Andai sampai ajal tak cepat tak lambat. Hari yang sepatutnya serah diri untuk bersalin, menjadi pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila apabila anak syurga pergi buat selamanya.

Berat sungguh hati seorang ibu saat diberitahu doktor bayi yang dah bersedia lahir, denyutan jantungnya terhenti. Macam mimpi kerana sebelum itu setiap pergerakan kamu ibu rasa dan sangat aktif.

Menerusi perkongsian Puan Nadhirah Mukhtar, perginya bidadari syurganya, Hessa Fateema Binti Mohamad Fakhrul Tahfiz genap 40 minggu sesuatu yang sangat tak disangka sama sekali.

Kamu lahir dengan sangat comel sekali. Terima kasih Ya Allah atas pinjaman yang sangat berharga ini. Disebabkan ramai sangat tanya apa yang berlaku pada Hessa, ibu akan ceritakan lebih lanjut.

Hessa Fateema lahir dengan berat 4.53 kilogram secara normal. Tiada punca tapi doktor  decide kata anggap sebab GDM masa mengandung. Tak sampai setengah jam sebelum nak jumpa doktor untuk buat pemeriksaan sebelum bersalin, Hessa berhenti bergerak. Padahal sepanjang mengandung bacaan gula semua elok walaupun perlu diet control.

30 Disember 2020 merupakan hari di mana iboo kena serah diri ke HSI disebabkan iboo ade GDM on diet control, tak boleh lebih dari 40w.. Semasa tunggu di ruang menunggu sebelum ke PAC untuk cek ctg baby dan (VE) cek bukaan jalan semua, jam menunjukkan 9 pagi. Iboo mula mengira pergerakan baby seperti hari-hari biasa. Jam 9 lebih Hessa iboo masih bergerak dalam perut.

Kemudian, pukul 10 pagi, sampai turn iboo buat ctg, nurse cari-cari jantung, tak jumpa. Masa tu, jantung iboo dah mula nak luruh. Doktor terus scan dan sahkan memang dah stop jantungnya. Masa tu, jantung iboo yang rasa berhenti sekali.

Doktor suruh call husband dan husband tengok sekali scan. Kami berdua lemah lutut dan saling berpelukan kerana hilang kekuatan dalam diri. Tujuan utama ke HSI berubah menjadi 100%.

IKLAN

Masa tu iboo cuba untuk mengawal kesediaan, masih berfikir kemungkinan bila Hessa lahir nanti, ada keajaiban.. Baby akan menangis lepas skin to skin dengan ibunya macam dalam iklan-iklan yang pernah iboo tengok.

Dipendekkan cerita, doktor cadangkan biar baby lahir sendiri, maksudnya iboo balik dulu, nanti tunggu baby lahir sendiri. Tapi iboo ayah decide untuk induce je. Tak sanggup biar baby lama-lama dalam perut tanpa nyawa. Jadi, plan doktor iboo akan warded untuk induce belon esoknya.

Jutaan terima kasih kepada Dr Wan Noor Asma kerana sudi datang tanpa jemu lawat iboo dan tak putus bagi semangat. Alhamdulillah Allah sentiasa hadirkan insan-insan yang baik di sekeliling iboo.

Pada 31 Disember 2020

Allah Maha Kuasa, sepatutnya pukul 3 petang iboo akan di induce belon.. Jadi, Iboo di panggil ke bilik untuk induce. Sebelum induce, doktor VE dulu dan terkejut, jalan dah buka 8cm. Doktor pelik sebab iboo boleh berjalan macam biasa dan tak sakit. Allah Maha Baik.

Allah uji iboo, tapi Allah mudahkan semua urusan kelahiran Hessa.. Alhamdulillah… Bila iboo rasa nak bersalin, terus hantar iboo ke Labour Room dan proses bersalin bermula.

IKLAN

Tepat azan Asar, baby Hessa selamat dilahirkan ke dunia.. Doktor terus skin to skin kan Hessa pada iboo. Iboo peluk kuat-kuat Hessa dan cium tanpa henti. Allah..rindunya bau Hessa.. Bau Hessa lain dari bau baby-baby iboo yang lain. Baunya unik, sedappp sangat. Sampai kat tudung iboo melekat baunya.

Masa Hessa lahir, kulit-kulit di badan dah mula tanggal sebab seharian meninggal dalam perut. Tapi kuasa Allah, muka Hessa tiada satu kulit yang tanggal. Allah nak tunjukkan pada iboo macam mana rupa anak syurga iboo seorang ni.. Allahuakhbar.. Cantikkk sangat Hessa iboo.. Subhanallah.. Indah sangat ciptaan Allah.

Sampaikan iboo cakap, patutla kamu dipilih utk menjadi bidadari… Iboo redha. Bila lahir je Hessa, redha datang sendirinya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami pertolongan dan dipermudahkan urusan walaupun kami diberi dugaan sebegini.

P/s: Yg dalam gambar ni selepas Hessa dibersihkan.. Sbb tu lagi banyak merah-merah.. Kulit dah banyak tanggal lepas dibersihkan. Bukan kesan air panas/lecur.

Kena panic attack ketika berpantang

IKLAN

Malah ketika berpantang, saya kena panic attack. Nak mandi atau tidur tak boleh tutup pintu. Seolah-olah rasa tak cukup nafas, jantung jadi laju. Nasib baik tak meroyan sebab suami banyak bagi sokongan emosi.

Punca kena panic attack ni mungkin sebab saya cuba lawan. Jadi signal badan react macam tu. Apabila saya belajar teknik pernafasa yang betul, barulah lama-lama semakin ok.

Kalau tak dalam sehari berkali-kali saya kena serangan ni. Sekarang ni pun selepas 3 bulan masih lagi ada cuma hanya datang sesekali je. Lagi satu, saya jadi tak kuat sebab anak sulung asyik menangis rindukan adiknya.

Kaka dan abang masing-masing menantikan kelahiran adik sebab mereka dah besar dan faham nak sayang adik. Namun lain pula jadinya apabila mereka tengok sekujur badan yang kaku depan mereka ketika menunggu kehadiran adik pulang ke rumah.

Nasihat saya, buat ibu yang sedang mengandung, jagalah kandungan elok-elok kerana kita tak tahu keadaan bayi dalam perut.

Doakan semoga iboo dan ayah sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menempuh ujian ini.. Akan kami cerita kan yang indah2 tentangmu wahai anak syurgaku…
Iboo sentiasa menyayangimu

Kredit: Nadhirah Mukhtar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)