Pernah tak kat rumah tiba-tiba anak datang mengacau. Masa tu jugaklah kita tengah sibuk ada benda yang perlu diselesaikan dengan segera. Itu tanda mereka perlukan perhatian daripada ibu dan ayah.
Mungkin sahaja tanpa sedar, kesibukan kita buat tangki emosi anak-anak jadi kosong. Bukan sahaja sibuk kerana perkara yang penting malah disebabkan perkara yang kita sendiri tak sedar boleh sebabkan anak rasa terpinggir dan tidak disayangi.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Taufiq Razif bila tangki emosi anak kosong yang boleh membuatkan anak-anak mengacau ibu dan ayah tanpa sebab.
Anak selalu kacau kita?
Boleh jadi Tangki Emosi ( Emotional Tank ) anak sedang kosong sebab :-
– kita banyak fokus pada anak yang lain
– kita banyak fokus pada TV dan handphone
– fikiran kita banyak menerawang sangat
– kita kurang peluk dia
– kita selalu sibuk
Anak kita ni umpama handphone
Walaupun mereka nampak tak kisah
Tetapi sampai satu masa ‘bateri dalaman’ mereka akan habis
Ads
Ketika itulah anak anak kita sedang dalam keadaan CONNECTION SEEKER :-
– Mereka akan merengek
– mereka akan gelisah
– mereka akan tanya kita macam macam
– mereka akan cari kita sampai jumpa
– mereka akan naik belakang kita
– mereka akan ikut kita ke mana saja
– mereka akan kacau kita
– mereka akan buat apa sahaja untuk dapat perhatian kita
Itulah kenapa kita sebagai mak ayah WAJIB buat benda ni :-
Ads
Ambil masa 15 – 30 minit setiap hari untuk fokus 100% pada seorang anak kita. Jadi kalau ada 2 orang anak 30 minit x 2 = 60 minit setiap hari
Pelukanak kita sekurang kurangnya 8 kali sehari. Ketika peluk anak, akan ada beberapa jenis hormon seperti Oxytocin, Endorphin dan banyak lagi hormon yang akan bantu menstabilkan emosi kita dan anak anak
Ketika kita terlampau sibuk, bagitahu anak kita. Jelaskan baik baik. Sampai suatu masa, mereka akan ada empati untuk memahami keadaan kita.
Jika anak masih kacau kita, jangan marah mereka dan tengking mereka. Ketahuilah anak kita bukanlah Attention Seeker seperti yang kita sangka , mereka cuma Connection Seeker yang perlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapanya
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya anak kecil mudah menangis apabila bangun dari tidur. Walaupun ia perkara normal tetapi sebaiknya jangan biasakan anak suka menangis apabila dia bangun dari tidur.
Tabiat si kecil menangis bila bangun dari tidur adalah disebabkan perasaan takut dan rasa bersendirian selepas melalui waktu tidur yang panjang tanpa ditemani ibu atau ayah.
Menurut Ibu Rose, Family & Love Guru, bayi berusia empat bulan ke atas menangis bila bangun dari tidur atau bila tidak nampak penjaganya kerana sudah mula sedar bahawa dia dan ibunya bukan dari satu badan. Ibunya boleh ada dan boleh hilang dari pandangan matanya.
Ini membuatkan anak berasa risau dan tidak selamat, itulah sebabnya mengapa anak-anak kecil akan menangis bila dia tidak nampak ibu atau ayah di sisi.
Jika si anak dibiarkan menangis tanpa dipujuk dan selalu dimarahi bila dia menangis sebaik bangun dari tidur, maka apabila dia semakin besar, perasaan rasa tidak selamat itu akan membuak dan menjadi punca amukan.
Selain dari itu ada anak kecil akan menangis kuat bila terbangun dari tidur kerana dia mengalami mimpi yang dirasakan kejadian sebenar. Lantaran itulah bayi atau kanak-kanak akan menangis dan meronta-ronta bila bangun dari tidur.
Jadi, ibu dan ayah bantulah si kecil berasa tenang apabila bangun dari tidur dengan memberikan pelukan supaya dia rasa selamat. Bercakap dengan tenang dan mengusap-usap lembut tubuh badannnya juga membantu anak merasa tenang.
Selain dari itu ibu ayah juga boleh membasuh sedikit muka dan kepalanya sambil berselawat. Ini akan menyedarkan dia bahawa itu hanyalah mimpi dan anda ada bersamanya dan dia boleh berasa selamat.
Perkongsian video oleh Rahim Azhari di akaun TikTok dan Instagram beliau berkenaan rutin yang dilakukan setiap pagi bila anaknya bangun dari tidur boleh memberi manfaat kepada ibu bapa lain jua.
Tip yang dikongsi oleh bapa yang juga merupakan penceramah motivasi ini boleh diamalkan oleh semua ibu bapa lain.
Setiap kali anak bangun tidur :
1. Bagi salam dekat anak sambil senyum.
2. Bacakan anak doa bangun tidur & zikir-zikir selawat lain yang kita tahu, jadi anak akan terbiasa sampai dia besar.
3. Sentuh / usap anak dengan lembut sambil bacakan doa yang baik-baik untuk dia.
4. Cium dahi anak sambil ucap Alhamdulillah atas pinjaman cahaya mata di dunia ni. Semoga anak kita akan terus kekal menjadi kunci kebahagiaan kita di dunia sampai syurga.
Bagi sesetengah orang memelihara haiwan peliharaan ibarat satu terapi. Tapi ada segelintirnya yang akan mengalami alahan lagi-lagi untuk anak kecil. Keadaan ini jika tak dikawal boleh memudaratkan kesihatan seisi keluarga.
Seperti perkongsian seorang ibu Egee Qaseh di Facebooknya, dia terpaksa membotakkan kepala salah seorang anak kembarnya selepas terkena jangkitan kulat kepala daripada kucing yang luka. Berkongsi lebih lanjut, anak kembarnya dipercayai bermain dengan kucing jalanan yang menumpang di rumah mereka.
Terkena penyakit kulat kepala
Ramai yang tanya kenapa den pendekkan rambut anak den. Ini jawapan dia. Ada jugak yang konpius yelah sebab haritu twin perempuan. Ni twin lelaki pulak. Si kembar Ena dan Eca ni terkena penyakit yang diberi nama RINGWORM atau KULAT KEPALA dalam bahasa mudah nak faham. Doktor dah cakap siap-siap. Virus ni memang makan masa lama nak sembuh puan. Degil virus dia. Betul-betul lama. Hampir 8 bulan sebab doktor tak tahu ubat apa yang rasi dengan virus atas kepala tu. Kena try dan error.
Kisahnya bermula bila satu hari tu den tengok kepala Eca macam botak sikit dekat tengah sebesar duit syiling 5 sen. Antara punca-punca terjadinya masalah ini seperti yang dinyatakan doktor ialah jangkitan dari kucing yang ada luka. Maksudnya kita nampak dia macam ada luka, kurap. Bukan kucing sihat ye. Tak tahu sama ada kucing tu memang dah sedia terdedah kepada virus apa dan berjangkit melalui sentuhan atau air liur kucing tu.
Anak den tak main kucing sebab ada asthma tetapi seminggu sebelum tu ada kucing jalanan menumpang di rumah sebab baru lepas beranak. Adalah satu hari tu mungkin den terlepas pandang anak-anak den main dengan kucing tu. Bergantung kepada antibody budak, tak semua budak mudah berjangkit. Ada yang okay ada yang tak. Tapi anak den mudah berjangkit dan dia tak mudah berjangkit sama-sama manusia. Cuma dari haiwan ke manusia. Wallahualam…
Mula dengan tanda kecil di kepala
Dari situlah den perasan ada tanda tu dekat kepala anak den. Kita tak cakap tak boleh bela kucing cuma kalau kucing tu ada luka ke kurap ke atau apa.. Baik elakkan anak kita pegang-pegang dia. Dan sekiranya kucing kita ada luka bawaklah pergi vet secepat yang boleh. Benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau nak cakap bab kebersihan saya dah cukup jaga dah sebab anak saya semua ada ASTHMA. Habuk ke apa ke memang alhamdulillah terjaga. Kita pun tak sangka harini dia main dengan kucing elok je. Esok main dengan kucing lain tiba-tiba jangkit pulak.
Cuma nak nasihatkan jika ada tanda-tanda seperti gambar ni segeralah dapatkan rawatan cepat sebab setiap budak tak sama. Dan Allah dah tentukan anak den nak kena. Siapalah kita nak persoalkan. Episod 8 bulan yang betul-betul menguji kesabaran kita sebagai ibu. Benda sama dok berulang-ulang. Harini baik esok dia jadi balik. Bertabahlah berdoalah. Allah maha penyembuh. Alhamdulillah sekarang ni dah sembuh dan bebas dari virus ni. Rambut pun dah tumbuh dengan jayanya. Syukur sangat-sangat.
Bulatan sebesar duit 5 sen, makin membesar
Ni Ena dan Eca. Umur 5 tahun asalnya rambut diaorang memang panjang macam inilah. Memang kalau jumpa sesiapa. Ramailah yang suka yelah. Twin gegirl rambut panjang macam tu. Bikin orang geram tapi jenuh jugaklah mak dia nak jaga rambut tu. Shampoo semua. Aduiii
Kisah bermula bulatan dia kecik jeee. Dalam 5 sen mula-mula den ingatkan takda apalah. Dia akan ok tapi dalam masa dua tiga hari bulatan itu makin membesar. Lepas tu rambut tu reput guys. Kita pegang jee dia dah tercabut. Ya Allah masa tu punyalah cuak tak tau nak buat apa. Nak fikir apa, dok fikir eh anak aku ni sakit kee. Lepas tu bawak pergi klinik doktor cek dia cakap kena jangkitan kulat kucing ni puan. Ha.. Terkedu jugak sebab macam blur. Eh bila masa anak aku main kucing. Pastu eh boleh ke berjangkit dekat manusia. Doktor sarankan gunting rambut diaorang atau baik botakkan. Den macam ya Allah. Susah nak terima hakikat nak kena botakkan kepala anak sebab masa tu rasa jangkitan tu ok. Dia takkan membesar dan akan baik sebab tu kita jumpa doktor. InsyaAllah masa ni doktor bagi ubat sapu dan dia suruh beli shampoo khas untuk kulat dekat farmasi. Nasihat saya jika anak anda ada tanda pertama macam ni bawak ke klinik pakar dan dapatkan rawatan secepat boleh.
Merah, bertompok dan bernanah
Okay ini dalam masa seminggu rambut naik tapi ring tu semakin merebak dengan jayanya. Menjadi kemerah-merahan. Bertompok-tompok kepala anak den. Macam keradangan. Dah sapu ubat klinik dah shampoo dan dah buat semua. Tapi masih tak baik. Tak rasi barangkali tapi den tetap istiqomah. Kuatkan hati yang ianya hanya sementara dan anak den akan sembuh. Walaupun dalam hati sedih tengok kepala dia macam tu sebab memamg boleh rasa gatal dia tu mcm mana.
Keadaan makin teruk den botakkan lagi kepala dia bagi licin semua. Merah-merah tu bermata dan akan jadi nanah mcm ni. Doktor cakap jangan usik jangan picit sebab keadaan akan jadi lagi teruk. Masa ni den bawak pergi jumpa pakar kanak-kanak sebab rasa macam ubat klinik tu tak rasi dgn dia. Lepas bernanah tu kepala dia akan jadi kuping0kuping. Malam-malam dia menggaru. Masa ni kita sebagai ibu.. ya Allah sedih meruntun jiwa.
Garu sampai berdarah
Kalau sapu ubat baru akan terjadi mcm ni. Berulang selama 4 bulan. Tiap2 malam depe akan menggaru2. Yelah kitapun pun kdg2 terlena. Mana nak sedar depa dok garu2. Sedar2 muka kita basah. Pergi tengok cermin rupanya penuh darah kat muka. Sebab kepala depa dok kena muka kita. Masa ni kita redha jela nak buat mcm mana. Den gerakkan depa tengah malam. Basuh pakai air garam dan sapu ubat lagi. Ini fasa yang paling sedih dalam hidup. Ujian ni berat dirasakan sebab macam takde jalan penyelesaian. Penat.
Cuba cara tradisional pulak. Sapu buih daun gelenggang campur kapur sireh. Dia jadi kering kepala at least takdelah nampak berair dan berdarah.
Ambil masa 8 bulan untuk sembuh
Masa ni hospital bagi antibiotik tapi kena makan mengikut arahan yg betul sebab banyak effect dia ok. Masa ni kepala dah makin baik rupanya dia rasi dgn ubat yg dari hospital jugak. Mana2 ubat sama samada dari pakar kanak2 atau klinik atau hospital. Cuma kita tak tahu anak kita rasi yg mana. So kena try and error, itulah doktor cakap.
Alhamdulillah masuk bulan ke 8. Rambut2 semua dah naik dgn jayanya. Maka Eca betul2 dah sembuh dari kes jangkitan kulat. Azab dia betul2 menguji hati dan kesabaran orang yg menjaganya. Nak menjawab soalan org2 sekeliling lagi. Mental kena kuat oii. Dah terjawab dah semua persoalan kenapa den membotakkan kepala anak den. Sepanjang 8 bulan ni adalah 5,6 kali den botakkan kepala dan alhamdulillah jugak sepanjang sakit kepla ni diaorg tak kena serangan asthma.
Dah lebat dah sehat rambutnya. Alhamdulillah sekarang ni baru berani bagi guna shampoo biasa. Itupun seram jugak kadang-kadang 8 bulan tu bukan sekejap nak berdepan dgn benda2 mcm ni. Hanya seorang ibu je yg boleh buat semua ini kena kuatkan semangat. Pedulikan pandangan orang teruskan usaha dan istiqomah dgn ubat2 yg doktor bagi sebab diaorg nak yg terbaik buat anak kita jugak. Jangan salahkan kucing dan jangan benci kucing sebab kucing terlalu comel untuk dibenci cuma bila kita nampak kucing tu luka. Terbiar. Hadkan anak kita sebab kita tak tahu virus apa yg ada. Kanak2-kanak antibodi dia tak kuat. Harap2 cerita den ni dapat membantu sekiranya ramai ibu bapa di luar sana hadapi perkara yg sama.
Kalau dahulu biasanya aktiviti perkhemahan sering dijadikan aktiviti di sekolah, namun pada hari ini ia seakan menjadi trend percutian singkat atau short vacation bersama keluarga. Malah aktiviti sebegini turut melibatkan anak-anak yang masih kecil.
Aktiviti seperti perkhemahan antara salah satu cara untuk mama dan papa mengeratkan lagi hubungan bersama anak-anak. Tak perlu yang ekstrem, kadang cukup hanya berkhemah di rumah sudah cukup buat si kecil teruja.
Terbaru muncul pula trend perkhemahan terbaru yang konsepnya tidak eksktrem dan lebih kepada percutian yang lebih selesa untuk keluarga.
Glamping semakin popular di negara-negara Asia seperti Korea, Jepun, China, Indonesia dan Malaysia yang membolehkan anda beriadah sambil menikmati suasana fun berkhemah namun dalam keadaan yang sangat selesa dan ada juga menawarkan pakej mewah tidak ubah seperti menginap di hotel 5 bintang!
Tidak seperti berkhemah cara dulu-dulu yang ada banyak kesukaran seperti kesukaran untuk mendapatkan bekalan makan minum, kemudahan tempat mandi dan tandas yang bersih dan selesa serta tiada sebarang tawaran aktiviti hiburan yang menarik untuk mengisi masa lapang dan sebagainya
Namun apa sahaja pilihan mama papa untuk dibuat bersama si kecil anda, paling penting masa yang diluangkan bersama dapat menjadi momen indah untuk dikenang selain secara tak langsung dapat mengajar si kecil dalam perkembangan tumbesaran mereka.
Camping atau glamping, ini antara persediaan yang boleh dibuat oleh anda untuk buat aktiviti tersebut:
1. Kena ada persetujuan daripada semua termasuklah anak-anak. kalau mama papa je beria anak tak berminat bimbang ia akan jadi aktiviti yang tidak menyeronokkan pula. 2. berkhemah bersama anak-anak tidak perlulah sesuatu yang ektrem, perkenalkan mereka dengan cara yang selesa agar tak serik dan seronok nak buat lagi aktiviti sebegini. 3. Kalau perlu boleh beli khemah sendiri dan cuba dahulu camping di kawasan rumah. 4. jangan lupa bawa kelengkapan dan makanan yang cukup, bila dengan anak-anak mereka memang akan sering lapar. Jadi persediaan untuk penyediaan makanan dan stok makanan sangat penting. 5. Bawa pakaian yang sesuai dengan lokasi perkhemahan yang dipilih. Kalau pergi ke kawasan air terjun atau pantai, jangan lupa bawa lebih baju untuk anak-anak mandi. 6. Pilih lokasi yang mempunyai kemudahan lengkap untuk memudahkan segala urusan bersama anak-anak. 7. Kena ada plan dan senaraikan itinerary untuk sepanjang perkhemahan, barulah anak-anak teruja nak join!
Paling penting pilih lokasi dan siapkan keperluan diri dan anak-anak. perkenalkan mereka dengan aktiviti sebegini pastinya buat mereka rasa teruja kerana anak-anak yang sedang membesar memang suka meneroka.
Seperti yang dipaparkan dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara pada minggu ini. Dengan episod ‘Camping’, papa mama berpeluang untuk belajar apa langkah pertama yang boleh dibuat untuk memulakan aktiviti sebegini.
Bagi yang terlepas untuk menonton episod minggu ini, jangan lupa saksikan ulangan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara episod ‘Camping’ pada Ahad ini jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Jangan lupa juga untuk saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi dengan pelbagai episod menarik!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?