Ada macam-macam cara ibu ayah menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka. Sama ada disambut secara sederhana bersama keluarga atau diadakan majlis untuk famili dan kenalan rapat. Paling penting, anak rasa gembira dapat meraikan ulang tahun bersama kedua orang tuanya.
Berbeza pula cara pelakon cantik dari tanah seberang, Nikita Willy dan suaminya Indra Priawan yang menyambut ulang tahun kelahiran anak pertama mereka, Issa Xander di Hospital Pesakit kanser Dharmais, Jakarta, Indonesia pada Sabtu lalu.
Memilih untuk tidak menganjurkan majlis mewah untuk ulang tahun pertama anaknya, nikita berkongsi foto dengan pesakit kanser yang berjuang melawan penyakit mereka.
Dia mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan buat semua warga hospital yang telah menyambut baik mereka sekeluarga untuk meraikan ulang tahun Issa bersama pesakit di sana. Turut melahirkan rasa terima kasih kepada para doktor yang terus komited menjalankan tanggungjawab mereka.
“Terima kasih untuk para doktor dan perawat yang tak kenal lelah untuk selalu merawat adik-adik di hospital.”
Nikita telah membuat hantaran di akaun Instagramnya untuk berkongsi tentang aktiviti mereka sekeluarga ketika berkunjung ke hospital tersebut.
Ads
Selain itu, pelakon ini juga turut memberi kata semangat kepada pesakit kanser dan sentiasa mendoakan mereka untuk menunjukkan sokongannya kepada mereka.
“Untuk adik-adik atau rakan-rakan yang sedang dalam perjuangan melawan penyakit, teruskan semangat dan ingatlah kalian tidak bersendirian. Saya mewakili pengikut di media sosial akan selalu menyokong dan mendoakan kalian.”
Melalui ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Nikita dan suami dalam menghargai pesakit kanser dan turut meraikan mereka untuk sebagai tanda sokongan.
Ada juga yang mengatakan sambutan ulang tahun kelahiran anak yang dibuat Nikita ini berbeza dengan orang lain yang biasanya mengadakan parti hari jadi. Sesetengah follower juga mengatakan tindakan sebegini dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pesakit kanser.
Ads
Sekadar recap, Nikita telah berkahwin dengan suami tercinta pada 16 Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Issa Xander Djokosoetono yang kini berusia setahun. Terdahulu, ratu sinetron Indonesia ini telah melahirkan Issa di hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles pada bulan April tahun lalu.
Bapa mana yang tidak bangga bila mana anak kesayangan sudah punya keyakinan dirinya sendiri dan mempamerkan kematangan walaupun masih lagi kecil. Bagi Zahiril Adzim, melihat perkembangan anak sulungnya, Nadi Anaqi yang semakin membesar membuatkan dirinya merasa bangga.
Terbaru Zahiril Adzim berkongsi cerita mengenai anak kesayangannya yang berhasrat memasuki pertandingan Beyblade. Suami kepada Shera Aiyob ini mengakui dia bangga bila mana anaknya memilih platform yang tepat dan bukan hanya sekadar bermain semata-mata.
Paling menarik walaupun masih kecil, Anaqi memberanikan diri untuk menyertai pertandingan walaupun tidak meraih kemenangan.
Walaupun dapat No 11 dalam BeyBlade Tournament tapi Daddy cukup bangga dengan keberanian dengan keinginan dia yang request sendiri untuk masuk bertanding. Semangat bersaing di platform yang betul tu yang Daddy proud sangat.
Lepas tu bila kalah pun dia releks je, takde koyak – koyak pun macam Daddy.
Kalau Daddy mesti dah spectate enemy lepas tu report cakap enemy tu hacker,” kongsinya di instagram.
Tahniah buat Anaqi. Walaupun hanya memperolehi tempat ke 11 namun ianya satu pencapaian yang cukup membanggakan. Keberanian untuk menyertai satu-satu pertandingan seharusnya dipuji.
Dalam pada itu, pengikutnya di instagram juga turut mengucapkan tahniah atas kesungguhan dan keberanian Anaqi.
Giliran pulang ke kampung untuk beraya sering menjadi perbincangan serius pasangan berkahwin apabila tibanya Syawal. Ada yang mencapai kata sepakat mengikut giliran dan ada juga yang berbalah setiap kali merancang kampung siapa dahulu yang mahu dikunjungi. Tidak perlu yang tinggal jauh berlainan negeri, ada ketikanya yang satu daerah pun boleh bermasam muka jika bercerita soal ini.
Ketika merancang dan membuat keputusan untuk beraya di kampung siapa terlebih dahulu, perlulah ada toleransi antara keduanya. Niat pulang ke kampung adalah untuk berkumpul satu keluarga dan berjumpa orang tua tersayang. Oleh itu, setiap pasangan perlu memahami antara satu sama lain ketika berbincang pelan berhari raya.
Isteri yang baik akan mengikut suaminya pulang ke kampung tanpa sebarang rungutan. Suami mithali pula akan berbesar hati dapat membawa pasangannya pulang ke kampung halaman si isteri. Ada juga masanya isteri terlalu mementingkan diri, mahu pulang ke kampungnya sahaja tanpa memikirkan perasaan suaminya. Ada pula suami yang tidak mahu cuba memahami keinginan isteri yang mahu beraya bersama keluarganya.
Ketika di kampung mereka, suami atau isteri akan bergembira. Tetapi apabila tiba giliran pasangannya, mulalah buat perangai. Tarik muka masam, bercakap pun seperti tiada mood. Sekaligus membuatkan pasangannya menjadi tidak seronok ketika tiba giliran pulang ke kampung mereka. Rasa tidak seronok kan?
Belum kira lagi jika ada suami atau isteri yang langsung tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga atau berat tulang untuk membantu di rumah mertua. Menjadi satu hal pula pasangannya mahu ‘ cover line‘ kerana mahu menjaga air muka mereka. Bukankah tidak adil jika anda gembira di kampung anda, tetapi apabila tiba giliran pasangan anda beraya di rumah ibu bapa mereka, anda tidak bersungguh-sungguh seperti mereka?
Kesimpulannya, beraya di kampung siapa pun sebenarnya sama seronok. Kita dapat bertemu ibu ayah serta semua beradik. Bukan selalu dapat berjumpa semuanya, ketika berayalah kita dapat meluangkan masa bersama-sama. Kemeriahan berhari raya, jika dikongsi bersama sesama pasangan sudah tentu dapat membentuk sebuah keluarga bahagia penuh tolak ansur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemalangan memang boleh berlaku sekelip mata tanpa diduga walaupun kita sudah sehabis baik berhemah dan berhati-hati di atas jalan raya. Sebab itulah kita perlu utamakan keselamatan setiap ahli keluarga ketika menaiki kenderaan. Sekurang-kurangnya jika kita mematuhi peraturan keselamatan, impak kemalangan keatas individu dapat dikurangkan.
Kejadian kemalangan yang berlaku sekelip mata di Elite Highway pada petang semalam melibatkan mangsa sekeluarga dan sebuah lori. Difahamkan kereta mangsa dihentam teruk oleh sebuah lori di kilometer 42.1 arah utara. Ikuti perkongsian daripada mangsa.
15/11/1/2019
Elite highway
3.30pm
Satu tamparan hebat buat saya..Saya baru sj kemalangan di lebuhraya elite arah utara km 42.1..lori hentam kereta saya.
Dalam kereta hanya saya dan 3 org anak..2 org anak pakai carseat dan sorg LG Sy sedang mencari yg sesuai dgn nya..
Alhamdulillah ank2 yg duduk dlm carseat TIADA KECEDERAAN walaupun tgk keadaan kereta sgt truk..
Anak yg xduduk kat carseat lebam di dahi sblh kanan dan calar di lengan kiri..Sy nk kena cpt beli carseat UTK dia..
Selalu Hadif Nisa xletak dlm carseat .biarkn dia main kat blkg seat tu dgn Ayra..tp sejak awal bln lalu, Nisa ckp kat suami, ank2 semua wajib duduk dlm carseat..even dia nangis sekalipun, dia tetap kena duduk dlm carseat..
Alhamdulillah, asbab kita mencegah itulah, Allah selamatkan Hadif dan Harith dari kecelakaan smlm..kuat juga lori tu langgar tepi sisi kiri kereta sbb air bag semua keluar..Ayra je masih dlm proses nk beli carseat..sbb tu Ayra mengalami minor kecederaan di dahi dan lengan kiri..Hadif dan Harith hanya terkejut..
Buat kawan2, Nisa pun bkn lah dlm kalangan org yg mampu UTK beli carseat tapi Nisa beli sikit2..ms Hadif lahir dah beli carseat bby, Ayra lahir beli carseat UTK toddler pd Hadif and skrg masa UTK beli carseat Ayra plak..
Lagi satu, selalulah amalkan doa naik kenderaan..Nisa bila travel dgn ank2 sblum nk gerak, Nisa mesti ajk dorg baca doa naik kenderaan..
moga Allah sentiasa lindungi kita drpd musibah yg teruk..
Mohon semua ibu bapa sayangilah anak kita..mencegah lebih baik..
Sy benarkan UTK mana2 pihak kongsikan post ini demi kesedaran semua org..
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.