
Pernah tak anak tiba-tiba datang dekat kita sambil hulurkan buku Matematik dan tanya, “Ibu, macam mana nak buat soalan ni?”.
Kita pun dengan penuh yakin cuba tengok soalan tersebut. Tapi beberapa saat kemudian, terus garu kepala! Aduh, bukan tak nak bantu, cuma Matematik zaman sekarang kadang-kadang boleh buat mak ayah sendiri pening tujuh keliling.
Lebih-lebih lagi bila musim peperiksaan semakin menghampiri. Mulalah ibu ayah sibuk mencari buku latihan tambahan, kertas soalan percubaan dan macam-macam cara supaya anak lebih bersedia.

Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk bantu anak menguasai Matematik tanpa perlu ibu ayah jadi ‘cikgu’ setiap malam. Semuanya dengan bantuan aplikasi pembelajaran Matematik berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Tupai.
Bukan Anak Saja Belajar, Mak Ayah Pun Boleh Pantau!
Apa yang menarik tentang Tupai, aplikasi ini bukan sekadar menyediakan latihan Matematik untuk anak-anak, malah turut mempunyai aplikasi khas untuk ibu bapa yang dikenali sebagai Tupai Parent.
Melalui aplikasi ini, ibu ayah boleh memantau perkembangan pembelajaran anak, melihat topik yang sudah dikuasai serta mengenal pasti bahagian yang masih memerlukan latihan tambahan.
Maklumlah, kadang-kadang bila kita tanya anak, “Dah faham semua ke?” jawapannya mesti “Dahhh!”.
Namun sejauh mana mereka benar-benar faham, itu yang kita tak pasti.
Dengan Tupai Parent, ibu bapa boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kemajuan anak. Jadi, lebih mudah untuk tahu bahagian mana yang perlu diberi perhatian tanpa perlu asyik bertanya atau memberi tekanan kepada mereka.

Siap Boleh Download Dan Print Kertas Trial Peperiksaan!
Ini antara fungsi yang pasti menarik perhatian mak ayah, terutama yang mempunyai anak bakal menduduki peperiksaan.
Melalui Tupai Parent, ibu bapa boleh memuat turun dan mencetak kertas latihan peperiksaan percubaan (trial papers) untuk anak menjawab sendiri di rumah.
Tak perlu lagi pening mencari bahan ulang kaji di pelbagai tempat. Ibu ayah boleh menyediakan latihan yang lebih tersusun, manakala anak dapat membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.
Paling best, kertas latihan yang dicetak ini bukan sekadar untuk dijawab dan kemudian disimpan begitu sahaja.
Ia juga boleh digunakan secara interaktif bersama aplikasi Tupai! Bayangkan anak sedang menjawab kertas trial, tiba-tiba tersekat pada satu soalan yang susah. Daripada terus berputus asa atau membiarkan soalan itu kosong, mereka boleh mengambil gambar soalan menggunakan aplikasi Tupai untuk mendapatkan bantuan.
Mudah, kan? Walaupun latihan dibuat di atas kertas, anak masih boleh mendapatkan sokongan pembelajaran secara digital apabila diperlukan.
Tak Faham Soalan? Ambil Gambar, Tupai Bantu Terangkan!
Salah satu perkara yang sering membuatkan anak hilang minat terhadap Matematik ialah apabila mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakan sesuatu soalan.
Bila dah cuba berkali-kali tapi masih tak dapat jawapan, mulalah rasa kecewa. Lama-kelamaan, terus tertanam dalam fikiran bahawa Matematik memang susah.
Di sinilah Tupai boleh memainkan peranan. Dengan menggunakan teknologi AI, anak hanya perlu mengambil gambar soalan yang mereka tidak faham. Tupai kemudiannya membantu menerangkan kaedah penyelesaian secara langkah demi langkah.
Menariknya, pendekatan ini bukan sekadar memberi jawapan akhir, tetapi membantu anak memahami konsep dan cara sesuatu jawapan diperoleh.
Secara tak langsung, anak boleh belajar mengikut kemampuan sendiri tanpa rasa malu untuk bertanya berulang kali.

Bahasa Melayu Atau Bahasa Inggeris? Dua-Dua Pun Boleh!
Setiap anak mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Ada yang lebih mudah memahami penerangan dalam Bahasa Melayu, manakala ada juga yang lebih selesa belajar menggunakan Bahasa Inggeris.
Berita baiknya, aplikasi ini menyediakan pembelajaran dalam kedua-dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Daripada bahan latihan hinggalah kepada bantuan memahami soalan, anak boleh belajar menggunakan bahasa yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.
Malah, Tupai turut menyokong silibus Matematik KSSR, KSSM dan Cambridge IGCSE, menjadikannya pilihan yang relevan untuk pelajar daripada pelbagai peringkat persekolahan.
Jadi, sama ada anak sedang mengukuhkan asas Matematik atau membuat persediaan menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, mereka boleh menggunakan Tupai sebagai salah satu sokongan ulang kaji.
Yang Penting, Anak Tak Rasa Berjuang Seorang Diri
Hakikatnya, bukan semua ibu bapa mampu mengajar Matematik dengan sempurna. Ada yang sibuk bekerja, ada yang sudah lama meninggalkan zaman persekolahan dan ada juga yang memang kurang mahir dengan subjek ini.
Namun, itu tidak bermakna kita tak boleh memainkan peranan dalam membantu anak berjaya.
Dengan adanya Tupai Student dan Tupai Parent, anak mempunyai ruang untuk belajar dan mendapatkan penjelasan apabila buntu, sementara ibu ayah pula boleh terus mengikuti perkembangan mereka.
Apa yang penting, teknologi ini bukan bertujuan menggantikan guru atau usaha anak sendiri, sebaliknya menjadi sokongan tambahan supaya proses pembelajaran lebih mudah dan terarah.
Kadang-kadang, anak bukan perlukan kita untuk tahu semua jawapan. Mereka cuma perlukan seseorang yang sentiasa menyokong dan membantu mereka mencari jalan apabila berdepan kesukaran.
Jadi, buat ibu ayah yang sedang mencari cara untuk bantu anak lebih yakin dengan Matematik, bolehlah terokai aplikasi Tupai menerusi tupai.ai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

