Kasihnya seorang ibu, sanggup buat apa sahaja untuk si buah hati. Kalau anak menangis, mesti mahukan ibunya sahaja. Ikuti pengalaman pertama kali Yatt Hamzah terpaksa memangku bayi kecilnya ketika berforum.
Ibu kepada Suci Hanania Malika, 8 tahun, Suci Humaira Iqlima, 1 tahun 10 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 6 bulan ini berkongsi tentang pengalaman istimewanya itu di Instagram. anak kecilnya Suci Hayfaa Medina yang turut serta dikatakan menangis sehingga teresak-esak ketika dijaga penjaga iaitu suami dan ibu Yatt sendiri. Sehinggalah si kecil diletakkan di ribaan bondanya, barulah tangisan reda.
Memang benar bayi-bayi boleh mencium bau ibu mereka. Tatkala ibu berada dekat maka mereka akan berasa tenang dan tidak menangis. Berikut ialah perkongsian Yatt;
Dah banyak kali @sucihayfaamedina ikut Bonda pergi forum. Banyak kali tu juga dia meraung menangis teresak2 tersedu sedan dipegang penjaga walaupun abah dan Nenek dia sendiri. Apatah lagi orang lain.
Tapi bila Penganjur terpaksa ambil dan letak atas riba Bonda, terus senyap. Sampai tertidur lena atas pentas tu. Tak berbunyi langsung. Macam tahu2 Bonda sedang kerja, dia tak kacau dah.?
Ads
Tak mau orang lain sungguh bayi BERTUAH ni. Cuma nak ada dg Bonda je..Ada dengan Bonda pasti senyap dan bahagia. Allahuakbar camne lah Bonda nak kerja ni sayang..??❤️
Ada ibu2 yg lalui benda yg sama ke.. Jom share mcm mana nak atasi benda ni. Kita nk biar dia nangis je mmg x sampai hati. Tp mmg camtu lah dr lahir. Dah dilatih tak angkat sgt, biar je dlm cot lg teruk dia meraung. Tak angkat salah, angkat salah, Bonda jd serba salah..?
So officially inilah kali pertama forum pegang bayi 6 bulan. Kata Penganjur 1st time panel forum pegang baby masa bercakap. Hehe.. Redha jelah. Anak Solehah Bonda, please remember this forever that you have made a history here
Ads
Para netizen memberikan sokongan kepada Yatt, dia tidak keseorang menempuhi cabaran ini.
Penguasaan bahasa boleh dipupuk sejak awal lagi sementelah minda mereka seperti span, menyerap apa sahaja yang dilihat. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rancangan TV Pa&Ma akan memberikan banyak tips mengenai topik ini dalam episod “ Si Cilik Multilingual.” Kami akan ke udara pada pada Selasa, 9 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip rangsang anak umur 1 hingga 2 tahun bercakap. Perkembangan bahasa dan komunikasi anak berumur 1 hingga 2 tahun adalah salah satu fasa penting dalam kehidupan mereka.
Pada usia ini, anak-anak sedang belajar memahami bunyi, perkataan, dan cara menyampaikan keperluan mereka. Namun, setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza, dan terdapat beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk merangsang kemahiran bercakap mereka.
Berikut perkongsian Maryam Jamadi yang merupakan seorang Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy
MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK 1-2 TAHUN
“Puan, macam mana nak bagi anak pandai cakap cepat ya?”
Saya selalu menerima soalan dia atas, yang pertama rujuk post sebelum ini “CARA MERANGSANG PERCAKAPAN ANAK LEPAS LAHIR”. Kalau dah buat semua tips, seterusnya baru sambung di post ini sebab skill bahasa anak mengikut tahap, kalau anak umur 1 tahun tapi belum mengikut bunyi maksudnya tahap percakapan anak masih di tahap bawah 12 bulan.
TAHAP UMUR 1 TAHUN
-Boleh menyebut 1 patah perkataan. Contohnya “Makan”, “Susu”, “Nak”, “Cat”.
-1-50 perkataan yang bermakna sebelum mencapai umur 2 tahun.
1 tahun 1 bulan: 1 perkataan
1 tahun 2 bulan: 2 perkataan
1 tahun 5 bulan: 10 perkataan
2 tahun: 50 perkataan
*Tahap ini selalunya mak ayah keliru, 1-50 perkataan tidak termasuk perkataan ilmiah ya seperti bentuk, warna, ABC, 123. 1-50 perkataan adalah perkataan bermakna yang digunakan seharian.
TAHAP UMUR 2 TAHUN
– Boleh menggabungkan 2 perkataan.
– Contohnya perkataan “nak” : nak mandi, nak makan, nak susu dll
– Menyebut perkataan berdasarkan gambar.
– Tahu sekurang-kurangnya nama 6 anggota badan.
– 50% bahasa yang difahami.
*Untuk menggabungkan 2 perkataan, anak memerlukan sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Maka, penguasaan perkataan baru sangat penting dalam perkembangan bahasa anak.
TIP NAK BAGI ANAK CEPAT CAKAP
1. Kerapkan berborak dengan anak.
Anak umur 1 tahun selalunya sudah mula dapat bezakan setiap bunyi walaupun belum pandai respon dan membalas perbualan. Dan fasa selepas lahir hingga 3 tahun adalah fasa “rapid growth” jadi perlu kerja keras untuk pastikan anak tidak terlewat percakapan. Sebab itu mak ayah kena selalu berborak dengan anak sejak lahir.
Macam mana nak borak? Tak kan nak borak politik atau sukan dengan anak kan? Cadangan saya, borak tentang perbuatan yang sedang dan akan dilakukan pun dah banyak membantu perkembangan bahasa anak.
Contohnya,
Masa mandi: “Jom mandi”, “Sabun badan”, “Shampoo kepala”, “Berus gigi”.
Masa pakai baju: “Pakai baju”, “Pakai seluar”, “Pakai pampers”.
Masa makan: “Makan”, “Makan nasi”, “Makan ikan”, “Ayam”.
2. Pace yang perlahan.
Ada mak ayah yang mengadu selalu berborak dengan anak tetapi anak tetap taknak bercakap, kerap berborak penting tetapi perlu berborak dengan pace yang perlahan ya. Jangan cakap terlalu laju boleh menyebabkan anak 1- 2 tahun tak dapat tangkap.
3. Fokus terhadap perkataan baru.
Berborak penting, tetapi perlu juga fokus untuk meningkatkan perkataan baru dengan menyebut banyak kali dan pergerakan mulut yang jelas untuk anak ikut serta panjangkan setiap “harakat” setiap suku kata. Seperti:
Makan: “Maaaaaaa kaaaannnnnnnn” × 10. Pastikan anak tenang dan fokus semasa proses mengajar perkataan baru.
3. Menyanyi bersama anak.
Anak lebih mudah belajar menyanyi dengan mak ayah berbanding belajar berseorangan dengan tv dan gadget. Jangan mengharap gadget dan tv untuk mengajar anak menyanyi, sebab kartun tak mengajar pergerakan mulut dan lidah pada anak. Paling berkesan bila buka lagu di radio atau handphone tanpa anak melihat gadget untuk memberi fokus anak melihat pergerakan mulut kita.
4. Bahasa badan.
Jadi mak ayah ini, kita kena “over” sedikit. Banyakkan bahasa badan semasa bercakap atau menceritakan sesuatu dengan anak secara tak langsung ia akan memupuk minat dan fokus anak terhadap bunyi yang didengari.
5. Beri pujian.
Puji anak setiap kali berjaya menyebut perkataan baru.
Ada mak ayah yang mula memberi gadget dan tv dengan harapan anak lagi cepat bercakap di tahap ini sebab “ingatkan dah sesuai nak beri”. Sebenarnya perkembangan bahasa anak lebih berkembang jika banyak berkomunikasi dengan mak ayah. Jangan “mengharapkan” gadget dan tv untuk mengajar anak bercakap cepat sebab ia akan menyebabkan:
1. “Pitch” suara yang didengari oleh anak berubah, anak menjadi hyposensitif(terkurang sensitif) terhadap bunyi menyebabkan fokus dan “eye contact” anak semakin kurang.
2. Anak tidak berminat untuk berkomunikasi 2 hala sebab bahagia “dilayan” oleh kartun di tv berbanding mak ayah.
3. Anak lebih minat menyanyi dan belajar perkataan berilmiah (shapes, colours, abc, 123) dan mengabaikan perkataan bermakna yang digunakan setiap hari.
4. Risiko masalah echolalia (parrot talk) disebabkan keliru terhadap komunikasi 1 hala atau 2 hala sebab dah terbiasa “bercakap” dengan kartun.
Terlalu banyak keburukan daripada kebaikan gadget pada anak, jangan terlampau mengikut orang lain. “Anak kawan saya fasih berbahasa inggeris sebab dari kecil berkepit dengan gadget”. Setiap perkembangan anak berbeza, gadget untuk anak bawah 18 bulan sudah terbukti boleh meningkatkan risiko kelewatan bercakap.
Lebih baik elak dari merawat. Jika mak ayah dapati perkembangan anak terlewat dalam perkembangan bahasa, sila dapatkan rawatan awal. Tak perlu tunggu-tunggu, sementara sedang dalam fasa “rapid growth” dan anak semakin membesar. Membantu anak sekarang lebih mudah berbanding bila dah besar.
Jika “takut” anak dikategorikan “speech delay”, Beyond Home Therapy sentiasa terbuka untuk membantu anda untuk penilaian awal perkembangan untuk kenalpasti tahap dan masalah anak.
Sumber: Maryam Jamadi Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy
Bedung bayi berikan banyak kelebihannya kepada bayi. Selepas lahir, bayi melalui perubahan suasana dari alam rahim ke dalam dakapan mama dan papa. Bantunya menempuh hari-hari pertamanya dengan cara membedungnya menggunakan kain.
Tindakan membedung bayi akan membantu bayi untuk menempuh hari-hari pertamanya. Ia diibaratkan seperti seni membalut bayi dengan menggunakan kain yang akan memberikan si kecil pelbagai faedah kesihatan dan sokongan kepada emosinya.
Antara manfaat membedung bayi ialah seperti berikut;
1.Menjadikan bayi lebih tenang dan kurang refleks Moro iaitu tindakbalas bayi apabila kehilangan dinding rahim sesudah kelahiran. Ia menyebabkan bayi kecil mereka terkejut atau tersentak dan mula menangis.
2.Bayi akan tidur lebih lena.
3.Mengurangkan risiko kematian bayi atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS). Elakkan meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi tidur meniarap.
4.Rasa selamat kepada bayi.
5.Bayi kecil sering kali menghadapi masalah ‘terkejut’ atau startle reflex. Membedung mengelakkan ia daripada terjadi (sehingga bayi pandai meniarap).
6.Bayi baru lahir seringkali kesejukan. Membedung memberikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuhnya mula berfungsi.
7.Amat disarankan untuk bayi yang menghadapi masalah neurologi atau kolik.
Walau pun membedung bayi memberikan banyak faedah, tapi anda harus ingat, membedung ada do’s & dont’s.
Anda boleh belajar mengikuti langkah membedung bayi berpandukan video ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah buat macam-macam tapi susu tetap kurang? Hingga terdetik di hati takut anak tak dapat zat yang cukup. Sebenarnya ada sebab berlaku masalah ini yang tak disedari oleh ibu. Ingat dalam membekalkan susu berkualiti pada bayi, ibu kena peka beberapa perkara sama ada dari aspek pemakanan, emosi, mental dan fizikal.
Kesemua ini jika diambil berat, memang akan menjamin penghasilan kualiti susu yang baik dan hasrat untuk menyusukan anak dalam tempoh maksimum tercapai.
Sukarelawan Penyusuan, Puan Nuha Hayati berkongsikan tip untuk memastikan susu yang terhasil dijamin berkualiti. Paling penting ibu haruslah:
1) Sentiasa dalam keadaan sihat, tenang, relax dan tidak stres. Tubuh yang kurang sihat, fikiran yang terganggu dan bercelaru serta stress boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.
2) Tidak mengeruhkan keadaan dengan sesiapa hanya kerana ibu mampu susukan bayi dan memandang ibu yang tidak boleh menyusukan bayi sebagai satu kesalahan besar. Sentiasa bersyukur dengan rezeki susu ibu yang Allah beri.
3) Sentiasa aktif dan kekal cerdas. Apabila ibu aktif dan cerdas, badan akan lebih cergas dan bertenaga.
4) Punya hubungan baik dengan semua orang terutama suami. Apabila hubungan ibu baik, mood ibu pun baik. Ingat, pengeluaran susu ibu bergantung kepada hormon ibu.
5) Nikmati kebahagian berumahtangga bersama cahaya mata dengan lebih baik dan gembira. Lalui detik suka duka, gembira, sedih, sayang dan marah membesarkan si comel dengan rasa syukur kerana ramai lagi wanita yang ingin menjadi ibu namun masih belum mendapat peluang.
6) Tabah menghadapi ujian. Teruskan melangkah dan mohon pertolongan dariNya. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang terbaik.
7) Tetap kekal cantik dan menawan supaya yakin diri dan gembira dengan diri ibu.
8) Jaga pemakanan. Kebanyakan ibu menyusu makan ikut sempat sahaja asalkan perut kenyang. Ibu perlu menitikberatkan kualiti susu yang ibu berikan kepada si comel, bukan mengejar kuantiti semata-mata. Nutrisi dalam susu ibu juga perlu diambil berat.
9) Cari waktu rehat. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Dapatkan sokongan dan bantuan dari suami. Bekerjasama sebagai satu pasukan itu lebih indah.
10) Jangan hanya fokus kepada makanan yang banyakkan susu. Tetapi pastikan ibu makan secara seimbang.
11) Ambil makanan tambahan untuk pastikan ibu dapat cukup nutrien untuk menghasilkan susu yang berkualiti.
12) Jangan abaikan kebajikan diri sendiri. Utamakan diri, inshaAllah keluarga ibu juga akan terjaga.
Kak Nuha suka dan praktis utamakan diri sendiri dulu kemudian baru anak-anak.
Pada Kak Nuha, kalau Kak Nuha selesa atau gembira, inshaAllah Kak Nuha dapat berikan yang terbaik untuk keluarga.
Kata pepatah Inggeris, “a happy family is a happy mom”.
Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Tetapi untuk pastikan si comel mendapat nutrien dan zat yang cukup dari susu ibu, ibu harus pastikan tubuh ibu mendapat diet yang seimbang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.