Anak mengamuk tak mahu berus gigi, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Mungkin ada yang akan ada orang kata ia kejam, sebenarnya tidak ambil kisah gigi anak tanpa berberus itu lebih kejam!

Perkongsian daripada Dr Zulaika ini boleh dipraktikkan apabila berhadapan dengan keadaan anak enggan memberus gigi.

‘Dr, sy xberus gigi anak sy sbb dia mengamuk-amuk tiap kali nak berus gigi.’

Ibu bapa semua, jika anak menangis/mengamuk xnak berus gigi, kita tidak boleh putus asa dan terus tidak berus gigi mereka. Anak kecil dlm proses belajar, jika mereka menangis tidak nak berus gigi dan kita pun tidak berus gigi mereka maka mereka akn belajar bahawa jika mereka menangis mereka tidak perlu berus gigi.

Jadi rutin ini akn sentiasa berlaku dan akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.

Cara bagaimana memberus gigi anak jika mereka menangis/mengamuk teruk.

1. Teknik Dua Orang (gambar pertama)

IKLAN

Jika anak mengamuk teruk, bapa boleh duduk dikerusi sambil memeluk anak di atas riba. Baringkan kepala anak diatas riba ibu sambil memegang tgn anak. Ibu boleh memegang kepala anak dan memaksa dia membuka mulut untuk memberus giginya.

Anak Mengamuk Enggan Berus Gigi, Buat 3 Teknik Ni. Nampak Memaksa, Tapi Biarkan Gigi Anak Rosak Lagi Kejam!

2. Teknik seorang (gambar kedua dan ketiga)

Ibu/bapa boleh berdiri dibelakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Atau pun duduk dibawah dan meletakkn anak dicelah kaki dan memeluknya. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya.

Anak Mengamuk Enggan Berus Gigi, Buat 3 Teknik Ni. Nampak Memaksa, Tapi Biarkan Gigi Anak Rosak Lagi Kejam! Anak Mengamuk Enggan Berus Gigi, Buat 3 Teknik Ni. Nampak Memaksa, Tapi Biarkan Gigi Anak Rosak Lagi Kejam!

IKLAN

Anak akan faham, walau pun mengamuk, gigi perlu wajib diberus

‘Hari-hari perlu buat macam ni ke?’

Bukan perlu buat hari-hari begini, hanya ketika anak mengamuk teruk tidak mahu berus gigi. Dengan cara ini, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis/mengamuk, rutin memberus gigi wajib juga dibuat.

Lama kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka tidak suka/ tidak mahu.

IKLAN

‘Nampak KEJAM la Dr paksa n biar anak menangis teruk macam ni…kesian..’

Kita hanya memberus gigi tidak sampai 2 minit pun, selepas itu anak akan berhenti menangis.

Jika kita membiarkan gigi anak-anak kecil tidak diberus sehingga menyebabkan kerosakan semua gigi dan akhirnya anak menangis sepanjang malam tidak tidur sakit gigi, itulah sebenarnya yang lebih KEJAM.

Sumber: Dr @zulaikahosni
Klinik Pergigian Love

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI