
Anak mana yang tidak gemarkan aiskrim. Rasa manis dan warnanya yang cantik dan pelbagai rupa buat anak rasa tertarik. Sesekali mama boleh sediakan aiskrim sendiri untuk mencipta bonding dengan anak. Resipi aiskrim dua bahan ini memang mudah. Malah bahannya pun teramatlah ringkas.
Resipi Aiskrim Yogurt daripada Umairah Jamaah ini memang unik dan kreatif. Paling menarik hanya gunakan dua bahan sahaja iaitu yogurt dan epal. Mudah!

Musim panas ni best kan kalau dapat makan benda sejuk-sejuk. Lagi best kalau anak-anak dapat buat sendiri makanan tu.
Dapat la sekali-sekala belajar guna bahan kat dapur. Belajar bab sukatan. Ingat steps nak buat makanan tu. Latih kemahiran berfikir. Latih kemahiran motor halus. Yang paling penting ibu dan anak dapat ber’bonding time’ sesama 💗
Ni Kak Mai share resepi ice-cream termudah diabad ini. Guna dua bahan aje. Tak payah nak prepare sangat. Simple.
Bahan-bahan:-
• 1 cawan yogurt (nak letak extra pun boleh)
• Sebiji Epal
Nak buat ice cream macam ni?

Nah dua bahan ni aje. Guna plain yogurt sebab tiada gula tambahan, perasa dan pewarna tiruan. Pastu yogurt ni agent probiotic yang sangat baik untuk usus kita. Sebiji epal nak guna hijau atau merah terpulang.

Epal tu dadukan. Pastu masukkan ke dalam blendar. Masukkan jugak secawan yogurt tadi.

Ni watak tambahan. Kalau ada serbuk kayu Manis, boleh aje letak sikit. Kalau ada la. Kalau takde tak apa. Kan epal match dengan serbuk kayu manis kan.

Ok dah siap blend. Tuang kat dalam tray macam ni. Eh kalau nak guna bekas lain boleh saja wak. Pastu sejukkan kat dalam peti ais. Kena telan pil saboriah sikit. Sebab anak akan kerap bertanya dan tanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Buat Donut Sebijik Macam Big Apple Kena Guna Resipi Sukatan Cawan Ni, Confirm Jadi!

Musim PKP ni teringat pula donut yang gebu dan lembut macam dekat Big Apple. Tapi kalau nak beli belum tentu dapat. Jadi apa kata kalau mama papa buat sendiri je donut ala Big Apple ni.

Anak-anak confirm seronak dapat makan petang nanti. Resipi yang disediakan oleh Afzal ni pun mudah untuk dibuat. Kebanyakan barang yang digunakan pun boleh didapati di dapur rumah sahaja. Yang penting air tangan kita sendiri. Penulis pun dah cuba resipi ini, memang ternyata sedap, lembut, gebu dan cair di mulut.
Baca: Kek Pandan Moist Gebu Ni Paling Mudah, Wangi & Sedap, Gerenti Jadi!
Hari ni aku nak kongsi cara membuat donut. Bukan donut biasa dengan gula sahaja, tetapi dengan inti jem di dalamnya. Inti tu terpulang, samada korang nak guna jem strawberi, nenas, anggur atau sebarang jenis jem. Oo kalau korang nak letak coklat pon boleh gak. Ikut citarasa masing-masing ye.

BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung kek
6 kuning telur
3 sudu makan gula pasir
3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan
1¾ oz yis
1 cawan air suam
1 cawan susu full cream panas
½ cawan yogurt biasa
½ sudu kecil garam
minyak masak
jem pilihan korang, korang juga boleh menggunakan Nutella!
CARA-CARA MEMBUAT:
ADUNAN #1
Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sampai korang menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.
ADUNAN #2
Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.
ADUNAN #3
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.
Campurkan ADUNAN #1 , ADUNAN #2 dan ADUNAN #3 sekaligus, uli sehingga korang mendapat doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.
Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.
Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.
Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, tanda sudah boleh diangkat.
Baca: Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim. Resipi Mudah & Sedap!
Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!
Selamat mencuba 🙂
Sumber: Afzal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kahwin Hampir 3 Ribu ‘Share’! Anak-Anak Confirm Suka!

Ayam masak merah biasanya menjadi kegemaraan anak-anak kerana rasanya yang manis-manis masam dan sedikit pedas. Bagi anak yang kurang menggemari rasa pedas, mama boleh menggunakan lada kering yang tidak pedas dan tambahkan sos tomato serta sos cili untuk mengimbangi rasa ayam masak merah tersebut.
Jom ikuti resipi yang dikongsi untuk juadah tengah hari mahupun malam. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
-Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
-Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
-Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
-Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
-Siap!
Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato
Kredit: Salimah Olie
TIP ANAK PICKY EATER
Susah hati ibu kalau anak jenis cerewet makan. Macam-macam makanan dihidang tetapi anak tetap tak hairan atau teringin nak merasai makanan tersebut.

Menurut penyelidik, bayi akan hanya makan makanan yang biasa pada mereka sehingga mereka mula menerima dan menyukai makanan baru. Sebagai ibu bapa, bagaimana anda boleh mengendalikan situasi ini apabila anak anda hanya makan satu atau dua jenis makanan atau cerewet makan? Mungkin anda boleh mencuba mempelbagaikan resepi ayam dan makanan lain untuk menarik minat makan anak anda
Berikut adalah cara dan tip untuk membantu anda mengatasi masalah anak memilih makanan.
-Cuba untuk bersabar dan tenang. Masa makan seharusnya sesuatu yang seronok dan menyelesakan.
-Sentiasa cuba memperkenalkan hidangan baru setiap kali waktu makan.
-Biarkan anak anda makan sayuran yang digemari. Jika anak anda hanya menyukai dua atau tiga jenis sayuran, biarkan mereka makan seperti biasa dan tambahkan sayuran baru untuk anak anda cuba.
-Jadilah tukang masak yang kreatif. Anda boleh potong roti dalam bentuk yang menarik atau potong buahan dalam bentuk bola kecil. Belikan mangkuk dan pinggan dengan warna yang menarik, ceria dan terang.
-Jadi contoh yang terbaik kepada anak anda. Ketika waktu makan bersama keluarga, tunjukkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Ia akan menggalakkan anak anda untuk membina tabiat makanan yang baik.
-Tetapkan waktu makan; 3 hidangan utama dan 2 snek sihat sehari. Ada yang mengatakan anda perlu membiarkan anak anda berasa lapar dan menghindari makanan ringan. Paling penting, sebelum waktu makan, jangan benarkan anak anda makan sebarang snek atau gula-gula.
-Jangan paksa anak anda makan sesuatu yang tidak digemarinya. Tetapi, anda boleh memberi galakan secara perlahan-lahan untuk mencuba sesuatu yang baru.
-Elakkan daripada meninggikan suara apabila anak anda enggan makan sesuatu. Cuba untuk memberi suapan lagi.
-Pastikan anak anda tidak makan makanan ringan atau snek sebelum waktu makan utama. Apabila lapar, anak anda akan cenderung untuk mencuba sesuatu hidangan yang baru.
-Gunakan pendekatan motivasi positif. Beritahu kepada anak anda betapa hebat dan bagusnya mencuba makanan baru dan sihat atau berapa cantik dan besar dia akan jadi jika mencuba makanan baru.
-Cara yang paling terbaik adalah untuk mempelbagaikan pilihan makanan yang sihat. Persekitaran yang positif adalah penting untuk menjadikan waktu makan menyeronokkan dan makanan menjadi menyelerakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Ikan Siakap Rebus Thai, Rahsia Masak Kuah Pedas Paling Padu, Confirm Nasi Bertambah!

Menu simple dengan gabungan ikan rebus atau kukus dengan sos pedas antara menu yang pastinya membuatkan kita makan bertambah. Lagi lagi bila gabungannya pedas menyengatkan yang membangkitkan selera.
Nak cara kelainan dan makan nasi bertambah-tambah jom cuba resipi padu Ikan Siakap Rebus Thai yang dikongsikan oleh Zat Hernani ni. Memang padu!

Hari ni Mommy Zat masuk dapur siapkan menu Ikan Siakap Rebus Thai. Sambil layan hujan-panas-hujan panas.
Ada 2 cara :-
🔺Kukus/Rebus semua bahan sekali dengan ikan.
🔺Kukus/Rebus asing untuk bahan sos/kuah & ikan.
Mommy rebus buat kuah asing je hari ni. Cumanya nanti isi ikan dan kesedapan kuah thai pedas & masam manis tu tak betul-betul mesraaaa. Opss. Kecur air liur. Sedap weh! Kalau nak sekalikan semua, part asam limau nipis tu kita masukkan akhir sekali. Baru tak rasa pahit.
Resepi dan gambar di sertakan sekali. Takde video sebab nak cepat makan. Hahaha. Hujan-hujan gerimis ni perut cepat lapar tau.
Enjoice & happy cooking!
Ikan Siakap Rebus Ala Thai
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Tomato ceri
Limau nipis
Daun ketumbar
Cili merah & cili hijau
Bawang putih
Sos ikan Thai
Sos cendawan
Air asam jawa
Kicap cair
Garam
Perasa
Serbuk limau nipis
Gula kabung

Rebus ikan dengan sos kicap cair. Letaklah akar daun ketumbar. Tak letak pun tak apa. Saya guna kaedah rebus. Tak kukus sebab pengukus tak ada yang kecik. Huhu. Kalau kukus lagi sedap lah kan.

Dah selesai rebus, tos ikan. Angkat hati-hati kasi cantikkk punya.

Amik air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan semua bahan.

Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang putih yang dikisar kasar. Biji cili tu boleh buang awal kalau tak nanti berbijik-bijik masuk perut. Bahaya. So, pandai-pandailah buang ye.

Masukkan sos ikan thai. Boleh adjust ikut citarasa.

Masukkan mushroom sauce. Sos cendawan ni wangi sangat! Ada di jual di pasar basah. Jarang jumpa kalau kat mall. Biasanya orang Thailand akan guna waktu pesta makan sayur. Masukkan sos ni ke dalam kuah sup ouh sedapnya.

Masukkan air asam jawa.

Masukkan semua bahan. Kalau nak lagi sedap, boleh lebihkan ikut citarasa masing-masing.

Masukkan semua sekali. Limau nipis tu perahlah nak banyak mana pun. Ouh kecur air liurku.
Daun ketumbar tu boleh je nak hiris pendek terpulang kepada korang. Pendek, panjang, nipis pun bolehh aja asalkan masuk mulut, kunyah dan kenyang!

Ni ha rupa dia sebelum kita tuang ke atas ikan. Biji cili tu buang la yee. Risau pulak tengok biji banyak. Tapi dah bercampur-gaul dengan chopped bawang putih. Haha. Okay next!

1, 2, 3 tuang!

Ni ha rupa jelitawan kita hari ni. Looks sooo Yummy! Daun ketumbar tu boleh hiris nipis kalau takmau nampak cacat.
Sodap haihhhh. Makan pulak dengan nasi panas. Adudududuu menambah-nambah pulak hari ni.
Artikel berkaitan: Resipi 8K Share, Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba, Terliur Dibuatnya!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


