Kadang-kadang bila dengar perbualan anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Tak sangka topik yang mereka bualkan tu di luar jangkaan. Imaginasi anak-anak ni menunjukkan betapa mereka seorang yang kreatif dan mempunyai kebolehan untuk menyusun jalan cerita supaya jadi menarik.
Begitulah yang dikongsikan oleh usahawan dan selebriti cantik, Hanis Zalikha, yang telah merakam perbualan anak-anaknya ketika dia tidak bersama mereka. Ketika itu, Yusuf dan Alisa berada di dalam kereta apabila dua beradik ni bersembang tentang mommy mereka.
Ia bermula apabila Yusuf bertanya kepada adiknya, adakah Alisa sentiasa berharap mommy akan sentiasa bersama mereka. Alisa dengan tekun mendengar cerita abangnya dan kata Yusuf hanya mereka saja boleh melihat mommy ketika di sekolah.
Ads
Tambah Yusuf lagi, cikgu pun takkan nampak mommy mereka. Hanya mereka berdua yang akan nampak mommy. Kemudian Alisa pula menambah, kanak-kanak lain juga tidak boleh lihat mommy. Namun yang lucunya, Alisa kelihatan sedikit bingung apabila bersembang dengan abangnya itu.
Yusuf kemudian menambah ketika hari akhir persekolahan, dia dapat melihat mommy mereka sedang mengikutnya naik tangga. Biarpun nampak seperti keliru tetapi kesungguhan Alisa mendengar cerita abangnya itu membuatkan ramai yang terhibur.
Ads
Cerdik sungguh anak-anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni. Topik perbualan tentang mommy menunjukkan betapa mereka berdua sangat menyayanginya. Semoga Yusuf dan Alisa akan membesar menjadi anak-anak yang baik dan sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Ramai ibu ayah mahu melihat anak cemerlang di sekolah. Namun, pencapaian akademik bukan hanya bergantung kepada apa yang dipelajari di dalam kelas, malah turut dipengaruhi oleh usaha anak menyiapkan kerja sekolah anak di rumah.
Kerja sekolah bukan sekadar tugasan yang perlu disiapkan, tetapi menjadi salah satu cara untuk mengukuhkan pemahaman, melatih disiplin dan membina kemahiran belajar secara berdikari. Malah, dalam banyak sistem pembelajaran, prestasi kerja sekolah boleh menyumbang lebih daripada 50 peratus kepada penilaian keseluruhan atau Purata Nilai Gred (GPA).
Walaupun begitu, membimbing anak menyiapkan kerja sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai ibu ayah berdepan cabaran apabila anak cepat bosan, sukar memberi tumpuan atau terlalu bergantung kepada bantuan orang dewasa. Yang penting, ibu ayah perlu menjadi pembimbing, bukannya menyiapkan tugasan bagi pihak anak.
Menurut pakar pendidikan, anak tidak digalakkan belajar terlalu lama tanpa henti. Sebaliknya, mereka disarankan berehat selama 5 hingga 10 minit selepas setiap 25 minit belajar. Kaedah ini membantu otak memproses maklumat dengan lebih baik, mengurangkan keletihan mental serta meningkatkan fokus apabila kembali menyambung pembelajaran.
Ajar anak anda kemahiran belajar dan merangka strategi
Selepas habis sesi pembelajaran, bukan semua guru mempunyai cukup masa untuk memberikan tip belajar atau menjalani ujian kepada pelajar mereka. Walaupun ada sesetengah guru yang melakukannya, namun mereka hanya boleh menyampaikan tip ringkas. Disebabkan itulah, ibu bapa sepatutnya menjadi orang yang layak untuk mengajar anak mereka tentang teknik pembelajaran. Contohnya, anda boleh mengajar anak anda kemahiran pengurusan masa, menasihati mereka untuk mengambil nota semasa kelas dan menekankan kepentingan penumpuan dan mengulang kaji pembelajaran yang lepas.
Berikan anak anda peluang untuk mereka belajar dengan stail mereka sendiri
Terdapat 7 stail pembelajaran berbeza untuk 7 jenis kebijaksanaan berbeza. Bukan semua orang berkongsi stail pembelajaran yang sama. Kebanyakan sistem pendidikan tidak hanya memfokus kepada semua stail. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas anda untuk menggalakkan anak belajar mengikut gaya mereka sendiri. Ini sekali gus akan membantu mereka mencapai potensi mereka dengan lebih mendalam.
Bagi mengetahui stail pembelajaran dan jenis kebijaksanaan anak, anda perlu melihat kepada corak pembelajaran mereka dan/atau biarkan mereka melakukan ujian penilaian untuk mengetahui keputusannya. Ingatlah bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai 2, 3 atau mungkin 4 stail dan jenis dalam satu-satu masa.
Hapuskan gangguan
Semasa sesi pembelajaran atau kerja sekolah, pastikan semua peranti elektronik ditutup, dicabut plag atau dipindahkan daripada zon pembelajaran, termasuk juga buku komik atau gangguan lain yang berkemungkinan. Penumpuan adalah kunci untuk kejayaan. Ia membantu anak anda untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan mengingat sesuatu perkara dalam tempoh yang panjang. Galakkan anak anda untuk tidak menggunakan internet bagi mencari jawapan kerana pembelajaran merupakan proses berfikir dan memantau. Terlampau culas atau tidak aktif dalam pembelajaran berasaskan otak semasa usia muda boleh mengurangkan kreativiti dan kemampuan menyelesaikan masalah di masa akan datang.
Mendorong anak
Motivasi tidak dapat disangkal lagi, menjadi salah satu daripada penyumbang terbesar untuk setiap kejayaan manusia. Jadi, sudah tentu, penting untuk setiap ibu bapa mendorong anak mereka semasa tempoh pembelajaran. Cara mudah melakukan perkara ini adalah dengan menunjukkan kepada mereka kepentingan pendidikan melalui buku dan cerita visual. Ibu bapa juga boleh sesekali memberi ganjaran kepada anak mereka pada peristiwa-peristiwa istimewa, tetapi janganlah terlalu kerap, supaya mereka boleh merasai bahawa usaha mereka itu dihargai.
Belajar bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk pelajar tidak kira peringkat usia. Ramai dalam kalangan mereka memilih untuk berputus asa. Fenomena ini adalah contoh yang menunjukkan betapa pentingnya kita perlu mendorong anak untuk belajar sejak mereka kecil lagi.
Masa berehat
Mendapatkan rehat juga adalah bahagian penting dalam pembelajaran anak. Berehat dapat membantu anak anda merehatkan minda dan menyediakan peluang untuk otak memulakan proses mengurus semula dan mengekalkan maklumat. Berehat terbukti secara saintifik dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti seseorang. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bahawa dengan menekan anak untuk kuat belajar boleh memberikan kesan buruk. Anak anda disarankan untuk berehat selama 5 hingga 10 minit selepas setiap 25 minit sesi pembelajaran.
Sebaik anak masuk ke dunia persekolahan, banyak perkara yang anak-anak perlu menghafal. Tidak terkecuali anak-anak perlu menghafal beberapa surah seperti yang diarahkan oleh guru setiap minggu.
Bukan mudah anak hendak menghafal namun ini tip yang dikongsikan oleh Pn Hanis Athirah Rusli bagi memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak.
1. Niat dan doa kepada Allah semoga dipermudahkan kita mendidik anak dan semoga mendapat keredhaan Allah sentiasa. Doa yang dipanjatkan bukan satu perkara sampingan tapi antara tunjang kekuatan untuk anak kita berjaya menghafaz Al Quran.
2. Wujudkan suasana menghafal yang konsisten, sekejap pun tak mengapa. Kalau boleh tiap-tiap hari sentiasa konsisten. Otak anak seperti span yang mudah menyerap, ulang dan ulang setiap hari.
3. Bila sudah cuba, tapi anak masih lagi tak dapat-dapat, jangan putus asa. Usaha lagi dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita dalam menghafal surah dalam Al Quran. Perkara baik, yakinlah bahawa Allah akan berikan pertolongan.
4. Ulang secara santai bacaan surah anak. Semasa mereka bermain boleh, semasa jalan-jalan hirup udara segar dengan mereka pun boleh. Tidak ada jalan pintas, yang penting ulang banyak kali. Saya juga suka selitkan penceritaan kepada anak-anak. Barulah mereka faham dengan lebih mendalam apa yang mereka baca dan hafal.
5. Pasang audio Al Quran di rumah semasa anak berada dalam keadaan yang tenang. Boleh juga selang selikan dengan bacaan doa dan zikir. Boleh juga guna headphone untuk menambah keterujaan sambil mereka bertambah fokus anak untuk mendengar bacaan surah.
6. Tasmik dalam keadaan anak dan diri kita berada dalam keadaan tenang. Memarahi atau membentak langsung tidak membantu tapi dapat memalapkan terus niat mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran. Sebagai contoh, boleh lakukan dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi. Anak-anak lebih tenang dan fokus serta tiada medium lain yang boleh mengalih perhatian mereka.
7. Dalam kelancaran anak untuk menghafal, rendahkan expectation dan kurangkan perbandingan. Tanam dalam minda, setiap anak berbeza progress masing-masing. Fokus kelebihan mereka bukan kelemahan. Yang penting nilaikan proses bukan hasilnya.
8. Banyakkan bersabar. Menegur boleh tetapi gunakan suara yang tenang saja. Jangan masukkan emosi sehingga menengking anak. Ambil masa, tegur secara berulang dengan sabar lebih baik insyaAllah lebih berkesan. Tunjukkan cara bacaan yang betul, biar anak nampak mulut kita untuk sebutan huruf yang tepat.
9. Tidur adalah satu aktiviti yang kita lakukan setiap hari dan dalam sehari kita semua akan menghabiskan satu pertiga masa dengan tidur. Buat persediaan sebelum tidur, jadikan rutin mengalunkan ayat suci Al Quran sebelum tidur. InsyaAllah, bila dah menjadi kebiasaaan anak akan mudah mengingati surah lazim yang dibaca bersama.
10. Jaga pemakanan anak-anak dan pastikan mereka makan dari sumber rezeki yang halal. Elakkan makan ringan dan amalkan banyak makanan sunnah seperti madu, kurma, delima dan sebagainya.
Tak perlu rushing sangat untuk hafal semua surah, relaks-relaks janji usaha untuk praktiikan selalu. Yang seronok, bukan anak je boleh menghafal, kita pun boleh.
Yang baik itu datang daripada Allah, yang tidak baik itu adalah atas kesilapan dan kekhilafan saya sendiri. Maaf yaa atas yang kurang. Semoga bermanfaat insyaAllah
Isu ibu bapa yang sering bertanya mengenai kerja rumah anak kini menjadi perbincangan hangat, seolah-olah mereka yang hadir ke sekolah menggantikan anak-anak.
Begitulah luahan seorang guru yang tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Ramai yang bersetuju bahawa sikap terlalu memanjakan anak dengan kerap bertanya dan membantu mereka secara berlebihan boleh menghalang mereka daripada belajar berdikari. Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk anak-anak belajar bertanggungjawab, bukan sekadar menerima arahan ibu bapa dari jauh.
Perkongsian mengenai isu ini di laman X oleh Amran Fans turut menarik perhatian ramai, dengan pelbagai pendapat dan pengalaman yang dikongsikan.
“Salam. Saya Cikgu Z**. Maaf tanyalah, apa masalah mak-mak kat sini yang nak sangat melayan anak tak siap kerja? Patutnya kita ajarkan anak-anak erti tanggungjawab, bukan kita yang memanjakan.
“Memang menjadi tanggungjawab cikgu ke untuk maklumkan setiap kerja sekolah yang diberi? Bukan tanggungjawab anak-anak untuk fokus dan peka dalam kelas?
“Kalau Darjah Satu saya boleh faham lagi, ini dah Darjah Empat kot,” luah beliau.
Hampa dengan situasi yang berlaku, guru berkenaan menegaskan grup berkenaan bertujuan sebagai medium hebahan sahaja.
“Tolong ya, ini grup untuk makluman penting berkaitan sekolah. Bukan untuk emak-emak mengadu anak tidak siap kerja apa bagai.
“Saya harap semua ibu bapa boleh bagi kerjasama, terima kasih,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan mengenai isu yang dibincangkan. Rata-rata berpendapat bahawa ada segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak, sehingga kurang memberi ruang untuk mereka belajar berdikari.
Antara komen yang menarik perhatian ialah:
“Adik saya pun sama. Masa saya bersekolah di SJKC dulu, semuanya okay sahaja, tak ada pun kumpulan ibu bapa seperti sekarang. Dari tadika hingga sekarang, saya belajar berdikari.”
“Hanya yang pernah menjadi cikgu sahaja yang faham perasaan apabila berhadapan dengan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak.”
“Dulu semasa saya di sekolah rendah, kami siap ada buku 555 untuk mencatat kerja rumah yang diberikan.”
“Terlalu memanjakan anak hingga akhirnya anak menjadi ‘tuan’ kepada ibu bapa sendiri.”
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.