimpin
7. Orang yang kuat imannya supaya dapat mengharungi dunia akhir zaman yang penuh nafsu-nafsi.

Anak Lelaki Perlu Diajar Serba Serbi, Tahu Semua Perkara, Pemimpin Isteri & Anak-Anak Kelak!

Ads

Memang. Ramai orang Melayu kata, jaga anak perempuan lagi susah. Tapi, kalau anak lelaki tak dijaga, hilang pemimpin dunia, bahagia rumah, bahagia kejiranan, bahagia negara.

Semuanya bergantung kepada adanya orang lelaki yang baik-baik dan soleh-soleh di dalamnya.

Usaha supaya tak abaikan anak lelaki.
Usaha supaya tak ambil ringan pendidikan dan penjagaan anak lelaki.
Usaha supaya tak keluar ayat, “alaah… Budak lelaki memang macam tu. Bukan kita boleh kawal…”

Budaya sesetengah kita kat Malaysia ni, sebab anak lelaki “rosak” tak nampak, maka ramai antara kita kurang kawal kebebasan anak lelaki.

Ads

Sedangkan. Kawal anak lelaki, didik anak lelaki, jaga anak lelaki dengan sesungguh jaga akan mampu bina kehidupan sosial negara yang jauh lebih baik.

Anak Lelaki Perlu Diajar Serba Serbi, Tahu Semua Perkara, Pemimpin Isteri & Anak-Anak Kelak!

 

Ads

Wallahua’lam.

Semoga Allah bantu kita mendidik anak-anak lelaki kita dengan baik. Agar mereka membesar menjadi lelaki, yang layak kita panggil sebagai Lelaki pelindung.

P/S: Husband saya ni, memang ibu ayahnya sangat jaga dia dan adik-beradik bergaul dengan siapa dari kecil. Alhamdulillah. Soleh semua adik-beradik lelaki dia.

Menarik: Nervous Lagi Sebulan Lebih Tambah Lagi Sorang, Sarat 7 Bulan, Mawar Rashid Risau Dekat Nak Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ruang Terapi Sensori Percuma Bantu Perkembangan Anak Istimewa, Legakan Beban Ibu...

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald membantu ribuan anak istimewa di Malaysia melalui terapi percuma yang selamat, komprehensif dan mesra keluarga.