Bekas simpan sayur sebenarnya akan membuatkan ruang di dalam peti sejuk sempit dan menyukarkan ibu-ibu untuk mengeluarkan bahan yang ingin digunakan. Tambah pula bila si kecil sudah boleh makan. Tentu stok makanan untuk si kecil lebih banyak.
Jadi untuk memudahkan kerja para ibu di rumah, Puan Mishalie Daniel telah berkongsi cara penyimpanan bahan masakan terutama stok makanan si kecil dengan mudah dan teratur. Ikuti perkongsian menarik dari beliau.
Harini takda menu masakan, mami hanya masak bubur ayam je untuk cik ruby. Yang ni pulak mami just nak share dgn mommies-mommies semua cara mami packing dan simpan bahan makanan untuk cik ruby. Jimat banyak ruang kalau packing mcm ni.
Ads
Carrot, Keledek purple, Butternut squash, Brokoli, Serai, Peas, Sawi, Tomatoes, Celery, Daun kari, Halia, Daun limau purut, Baby spinach dimasukkan ke dalam Ikea Istad plastic bag/snack bag.
Ads
Ni cara simpan dalam peti sejuk. Letakkan di bahagian chiller.
Ni lauk-lauk Cik Ruby untuk minggu ni. Daun limau purut dan daun kari better masukkan dalam freezer untuk tahan lama. Mungkin ada yang tertanya-tanya letak dalam freezer dengan plastik tu daun tu tak jadi lembik ye lepas kena air? Jawapnya tak, daun akan jadi kering beku, nanti nak pakai baru ambik lepastu terus simpan freezer balik ye.
Apa agaknya makanan pejal pertama yang mahu diberikan pada anak? Sudah semestinya bubur kosong yang dikisar halus menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak.
Inilah yang disarankan oleh pakar. Namun dalam pada itu, sesekali boleh juga diselang selikan dengan puri buah agar anak makan lebih khasiat. Pun begitu, buah apa yang baik untuk bayi kita. Perlukah ia dimasak terlebih dahulu?
Pilih Sayuran & Buah Untuk Bayi
Kebanyakan pakar pemakanan kanak-kanak akan menyarankan masak makanan pejal seperti sayuran atau buah untuk bayi sehingga mereka berusia 8 bulan. Walau bagaimanapun, buah seperti pisang dan avokado diberikan pengecualian dalam situasi ini.
Tetapi kenapa perlu masak makanan pejal yang akan diberikan kepada bayi?
Ini kerana proses memasak sayuran dan buah-buahan akan memecahkannya dan memudahkan proses pencernaan bagi perut bayi yang belum matang.
Bayi yang berusia 8 bulan ke atas mampu mengendalikan serat dan gula daripada sayuran atau buah yang mentah berbanding bayi yang baru mencuba makanan pejal. Kulit sayuran dan buah untuk bayi perlulah sentiasa dikupas terutamanya jika mereka berusia di bawah 8 bulan.
Mesti anda tertanya-tanya mengapa makanan pejal perlu dimasak terlebih dahulu, bukan? Ini adalah sebabnya:
Mengurangkan risiko tercekik
Kebanyakan sayuran dan buah mentah boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Sudah tentu ia bahaya.
Sebagai contoh lobak merah, dalam keadaan mentah ia sangat keras melainkan bayi anda sudah mempunyai gigi geraham untuk memudahkannya menggigit dan mengunyah. Sebaliknya, lobak yang sudah dimasak, pastinya lebih lembut dan boleh dijadikan finger food kepada si manja.
Pencernaan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, sayuran dan buah yang mentah mungkin sukar untuk dicernakan oleh bayi berbanding yang sudah dimasak.
Keadaan ini disebabkan makanan segar dan mentah mengandungi zat dipanggil selulosa. Sistem pencernaan akan mengesan bahan ini sebagai produk buangan – kesannya ia mungkin akan memberikan masalah cirit-birit kepada bayi.
Reaksi Alahan
Ada yang menyarankan jika memasak sayuran dan buah untuk bayi dapat mengubah protein yang terdapat di dalamnya. Proses itu akan membantu mengurangkan kecenderungan untuk berlaku reaksi alahan pada bayi.
Pencemaran
Kebanyakan ibu bapa berasa lebih selamat untuk memberikan bayi makan makanan yang sudah dimasak kerana proses tersebut memusnahkan kebanyakan bakteria pada makanan. Pastinya ia sesuatu yang benar dan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan timbulnya isu keracunan makanan pada si manja.
Rasa
Sesetengah sayuran dan buah akan memberikan rasa yang sedikit berbeza setelah dimasak. Buah yang mempunyai rasa agak masam seperti plum atau pic pastinya boleh mendatangkan kejutan kepada bayi anda.
Jenis buah untuk bayi yang boleh diberikan
Hampir kesemua buah yang terdapat di pasaran boleh diberikan kepada si manja jika ibu bapa mengambil berat cara penyediaan yang betul.
Berikut disenaraikan beberapa jenis buah yang paling kerap diberikan kepada si kecil. Namun anda juga boleh mencuba untuk memberikan buah lain yang tidak termasuk dalam senarai di bawah.
Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Petra menegaskan bahawa dia sangat mementingkan pemakanan dan diet yang seimbang buat putera tunggalnya, Tengku Ismail Leon Petra yang kini berusia 4 tahun.
Baginya, pemakanan yang sihat buat anak-anak sangat penting demi kesihatan usus yang baik lebih-lebih lagi untuk anak yang masih kecil.
“Kesihatan kanak-kanak bermula dalam satu pinggan.”
“Musim luruh adalah masa di mana ramai orang jatuh sakit. Inilah masanya kita harus cuba mengekalkan sistem imun kita untuk terus kuat dan mengambil vitamin. Dan sudah tentu pemakanan yang betul membantu kita melakukan ini. Lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak kita. Jika kanak-kanak makan gula-gula dan kerepek dan bukannya makanan sebenar, ana-anak mudah sakit dan susah untuk sembuh dari penyakit.”
Walaupun dia tidak terlalu tegas namun ada beberapa jenis produk makanan yang dilarang keras diambil oleh dirinya sendiri dan juga Ismail Leon kerana bagi Rihana jenis-jenis makanan ini boleh merosakkan usus anak-anak.
“Saya sentiasa mengawasi diet Leon. Tetapi, sejujurnya, saya bukan fanatik – saya kadang-kadang membenarkan dia makan gula-gula, dan dia mampu makan baguette dari semasa ke semasa juga. Tetapi ada senarai produk yang saya tidak suka. Saya tidak memakannya sendiri dan saya tidak memberikannya kepada anak saya.”
Antaranya adalah:
❌Semua jenis soda manis.
❌Kerepek dan keropok dengan bahan perisa yang tidak sihat.
❌Coklat dengan banyak gula di dalamnya.
❌Mayonis.
❌Makanan berlemak dan salai.
❌Makanan segera.
“Makanan ini bukan sahaja menjejaskan usus anak anda, tetapi juga usus orang dewasa. Jika anda mempunyai masalah dengan usus anda, anda akan menghadapi masalah dengan sistem imun anda. Akibatnya anda kerap sakit.”
“Makan dengan betul dan amalkan pemakanan yang sihat.”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Rihana tentang pemakanan dalam kalangan kanak-kanak.
“Dia tak nak makan nasi, bagi jajan baru makan. Biarlah asalkan dia makan jugak jajan.” Umurnya baru berusia 3 tahun tapi sudah diperkenalkan dengan jajan.
Jangan salahkan anak jika orang dewasa yang perkenalkan jajan, kek, gula-gula, minuman bergas kerana kanak-kanak memang tidak kenal dengan makanan tidak sihat ini jika orang dewasa tak memperkenalkannya. Kenapa pemakanan ini bahaya? Ikuti perkongsian DrRizal Abu Bakar.
Otak anak (0-8tahun) merupakan masa emas pembelajaran. Kadar serapan ilmu tinggi. Mudah tangkap informasi.
Malangnya pada umur macam nilah mereka dijamu dengan gula gula, jajan, kek dan minuman bergas.
Apa berlaku?
Lemahlah serapan. Lemahlah sel sel otak yang sedang ligat tumbuh. Sepatutnya otak geliga. Kasihankan?
Bagaimana cara mahu atasi?
Haramkan kesemua di atas dari berada di rumah atau di tangan anak-anak. Masa depan mereka di tangan anda. Act now before its too late.
Sosej, Nugget, Jajan Punca Anak Seawal 6 Tahun Dapat Darah Tinggi, Obesiti & Hipertensi. Hati-Hati
Bagi mereka yang mempunyai anak, sila perhatikan anak anda terutamanya bagi mereka yang telah bersekolah. Ada satu trend yang membimbangkan sedang berlaku terhadap kanak-kanak di seluruh dunia. Mungkin anak anda merupakan salah seorang daripadanya. Ingin tahu apakah perkara tersebut? Baca pendedahan oleh Hello Doktor di bawah ini.
Darah tinggi pada usia 6 tahun
Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Oxford mendapati, terdapat peningkatan sebanyak dua kali ganda bagi kadar kanak-kanak yang mempunyai tekanan darah tinggi berbanding jumlah pada tahun 2000. Jika pada tahun 2000, hanya 3 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai tekanan darah tinggi, angka tersebut telah meningkat kepada 6 peratus pada tahun 2015. Untuk pengetahuan anda, hanya 1 peratus kes ini direkodkan pada tahun 1990-an. Ini bermakna peningkatan kes tekanan darah tinggi dalam kanak-kanak adalah sangat konsisten tahun demi tahun.
Kajian ini telah mengumpulkan data antara tahun 1994 hinggalah tahun 2018 yang melibatkan 47 kajian. Paling mengejutkan, tekanan darah tinggi ini telah dikesan dalam kanak-kanak yang berumur seawal enam tahun.
Obesiti dan hipertensi
Hasil kajian ini ditemukan ketika mana sedang berlakunya krisis obesiti kanak-kanak global akibat pemakanan yang tidak sihat. Perkara ini sememangnya bukan satu perkara yang pelik, kerana terdapat perkaitan yang kuat antara berat badan berlebihan dan tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Pada kebiasaannya, hipertensi tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh membawa kepada kejadian strok dan serangan jantung. Ini kerana salur darah, jantung dan organ-organ lain mempunyai beban yang bertambah.
Hipertensi bukan lagi penyakit orang tua
Hipertensi atau tekanan darah tinggi tidak lagi dianggap sebagai penyakit orang tua. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa, melalui pemakanan yang tidak teratur dan tidak sihat, tekanan darah tinggi ini boleh menjelma seawal usia kanak-kanak.
Antara faktor yang menyebabkan hal ini terjadi adalah, pendedahan terhadap pemakanan yang tinggi kandungan garam, lemak dan gula, iklan makanan yang mengelirukan serta promosi-promosi makanan ringan yang menarik minat kanak-kanak. Ini telah menjadikan tekanan darah tinggi kanak-kanak sebagai salah satu cabaran kesihatan awam yang perlu ditangani segera di peringkat global sebelum ia membarah.
Nasihati anak-anak anda agar tidak membeli sebarang makanan ringan atau ‘jajan’ yang dijual di kantin sekolah atau penjaja yang berjualan di hadapan sekolah. Mungkin kali ini anda perlu bertindak tegas agar anak anda tidak menjadi salah seorang mangsa tekanan darah tinggi. Pihak pentadbiran sekolah juga boleh melarang sebarang penjualan makanan ringan di kantin dan koperasi sekolah selain menghalang penjaja daripada berniaga makanan yang tidak sihat di hadapan sekolah. Ingatlah untuk mencegahnya sebelum parah!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.