Hafiz Mahamad bawa anak dan isteri pindah rumah baru. “Happy sangat bila tengok anak-anak masuk rumah.” Hafiz berkongsi khabar gembira tersebut menerusi perkongsian posting terbaru di Instagramnya.

Hafiz Mahamad Bawa Anak & Isteri Pindah Rumah Baru, “Happy Sangat Bila Tengok Anak-anak Masuk Rumah”

Menurut Hafiz, sejak berkahwin dia dan keluarga hidup secara sederhana dan hanya tinggal di rumah sewa. Rumah baru yang dibeli juga diletakkan atas nama isterinya, Aina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Rumah Baru Kami”

Happy sangat bila tengok anak anak semalam masuk rumah. Rasa rindu juga dekat rumah sewa kami sebelum ini, banyak kenangan dekat situ.

Saya happy bila Aina terima je kita hidup sederhana dan duduk menyewa selama ni. Dia tak pernah nak demand macam macam dan itu yang buat saya sebagai suami happy.

Rumah baru ni pun, memang milik isteri sepenuhnya. Saja buat camtu, biar ada rasa sedar diri yang saya menumpang rezeki isteri selama ni

Ramai yang tanya saya dan Aina sebelum ini. Kenapa menyewa selama ini, sedangkan business bagus?

Alhamdulilah, selama ini saya dan Aina fokus bangunkan @ainaabeautyofficial dulu. Tak sangka Allah datangkan team yang baik-baik dalam hidup kami dan dari sini ada 1 perasaan yang susah nak diceritakan.

Saya dan Aina malu jika kami berlebih-lebih terlalu jauh dari mereka. Kami beli rumah ini pun selepas sediakan tempat selesa untuk team bekerja. Team Agent Stokis Ainaa pun dah ramai yang ada rumah sendiri

Saya ada mohon izin isteri, kalau nak beli rumah. Biarlah nilai komitmen rumah itu kalau team dengar, nilai itu team mampu bayar/beli. Tak nak dengar reaction, weh mahalnyaa..

IKLAN

Alhamdulilah, rumah baru ini sudh cukup selesa sangat untuk keluarga kecil kami. Taklah besar dan taklah kecil. Mohon banyak kasih sayang dan kenangan yang terbina di sini.

Nak Full House Tour tak? Jangan tanya saya pasal konsep, sebab segala benda dalam rumah ini Aina & @legitinterior punya idea. Saya tukang masuk saja.

KONSEP DEKORASI KEDIAMAN

konsep Muji menjadi pilihan. Muji ini merupakan konsep yang berasal dari Jepun, dengan mengetengahkan prinsip Zen yang menerapkan natural beauty, simplicity dan juga tranquil.

Warna-warna lembut dan cerah seperti, off white, beige dan coklat mendominasi tema kediaman ini, sekaligus bertepatan dengan konsep yang dipilih.

Paling penting ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak tetap menjadi keutamaan. Sesuai dengan Hafiz dan Aina yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil.

IKLAN

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad dan Hafiz Mahamad 1

Artikel lain: Staf Bebas Pilih Nursery Terbaik Tunaikan Janji, Hafiz Mahamad Beri Staf Elaun Taska RM350 Sebulan!

Hafiz Mahamad Bukan Sahaja Pemurah Dengan Isteri. Terkini Buat Kejutan Bawa 120 Staf Tunai Umrah

Derma RM100k, Hafiz Mahamad Penyumbang Terakhir Misi 9 Juta Dana Rawatan Baby Naail

 

IKLAN

Hafiz Mahamad Bawa Anak & Isteri Pindah Rumah Baru, “Happy Sangat Bila Tengok Anak-anak Masuk Rumah”

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI