Mainan sememangnya baik untuk perkembangan anak-anak kita. Jangan lokek untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk belikan mainan anak.

Namun jangan terus beli bila anak mahu, sebaliknya kenal pasti dahulu mainan jenis mana yang terbaik untuk anak. Ini panduan dari OT, Maryam Jamadi untuk mak ayah memilih jenis mainan yang baik untuk merangsang otak dan minda anak ketika bermain.

CARA PILIH MAINAN BANTU RANGSANG OTAK ANAK

Saya cadangkan mak ayah yang ada anak umur 2 tahun untuk pelbagaikan mainan anak. Elakkan asyik-asyik tambah koleksi kereta, patung atau satu jenis mainan sahaja. Sayang sangat sebab dengan mainan kita boleh rangsang otak anak berfikir.

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli, Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak!

KRITERIA MAINAN YANG MERANGSANG OTAK ANAK:

1. Mainan untuk main olok-olok.
– Boleh guna sahaja peralatan di rumah seperti pinggan, cawan, pinggan dan sudu konon-konon main masak-masak.
– Main olok-olok jadi doktor, tukang kayu, betulkan kereta, cikgu-cikgu atau buat kek.
– Patung, rumah patung, binatang atau serangga sangat bagus untuk bantu perkembangan sosial dan emosi anak.

2. Mainan berkaitan menyusun atau mengasingkan ikut kategori.
– Seawal anak umur 2 tahun, kita dah boleh latih anak menyusun dan mengasingkan ikut kategori.
– Kategori warna, bentuk, jenis, ketinggian, saiz dan sebagainya.
– Sambil-sambil main asingkan, boleh ajar anak konsep dan bantu kota kasa anak.

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli, Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak!

IKLAN

3. Mainan yang boleh bercantum dan elemen membina.
– Yang ini memang boleh kata wajib ada di rumah.
– Mainan seperti Lego atau blok kayu sangat bagus untuk rangsang kreativiti dan imaginasi anak.
– Sambil- sambil rangsang otak anak, boleh rangsang perkembangan motor halus juga.

4. Buat seni dan kraf.
– “Playdoh”, “Kinetic Sand” atau guna warna air semuanya bagus untuk anak.
– Seawal anak umur 1 tahun dah boleh dedahkan anak dengan pensil, krayon, marker atau kapur tapi jangan ajar anak tulis ABC pula, mulakan dengan ajar anak menconteng dahulu.

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli, Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak!

5. Musik.
– Mainan berkaitan musik sangat membantu kemahiran mendengar anak.
– Mainan yang jenis meniup seperti wisel, harmonica atau seruling pula bantu rangsang perkembangan oral motor anak. 👄
– Piano, gitar atau drum boleh bantu rangsang skil motor halus anak.

6. Mainan fizikal
– Sepak bola, baling bola, lantun bola, golf, ping pong, badminton dan sebagainya bagus untuk rangsang motor kasar anak.
– Boleh bantu tingkatkan fokus anak juga.

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli, Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak!

IKLAN

5. Mainan berbentuk kad atau papan
– “Snake & Ladder”, “Monopolly”, “Jenga”, “Uno”, Chess atau Jutaria boleh bantu anak mahir skil buat keputusan, ikut giliran, fikir strategi dan sebagainya.
– Boleh bantu skil sosial anak juga.
– Bantu anak terima kekalahan dan bersabar jika kalah.
– Seawal anak umur 4 tahun kita dah boleh banyakkan main mainan jenis ini untuk rangsang skil mengawal diri, emosi dan sosial.

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli, Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak!

6. “Puzzle”
– Mainan jenis ini bantu rangsang koordinasi, ketangkasan, hubungan ruang dan logik.
– Seawal anak umur 1 tahun 6 bulan kita boleh belikan mainan jenis ini.
– Mulakan dengan 1 keping dahulu, semakin anak membesar semakin banyak keping “puzzle”.

Dengan mainan, kita boleh rangsang banyak perkembangan anak. Kalau baca perenggan di atas, semuanya mainan-mainan “zaman dulu” kan?

Kerana anak-anak umur 7 tahun ke bawah perlukan banyak mainan fizikal lagi berbanding digital kerana banyak skil yang perlu dirangsang terutamanya skil motor halus dan motor kasar.

Rugi sangat kalau mak ayah terlepas waktu emas anak membesar ini. Sebab itu suami saya tak soal banyak kalau saya beli mainan untuk anak-anak. Kejap-kejap beli mainan, alasannya untuk rangsang perkembangan anak.

IKLAN

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli, Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak!

Lepas itu bersepah, saya yang pening. Kalau terpijak lagilah. Tapi apa-apa pun, apalah guna banyak mainan dirumah kalau tiada mak ayah yang main bersama dengan anak.

Jadi, saya sertakan sekali contoh mainan yang bantu rangsang otak anak dari Kaison. Ini baru Kaison, kalau dari Toy”R”Us agaknya satu kedai saya ambil gambar.

Harap bermanfaat untuk semua mak ayah, ayuhlah kita sama-sama rangsang perkembangan anak.

Anak Main Tunjuk Jangan Terus Beli, Ini Cara Pilih Mainan Bantu Rangsang Otak Anak!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI