Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja untuk membuat sendiri, lebih-lebih lagi bila anak-anak mula meminta.
Salah satu biskut raya yang sentiasa menjadi kegemaran setiap tahun ialah Kuih Sarang Semut. Bagi yang baru nak cuba, jangan risau! Resipi ini sangat mudah kerana hanya menggunakan sukatan cawan.
Mudah dibuat, sedap dimakan pasti tak cukup satu balang!
INI BAHANNYA
Ads
Buttercup – 1 buku Tepung kastard – 2 cawan* Tepung jagung – 1 cawan* Tepung gandum – 1 cawan setengah* Gula halus – 1 cawan Kuning telur – 1 Esen vanila – 1 sudu kecil Sedikit pewarna kuning Paper cup Coklat rice / Coklat manik Ayak bahan bertanda *
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang. Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum. Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice. Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
Anak makan berselera tapi berat tak naik: apa yang perlu ibu bapa lakukan? Sebagai ibu bapa, tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat anak makan dengan berselera. Setiap suapan yang masuk ke mulut mereka bagaikan satu kelegaan, tanda mereka sihat, aktif, dan tidak cerewet memilih makanan.
Namun, tidak kurang juga yang mula berasa bimbang apabila melihat berat badan anak tidak menunjukkan peningkatan yang sepatutnya, walaupun anak makan dengan baik dan tidak memilih makanan.
Keadaan ini sering menimbulkan dilema. Di satu sisi, anak nampak sihat dan ceria. Di sisi lain pula, carta tumbesaran atau graf berat badan di klinik menunjukkan bacaan yang statik atau tidak mencapai paras yang ideal. Lebih membingungkan, anak tidak menunjukkan tanda-tanda sakit atau kurang selera makan. Jadi kenapa beratnya tetap tidak naik?
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan situasi ini – dari aspek metabolisme, jenis makanan yang diambil, kepada faktor genetik dan kesihatan dalaman yang mungkin tidak disedari.
Ramai ibu bapa menyangka bahawa selera makan yang baik secara automatik akan membawa kepada peningkatan berat badan, tetapi realitinya tidak semudah itu. Pemahaman yang lebih mendalam diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar dan langkah terbaik yang boleh diambil.
Dr Suriyakhatun ada berkongsikan tip kepada ibu ayah yang ada anak seperti dalam situasi ini.
Setiap kali jumpa nurse dan doktor di klinik kesihatan, bayi kita ditimbang dan beratnya dicatit dalam graf yang ada pada buku KK yang diberikan untuk catit rekod imunisasi dan perkembangan anak.
Jika berat badan anak jatuh pada kawasan kuning / merah, nurse atau doktor beritahu kita anak tak cukup berat badan.
Mungkin ada beberapa saranan dari jururawat atau doktor dan antara yang saya pernah dengar; hentikan susu badan, berikan susu formula, bagi minum air manis, bagi anak makan biskut, bagi dia makan nasi dan lain-lain lagi.
Jika anak tak cukup berat badan dan tidak cukup mengikut grafnya, adakah anak ini dilahirkan cukup bulan? Jika lahir tidak cukup bulan, pasti beratnya ikut corrected age: Contohnya lahir 36 minggu, jika sudah empat bulan maka ikut berat 3 bulan.
Sekiranya anak lahir cukup bulan dan minum hanya susu badan. Ada kemungkinan susu badan tak cukup. Ini mungkin benar jika anak mengambil banyak masa menyusu dan payudara ibu tidak rasa penuh pada bila-bila masa.
Dalam kes begini dapatkan susu dari ibu susuan dan tambahkan susu ibu susuannya dalam botol susu setiap kali selepas ia sudah menyusu direct feed. Jika tidak ada ibu susuan, tambah dengan susu formula.
Berikan susu top up ini selepas sudah berikan susu badan dan jika anak masih nakkan susu maka memang susu ibu tidak cukup. Jangan terus hentikan susu ibu, cuba jumpa kaunselor laktasi untuk atasi keadaan ini.
Bila anak sudah boleh makan dan berat badan masih tak cukup, berikan anak makanan pepejal yang padat nutrisi. Contohnya bubur beras ditambah dengan minyak kelapa dara dan serbuk moringa dan baobab serta al manna.
BILA SUDAH LAPAN BULAN DAN MASIH TIDAK CUKUP BERIKAN PULA BONE BROTH, MAKANAN SEIMBANG DARI PROTIN DAN SAYURAN SERTA BUAH-BUAHAN. TAMBAH JUGA MINYAK IKAN KOD SELAIN MINYAK KELAPA ORGANIK DAN MINYAK ZAITUN ORGANIK DAN VIRGIN. MINYAK KELAPA MENGANDUNGI MEDIUM CHAIN TRIGLYCERIDES YANG MAMPU MENAIKKAN BERAT BADAN. MINYAK YANG BAIK JUGA MENAMBAHKAN KALORI DAN INI AKAN MEMBANTU NAIKKAN BERAT BADAN.
Anak perlu diperiksa najisnya untuk pastikan tidak ada masalah penyerapan. Najis anak yang normal dan menyusu badan sahaja adalah kuning, lembut tapi tidak cair dan tanpa lendir, bau seperti pisang busuk.
Bila najis terlalu keras atau terlalu cair, terlalu kerap atau ada lendir, terlalu masam atau busuk, ada masalah penyerapan atau pencernaan. Anak yang menyusu dengan susu formula, najis mungkin sedikit hijau sebab kandungan zat besi dalam susu formula dan anak yang sudah mula makan, najisnya mula menjadi coklat.
Masalah lain yang boleh menyebabkan kurang berat badan mungkin perlukan pemeriksaan lanjut dan siasatan melalui pemeriksaan darah.
Memberi anak makanan processed foods yang tidak wajar boleh menambahkan masalah. Processed foods termasuk makanan yang banyak gula, tepung putih serta ada perasa, pengawet, pewarna dan pengemulsi.
Walaupun anak makan berselera, tidak semestinya berat badannya akan naik secara automatik. Ibu bapa perlu perhatikan kualiti makanan, pola aktiviti, dan keadaan kesihatan keseluruhan anak. Pemerhatian dan tindakan awal sangat penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan cergas.
Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil, azam untuk masak sendiri makanan anak sentiasa ada. Kalau boleh tak mahu bagi yang readymade. Semua nak homemade. Tapi kadang-kala ada ibu bekerja yang kesuntukan masa dan bila tak sempat maka terpaksalah bekalkan makanan bayi segera ke rumah pengasuh walaupun dalam hati rasa tak seronok.
Ok, lepas tahu tip masak bubur cepat dan pantas tiada lagi alasan untuk tidak membekalkan bayi bubur nasi air tangan ibu ke rumah pengasuh ya! Ibu beranak kecil ini, Cik Fazleen berkongsikan cara mudah masak bubur nasi bayi.
Saya nak bagi tips kat ibu-ibu yang kerja, cara senang buat bubur bayi untuk bawa bekal ke rumah babysitter. Tak sampai 20 minit dah jadi bubur. Cepat & pantas.
Caranya
Sumber: Facebook Cik Fazleen
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan bayi antara menu yang paling susah untuk difikirkan sebab memerlukan mama untuk kreatif bermain dengan bahan-bahan. Bagi mama yang buntu untuk menyediakan juadah buat bayi anda, anda boleh mencuba resipi donat labu versi bayi yang dikongsi oleh Puan Farisha Sofea.
Resipinya mudah kerana anda hanya memerlukan sukatan cawan sahaja. Bagi bayi yang bawah 1 tahun anda tidak digalakkan untuk menggunakan madu kerana madu hanya sesuai untuk anak atas 1 tahun.
DONAT LABU VERSI BABY
Bahan Bahan:
Bahan A:
1/2 cawan puri labu (dah dikukus & dilenyek)
1 sk madu (1 tahun ke atas)
Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 sb mentega tanpa garam
1 sk yis
1 sb susu penuh krim
Cara Cara:
Satukan Bahan A dan kacau sebati. ketepikan seketika. Di dalam bekas lain , satukan pula Bahan B kecuali susu. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan Bahan A dan juga susu tadi. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan atau boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan donat dan ulang proses sehingga selesai.
Rehatkan doh 10 – 15 minit kemudian leperkan doh dan lubangkan.Rehatkan lagi sehingga mengembang dua kali ganda. Sementara itu bolehlah panaskan minyak menggunakan api kecil. Apabila doh telah cukup rehat, gorengkan sehingga keperangan.
Tidak perlu diterbalikkkan banyak kali kerana doh akan menyerap minyak, cukup sekadar sekali dua sahaja. Setelah masak kedua dua bahagian , angkat dan toskan. Biarkan sejuk seketika sebelum digolek dengan susu tepung jika suka. siap, selamat mencuba!