Saat melihat usaha anak sulung yang cuba menggembirakan ibu dan keluarganya, itulah kebahagiaan sebenar bagi seorang ibu. Memey Suhaiza mengakui sebak dan terharu bila mana mendapat ucapan paling manis dari anak sulungnya.
Ucapan indah dengan kata-kata indah itu dibingkis anak sulung Memey, Muhammad Darwisz Hakim bersempena sambutan hari lahir ibunya yang ke-35 tahun.
Paling menarik kata Memey, anaknya Awishz turut menampal gambar-gambar kenangan bersama memorinya semasa kecil, yang disimpannya kemas untuk kejutan hari lahir.
Menerusi Instagramnya, Memey memuat naik video momen penuh makna dalam hidupnya itu. Malah kata Memey dia begitu berbangga dengan usaha anak kecilnya itu untuk menggembirakannya di hari lahir.
“Anak bujang mummy yang romantik❤. Setiap tahun bila birthday mummy, Awishz mesti akan buat mummy kad ucapan yang dia tulis sendiri. Bila makin besar ucapan dia makin panjang.
Ads
“Tahun ni extra sebab dia letak gambar-gambar mummy, siap tulis best memories. Sweet sangat effort dia.
“Gambar-gambar tu, hari tu mummy kemas stor & terjumpa. Mummy tunjuk Awishz kikim api awishz dia kata dia nak tunjuk papa & simpan sebab tu gambar dia masa kecik, dia naik helicopter masa birthday mummy dulu-dulu. Rupanya dia simpan sebab nak buat macam ni,” kata Memey berkongsi cerita.
Malah Memey turut menitipkan ucapan manis buat anak sulungnya kerana menjadi contoh terbaik buat dua adiknya.
“Terima kasih Awishz. Selalu jadi anak yang sangat baik, yang selalu luahkan perasan kasih sayang cinta dengan perbuatan, kata-kata & penulisan. Terima kasih jadi contoh yang sangat baik untuk adik-adik.
Ads
“Tq juga untuk Kayla & Kikim sebab banyak kali nyanyi untuk mummy dari sebelum hari birthday. Mummy so lucky. ❤️😭 Alhamdulillah.
“Anak no 1 memang sweet macam ni eh. Anak no 2 & 3 pun sweet juga dengan cara masing-masing ❤️. Kita raikan semuanya,” katanya lagi.
Terdahulu, Memey diraikan bersama keluarga dan anak-anak Rumah Bakti Dato Harun, Hulu Klang bersempena Hari Lahirnya yang ke 35 tahun.
Ketika orang lain sibuk menempah tiket penerbangan ke destinasi pilihan, pasangan selebriti, Hairul Azrin dan Hanis Zalikha membuat keputusan bijak bila mana terbang menaiki helikopter peribadi yang ditempah khas untuk membawa dua anak mereka, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bercuti.
Semuanya demi keselamatan dua anak mereka dan pastinya bagi mengelakkan kesesakan ketika di lapangan terbang. Walaupun percutian Hanis dan Hairul ini dianggap kayangan dan ‘next level’ oleh peminatnya, namun tindakan kedua pasangan ini turut sama dipuji.
“Holiday with my family after long time. From KL to Island,” tulis Hairul ringkas.
Malah kata pelakon filem Paskal itu juga, percutian ini juga merupakan percutian yang pertama buat anak keduanya, Alisa setelah ‘berkurung’ lama akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Alisa first time holiday..haha baby MCO,” tulisnya lagi di ruangan komen.
Tidak hanya Hairul, bahkan menerusi Instagram Hanis dan dua anak mereka turut sama memuat naik video kenangan percutian mereka sekeluarga menuju ke pulau sebelum menikmati percutian penuh keindahan itu.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/canned-dry-packaged-foods/sunflower-pure-basmathi-premium-pusa-1121-rice-set-20160120″ style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Sunflower Pure Basmathi Premium Pusa[/su_button]
Malah melalui Insta Story pasangan itu turut sama memuat naik beberapa momen mereka ketika berada di dalam helikopter dan sebaik sampai di pulau. Tidak terkecuali gelagat si comel Alisa yang seakan ‘cuak’ dan tertidur sepanjang perjalanan.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, biarpun ada yang mengatakan ianya sebagai percutian kayangan namun ada juga peminat yang turut sama memuji tindakan kedua pasangan ini.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dianugerahkan dengan anak kembar pastinya dinantikan oleh semua pasangan suami isteri. Gembira kerana memiliki anugerah yang jarang dimiliki oleh orang lain. Namun memiliki kembar tidak semudah yang disangka.
Selain memikirkan kos yang berganda, soal kesihatan anak-anak dan juga perkembangan, sikap dan tingkah laku mereka juga seharuslah lebih diberikan perhatian. Bagaimana anak kembar anda?
Dr Mazidah Mohd Rasid, Consultant Pediatrician daripada Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan berkongsi apa yang anda perlu ketahui mengenai perkembangan anak kembar anda.
Menurut beliau, setiap individu bayi kembar mempunyai perangai dan personaliti yang tersendiri. Masing masing menpunyai langkah perkembangan mengikut langkah yang tersendiri. Perkembangan anak kembar selalu di lihat dari tempoh masa yang agak panjang. Misalnya seorang bayi akan cuba berjalan dari umur 9 bulan sehingga 15 bulan.
Dengan itu ia adalah masih normal sekiranya satu kembar boleh berjalan lebih awal dari kembar yang satu lagi. Walaubagaimanapun sekiranya perbezaan mereka adalah sangat ketara, ibu bapa di nasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kanak kanak.
Perkembangan Sedikit Lewat
Kebanyakan kembar yang di lahirkan pramatang atau berat badan yang rendah seringkali akan mencapai perkembangan yang lewat berbanding dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan.
Doktor selalunya akan merujuk umur bayi kembar ini dengan umur yang di ubah suai. Penyesuaian umur akan di kira mengikut tarikh lahir jangkaan dengan tarikh lahir bayi yang sedia ada.
Penyesuaian pengiraan umur akan dikira sehingga umur 2 tahun. Perkara yang mustahak dalam mengetahui perkembangan bayi kembar adalah bukan anggaran umur yang boleh dicapai tetapi arahan perkembangan yang betul.
Kebiasaannya perkembangan bayi kembar adalah sama dengan bayi yang dilahirkan seorang, dengan syarat bayi kembar ini tidak dilahirkan dengan komplikasi seperti lahir pramatang. Seseorang bayi kembar yang pramatang tidak akan capai perkembangan yang sama dengan bayi yang normal.
Walau bagaimanapun ada bayi kembar menghadapi:
A) Bahasa pertuturan yang lewat. B) Masalah kognitif dan fungsi motor. C) Masalah kelakuan. D) Interaksi ibubapa dan bayi akan berkurangan.
Masalah yang selalu dihadapi oleh bayi kembar adalah kelewatan bahasa pertuturan atau lambat bercakap. Terdapat berbagai jenis teori yang mengeluarkan fakta tentang kelewatan berkomunikasi ini samada lewat bercakap atau tidak berminat bercakap.
Apa yang penting, ibubapa harus mengenal pasti dan sedar akan kelewatan ini samada salah seorang daripanya atau kedua-duanya sekali sekurang-kurangnya pada umur 18 bulan ke atas.
Masalah autism juga seringkali berlaku di kalangan bayi kembar yang seiras dan
kembar yang berasal dari keluarga bapa jika di bandingkan dengan populasi kelahiran normal.
Selain itu bayi kembar pramatang, yang memiliki berat badan yang terlalu ringan semasa lahir dengan kelahiran dari ibu yang berumur meletakkan seseorang bayi kembar ini berisiko tinggi untuk mendapat cerebral palsy.
Kajian juga menunjukkan bayi kembar menghadapi masalah pertuturan dua kali ganda
jika dibandingkan dengan bayi yang normal. Pertuturan bahasa yang lewat adalah seperti boleh bercakap sepatah atau dua perkataan sahaja. Lewat pertuturan bahasa boleh juga berlaku dari segi tidak boleh mencantumkan perkataan.
Kajian telah menunjukkan bahawa kelahiran kembar akan lewat bertutur jika di bandingkan kelahiran bayi seorang ( 38% lahir kembar banding dengan lahir seorang( 19 %)
Kajian juga mendapati pertuturan bahasa akan berlalu lebih lewat di kalangan bayi kembar seiras (47%) dibandingkan dengan kembar tak seiras (31%).
Bagaimana perkembangan anak kembar sewajarnya?
Perkembangan anak kembar yang tidak ada risiko semasa kelahiran mempunyai perkembangan yang sama dengan anak yang dilahirkan seorang. Bayi mempunyai kelajuan pembentukan perkembangan yang tersendiri dan mengikut cara mereka sendiri.
Beberapa langkah perlu di lakukan untuk mengetahui perkembangan anak kembar ini tidak tersasar.
a). Tuliskan perkembangan yang nyata dan pencapaian yang diperolehi dalam setiap pembesaran bayi kembar ini.
b). Pengubahsuaian umur semasa perlu di kira semula. Sekiranya bayi kembar dilahirkan lebih awal, dua tarikh lahir perlu diingat. Kedua tarikh ini ialah tarikh lahir yang benar dan didaftarkan sebagai tarikh kelahiran serta satu tarikh lagi merupakan tarikh lahir yang dijangkakan.
Apabila ukuran perkembangan dilakukan ia mesti dilihat kepada perkembangan pada umur yang diubah suaikan. Pengubahsuaian ini akan memberi gambaran yang benar tentang episod perkembangan yang berlaku.
Sehingga umur nya mencapai dua tahun, kebanyakan bayi kembar ini adalah setara dan sama dengan bayi lain yang dilahirkan seorang dan normal. Sasaran pencapaian perkembangan mengikut perkembangan adalah dibahagikan kepada 4 sudut. Contohnya perkembangan bayi kembar yang berumur antara 6 hingga 12 bulan (umur benar atau pengubahsuaian).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam keadaan negara sedang melalui proses pemulihan Covid-19, rakyat mula dibimbangi pula dengan satu lagi wabak iaitu Japanese Encephalitis (JE) yang disebarkan oleh nyamuk Culex.
Sebelum ini melalui laporan Bernama, terdapat dua kes JE dilaporkan di Pulau Pinang pada Jun lalu.
Dua kes JE dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan maklumat terperinci berhubung dua kes itu.
JKNPP berkata semua fasiliti kesihatan mengambil langkah waspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE khususnya daripada lokaliti Sungai Bakap dan amnya daerah SPS bagi membendung wabak tersebut.
“Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang adalah pada tahun 2018. Kemudahan kesihatan akan melaporkan segera kes-kes yang disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan aktiviti kawalan dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung penularan wabak penyakit itu,” menurut kenyataan itu.
Katanya, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah SPS juga melaksanakan pengesanan kes secara aktif dengan melakukan kunjungan ke rumah di sekitar lokaliti terlibat dan mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, tanda meningisme, pengsan, disorientasi, koma, gegaran anggota, lumpuh, kekejangan otot dan kehilangan koordinasi, bermula 12 Mei lepas.
Ambil langkah berjaga-jaga
Kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan larvasiding dan semburan kabus juga akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan nyamuk dewasa, katanya.
JKNPP turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah bagi menghentikan penularan penyakit JE antaranya melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
Orang ramai juga diminta bekerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan membuat pemeriksaan dan menjalankan semburan kabus di dalam rumah dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit JE.
Penyakit JE adalah disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex daripada khinzir yang telah dijangkiti kepada manusia, namun transmisi virus tersebut tidak boleh berlaku daripada manusia atau individu yang dijangkiti kepada manusia lain.
Sementara itu, melalui laman Public Health Malaysia, terdapat lagi satu penambahan terbaru kes JE di di Pontian Johor selain kes di Pulau Pinang sebelum ini.
Satu kes baru di Pontian
Risau keselamatan kanak-kanak bermain di luar rumah
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.