Anak menangis ada yang kata jangan angkat, nanti manja, asyik nak berdukung je. Pernahkah anda mendengar nasihat seperti ini: “Jangan angkat bayi yang menangis. Nanti dia jadi manja dan asyik nak berdukung sahaja.”?
Anak Menangis Ada Yang Kata Jangan Angkat
Bagi sesetengah orang, kata-kata ini kedengaran logik. Namun, adakah betul untuk membiarkan bayi menangis tanpa perhatian?
Kenyataannya, nasihat ini tidak berasas dan bertentangan dengan naluri seorang ibu, sains, serta nilai keibubapaan yang penyayang. Bayi menangis bukan kerana mahu dimanjakan, tetapi kerana mereka mempunyai keperluan yang perlu kita penuhi.
Nanti Manja, Asyik Nak Berdukung Je
Berikut perkongsian daripada Pun Wawa Shauqi, seorang penulis buku yang berkisar tentang ilmu keibubapaan.
Beberapa tahun lalu, saya pernah ditegur oleh seorang wanita di Klinik Kesihatan. Katanya, “Jangan angkat bayi yang menangis. Nanti dia jadi manja dan asyik nak berdukung sahaja.” Kata-kata itu membuatkan saya berkerut. Biar betul?
Adakah kita perlu membiarkan bayi menangis sehingga berhenti sendiri? Wanita itu menerangkan lagi, “Lama-kelamaan bayi akan faham, walau menangis macam mana sekalipun, dia takkan dilayan.”
Namun, apabila saya mendalami ilmu daripada pakar seperti Puan Amizamzuri N Uswatun, seorang pakar tidur dan tangisan bayi, saya temui jawapan yang tepat. Dalam bukunya, beliau menegaskan bahawa:
“Nasihat seperti ini adalah nasihat paling teruk, tidak berasas, kejam, dan bertentangan dengan nilai kemuliaan agama.”
Mengapa Nasihat Ini Tidak Boleh Diikuti?
Mari kita fahami mengapa pendekatan membiarkan bayi menangis, juga dikenali sebagai teknik “Cry It Out”, perlu dielakkan.
1. Tangisan Adalah Refleks Semula Jadi Bayi
Bayi yang baru lahir dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 75 jenis refleks, dan tangisan adalah salah satu daripadanya. Refleks ini adalah tindak balas automatik untuk memastikan kelangsungan hidup.
Sepanjang tiga bulan pertama, tangisan bayi adalah cara mereka berkomunikasi. Mereka menangis untuk menyatakan rasa lapar, tidak selesa, letih, atau sakit.
Pada tahap ini, bayi tidak menangis secara sengaja atau “berlakon”.
Ads
2. Melawan Fitrah Ibu Dan Bayi
Allah telah mencipta ibu dengan naluri yang kuat untuk bertindak balas apabila mendengar tangisan bayi.
Apabila bayi menangis, tubuh ibu secara automatik menghasilkan hormon:
Oxytocin: Merangsang ibu untuk mendukung dan menenangkan bayi.
Prolaktin: Menggalakkan pengeluaran susu untuk menyusukan bayi.
Jika kita membiarkan bayi menangis tanpa bertindak, kita melawan fitrah semula jadi ini.
3. Kegagalan Teknik “Cry It Out” Berdasarkan Sains
Ada yang mendakwa bahawa membiarkan bayi menangis akan membuatkan mereka berhenti. Namun, bayi yang berhenti menangis bukan kerana mereka faham, tetapi kerana keletihan melampau.
Kesan negatifnya:
Hormon Kortisol (Hormon Stres): Meningkat ketika bayi menangis terlalu lama, mengganggu perkembangan fizikal dan emosi mereka.
Sikap Bayi: Mereka mungkin menjadi lebih kuat menangis (kerana sedar hanya tangisan yang kuat akan menarik perhatian) atau “shut down” (tidak menangis lagi kerana sudah tiada harapan untuk dipedulikan).
Ads
Pentingnya Secure Attachment
Tindak balas ibu bapa terhadap tangisan bayi sangat penting untuk membentuk Secure Attachment – rasa aman dalam diri anak.
Bayi yang mendapat perhatian dan respons positif:
Membesar dengan keupayaan untuk mengurus emosi dan menghadapi tekanan.
Lebih tahan terhadap cabaran, trauma, atau krisis pada masa dewasa.
Sebaliknya, bayi yang dibiarkan menangis tanpa perhatian mungkin kurang berkeyakinan, sukar mempercayai orang lain, atau menghadapi masalah emosi.
Nasihat untuk membiarkan bayi menangis tanpa diendahkan bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga bertentangan dengan naluri keibuan, sains, dan nilai agama. Setiap tangisan bayi membawa mesej, dan sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mendengar dan bertindak.
Jika ada yang memberi nasihat seperti ini lagi, senyum sahaja. Kemudian, teruskan dengan cara yang anda yakini dapat memberikan yang terbaik untuk anak anda. Kerana setiap bayi berhak rasa disayangi dan dilindungi.
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak, anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi. Bagaimana caranya? Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda. Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatkan jalinan kasih sayang ibu bapa dan bayi. Cubalah!
Berborak dengan bayi anda bagi membantunya belajar cara berkomunikasi. Ulang perkataan yang disebut dan galakkan si manja apabila dia cuba untuk meniru suara anda.
Ajar bayi tentang anggota badan. Contohnya, tanya bayi anda, “Mana hidung, baby?” dan tunjukkan hidung si manja. Teruskan dengan menyebut dan menunjuk anggota tubuh badan bayi yang lain.
-Menyanyikan lagu dan bertepuk tangan. Jika anda kerap berbuat begitu, si manja akan cuba untuk meniru pergerakan dan suara anda. Cara ini juga dapat membantu bayi mengembangkan kordinasi tangan-mata dan bahasanya.
-Rangsang kordinasi tangan-mata bayi anda dengan memegang mainan yang berwarna-warni untuk digenggam oleh si manja.
-Melakukan pelbagai memek muka seperti tersenyum lebar, menjelir lidah ataupun membuka mulut luas-luas. Selang beberapa bulan, anda akan lihat bayi anda meniru gaya anda.
-Rangsang kordinasi dan kemahiran motor halus bayi dengan menyediakan objek yang kecil dan selamat untuk si manja ambil. Contohnya, anda bawa bayi duduk di luar rumah dan cabut rumput atau petik bunga. Si manja pasti akan seronok melakukannya.
-Bacakannya buku cerita dan menunjuk kepada objek serta menyebutnya.
Jika bayi sudah boleh duduk, letakkan mainan di atas lantai dan rangsangnya untuk merangkak (bergerak) dan mencapai mainan tersebut.
-Berikan bayi mainan blok ABC dan mintanya memasukkan blok ke dalam kotak acuan.
-Main permainan “di mana barang tersembunyi”. Sorokkan barang yang berwarna terang di bawah kain atau di bawah pasir kinetik. Kemudian, anda boleh letakkan tangan bayi menyentuhi objek dan membantunya mencari barang yang disorokkan. Lama- kelamaan, dia boleh mencari barang tersebut sendiri tanpa bantuan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usikan orang tua-tua, anak hisap ibu jari kaki tandanya nak adik lagi. Penyanyi Lan Solo juga memberikan hint seolah-olah memberi insyarat kepada isteri, Sheila Razlan untuk menambah cahaya mata.
Dalam video yang dimuatnaik di Instagram, anak keempatnya Nur Amna Quxandra yang bakal mencecah usia setahun 24 Februari nanti telah mennghisap ibu jari kaki.
Pasangan ini sudah dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9 tahun, Nur Amna Qeesyara, 7 tahun, Muhammad Akid Qassyaff, 6 tahun & Nur Amna Quxandra, 1 tahun.
ISTERI KATA DADDY KENA RAJIN BANGUN BUAT SUSU
Bagaimana pun ini komen win daripada isterinya Sheila.“Mommy ok je 11 orang pon.. Janji daddy bangun buat susu malam-malam… Deal???”
Para peminat Lan juga turut mengusik penyanyi ini mengatakan tindakan anak keempatnya, Xandra hisap ibu jari kaki bermakna dia meminta adik.
Dek kerana keterujaan melihat perkembangan anak-anak, kita selalu memuatnaik status dan foto mereka di media sosial. Tanpa kita sedari, ia sebenarnya mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan anak-anak.
Di internet, terlalu ramai pemangsa yang mencari dan mengumpul foto kanak-kanak untuk dijadikan simpanan peribadi mereka. Selain pedofilia, terdapat satu lagi golongan lain yang dikenali sebagai Digital Kidnappers.
Seram sungguh saya bila dapat tahu rupanya sekarang ni anak kita bukan cuma berdepan dengan pemangsa kanak kanak sahaja tetapi sekarang ni ada juga Digital Kidnappers.
Saya sendiri pun baru tahu ni. Aduh!
Dulu kita biasa dengan istilah penculik kanak kanak je kan. Itu berlaku secara fizikal tetapi sekarang ni ianya boleh berlaku juga tetapi secara digital je. Ini yang kita namakan sebagai Digital Kidnapping.
Mereka akan ambil gambar anak kita yang kita selalu post di media sosial. Mereka akan ‘culik’ gambar dan identiti anak kita dan jadikan seolah olah ianya adalah identiti anak mereka.
Digital Kidnappers ni akan re-upload balik gambar anak anak kita tu nanti ke media sosial mereka dan mereka jadikan anak kita tu sebagai anak-anak mereka!
Yang lebih seram lagi kalau mereka dah berkenan pada sorang budak, maka budak itu akan ‘diintip’ dan dijadikan anak mereka daripada kecil sampailah dewasa.
Saya tak kata tak boleh upload langsung gambar anak tetapi tolong berhati hati sangat, tapis friendlist dan limitkan akses gambar anak anda terutamanya kalau kita rasa ada sesuatu yang tak kena.
Tolong jangan buat benda ni:
*Dedahkan lokasi sekolah anak
*Dedahkan lokasi rumah anak
*Dedahkan lokasi perjalanan anak anak
*Dedahkan gambar aib anak
*Dedahkan gambar bogel anak
*Dedahkan nombor kad pengenalan anak
*Dan lain lain maklumat yang boleh mendedahkan anak kita kepada Physical mahupun Digital Kidnappers
Tolong sebarkan info ni kepada mak ayah yang lain ya sebab saya rasa tak ramai lagi mak ayah alert tentang Digital Kidnapping ni.
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini memberi kesedaran kepada para ibu yang teruja berkongsi foto atau maklumat tentang anak-anak di media sosial. Dalam keterujaan kita berkongsi untuk suka-suka, ada yang emmerhati untuk menjadikan anak kecil kita sebagai mangsa. Maka, berhati-hatilah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah."Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih...