
Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung. Tapi bila mahu dimakan ia bertulang. Apatah lagi jika anak-anak kita penggemar ikan, jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka.
Satu cara untuk memudahkan anak makan ikan tanpa kita perlu rasa risau adalah dengan membuang tulang itu semasa menyiangnya. Tak perlu potong isi ikan, dengan teknik yang betul boleh buat kita tarik keluar tulang tanpa menjejaskan bentuk ikan.
Teknik ini telah dikongsikan oleh Nana Mea Soffea.
Cara-caranya:
1. Siang ikan macam biasa. Potong pada bahagian tulang yang menghubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.
2. Tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.
3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sehingga hujung.
4. Kemudian patahkan tulang pada bahagian ekor.
5. Gunting tulang utama pada bahagian leher ikan. Pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang yang ada akan keluar waktu ini.
Tonton video untuk lebih mudah:
Pakat beli ikan kembung berkilo2 kan.. Meh Nana share cara buang tuang ikan kembung dengan mudah sesangat🐡🐟😘#stayathome#covid19
Posted by Nana Mea Soffea on Wednesday, 18 March 2020
Selamat mencuba!
Artikel Menarik: [Anak Tak Suka Makan Ikan Sebab Tulang Banyak. Boleh Buat Resipi Ikan Celup Tepung Mudah, Sedap]
Artikel Menarik: [5 Resipi Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak]
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Keputusan Besar Dia Dermakan Buah Pinggang, Aku Sangat Bertuah.” Demi Cinta, Isteri Serah Buah Pinggang Pada Along Eyzendy

Siapa yang tidak mengenali pelakon ini? Sering menjadi pelengkap untuk filem-filem tempatan dengan watak lucu. Di sebalik rupanya yang ceria dan lakonan bertenaga, siapa yang menyangka rupa-rupanya Along Eyzendy mempunyai masalah dengan buah pinggangnya.
Artikel Menarik: [“Cepat Penat & Makin Kerap Stres”. Bimbang Kandungan Terjejas, Dr Say Minta Isteri Berhenti Kerja!]
Menurut doktor ketika dia menjalani pemeriksaan kesihatan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40, hanya 19 peratus daripada buah pinggangnya yang berfungsi manakala yang selebihnya telah rosak.

Berkongsi tentang tahap kesihatannya pada sebuah akhbar tempatan, Along turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Mungkin nampak sihat di luaran, tapi siapa sangka rupanya kita sakit.
Terbaharu melalui perkongsiannya di laman Facebook, dia memberitahu dia dan isteri telah menjalani pembedahan buah pinggang. Paling mengusik jiwa adalah pengorbanan si isteri yang mendermakan buah pinggangnya kepada Along. Ternyata seorang isteri sanggup melakukan apa sahaja demi suami tercinta.

Keputusan untuk mendermakan organ dalaman bukanlah mudah untuk dibuat dan perlu mendapat nasihat daripada pakar, namun isteri Along tidak ragu-ragu. Bahkan dengan rela hati mahu mendermakan buah pinggangnya supaya Along sembuh semula.

Ikuti apa kata Along pada Ramadan kedua tempoh hari tentang keadaan dia dan isteri:
Ramadhan 2. Hari ke 5 utk aku hari ke 3 utk Amy Eyzendy dlm wad 7b hospital selayang. Dah bermacam2 jenis doktor pakar dtg utk membuat penerangan secara detail. Dari pakar bius, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar transplant Dan beberapa doktor pakar yg lain. Dari penerangan atau brifing dari diorang boleh la disimpulkan bahawa esok pagi selepas subuh kami akan menjalani ‘major operation’ aku tgk bini aku relax je dia…
Maklumlah ini kali yg ke4 dia masuk operation theater OT. Sblm ni masa melahirkan anak kami ketiga tiganya di lahir melalui cara pembedahan atau caesarean. Jadi mungkin bagi dia perkara ini biasa. Tapi bagi aku yg kali pertama nak masuk OT Dan kali pertama nak belah perut mmg sgt merisaukan, mendebarkan, Dan mcm2 perasaan yg bermain di fikiran.
Tapi nasihat bini aku x yah fikir just tawakal Dan lalu je… Mcm dia. Aku Cuba, tapi 5 minit kemudian aku pk blk… 😂😂😂 mmg berbeza la aku dgn dia. Dia lebih kuat lebih cekal Dan lebih positif. Kalau x dia takan ambil keputusan yg sgt besar dgn mendermakan sebelah buah pinggangnya pada aku. Suatu keputusan yg belum tentu semua org mampu utk melakukannya. Termasuk aku. Aku sgt bertuah alhamdullilah… Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.
Artikel Menarik: [“Abi Bukan Buat Lawak, Abi Tengah Marah!”. Tak Takut, Urwa Siap Gelak Tengok Nadzmi Naik Angin!]

Di laman Facebooknya juga turut ada sebuah status yang memaklumkan keadaan pelakon ini yang dikatakan semakin stabil. Buah pinggang baharunya juga dikatakan berfungsi dengan baik dan kini Along berada di bawah pemantauan doktor di hospital. Sama-sama kita doakan agar kesihatan Along dan isterinya semakin pulih dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Sumber: Eyzendy Aziz & My Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Impak Tragedi Zara Qairina, Ratusan Pelajar SMKA Terlibat Intervensi Trauma

Sudah hampir sebulan tragedi yang meragut nyawa Zara Qairina Mahathir berlaku, namun kisahnya masih menghiasi tajuk utama berita negara dan mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa.
Dari laman media sosial hingga meja perbincangan rakyat, nama Zara terus disebut bukan sahaja sebagai mangsa, tetapi simbol perjuangan menuntut keadilan.
Gelombang #JusticeForZara yang tercetus sejak hari pertama berita itu tersebar telah menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Orang awam, aktivis, selebriti, malah rakyat di luar negara turut memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa.
Recap Tragedi Yang Menggemparkan
Kes ini bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah, di mana Zara Qairina, seorang pelajar perempuan berusia belasan tahun, dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan.
Menurut laporan awal, Zara ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan sekolah, dan siasatan awal mengesyaki wujud unsur jenayah. Perkembangan kes ini pantas tular di media sosial, dengan netizen menzahirkan kemarahan dan tuntutan supaya siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.
Sejak itu, pihak polis meningkatkan siasatan, termasuk memanggil saksi-saksi, mengumpul bukti, dan melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk memastikan keadilan ditegakkan.
Terkini, Kesan Trauma Kepada Pelajar Sekolah
Ratusan pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Limauan dikenal pasti mengalami trauma akibat tragedi ini dan kini menjalani proses intervensi untuk memulihkan keyakinan mereka.
Tragedi ini bukan hanya menguji kekuatan keluarga Zara, tetapi juga menjadi wake-up call tentang isu keselamatan pelajar di sekolah.

Melalui laporan Harian Metro, walaupun siasatan masih berjalan, tragedi ini telah meninggalkan kesan mendalam terhadap komuniti sekolah tersebut.
Seramai 124 pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Limauan dikenal pasti mengalami trauma akibat insiden ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan bahawa pihak polis tidak hanya memberi tumpuan kepada siasatan, tetapi turut mengambil langkah proaktif membantu pelajar-pelajar yang terkesan secara emosi.
“Seramai 124 pelajar yang kita kesan mengalami trauma akibat insiden ini menjalani proses intervensi.
“Intervensi ini melibatkan elemen psikiatri dan kaunseling untuk memulihkan keyakinan mereka, sekali gus mengelakkan perkara sebegini berulang,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.
Langkah ini penting bagi memastikan para pelajar dapat kembali fokus kepada pelajaran dan menjalani kehidupan harian tanpa dibayangi ketakutan.
Kesan Sosial & Gelombang Solidariti

Kes Zara Qairina membuktikan betapa isu keselamatan pelajar di sekolah tidak boleh dipandang ringan. Ia juga membuka mata masyarakat tentang kepentingan sistem sokongan emosi bagi mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tragedi sebegini.
Sokongan kepada keluarga Zara tidak pernah surut malah semakin kuat. Setiap kali perkembangan baharu diumumkan, media sosial kembali dibanjiri tanda pagar #JusticeForZara, sebagai simbol solidariti rakyat Malaysia dalam menuntut kebenaran.
Bagi ramai, Zara bukan sekadar nama dalam laporan berita, tetapi peringatan bahawa setiap anak di sekolah berhak mendapat perlindungan, keselamatan, dan hak untuk pulang ke rumah dengan selamat.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Uwais Tenung Lama, Seiras Ibunya.” Bapa Siti Sarah Terima Kejutan Hari Lahir

Bapa kepada arwah Siti Sarah yang juga penyanyi dan pelakon era 80-an, Raisuddin Hamzah menerima kejutan daripada isterinya Siti Fatimah Suberi sempena ulang tahun kelahiran yang disambut baru-baru ini.
Kejutan istimewa itu adalah kehadiran seorang wanita persis wajah Allahyarham Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 pada Ogos tahun lalu.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, Siti Fatimah atau mesra dipanggil Makder berkata, suaminya sudah lama berhasrat untuk bertemu selepas wanita bernama Emy itu tular di media sosial.
“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk,” tulisnya.
Sempena sambutan hari lahir ke-66 suaminya, Makder berjaya menunaikan hasrat Raisuddin dengan menjemput wanita berkenaan ke rumah bagi meraikan bersama ahli keluarganya termasuk anak-anak arwah Siti Sarah.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua. Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah (suami).
“Terima kasih jugak untuk Emy & keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” ujarnya yang meneruskan legasi perniagaan Allahyarham.

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan reaksi terkejut Raisuddin apabila melihat ‘kembar’ arwah anaknya yang membawa sebiji kek selain momen berbual mesra antara kedua-dua belah pihak.
Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terutama ketika melihat wajah anak sulung arwah Siti Sarah, Uwais Al-Qarni yang merenung lama wajah Emy dan seolah tak percaya seiras muka ibunya.

Jadi dengan kehadiran Emy dapatlah menjadi pengubat rindu buat mereka sekeluarga dan rata-rata warganet juga cukup sebak melihat momen ini.
“Tengok Uwais pun macam tenung je..mesti rindu ibu. 😢”
“Saya nangis masa makder cakap tapak tangan dia sama😢😢”
“Allahurabbi..Uwais tenung lama muka aunty emy tu..rindu ibu..”
Sebelum ini Allahyarham Siti Sarah yang ketika itu sarat hamil tujuh bulan terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi keempatnya.
Arwah pergi meninggalkan suami yang juga pelawak Shuib Sepahtu dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, serta Ayash Affan yang kini berusia sembilan bulan.
Sumber: Instagram Makder

Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


