Usia anak sudah pun hampir lima tahun tapi masih belum pandai memegang pensil dengan tepat. Inilah yang membuatkan ibu mula bimbang. Sebenarnya masih belum terlambat untuk merangsang anak-anak ini untuk mahir memegang pensil. Ada cara mudah yang dikongsikan pakar.
Menurut Pn Mahfuzah Zainol, Ahli Terapi Carakerja Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas, terdapat tiga cara mudah untuk melatih kekuatan tangan dan sekaligus melatih anak untuk mudah memegang pensil. Ini yang ibu boleh bantu lakukan.
3 cara nak buat jika murid atau anak sendiri masih belum pandai memegang pensel.
Pegangan pensel adalah salah satu daripada ‘school readiness’ skills. Tidak boleh memegang pensel dengan betul tandanya murid tersebut belum bersedia untuk menulis dan belajar.
Kalau masih tidak boleh memegang pensel, apa cikgu atau ibu ayah nak buat?
Ads
1. Lakukan aktiviti menguatkan otot tangan dan bahu. Banyak aktiviti kemahiran motor kasar yang boleh dilakukan. Contohnya macam aktiviti di taman permainan. Bergayut, menggelongsor, berlari dan merangkak. Dan banyak lagi.
2. Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan gerakan memicit, memulas, meramas, mencucuk dan meregang pada otot bahagian tangan. Guna playdough, plastisin dan juga tepung dan air.
Ads
3. Buat aktiviti menulis tanpa pensel dan kertas. Maksudnya, murid masih belajar walaupun belum pandai pegang pensel dan menulis! Boleh guna doh plastisin, lidi, pasir, tepung dan banyak lagi bahan sensori!
Sekian, perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja kanak-kanak dan pendidikan khas.
Ibu antara golongan yang selalu mengadu stress kerana terlalu penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak dan kerja di pejabat.
Tak dinafikan pelbagai bebanan yang dilalui dalam kehidupan seharian yang serba pantas menjadikan ibu antara golongan yang mudah mendapat penyakit.
Paras stress yang keterlaluan boleh menyebabkan tekanan mental, emosi dan fizikal seterusnya mencetuskan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya hingga boleh membawa kematian.
Pakar Perbidanan & Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat berkongsikan cara-cara menangani stress dan yang best nya boleh awet sihat sekali.
AWET SIHAT. KAWAL STRESS
Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar (stroke).
Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress
1. TAWAKAL.
Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA.
Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR.
Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH.
Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, seperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.
Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah, di kalangan keluarga dan di tempat kerja.
Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAF.
Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit-ungkit.
6. TIDAK DENDAM.
Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM dan kawal perasaan untuk membalas.
7. MAKAN UBAT.
Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.
Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. BUAT AKTIVITI BERKEBUN.
Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayur, herba dan pokok buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
9. BERZIKIR & BERSELAWAT.
Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
10. DEEP BREATHING.
Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan di mana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA.
Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. InshaAllah, kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bergelar ibu bab shopping, keluar dengan rakan-rakan mungkin nombor dua. Kini yang menjadi keutamaan adalah suami dan anak. Nampak macam senang tapi wanita yang melaluinya sahaja betul-betul faham.
Sebab itulah bila ibu rasa sangat penat dan tak mampu meluahkan perasaannya hanya air mata pengubat kepada hati untuk lebih tenang.
Namun bagi ibu yang memang berada di rumah, menghadapi karenah anak, menguruskan rumah tangga dalam tempoh 24 jam bukanlah pengorbanan yang kecil. Mereka inilah kadang kala wira yang perlu dihargai.
Mungkin orang tak nampak tapi hakikatnya bila terlalu penat air matalah mampu menenangkan kekusutan jiwa dan hati.
Daripada perkongsian Dr Syahr Musafir dia ada menyatakan kenapa seorang suami perlu memahami isterinya bila isteri dah mula menangis.
Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup. Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.
Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, “OK ke?” Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.
Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka. “Ada apa ni?” tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.
Jawab isteri, “Penat… Sebab penat.” Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?
“Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye,” pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.
“OK,” jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.
Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi.Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.
5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.
Saya tak faham apa kaitan kepenatan dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.
Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.
Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.
Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata itu jugalah kekuatannya.
Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.
Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.
Mengajar kebebasan sejak awal pada anak sangatlah penting. Bermanja-manja boleh saja, tapi jangan sampai melampaui batas. Melatih anak bebas mendorong perkembangan otak, fizikal, dan sosial-emosi anak dengan lebih baik, sehingga dewasa kelak dia boleh menjadi peribadi yang kuat.
Menurut Asiah Maharam, tahukah anda, sikap manja anak boleh timbul kerana ibu ayah merasa anak tidak berdaya untuk kendalikan diri. Menurut psikologi anak dan remaja, Richard Bromfield, Ph.D. dari Harvard Medical, Anda harus mengawal dan mengajar kebebasan pada anak, dengan cara:
Berkomitmen
Jadikan anda dan suami sebagai pemimpin di rumah, sehingga mereka akan mengikut segala arahan anda. Jadi, bukan hanya anda yang boleh mengikuti kemahuan anak, mereka juga harus boleh mengikuti keinginan ibu ayah. Ajak bergaul juga dengan orang-orang di sekelilingnya, mulai dari adik-beradik, saudara-mara dan pengasuh.
Komunikasi jelas dan tegas
Beritahu anak mengenai apa yang anda harapkan secara jelas. Contohnya, tekankan pada mereka untuk boleh belajar mengemas mainannya. Berikan arahan dengan ayat sederhana dan ucapkan secara perlahan, misalnya, “Jom, sekarang kemaskan mainan. Simpan dalam kotak mainan.”
Beritahu akibatnya
Tidak ada salahnya bila anda peringatkan dengan tegas jika dia tidak mahu menuruti anda. Misalnya ketika dia tidak mahu mengemas mainan, katakan bahawa mainan itu boleh hilang atau rosak.
Harus konsisten
Konsistenlah dengan aturan yang sudah anda tetapkan untuk menjaga wibawa anda di hadapan anak. Kalau anda mengubah-ubah aturan, anak boleh saja tidak menganggap anda serius.
Tip bagaimana anda sebagai orang tuanya mendorong anak menjadi individu yang berdikari & tidak terus menerus bergantung pada anda:
Hindari:
-Jangan terlalu banyak bertanya. Meskipun anda ingin mengetahui keadaannya, biarkan dia bercerita dan jadilah pendengar yang baik, contohnya menyapa anak pulang sekolah, “Seronok ibu lihat kamu dah balik sekolah!”. Belajar apa di sekolah tadi? Selanjutnya biarkan anak bercerita dengan sendirinya.
-Jangan pula terburu-buru menjawab pertanyaan anak. Ajukan pertanyaan lanjutan yang akan membantu mengasah rasa ingin tahu dan kreativitinya, seperti “Wah, pertanyaanmu bagus! Menurut adik, bagaimana cara yang paling okey?”
Nah
Sekarang anda dah nampak cara kan?
Selamat mencuba!
Moga-moga anak kita lebih cepat berdikari & tidak terlalu manja sehingga menjejaskan tugas harian kita yang lain.