Tip elak anak sentiasa nak berdukung, mak ayah boleh cara ini. Bayi atau anak kecil yang sentiasa mahu berdukung adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian daripada proses perkembangan mereka.
Tip Elak Anak Sentiasa Nak Berdukung
ANAK SAYA 24 JAM NAK BERDUKUNG
Situasi anak yang sentiasa mahu didukung adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai ibu bapa. Anak akan menangis setiap kali diletakkan dan hanya tenang apabila didukung. Adakah kita patut biarkan sahaja anak menangis atau ikut sahaja kehendaknya?
Fahami Kenapa Bayi Suka Didukung
Secara fitrahnya, bayi memang suka didukung kerana apabila didukung, mereka akan dipeluk dan terasa dibuai, seolah-olah kembali ke dalam rahim ibu.
Ini berkaitan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), yang mempunyai tiga deria asas:
Sejak lahir, bayi memerlukan ketiga-tiga deria ini untuk perkembangan otak mereka. Sebab itu, bayi suka dibelai, dipeluk, dan didukung. Keperluan sensori setiap bayi berbeza, jadi tidak perlu membandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Tugas kita adalah memenuhi semua keperluan deria ini, bukan hanya dengan mendukung.
Berikut adalah beberapa cara untuk memenuhi keperluan sensori bayi tanpa perlu membeli apa-apa:
TACTILE (Deria Sentuhan)
Pakaikan losyen pada bayi sambil membelai seluruh badannya. Semasa minum susu, usap-usap kepala bayi. Baringkan bayi di atas baju yang belum dilipat; pelbagai jenis kain akan memberikan rangsangan tekstur. Biarkan bayi menggenggam jari kita. Usap tangan dan jari jemari bayi. Beri bayi mainan dengan pelbagai tekstur dan bentuk.
VESTIBULAR (Deria Keseimbangan)
Ads
Letakkan bayi dalam buaian atau bouncer semasa dia sedar. (Penjelasan lebih lanjut dalam post lain)
PROPRIOCEPTION (Deria Sendi)
Urut bayi selepas mandi. Sangat penting, terutama untuk bayi baru lahir. Pakaikan bedung kepada bayi baru lahir. Lakukan “tummy time” seawal baru lahir. Peluk bayi.
Separation Anxiety
Bayi juga suka didukung kerana mengalami Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini adalah normal dalam proses perkembangan emosi mereka. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa kita hilang selamanya.
Biasanya ini bermula seawal 6-7 bulan dan mencapai puncaknya sekitar 10-18 bulan, mungkin berterusan sehingga umur 2 tahun. Jangan risau, ini akan hilang mengikut masa. Setiap bayi berbeza, jadi nikmatilah masa anak mahu berkepit dengan kita.
Namun, berdukung 24 jam mungkin menimbulkan masalah lain jika bayi kurang “tummy time”, meniarap, atau merangkak. Jadi ibu bapa perlu lakukan sesuatu supaya bayi belajar kita tidak “hilang”.
Cara Mengatasi:
Ajar Konsep “Bye-Bye”
Ads
Bila hendak ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Mula-mula dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap sahaja dan bermain cak-cak dengannya. Lama-lama dia akan faham konsep “bye”.
Selalu Bercakap dengan Bayi
Beritahu bayi setiap kali kita hendak ke toilet, makan, atau ke mana-mana. Lama-lama bayi akan faham.
Bawa Mainan yang Biasa Dimain
Bila pergi ke tempat baru, bawa mainan yang biasa dimain untuk bayi rasa selamat.
Alihkan Perhatian dengan Barang Selamat
Jika bayi bosan, beri dia barang baru yang selamat untuk dialih perhatian.
Main Kejar-Kejar
Bila bayi datang nak didukung, kita lari sambil gelak-gelak.
Biarkan Menangis Seketika
Ads
Jika bayi minta didukung tapi kita ada kerja, biarkan dia menangis. Selepas siap kerja, barulah kita pergi kepadanya. Semakin lama, jarakkan masa pergi kepadanya. Lama-lama bayi akan faham kita tidak abaikan dia.
Emosi Ibu Bapa
Yang paling penting adalah emosi kita semasa menangani masalah anak yang suka didukung. Kena relaks, senyum dan jangan berkerut. Jangan rasa bersalah kerana bayi boleh mengesan emosi dan reaksi kita.
Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist di laman Facebooknya.
“Anak dah berapa bulan? Sudah pandai buat apa?” Mungkin itu antara soalan popular yang orang suka tanya kepada ibu yang ada bayi kecil. Jom semak carta perkembangan anak anda.
Ketahui kemampuan anak melalui carta perkembangan anak daripada usia tujuh hingga 12 bulan. Secara tidak langsung ia membantu anda memantau perkembangan anak.
1. Mula kenal orang yang berada di sekelilingnya atau yang biasa dilihatnya.
2. Mampu menolak barang yang tidak diingini.
3. Suka permainan mudah seperti ba ba cak.
4. Boleh mengangkat tangan tanda ucapan selamat tinggal.
5. Memberikan respon apabila namanya dipanggil.
6. Mula berguling, duduk dengan tegap tanpa bantuan sokongan.
7. Merangkak dengan laju terutama ke tempat sasaran.
8. Berdiri dengan berpegang pada sesuatu misalnya perabot dan bertatih secara perlahan-lahan apabila tangannya dipegang.
9. Kedua belah tangan digunakan untuk mengambil atau mengangkat sesuatu objek.
10. Boleh mengambil objek besar atau kecil.
11. Mula boleh menyuap makanan jejari atau menggunakan sudu dengan sendiri.
12. Boleh bertepuk tangan.
13. Membuat bunyi seperti da-da, ma-ma, ba-ba.
14. Memahami frasa mudah seperti “tidak”, “hilang”, “jangan” dan “susu”.
15. Menyukai alat permainan berirama.
16. Melihat pada persekitaran apabila mendengar bunyi-bunyian.
17. Daya penglihatan masih terhad iaitu hanya sebesar kismis.
18. Akan tersenyum apabila melihat wajahnya sendiri di cermin.
19. Boleh melihat pelbagai jenis warna.
20. Akan menangis apabila orang yang dia kenali pura-pura meninggalkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menulis sememangnya memerlukan kekuatan tangan kemahiran sejak awal. Disebabkan itulah anak kecil kita perlu dilatih lebih awal untuk memegang pensil dan dapat menulis dengan baik.
Menurut perkongsian Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak, Pn Maryam Jamadi, mak ayah boleh memeriksa perkara-perkara ini jika tulisan anak kurang kemas dan cantik.
Anak yang tulisannya kurang cantik dan kemas, cuma periksa ini.
1. Perkembangan motor kasar.
Kalau perkembangan motor kasar lewat dan tak develop cantik, memang motor halus confirm tak cantik.
2. Berapa lama boleh duduk di kerusi (sitting tolerance).
Kiraannya 1 tahun 3 minit, anak umur 5 tahun sepatutnya minimum boleh duduk fokus 15 minit. Kalau kurang dari ini, maksudnya anak ada masalah fokus. Bila menulis pun asal boleh asal siap.
3. Anak terlampau suka melukis.
Ini pun jadi faktor, dia rasa buang masa menulis. Setakat menyalin. Lagi seronok melukis, boleh berimaginasi tiada peraturan itu ini.
4. Pegangan pensil tak ok.
Pegangan pensil pun masih palmar grasp; mempengaruhi kekemasan penulisan.
5. Belum bersedia.
Ada anak yang lambat timbul rasa minat nak develop skil menulis, jadi dia tak mahu menulis lama. Develop minat dulu, baru mula belajar.
6. Ada masalah visual.
Perlu periksa mata kalau perasan anak ada tanda-tanda rabun. Umur 6 tahun dah boleh bawa jumpa optometris untuk regular checkup mata.
Pengakuan: Tulisan saya tak pernah cantik sejak sekolah rendah. Mungkin sebab kurang merangkak masa bayi dan penggunaan walker.
Nak elakkan tulisan anak tak cantik:
1. Jangan beri anak guna walker.
2. Fasa merangkak selama 6 bulan.
3. Develop motor kasar.
4. Pergi bawa anak ke taman, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
5. Bergayut, memanjat, main buaian.
6. Beri anak main conteng2 seawal umur 1 tahun.
8. Otak lagi laju dari tangan.
Otak dah fikir kedepan, tangan lambat bergerak. Jadilah tulisan cakar ayam. Ini kebanyakan anak yang jenis aktif akan ada masalah ini atau anak ADHD.
High processing brain.
Secara average, umur 8 tahun sepatutnya anak dah boleh tulis cantik. Cantik tu tak adalah macam printed tau.
1. Sama saiz
2. Alignment
3. Space antara perkataan
4. Boleh dibaca
5. Huruf besar dan kecil betul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bab anak pandai, kurang pandai mana-mana ibu bapa pun memang cukup sensitif. Sebolehnya jangan bandingkan setiap anak-anak. Kalau anak kita bijak bersyukurlah. Tapi janganlah fikir bukan-bukan pula bila tahu anak orang tak hebat macam anak kita.
Mungkin ahli keluarga mereka dah faham tapi kalau orang luar agak susah nak mengawalnya.
Berdasarkan perkongsian Terapis Cara Kerja, Aabidah Abd Ghani, ramai ibu-ibu yang sentiasa dalam dilema bila menyentuh hal ini.
Senang la dia cakap.. Anak dia lahir-lahir bijak dah… Anak kita ni lahir-lahir memang macam ni… Ingat senang ke? Haaa… Kan mak orang dah sentap.
Sebab tu kalau jumpa saudara mara saya akan menjadi diri saya. Saya tak kan pakai topi occupational therapist.
Senyap je tengok. Senyum saje… Yang kita kenal rapat sikit, ada juga la terkena tempias marah-marah sayang tu.. Tujuan mendidik.
Anak Bijak!
Bukan semua anak dilahirkan mempunyai hardware yang excellent. Bukan semua juga dapat hardware yang biasa-biasa. Ada yang diuji dengan kekurangan sesuatu.
Jadi jika anda dah nampak anak anda bijak, jangan rosakkan hardware yang sedia ada dengan memberikan software yang tak compatible.
Apa contoh software yang tak compatible?
Too much gadget
Kenapa too much gadget tak bagus? Kita nampak perkara ni mudah dan simple..tapi sebenarnya ia adalah sesuatu yang complicated sebab melibatkan brain processing. Too much exposure boleh membawa kepada kegagalan anak mengawal emosi, speech delay, dan isu fokus yang akan memberi kesan pada anak di usia persekolahan nanti.
Don’t ever start expose before the child turns 2 years old. Itu paling penting.
Akademik diutamakan
…. lebih daripada mengenali kehidupan secara praktikal.. Contohnya lebih risaukan anak umur 4 tahun tak kenal ABC daripada risaukan anak tak pandai makan sendiri. Anak yang berumur 0-4 tahun, otak yang sedang pesat berkembang adalah midbrain…subconscious mind nya juga sedang membentuk…
Berikan sepenuh kasih sayang dan belaian.. 4-7 tahun, masa untuk otak kanan berkembang. Jangan bebani dengan ABC atau 123…kenalkan secara santai dan praktikal. Membaca? Tak salah… Guna kaedah yang sesuai dengan anak. Kaedah BACALAH ANAKKU paling praktikal… Yang penting, follow step… Jangan beli buku, tak belajar, terus acah-acah nak ajar anak membaca… It is not that easy. Nanti anak penat dan memberontak..
Abaikan emosi anak
Atau…terlalu concern dengan emosi anak sampaikan tak boleh salah sikit.
Pada usia kanak-kanak, anak-anak kita sangat lah observant. Kita sedih, anak kita tahu, kita marah, anak kita tahu, kita stres, anak kita dapat rasa… Tinggal lagi anak kita sangat suka bercerita apa yang dia rasa ke atau suka memendam rasa…
Anak yang suka bercerita, jangan cederakan emosinya dengan ayat seperti “jangan sibuk lah.. Hal org tua”
Anak memendam rasa, semaikan kepercayaan dalam diri anak dengan berlaku jujur dan berkata jujur pada anak tersebut. Selalu bercerita dan minta anak bercerita. Dengar dan respon dengan kasih sayang.
Overconcern dengan emosi anak pun tak boleh juga… Nangis sikit kita bantu, tantrum sikit kita mengalah.. Tak boleh juga.. Bersederhanalah kan.
Jika anak bijak, panjatkan kesyukuran kepada Ilahi. Bukan hak kita.. Anak itu hak Allah. Kita hanya menjaga amanah. Pasangkan niat membantu yang kurang bernasib baik.. Paling tidak, didik anak untuk menghormati kawan-kawan yang tidak sepertinya. Ingat, itu Allah yang punya..
Anak dilahirkan dengan kelainan upaya atau mempunyai learning difficulties.
Yaa…. Bercakap jauh lebih mudah dari melakukannya. Saya sendiri mengaku saya tak kuat jika diuji.
Sepanjang dalam tempoh saya menjadi occupational therapist, saya kenal ramai ibu-ibu yang awesome.
Sebagai manusia yang bergelar ibu, saya tak sekuat mereka. Baru kene gastrik sikit pun dah berguling, pass over 100% pada suami.
Jangan mudah terkesan dengan ibu-ibu yang kurang sensitif.. Teruskan usaha. Anak kita mampu berjaya dengan caranya tersendiri.
Yang paling utama, Allah ada bersama kita.. InsyaAllah..