“Anak Mula Tinggi Suara, Angkat Tangan Dengan Ibu” Pakar Kongsi 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan

Share

Semakin lama semakin tinggi suaranya. Tutur kata anak ni mula jadi kasar, tangan mula diangkat-angkat, kaki dihentak-hentak.

Pada saat ibu mula membisu, pantas si ayah datang. Pendek dan ringkas saja ayat si ayah, terus anak mula menukar nada suara jadi lebih lembut dan tenang.

Sebab tu jangan dibiar bila anak mula naik suara pada ibu. Cuba elakkan isteri berseorangan pada saat ini.

Salah satu tugas ayah ialah sentiasa menjadi penyokong kepada isteri. Caranya ialah bila anak mula ‘naik kepala’ dengan ibu, ayah kena terus tegur perbuatan anak jika dia berada di situ.


Selepas ayah menegur anak, duduk berdekatan dengan mereka untuk pastikan 2 perkara ini berlaku:

  • Anak guna nada suara yang rendah dan lembut dengan ibu.
  • Isu yang cuba diselesaikan berlaku dengan penuh rasa hormat terhadap ibu.

1. Anak ni lebih mudah dengar cakap ayah berbanding ibu. Kita cakap pendek-pendek pun anak terus faham.

2. Anak sangat mengharap pujian dari ayahnya.

3. Sebab tu dia nak dirinya nampak sempurna di mata ayah. Bila ayah dah asyik perhati saat dia naik suara dengan ibu, cepat-cepat dia akan tukar nada suaranya tu.

4. Anak ni umpama CCTV. Apa yang mereka lihat dan dengar, dia akan tiru dan itulah yang membentuk diri mereka bila semakin dewasa.

5. Jadi layanlah isterimu dengan lembut dan penuh kasih sayang.

6. Percayalah, ayah adalah hero di hati anak. Mereka bangga dengan ayah masing-masing. Mereka nak jadi yang terbaik di depan kalian.

Gunalah kelebihan ini untuk mempengaruhi anak anda menjadi manusia yang hormat ibu dan orang lain.

Kredit: Dr Redza Zainol

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

IKLAN