Ada ketikanya kita sebagai mak ayah tak perasaan pun anak kita terlambat perkembangannya, lebih-lebih lagi terlambat memulakan percakapan sama macam kanak-kanak yang lain. Apa mak ayah perlu buat?
Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Aisyah Kassim menggariskan beberapa petanda sebagai panduan mak ayah untuk mengenal pasti jika anak terlambat bercakap atau tidak on track mengikut perkembangan yang sepatutnya. Ini mak ayah perlu periksa.
5 TANDA ANAK MUNGKIN ADA MASALAH LAMBAT CAKAP
Cuba mommy daddy tengok ada atau tidak ciri-ciri ni pada anak & bandingkan kemahiran yang anak ada sekarang dengan perkembangan normal kanak-kanak.
Jika mommy daddy nampak ada kelewatan & mula risau tentang perkembangan anak, jangan malu untuk dapatkan consultation & advice awal daripada therapists. Orang kata biar mula dari awal sebelum terlambat.
Lima petanda ini mungkin petanda awal anak mempunyai masalah lambat bercakap.
Ads
1. Tidak pandai meniru Tidak pandai meniru sebarang percakapan pada usia satu tahun dan ke atas, meniru aksi, bunyi atau perbuatan.
2. Tidak menggunakan gesture Perhatikan samada anak kita menggunakan gesture tubuhnya pada usianya 10 bulan dan ke atas.
Contoh: menunjuk dengan jari untuk meminta sesuatu, mengangkat tangan untuk didukung, melambai, mengangguk atau menggeleng.
Ads
3. Tidak faham arahan yang diberikan Arahan-arahan mudah seperti mengambil bola, memegang botol dan sebagainya.
4. Tidak menyebut perkataan pertama yang bermakna Periksa samada anak sudah pandai menyebut perkataan pertama yang bermakna seperti ibu atau ayah pada usianya satu tahun enam bulan dan ke atas.
Ads
5. Tidak boleh membuat ayat pada usia 2 tahun Tidak boleh membuat ayat atau dua perkataan seperti “mama nak” dan sebagainya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu cara menjaga kebersihan botol susu anak mereka. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.
Menurut Dr Tajul Ariffin Norsadan, ibu tak boleh sambil lewa bab kebersihan botol susu dan pastikan kebersihannya sentiasa dipantau sepanjang masa.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:
Rasa risau dan juga rasa takut ialah dua perasaan yang lazim dalam hidup manusia. Bukan manusia namanya jika kita tidak pernah berasa risau dan takut! Begitu juga kisahnya tentang kanak-kanak dalam lingkungan usia 0-6 tahun. Yang pasti, pada peringkat usia ini ketika mereka sedang melalui proses pendidikan separa formal (praformal) yang menjadi jambatan antara rumah kediaman dan institusi prasekolah, banyak hal dan perkara yang boleh menjadikan seorang anak kecil risau lagi takut.
Apakah reaksi pertama anda sebagai papa atau mama ketika si kecil berkata dia risau atau takut akan sesuatu? Ingat, hanya kerana hari ini kita sebagai orang dewasa punya banyak pengalaman hidup dan kita tidak lagi takut tidur di dalam gelap, kanak-kanak masih belum punya pengalaman yang sama.
Lebih tragis, ada pula mama dan papa yang cenderung meremehkan kerisauan dan juga ketakutan anak kecil mereka! Memang betul (rasanya) di bawah katil kita tidak ada monster yang sedia untuk menyerang dan memakan kita. Tetapi papa dan mama juga perlu ingat bahawa imaginasi kanak-kanak 0-6 tahun amat aktif berbanding dengan kita. Maka, untuk bulan ini saya kongsikan beberapa cara untuk membantu anak anda yang mungkin sedang berasa risau lagi takut.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Pensyarah Kanan UiTM dan Penyelidik Aktil Ilmu Psikologi perkembangan tahun awal sosiologi Pendidikan praformal kanak-kanak dari usia 0-6 tahun senaraikan 7 cara untuk ibu bapa bantu anak-anak atasi rasa takut dan risau.
Hakikatnya, tidak semua kanak-kanak sama walaupun umur mereka mungkin sebaya. Ada yang bersifat terlalu berani, ada pula yang sering dilanda risau, cemas dan takut hingga anak kecil itu kelihatan gelisah pada setiap detik. Tangani perasaan negatif itu satu persatu dengan aktif dan fahami sebanyak mungkin hal dan keadaan yang boleh menerbitkan rasa negatif itu dalam diri anak kesayangan anda.
Didik anak secara berperingkat untuk memerangi rasa risau dan takut. Misalnya, kalau dia takut tidur dalam gelap, belikan lampu tidur yang sesuai dengan citarasanya sebagai satu cara untuk melawan rasa takut kepada gelap. Perlahan-lahan, anak anda akan terbiasa dengan kegelapan dan akan sampai waktunya dia tidak lagi menggunakan lampu itu (atau mungkin juga dia akan kekal memakai lampu tidur sampai ke tua, macam saya juga).
Percayalah, anak anda tidak akan berhenti berasa risau atau takut hanya kerana anda suka memekik, “Janganlah takut!” atau “Jangan risaulah!” ditelinganya. Percaya atau tidak, rasa risau dan takut mempunyai asas genetik iaitu kewaspadaan. Pada zaman Jurassic dahulu kala, manusia prasejarah harus sentiasa berwaspada takut-takut kalau mereka menjadi lauk dinosaur Velociraptor atau Tyrannosaurus Rex pada hari itu.
Asas genetik ini tetap ada dalam diri setiap manusia hingga ke hari. Ajaklah si kecil anda berdialog dan dengar luahan hatinya. Siapa tahu? Dia takut pergi ke tandas seorang diri bukan kerana ada hantu di dalam tandas rumah anda tetapi kerana dia terlalu pendek untuk mencapai suis lampu. Begitu juga dia takut tidur di dalam gelap kerana hidungnya sering berdarah hingga habis bantal dan cadar (bukan kerana ada monster di bawah katil).
Meneruskan contoh saya beri tentang kanak-kanak yang takut untuk tidur di dalam gelap, ada banyak lagi usaha yang boleh kita lakukan agar rasa takut dan rasa risau mereka dapat ditangani dengan baik lagi efektif. Perlu difahami, mama dan papa harus mengelakkan diri daripada asyik mengelak untuk berdepan dengan rasa risau dan takut si kecil. Mengelak bukan suatu strategi yang baik dan hanya akan menguatkan rasa risau dan takut itu.
Jika si kecil anda takut kepada anjing misalnya, mendukung si kecil sekuat hati dan terus melarikan diri daripada semua anjing yang anda jumpai tidak akan membantu si kecil anda menjadi berani untuk berdepan dengan anjing (silap haribulan anda juga bakal dikejar anjing kerana lari daripadanya). Lebih elok jika anda memegang tangan anak anda dengan erat dan melintas di depan seekor anjing daripada mengelakkan situasi itu.
“Macam mana?”, “Boleh ke?”, “Takutlah kalau-kalau…” Semua ini sering keluar daripada mulut si kecil yang terlalu risau dan cepat takut. “Macam mana kalau monster keluar bila papa padam lampu nanti?” Pemikiran logik dapat membantu anak manja anda berdepan dengan banyak perasaan negatif yang dia rasai. Tambah juga humor dan gelak ketawa supaya kesan perasaan negaatif berkenaan dapat dikurangi.
Bermacam-macam rasa risau dan takut boleh dirasai dalam setiap keadaan. Ada kanak-kanak yang tidak suka ke tadika kerana dia takut dia tidak diterima oleh rakan sebayanya. Ada pula yang berasa cemas bila terlihat sesuatu rangsangan negatif di depan matanya. Supaya si kecil comel anda menjadi lebih yakin dan berani, pemikiran logik dan humor akan memberi kesan positif pada jangka masa panjang dengan izin Tuhan.
Strategi jangka panjang yang bermanfaat untuk membantu anak anda mengatasi rasa cemas dan takutnya ialah strategi yang berasaskan kemahiran dalam diri sendiri. Semakin banyak kemahiran yang dikuasai, semakin kurang kesan perasaan negatif seperti risau dan takut dalam hidup seharian anak anda. Selain strategi berasaskan pemikiran seperti fikiran logik dan fikiran positif, strategi fizikal juga boleh dicuba.
Contohnya, memegang erat tangan si kecil anda atau memeluknya dengan penuh kasih-sayang jika dia terlampau cemas atau takut. Latih juga anak anda untuk bernafas dengan stabil dan merehatkan otot-otot jika dilanda perasaan negatif. Kemahiran pernafasan memang terbukti untuk mengurangkan stres dan rasa negatif, begitu juga kemahiran merehatkan otot yang cepat tegang ketika kita sedang cemas, takut atau pun marah.
Jangan dipaksa si kecil anda melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan dia risau atau pun takut. Memaksa hanya mengundang tindak balas ekstrem kelak malah boleh menerbitkan risau dan takut yang melampau pula. Pada masa yang sama, pastikan semua perkara asas mencukupi dan terjaga dalam hidup anak anda seperti waktu tidur yang cukup, makanan yang berkhasiat, air yang mencukupi, waktu beriadah dan lain-lain lagi.
Perasaan negatif mudah menguasai diri kita apabila kita tidak dapat berehat atau berasa tenang. Fakta ini bukan hanya terpakai dalam hidup orang dewasa tetapi juga untuk
kanak-kanak. Jika semua keperluan asas tumbesaran ini dapat dipenuhi maka risiko perasaan risau, cemas, takut dan marah pun dapat dikurangkan dengan banyak. Jadi, pastikan semua keperluan asas si kecil kesayangan anda dipenuhi pada setiap masa.
Kerisauan dan ketakutan sebenarnya boleh ‘melumpuhkan’ diri dan peribadi si kecil anda. Anak anda yang tidak mahu tidur di dalam gelap akan berperang dengan dirinya (dan juga dengan anda pastinya) dan dia akan bertahan selama mana boleh daripada tidur kerana dia dikuasai kepercayaan yang ada monster tinggal di bawah katilnya. Seboleh-bolehnya, jangan dimarahi si kecil itu dan cubalah berempati dengan perasaannya.
Empati daripada papa dan mama akan membantu kanak-kanak yang cenderung berasa risau dan takut untuk memahami bahawa mereka tidak bersendirian dalam hidup, dan orang tua mereka akan sentiasa bersama dengan mereka. Hari bertukar minggu bertukar bulan, perlahan-lahan rasa risau dan takut itu pasti berkurangan sejajar dengan masa.
Oh ya, jangan lupa mama dan papa semua memantau keperluan anda sendiri. Mengasuh anak kecil yang cepat risau dan cepat takut boleh memakan masa yang lagi di samping menguji kesabaran kita orang dewasa. Waktu tidur si kecil yang terganggu atau pun kerisauannya yang berterusan, boleh memberi kesan negatif juga kepada kita orang dewasa. Maka, beri juga keutamaan kepada keperluan kesihatan anda supaya anda memiliki tenaga yang diperlukan untuk membantu anak comel manja anda melalui tempoh masa yang sukar ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun telah ditahan polis selepas disyaki mencederakan seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Flat Ungku Tun Aminah. Kejadian itu yang dirakam dan tular di media sosial menunjukkan keganasan melibatkan suspek dan beberapa kanak-kanak di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya telah diserang oleh seorang lelaki pada hari Sabtu kira-kira jam 5.19 petang.
“Mangsa yang berusia 12 tahun mengalami pendarahan di kepala dan segera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” kata beliau dalam kenyataan media.
Menurutnya, mangsa kini dalam keadaan stabil meskipun mengalami kecederaan koyakan di kepala serta bengkak di tangan kanan.
Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Tun Aminah berjaya menahan suspek di kediamannya di sekitar kawasan Johor Bahru pada hari yang sama jam 7.25 petang.
“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan warga tempatan dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” ujar Balveer Singh lagi.
Suspek telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman selama tujuh hari bermula Ahad sehingga 2 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata atau cara yang merbahaya.
Insiden ini mendapat perhatian ramai selepas video berdurasi 2 minit 19 saat tersebar luas di media sosial. Rakaman tersebut menunjukkan suspek mundar-mandir di kawasan lif di flat berkenaan sambil dikelilingi beberapa kanak-kanak perempuan.
Dalam video itu, kedengaran jeritan seorang kanak-kanak sebelum lelaki tersebut dilihat melarikan diri dari kawasan kejadian. Beberapa saat kemudian, seorang kanak-kanak perempuan memasuki lif sambil memegang kepalanya yang berlumuran darah detik yang mengejutkan dan meruntun hati ramai netizen yang menonton video berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.