Siapa sangka dengan hanya keinginan mahu bergambar bersama kereta impian akhirnya anak kecil bertuah dipelawa pemilik kereta tersebut untuk turut sama berada di dalam kereta.
Menerusi Tik Tok, tular video seorang bapa yang merakam gambar anak lelakinya bersama sebuah kereta mewah jenis Lamborghini berwarna kuning yang diletakkan di tempat parkir.
Untungnya, pemilik kenderaan itu secara tiba-tiba mendekati anak beranak yang sedang bergambar dikeretanya dan menyapa keluarga kecil itu.
Tidak hanya menyapa bahkan dengan bermurah hati, pemilik kereta yang dikenali sebagai Vincent Poh itu turut sama mempelawa kanak-kanak lelaki tersebut masuk ke dalam keretanya dan merasai sendiri pengalaman di dalam kereta mewah itu.
Momen paling bermakna buat anak kecil ini turut dirakam menerusi akaun Tik Tok Vincent, @lambobossvincentpoh.
Ads
Paling menarik dan beruntung bila mana si bapa yang terkejut disapa pemilik kenderaan itu kemudian sekali lagi merakam gambar anaknya yang dilihat cukup gembira berada dalam kereta itu sambil diperhatikan Vincent.
Meninjau di ruangan komen, sifat rendah diri pemilik kenderaan ini rata-rata dipuji wargamaya.
Ads
Malah Vincent sendiri tampil menjawab pelbagai persoalan dengan begitu baik serta turut memberi semangat anak kecil itu untuk berjaya memiliki kenderaan mewah dan meraih kejayaan suatu hari nanti.
Hari pertama persekolahan anak darjah 1 selalunya penuh drama kecil. Ada yang menangis, ada yang takut, ada juga ibu bapa yang terlalu risau sampai sanggup tunggu anak di sekolah siap duduk di meja kantin waktu rehat.
Isu ni bukan benda baru. Malah, menurut perkongsian seorang ibu di therads, sekolah anaknya telah mengunakan sistem cashless. Ikuti perkongsiannya:
Hari pertama sekolah memang penuh drama kecil yang manis. Dari bangun awal pagi, siapkan uniform, sarapan ringkas, sampai lah moment hantar anak ke pintu pagar sekolah. Yang buat ibu-ibu paling “stress manja” selalunya bab duit belanja.
Sekali balik rumah, duit lesap entah ke mana beli pemadam, jajan luar sekolah, atau benda tak berfaedah Penat dah bebel.
Tapi sekarang semuanya berubah bila sistem cashless sekolah mula diperkenalkan.
Tahun ini, pihak sekolah anak-anak telah melaksanakan sistem 100% tanpa tunai menggunakan BSN ORIJIN Card. Setiap murid dibekalkan kad sendiri, dan setiap kali membeli makanan di kantin, mereka hanya perlu ‘tap tap’ sahaja.
Tak perlu lagi bawa duit kertas ke sekolah. Tak perlu risau duit tercicir atau hilang.
Dan paling melegakan, tak perlu risau anak beli jajan bukan-bukan
Melalui sistem cashless sekolah ini, ibu bapa juga boleh memantau perbelanjaan harian anak menggunakan ORIJIN School App. Semua transaksi direkod dan boleh dilihat terus melalui telefon.
Contohnya hari ini: Anak sulung belanja RM3. Anak kedua belanja RM2. Semuanya jelas, telus, dan terkawal. Tiada lagi teka-teki duit ke mana.
Hujung bulan pula, baki duit yang tak digunakan akan ibu berikan secara tunai untuk mereka masukkan dalam tabung simpanan. Secara tak langsung, anak-anak belajar nilai menyimpan dan merancang perbelanjaan.
Menariknya, melalui sistem cashless sekolah ini, anak-anak jadi lebih peka dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.
Menerusi perkongsiannya juga, ibu ini memberi tahu setiap hujung bulan bakinya akan diserahkan kepada anaknya untuk diletakkan dalam tabung.
A’pa yang pasti walaupun cashless, apabila anak faham konsep belanja dan simpan sejak kecil, ia akan jadi tabiat baik sampai dewasa.
Meninjau ruangan komen, ramai ibu bapa lain turut bersetuju bahawa pelaksanaan sistem cashless sekolah sangat membantu antara komen adalah
“Tak payah pening tukar duit kecil tiap minggu.”
“Baru tahu ada sistem macam ni, bagusnya.”
“Kurang risiko kes buli dan paw duit murid.”
Hakikatnya, bila murid tidak membawa wang tunai, risiko duit hilang, dipaksa memberi wang, atau berbelanja secara berlebihan dapat dikurangkan.
Sebagai ibu bapa, kita bukan mahu mengawal anak secara berlebihan. Kita cuma mahu membimbing mereka supaya tahu mengurus wang dengan betul dari usia muda.
Sistem cashless sekolah bukan sekadar kemudahan teknologi, tetapi satu langkah bijak membentuk anak yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
Hari pertama sekolah kini terasa lebih tenang. Kurang drama duit belanja. Dan lebih fokus kepada pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih belum selesai kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dengan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, dan terbaharu melalui Instagram, wanita itu berkongsi tentang kehamilan cahaya mata ketiga.
Usia kandungannya kini sudah mencecah 10 minggu dan dia megakui tidak kuat dan memerlukan sokongan orang-orang sekelilingnya.
“Buat zuriat ibu kandung, kuatlah sayang, kuat seperti kuatnya kamu berpaut di dinding rahim ibu, ibu sayang anak anak ibu, maafkan ibu semua, Humairah, Umar dan baby. Maafkan ibu sayang.”
Tambahnya lagi, dia cuba untuk menjadi kuat tetapi ada harinya kekuatan itu tidak berpihak pada dirinya.
Bercerita tentang pengalaman ketika di mahkamah untuk memperjuangkan haknya, Shuhada tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi tentang kehamilan yang sudah pun mencecah usia 10 minggu.
“Ibu dah cuba kuat, Lillahitaala. Tapi ibu perlukan kekuatan dari keliling ibu. Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depress yang ibu hadap sekarang.”
Tambahnya lagi, dia akan berusaha sepenuh hati untuk terus menjaga anak-anaknya namun mengakui halangan terbesar sekarang adalha kandungan di peringkat awal.
Hal ini tidak membenarkan Shuhada untuk mengambil ubat dari hospital kerana khuatir akan keadaan kandungannya. Katanya, hal ini tidak mudah (berjuang tanpa ubat), tetapi dia akan terus kuat demi anak-anaknya.
Tulisnya lagi, dia ada terbaca tentang kes ibu berpantang yang menikam leher sendiri kerana tekanan.
“Ibu betul-betul takut, iu tanya diri sendiri mampu ke hadap perjalanan ni. Mampu tak kuat sepanjang proses ini. Ibu nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik.
Ibu kena kuat sebab ibu nak lihat anak-anak membesar depan mata ibu dan sama-sama kita susah senang.”
Turut berkongsi dirinya letih menangis sehingga jatuh pengsan. Doktor pula menasihatkan agar dia berbuka puasa untuk tidak membahayakan kandungan.
Tambah Shuhada lagi, dia terima segala yang berlaku. Biarpun susah untuk ditelan kerana dirinya dikhianati, ditipu dan dikasari namun dia sedar perlu kuat untuk berdepan dengan dugaan ini.
Di akhir penulisannya, Shuhada melahirkan rasa syukur kerana dikelilingi orang-orang yang baik dan terus menyokong dirinya dalam apa jua keadaan.
“Terima kasih Allah. Terima kasih semua. Tak dapat ibu balas budi semua selain terus maju ke depan tanpa toleh belakang lagi.
Sempena malam akhir Ramadan ni, ibu berdoa semoga Allah kurniakan pelangi untuk setiap ujian yang ibu lalui, itulah tanda Allah kasihkan ibu.”
Sama-sama kita doakan segala urusan Shuhada dan anak-anak dipermudahkan. Semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan Shuhada terus kuat untuk meneruskan kehidupannya.
Kejadian ibu terlupa menghantar anak ke rumah pengasuh sehingga membawa maut baru-baru ini merupakan satu tamparan hebat buat masyarakat. Ia bukan sekadar kisah sedih, tetapi satu amaran keras bahawa kecuaian kecil boleh membawa akibat yang tidak terbayang.
Hakikatnya, tragedi anak kecil tertinggal dalam kereta bukan hanya berlaku di Malaysia. Di luar negara juga, kes sebegini kerap dilaporkan dan sering berpunca daripada satu faktor utama keletihan melampau.
Kisah dari bandar Wauconda, Amerika Syarikat ini wajar dijadikan iktibar bersama kerana ia membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh melakukan kesilapan apabila tubuh dan minda berada di tahap paling letih.
Sebuah keluarga besar yang mempunyai sembilan orang anak baru sahaja pulang dari berhibur di sebuah taman tema. Seharian melayan kerenah anak-anak dari pagi hingga lewat malam benar-benar menguji fizikal dan emosi ibu bapa.
Sebaik tiba di rumah sekitar jam 11 malam, semua ahli keluarga terus masuk ke dalam rumah. Dalam keadaan penat yang melampau dan suasana kelam-kabut, tiada siapa menyedari bahawa seorang anak kecil berusia tiga tahun masih tertinggal di dalam kereta SUV.
Keletihan menyebabkan minda berfungsi dalam mod “autopilot”. Rutin yang biasanya dilakukan seperti memeriksa tempat duduk belakang terlepas pandang begitu sahaja. Inilah permulaan kepada tragedi anak 3 tahun tertinggal dalam kereta sepanjang malam.
Kehadiran kanak-kanak tersebut hanya disedari pada keesokan pagi oleh seorang jiran. Anak kecil itu ditemui dalam keadaan menangis ketakutan, dengan lampin yang sudah penuh dan kotor selepas ditinggalkan sendirian selama berjam-jam.
Nasib menyebelahinya apabila suhu malam yang lebih sejuk mengurangkan risiko bahaya haba. Namun, tidak semua kes anak 3 tahun tertinggal dalam kereta berakhir dengan keajaiban seperti ini.
Apabila pihak polis tiba dan mengejutkan si ibu, suasana bertukar menjadi hiba. Tangisan panik dan rasa bersalah jelas terpancar apabila dia menyedari anak kecilnya tertinggal di luar rumah sepanjang malam.
Alasan yang diberikan hanyalah satu terlalu penat. Keseronokan di taman tema bertukar menjadi episod hitam apabila pasangan tersebut didakwa atas kecuaian yang merisikokan keselamatan anak.
Walaupun mereka dibebaskan sementara menunggu prosiding mahkamah, kesilapan ini pasti akan menghantui mereka seumur hidup.
Kisah ini membuktikan bahawa kasih sayang semata-mata tidak mencukupi tanpa kewaspadaan. Tragedi anak 3 tahun tertinggal dalam kereta seharusnya membuka mata semua ibu bapa dan penjaga.
Apabila tubuh terlalu penat, otak gagal memproses rutin harian dengan baik. Inilah sebab utama mengapa ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab juga boleh melakukan kesilapan besar.
Walaupun anda sudah biasa memandu setiap hari atau mempunyai ramai anak, jangan sesekali menganggap perkara ini remeh. Lakukan semakan visual ke tempat duduk belakang sebelum mengunci kenderaan.
Dalam kes ini, keprihatinan seorang jiran telah menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak. Jika anda mendengar tangisan atau melihat kanak-kanak sendirian dalam kenderaan, bertindaklah segera tanpa berlengah.
Tragedi seperti ini seharusnya menjadi peringatan sepanjang hayat. Jangan biarkan perkataan “terlupa” menjadi alasan yang meragut masa depan seorang anak.
Kes anak 3 tahun tertinggal dalam kereta boleh dielakkan jika kita semua lebih berdisiplin, peka, dan mengambil berat antara satu sama lain. Nyawa anak kecil terlalu berharga untuk dipertaruhkan hanya kerana keletihan.
mua kes anak 3 tahun tertinggal dalam kereta berakhir dengan keajaiban seperti ini.
Apabila pihak polis tiba dan mengejutkan si ibu, suasana bertukar menjadi hiba. Tangisan panik dan rasa bersalah jelas terpancar apabila dia menyedari anak kecilnya tertinggal di luar rumah sepanjang malam.
Alasan yang diberikan hanyalah satu — terlalu penat. Keseronokan di taman tema bertukar menjadi episod hitam apabila pasangan tersebut didakwa atas kecuaian yang merisikokan keselamatan anak.
Walaupun mereka dibebaskan sementara menunggu prosiding mahkamah, kesilapan ini pasti akan menghantui mereka seumur hidup.
Kisah ini membuktikan bahawa kasih sayang semata-mata tidak mencukupi tanpa kewaspadaan. Tragedi anak 3 tahun tertinggal dalam kereta seharusnya membuka mata semua ibu bapa dan penjaga.
Apabila tubuh terlalu penat, otak gagal memproses rutin harian dengan baik. Inilah sebab utama mengapa ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab juga boleh melakukan kesilapan besar.
Tip jimat sambut Raya untuk mak ayah yang ingin berjimat tanpa menghilangkan kemeriahan Hari Raya. Panduan praktikal kawal bajet Raya, baju anak, kuih, menu dan duit raya.