Gambar Hiasan AI

Hantaran seorang ibu di media sosial yang meminta pandangan tentang cara menghentikan penyusuan badan (wean off) anak berusia lima tahun baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menyokong, ada juga yang memandang pelik, malah tidak kurang yang ‘menjudge’ ibu tersebut.

Menurut perkongsian, anak itu masih menyusu secara terus (direct breastfeeding). Situasi ini membuatkan si ibu berasa janggal, apatah lagi apabila menerima pelbagai komen yang bercampur antara sokongan dan kecaman.

WHO & Pakar Pediatrik: Menyusu Selepas 2 Tahun Masih Ada Manfaat

Cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan penyusuan eksklusif selama 6 bulan, kemudian diteruskan bersama makanan pelengkap sehingga 2 tahun atau lebih. Ini bermakna, penyusuan selepas usia 2 tahun bukanlah sesuatu yang dilarang, malah masih memberikan manfaat antibodi, nutrisi dan sokongan emosi.

Anak Menyusu Badan Sampai 5 Tahun, Normal Ke? Ini Penjelasan Doktor & Hukum Agama

Ads

Bagaimanapun, doktor pediatrik menasihatkan agar ibu memastikan anak tetap mendapat makanan seimbang supaya tumbesaran berjalan normal. Penyusuan selepas 2 tahun lebih kepada comfort feeding — iaitu memberi rasa selamat dan kasih sayang.

Pandangan Hukum: Harus Selagi Tidak Memudaratkan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah (2:233) menyebut penyusuan sempurna adalah selama dua tahun. Namun para ulama seperti Imam al-Qurtubi, Ibn al-Qayyim dan Dr. Wahbah al-Zuhaili bersepakat bahawa penyusuan boleh dilanjutkan selepas dua tahun, dengan syarat tidak memudaratkan anak.

Ads

Malah, penyusuan selepas tempoh itu tidak lagi mewujudkan hukum mahram, tetapi dari sudut kesihatan dan keperluan, ia dibolehkan.

Ads

Hormati Pilihan Setiap Ibu

Realitinya, setiap ibu melalui perjalanan penyusuan yang berbeza. Ada yang hanya sempat beberapa bulan, ada yang berjuang hingga bertahun-tahun. Sama ada berhenti awal atau menyusu lebih lama, ia bukan ukuran kasih sayang seorang ibu.

👩‍👧 Pa&Ma pesan:

  • Jika mahu meneruskan penyusuan selepas 2 tahun, pastikan anak tetap mendapat nutrisi lengkap dari makanan.

  • Jika mahu wean off, lakukan secara berperingkat dengan sokongan emosi, bukan secara mengejut.

  • Paling penting, ibu perlu tenang dan yakin dengan pilihannya tanpa rasa bersalah.

💕 Ibu, jangan biarkan kata-kata orang luar melemahkan semangat anda. Setiap keputusan tentang penyusuan adalah hak ibu dan anak. Yang utama, anak membesar dengan sihat, penuh kasih sayang dan rasa selamat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads