Selepas dua bulan dilahirkan, Mat Dan secara rasmi memperkenalkan wajah anak lelakinya, Muhammad Zayne kepada peminat yang tertunggu-tunggu kemunculan Mat Dan Junior.
Melalui perkongsiannya di instagram, ramai yang memuji kecomelan anak kacukan ini dan mendoakan yang terbaik kepada Zayne. Paling lucu ramai yang mengusik Mat Dan supaya ajar anak loghat Terengganu dan dalam masa yang sama berbahasa Inggeris.
Tak kurang juga yang berharap anak kacukan ini akan menjadi anak yang soleh dan bijak.
Sebelum ini isteri Mat Dan telah selamat melahirkan anaknya pada 5 Mei lalu. Selepas Zayne dilahirkan, Mat Dan dan isteri tidak terus menunjukkan wajah anak sebaliknya hanya memuat naik gambar dari jauh atau sipi-sipi sahaja.
Ads
Sehingga kini perkongsian mengenai Zayne hanya melalui instagram Mat Dan dan dia belum lagi membuka akaun instagram anaknya sendiri.
Peminat Teruja Wajah Pan Asian
Rata-rata yang melihat wajah anak Mat Dan semuanya memuji Zayne handsome dan membuat perbandingan wajah Zayne seperti muka tok daddy sebelah Mat Dan.
Ads
Ada juga yang menyatakan Zayne lebih banyak darah Melayu. Tapi jika diikutkan sebenarnya muka bayi akan berubah-ubah. Apa-apa pun semoga Zayne terus membesar dengan sihat.
Sumber: Mat Dan
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuantiti susu berkurangan. Adakah penggunaan penggalak susu mampu membantu ataupun tidak? Ini pasti dilema yang di hadapi ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ibu ini antara salah seorang daripadanya. Ikuti penjelasan pakar ini.
Saya ibu yang menyusukan dan sedang berpuasa. Kuantiti susu perahan semakin menurun dan ia amat membimbangkan. Apakah penggalak susu dibolehkan dalam situasi ini? Apakah cadangan doktor supaya susu dapat ditingkatkan kembali selain daripada mengambil penggalak susu?
Salhah, Bandar Jengka, Pahang.
Berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari tidak akan menjejaskan kuantiti dan kualiti susu yang dihasilkan kecuali ibu tersebut mempunyai masalah kekurangan nutrien. Ini adalah kerana, apabila ibu tidak makan dan minum dalam tempoh berpuasa, sistem tubuh akan mengadaptasi keadaan ini dengan kurang menghasilkan urin (air kencing) dan kurang mengeluarkan peluh.
Pengambilan penggalak susu bukanlah jawapan tepat untuk mengatasi masalah penurunan kuantiti susu perahan. Makin kerap dan banyak susu yang dikeluarkan, maka lebih banyak susu dihasilkan. Konsep ini adalah benar dalam semua situasi termasuk semasa ibu berpuasa. Jika ibu mengambil penggalak susu tetapi tidak meneruskan menyusu atau memerah dengan kerap mengikut kehendak bayi, penghasilan susu tetap tidak akan meningkat.
Amalan pemberian susu perahan berterusan tanpa menyusui secara terus di payudara ibu boleh menyebabkan susu semakin kurang. Hal ini boleh berlaku kerana rangsangan hisapan di payudara ibu adalah lebih efektif untuk mengeluarkan susu. Selain itu, pemberian susu secara terus akan dapat meningkatkan perasaan kasih sayang dan membuat ibu rasa tenang semasa menyusu. Keadaan ibu yang tenang dan selesa semasa menyusu menggalakkan rembesan hormon oksitosin yang seterusnya membantu lebih banyak susu dapat dikeluarkan. Untuk memastikan susu ibu terus mencukupi walaupun sedang berpuasa, berikut diberikan beberapa saranan yang boleh ibu cuba amalkan.
Soalan berikut di jawab oleh Dr Zaharah Sulaiman Pakar Laktasi & Pensyarah Kanan Unit Kesihatan Wanita, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa baru mungkin tak tahu, tapi hakikatnya sendawakan bayi selepas menyusu bukan sekadar pilihan, sebaliknya ia satu keperluan.
Ini bukan nak menakutkan, tapi nak elak perkara serius yang boleh berlaku bila angin dalam perut bayi tak dikeluarkan.
Menurut Lactation Educator, Ms. Elpeni Ramli dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, amalan sendawakan bayi perlu dilakukan setiap kali selepas menyusu, tak kira bayi menyusu badan atau botol.
Kenapa Perlu Sendawakan Bayi?
Bila bayi menyusu, sama ada direct feeding atau guna botol, mereka juga akan tertelan udara. Udara ini terkumpul dalam perut dan boleh menyebabkan:
– Perut bayi kembung
– Muntah atau gumoh
– Batuk secara tiba-tiba
– Sukar tidur atau meragam
– Risiko tinggi ‘aspiration’ (susu masuk saluran pernafasan)
– Dan paling ditakuti, SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
Kalau bayi baring terus selepas menyusu tanpa disendawakan, susu boleh naik semula ke kerongkong dan masuk ke paru-paru, menyebabkan tersedak atau lemas semasa tidur. Menyesal kemudian memang tak guna, jadi lebih baik elakkan daripada awal.
Tiga Teknik Sendawakan Bayi
Menurut perkongsian Ms. Elpeni Ramli, tiga teknik asas ini mak ayah perlu kuasai untuk membuatkan anak rasa lebih lega.
1. Posisi duduk
Pegang rahang bayi dan bongkokkan badan bayi ke depan. Kemudian tepuk dan gosok perlahan-lahan di belakang bayi hingga bayi mengeluarkan bunyi burp.
2. Posisi bahu
Lapik kain di bahu kemudian letakkan bayi di atas bahu dan tepuk belakang bayi perlahan. Gosokkan belakang bayi dengan mesra hingga mengeluarkan bunyi burp.
3. Posisi baring
Selain duduk dan berbaring, anda boleh juga meniarapkan bayi di atas lutut kemudian ampu muka bayi dan perut di atas lutut. Kemudian gerakkan perlahan-lahan hingga bayi mengeluarkan bunyi burp.
Tip Tambahan Untuk Mak Ayah
🔹 Kalau bayi tak sendawa lepas lima minit, boleh cuba tukar posisi. Kadang-kadang sendawa keluar lambat.
🔹 Jangan paksa sendawa sampai bayi tak selesa.
🔹 Amalkan setiap kali lepas menyusu, siang atau malam. Konsisten itu penting.
Apa Jadi Kalau Tak Sendawakan Bayi?
Kalau bayi tidak disendawakan, risiko tersedak susu sangat tinggi sebab bayi akan terjeluak selepas ibu meletakkan anak pada posisi baring lepas menyusu tanpa sendawakan bayi tersebut.
Bila bayi menyusu (susu badan atau botol), bayi akan tertelen udara sekali. Kalau angin ini tak dikeluarkan melalui sendawa, beberapa risiko boleh berlaku:
1. Perut kembung & tak selesa
Angin yang terperangkap boleh buat bayi rasa perut penuh, keras, dan tegang. Akibatnya bayi mudah meragam dan tidak nyenyak tidur.
2. Kerap muntah atau terjeluak
Udara dalam perut akan menolak semula susu ke atas dan ini boleh menjaskan pertambahan berat badan malah risiko tersedak juga lebih tinggi.
3. Batuk mendadak atau tersedak semasa tidur
Susu yang keluar balik boleh termasuk ke saluran pernafasan bila bayi baring dan menyebabkan
batuk tanpa sebab waktu tidur, tersedak tiba-tiba atau sesak nafas.
4. Masalah penghadaman jangka panjang
Bayi yang selalu tak sendawa mudah alami,
* Kolik (menangis tak henti-henti lebih 3 jam sehari)
* Sembelit atau cirit-birit tak tentu masa
* Ketidakselesaan setiap kali selepas menyusu
5. **Risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
Ini paling menakutkan. Bila bayi tidur dengan susu/angin yang tersekat di saluran pernafasan, risiko lemas dan kematian mengejut meningkat. SIDS boleh berlaku tanpa sebarang tanda awal.
Jangan anggap sendawa ini remeh kerana ia amat penting untuk memberi kelegaan dan menyelamatkan pelbagai risiko tidak wajar pada bayi. Hanya ambil masa dua hingga lima minit, tapi kesannya boleh selamatkan nyawa bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ainul Mardhiah sekarang dah pandai senyum. Ya, baru sekarang nampak dia senyum bila dia happy”. Ini perkembangan terbaru Ainul melalui apa yang diberitahu oleh walidnya.
Menurut Ahmad Safiuddin, sebelum ni kalau kita main-main dengan dia, dia diam je. Perhati je apa yang kita tengah buat. Tapi sejak kebelakangan ni, nampak dia dah tahu reaksi bila dia suka!
“Alhamdulillah! Satu-satu Ainul dah belajar. Walid dengan mama tak mengharap pun Ainul laju seperti bayi-bayi yang lain. Cukup lah Ainul sihat sepenuhnya dan Ainul membesar dengan baik di depan mata mama dan walid”.
“InshaAllah, pada satu hari nanti dengan izinNya, mama dengan walid nak dengar pula suara Ainul ketawa. Terus doakan untuk Ainul ya,” katanya.
Dah reti nak bermain dah Ainul ni. Dulu dia tak pandai lagi, kita geletek ke kita main dengan dia ke, dia diam je.
Sekarang dah nampak dia mula belajar sesuatu. Alhamdulillah, slow-slow ye Ainul Mardhiah.
Tambah Safiuddin kadang-kadang wayar oksigen yang dipakai Ainul agak membataskan pergerakannya tetapi tak mengapalah nanti dia akan terpaksa.
“Cuma bila akan dibuka bergantung pada keadaan Ainul kerana dia kena pakai oksigen sampai dia tak perlukan bantuan oksigen. Tiada waktu yang ditetapkan.
“Doakan dia segera sihat dan boleh off oksigen secepat yang mungkin ye,” kongsinya.
Sumber: ig Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.