
Muhammad Iftikhar Firas Farid, 13 tahun, bukan calang-calang remaja. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang ini baru saja mencipta sejarah apabila muncul juara dunia dalam kejohanan “Roller Freestyle Park Junior” yang berlangsung di Montpellier, Perancis.

Yang lebih mengagumkan, Firas berjaya menewaskan juara bertahan empat tahun berturut-turut dalam pertandingan sukan aksi ekstrem itu!

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi satu hantaran ‘Facebook’ menitip Harapan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus bertindak menyedari potensi luar biasa Firas. Beliau juga mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi perhatian penuh dalam menyokong perkembangan bakat Firas.
“Saya mengarahkan KBS membantu dengan kemudahan latihan dan akses yang diperlukan bagi mengembangkan lagi bakatnya ke tahap lebih tinggi,”
Bila Minat Bertemu Sokongan Kejayaan Firas bukan datang secara tiba-tiba.
- Minat mendalam dalam sukan ekstrem
- Latihan konsisten dan dedikasi tinggi
- Sokongan keluarga dan komuniti sekolah
Kisah Firas membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa—jika diberi peluang, pendedahan dan dorongan berterusan.
Inspirasi Untuk Ibu Bapa Muda
- Kenal pasti minat anak sejak kecil
- Sediakan ruang & peluang untuk anak terokai bakat mereka
- Hargai pencapaian mereka, sekecil mana sekalipun
- Jangan abaikan potensi sukan—bukan sekadar akademik yang penting!
Akhir Kata, Tahniah Firas! Semoga terus menyinar sebagai ikon belia Malaysia yang mengharumkan nama negara. Kepada ibu ayah di luar sana, mungkin anak anda yang seterusnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Paling Tak Suka Main ‘Messy Play’ & Mudah Geli, Anak Mungkin Ada Masalah Tactile Defensiveness!

Satu hal yang mak ayah perlu perhatikan adalah melihat perkembangan anak pada semua perkara termasuklah mengenai isu sensori. Ada anak-anak yang mudah merasa sensitif dalam kebanyakkan perkara dan ini sedikit sebanyak menyukarkan mereka.
Menurut Pn Norsyamimi Rusli, Ahli Terapi Cara Kerja di Kementerian Pendidikan Malaysia, ada dikalangan kanak-kanak yang boleh merasa sakit apabila badan mereka disentuh. Dan ini merupakan contoh keadaan di mana kanak-kanak itu mengalami Tactile Defensiveness.
Ini yang mak ayah perlu tahu.

Tactile Defensiveness atau sensitif kepada deria sentuhan.
Deria sentuhan tergolong dalam 7 sistem deria yang pernah saya mention sebelum ini. Kanak-kanak yang mengalami masalah dengan deria sentuhan (terlalu sensitif) mungkin merasa sakit apabila badan mereka disentuh. Antara contoh-contoh keadaan di mana kanak-kanak mengalami Tactile Defensiveness ialah:
1. Tidak suka memakai pakaian yang diperbuat daripada certain fabrik.
2. Tidak suka memakai stokin.
3. Kesukaran memakai kasut.
4. Mengelak bermain dengan permainan ‘messy’ contohnya finger painting, playdough, slime dan pasir.
5. Mengelak dengan certain types of food texture.
6. Tidak suka dipeluk atau dicium.
7. Kesukaran dalam aktiviti penjagaan diri seperti gosok gigi, potong kuku dan rambut, serta memakai baju yang mempunyai ‘tag’.

Sekiranya anda mempunyai anak/murid yang mengalami keadaan seperti di atas, boleh la merujuk kepada terapi carakerja untuk penilaian lanjut.
Apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan rangsangan sensori sentuhan kepada anak/murid anda yang disyaki mempunya tactile defensiveness?
1. TIDAK MEMAKSA anak/murid anda menyentuh tekstur yang tidak disukainya.
2. Boleh pelbagaikan sentuhan kepada anak/murid anda. Mulakan dengan tekstur yang kering dahulu, kemudian tekstur basah, dan akhir sekali tekstur campuran kering dan basah. Contohnya, gunakan tepung dahulu. Kemudian sekiranya anak/murid sudah selesa boleh campur dengan air. Contoh lain boleh juga gunakan beras dan water colour.

3. Sekiranya anak/murid anda tidak suka menyentuh tekstur tersebut, boleh gunakan sudu, garfu dan sebagainya untuk menggalakkam mereka explore tekstur sesuatu bahan tersebut.
4. Gunakan sentuhan yang ‘firm’ apabila ingin menyentuh mereka. Ala2 ketika membuat massage. Sentuhan yang firm memberi kesan yang lebih menenangkan.
5. Heavy work activities atau kerja-kerja berat boleh juga membantu mereka bertenang. Contohnya seperti mengangkat bakul yang dipenuhi pakaian, mengangkat kerusi, buku, menyapu sampah, melakukan aktiviti wheelbarrow dan sebagainya.
Note: Kebiasaannya kalau buat intervention untuk kanak-kanak dengan masalah pemprosesan deria sentuhan ni memang lepastu bilik terapi akan bersepah.
Artikel berkaitan: Bersyukurlah Kalau Anak Lasak, Itu Tanda Tumbesaran Minda & Sensori Emosi Anak Sihat
Petanda Anak Mungkin Ada Masalah Sensori, 9 Tingkah Laku Ni Mak Ayah Wajib Periksa

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kurang Tidur Boleh Jejaskan Perkembangan Anak, Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh!

Kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak. Perkara ini penting dan tidak boleh dianggap remeh! Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama dan memerlukan tidur siang hari. Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal, tidur amat mustahak kepada perkembangan si manja. Jangan pandang ringan kepada keperluan ini kerana kekurangannya boleh mempengaruhi perkembangan otaknya.

Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka. Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.

5 SEBAB TIDUR PENTING UNTUK MEREKA
1.Doktor percaya REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.

BERAPA LAMA ANAK PERLU TIDUR SIANG?
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia lima tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.

7 TIP SUPAYA ANAK TIDUR LEBIH BAIK
Ada 7 cara boleh anda cuba supaya si manja boleh tidur dengan cara lebih baik.
1.Biarkan si manja tertidur sendiri.
2.Pastikan anda konsisten meletakkan bayi ke dalam katilnya pada masa yang sama setiap hari.
3.Tidur lebih awal daripada waktu si kecil selalunya mengantuk. Apabila dia sudah terlalu penat dan mengantuk, dia sukar untuk tidur dan lebih suka menahan matanya daripada tertidur. Apabila tidur, mereka juga lebh mudah terjaga.
4.Cipta rutin tidur untuk mereka dan ikutinya 100%. Lebih awal anak dilatih, lebih baik.
5.Jangan lupa tidur siang kerana ia akan memberikan kesan kepada 24jam berikutnya. Tapi pastikan tidur siang tidak terlalu dekat dengan waktu tidur utama.
6.Kalau boleh, elakkan susukan bayi dan kanak-kanak sehingga dia tertidur. Sediakan ruang yang selesa, bilik yang gelap dan senyap untuk membantunya tertidur sendiri. 7.Ada sesetengah ibu membedung bayi mereka kerana mendapati dengan membedungnya, bayi lebih mudah tertidur sendiri.

AKIBAT KURANG TIDUR KEPADA SI MANJA
Kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan motor kasar dan halus. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikut Kajian Makin Anak Besar, Makin Degil Sebab Badannya Selalu Dipukul Dengan Tangan!

Biasanya kalau kita jumpa budak nakal atau degil, pasti akan dengar orang cakap.. “anak siapa lah ni.. degil betul.. mak bapak dia tak ajar ke ni sampai teruk sangat perangai!! ”
Sedih sebenarnya kalau dengar orang cakap macam tu. Kalau yang kena herdik tu anak kita.. apa perasaan kita sebagai mak ayah? Sebab tu sebelum herdik anak orang tu degil.. ingat dulu yang kita ni juga ada anak. Why not kalau kita nasihat kan budak tu berbanding kita herdik dia macam tu. Bukan mak ayah tak ajar.. dah ajar tapi still jadi degil kan.. Mungkin ada perkara yang ibu bapa tersebut terlepas pandang..

Actually masih ada cara dan tip untuk didik anak yang degil macam ni.. Ingat ye anak yang degil bila besar nanti akan jadi cerdik tau. So mari kita didik anak yang bersikap degil ni supaya jadi budak yang baik.
Tipnya :
Tip paling utama adalah amalan doa.. Ada doa yang perlu ibu bapa amalkan supaya anak membesar dengan memiliki akhlak yang baik. Bila ibu bapa amalkan doa ni.. anak-anak akan lebih mudah menerima nasihat ibu bapa. Boleh doa dalam bahasa Melayu kalau tak hafal doa arab ni. Yang penting lepas solat wajib doakan supaya anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah doa ibu dan ayah adalah mustajab.
Satu lagi saya ingat pesan Dato’ Fadzilah Kamsah menyatakan ibu bapa wajib solat 5 waktu sehari semalam.. jangan tinggalkan solat. Bila ibu bapa solat.. InsyaAllah anak-anak akan lebih mudah dapat hidayah.
Bila berdepan dengan kerenah anak yang degil.. jangan ditengking.. jangan dimarah.. dan yang penting jangan dipukul. Kalau kita marah, tengking dan pukul.. anak-anak akan lebih lagi degil. Perbuatan menengking dan memukul anak akan mempengaruhi emosi anak.
Anak akan lebih cepat berdendam dan merasakan ibu dan ayah sudah tidak sayang kan dia.. Actually kita sebagai ibu bapa wajib tahu.. normal lah budak-budak degil semasa nak membesar ni. Sebab dia adalah kanak-kanak. Waktu ni ia berada dalam zaman bermain dan ingin mencuba pelbagai perkara baru. Kita cakap jangan panjat pintu.. nanti jatuh. Tapi dia tetap nak panjat.. Kita pikir dia degil kan.. Act takk.. dia nak cuba benda baru.. biasalah dia kan budak-budak. Cara terbaik adalah guna pendekatan psikologi. Pujuk dan cerita kan kenapa bahaya panjat pintu.. Pendekatan memujuk dan memberitahu adalah cara terbaik untuk psikologi kanak-kanak. Bukan dengan cara marah ye.. sebab bila marah.. dia akan berdendam dan lebih degil.
Satu lagi aspek penting yang wajib ibu bapa tahu. JANGAN PUKUL ANAK DENGAN TANGAN PADA BAHAGIAN BADAN. Ini akan membuahkan sifat degil dalam diri anak-anak. Rasulullah s.a.w. sendiri berpesan .. jangan pukul anak pada bahagian anggota badan. Sebaliknya kalau PERLU anak dipukul.. pukul bahagian tapak kaki. Ada hikmah disebalik pesanan Rasulullah s.a.w. ni.. Bila dipukul bahagian kaki.. ia meransang otak kanak-kanak tersebut. Anak akan lebih bijak dikemudian hari. Tapi ingat.. kalau pukul di anggota badan.. dia akan lebih degil..
Tip berikutnya ialah didik anak supaya mengerjakan solat. Anak yang terdidik untuk solat akan mempunyai akhlak yang lebih baik kerana dari awal lagi dia telah terdidik untuk memiliki kerohanian yang baik.

Satu lagi tip ialah peluk dan cium anak setiap hari. Anak yang dipeluk setiap hari anak memiliki IQ yang lebih tinggi berbanding anak yang tidak dipeluk. Jangan lupa juga cium anak setiap hari kerana ini akan membuahkan emosi yang stabil pada anak. Anak akan rasa disayangi oleh ibu bapa. Ini akan meransang anak supaya lebih mendengar cakap dan berakhlak lebih baik.
Satu lagi sentiasa puji anak bila dia rajin dan buat benda yang baik. Contoh puji bila anak solat. Puji bila anak baca buku. So anak-anak akan lebih terdorong untuk buat perkara yang baik dan akan terdidik akhlaknya ke arah kebaikan.
Tip akhir saya ialah.. sentiasa nasihat dan bagitahu anak jika perkara yang dilakukan anak tersebut ialah salah. Jangan terus marah sebaliknya nasihatkan dia supaya buat perkara yang betul.
Kredit: www.drnurulhuda.com

Nak tahu lanjut boleh terus klik link http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


