Kenapa agaknya anak ke 2 atau ke 3 dikatakan biasanya berperangai pelik sedikit berbanding adik beradik lain.
Contohnya,
– Hatinya agak keras (orang kita kata degil).
– Suka cari gaduh dengan adik beradik yang lain.
– manja lebih sikit
– sifatnya suka menguasai
– payah makan
Seperti perkongsian Puan Nazifatunnisa Salim yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan, setiap anak kita ada cara masing-masing. Pendek kata, ibu bapa kena belajar memahami sikap anak dan didik ikut cara betul.
Anak saya yang ketiga ini begitu juga. Ada beberapa perkara yang saya perhatikan kenapa dia begitu. Abang dan kakak sudah biasa bermain berdua dan sudah biasa berkongsi barang. Mereka sudah melepasi fasa peak atau disebut terrible two.
Si adik pula melalui fasa peak selepas kakak dan abang melepasinya. Usia 2-3 tahun adalah fasa perkembangan emosi. Fasa tantrum, mahu menguasai, suka mengamuk dan sukar dikawal.
Jadi bila adik ada mainan, dia jadi kedekut dan tak nak berkongsi. Suka menangis dan bersikap mempertahankan diri sendiri. Umpama dia mahu dia saja yang menang. Perangai tantrum adik tidak dapat diterima oleh abang dan kakak. Mereka tidak suka dengan cara adik. Ia akan jadi lebih teruk sekiranya ibu dan ayah lebih memenangkan adik.
Ads
Jadilah kes kakak dan abang
-suka kacau adik
-sengaja menyakat adik
-tidak mahu ajak adik bermain
Sifat mempertahan diri, hati keras, mahu segalanya adik ini akan berterusan hingga ke besar jika ibu dan ayah tidak membantu menjernihkan keadaan dengan cara yang betul. Ia boleh jadi sifat yang positif boleh juga jadi negatif dalam diri mereka.
Jadi bagaimana ibu dan ayah mahu membantu anak ke 2 atau ke 3 agar tidak terlalu ‘berperangai pelik’ hingga ke besar?
1. Sedari lah bahawa mereka sedang melalui fasa tantum 2-3 tahun. Ajar mereka bagaimana mengawal emosi, cara berkongsi, cara mengalah dan cara berhubungan yang betul antara adik beradik.
2. Tidak sentiasa memenangkan mereka jika berlaku pergaduhan antara adik beradik. Mereka juga berhak diajar agar menghormati hak kakak dan abang.
Ads
3. Ajar mereka setiap perkara tanpa prejudis bahawa mereka kononnya degil atau berperangai pelik. Mereka sama saja seperti abang dan kakak yang perlu diajar mengendalikan emosi.
4. Harmoni kan hubungan antara adik beradik dengan cara yang lebih baik.
Tidak ada istilah anak ‘pelik’ sejak dari lahir. Yang ada hanyalah cara kita mendidik mereka dan keadaan sekeliling yang membentuk peribadi.
Ads
Beri peluang pada diri kita dan pasangan belajar dan memahami psikologi anak agar kita sama-sama mampu mendidik dengan lebih baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada ibu bapa yang sempurna dan kita sendiri pun sering rasa bersalah apabila perlu memarahi anak. Apatah lagi sekiranya ibu bapa selalu meninggikan suara atau menengking anak yang masih kecil.
Alasan yang kita selalu beri adalah bila cakap sekali anak masih tak dengar, cakap elok-elok anak tak berganjak dan macam-macam lagi. Sebab itu kena tinggikan suara untuk pastikan anak dengar cakap.
Namun menurut Ustaz Ebit Lew ibu bapa kena ada sifat sabar dalam diri sepanjang membesarkan anak. Bertegas boleh tapi biar seimbang dengan kasih sayang.
Berikut antara perkongsian beliau
Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya.
Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.
Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. Insya-Allah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak.
Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka.
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibu bapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak-anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.
Tercari-cari resipi air untuk menu open house hujung minggu ini? Apa kata anda cuba cari kelainan dengan air gabungan jagung dan aiskrim ini. Memang lain dari yang lain.
Resipi gabungan aiskrim, jagung dan beberapa campuran bahan lain ini memang sedap kebabom. Nak cuba? Jom ikuti perkongsian pengguna Tik Tok @ashaanuar.
Bahan-bahan:
Air aiskrim soda
Pes perisa jagung
Susu cair
Jagung manis
Susu pekat
Aiskrim vanila, coklat atau strawberi -ikut suka
Masukkan sahaja kesemua bahan bersama campuran ais batu.
Akhir sekali baru masukkan aiskrim dan kacau sampai sebati.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggosok gigi anak kecil yang baru tumbuh gigi kelihatannya mudah. Namun, jika silap caranya dia akan trauma dan mengelak untuk membuka mulut setiap kali sesi menggosok gigi perlu dilakukan.
Menurut perkongsian Hanis Zalika di dalam Instagram theyusufiskandar, dia dan suaminya ada cara tersendiri mengajar Yusuf menggosok gigi dan kaedah itu berkesan.
“Sejak Yusuf kecil, kalau gosokkan gigi dia, kami akan duduk depan cermin sama-sama. Jadi dia boleh nampak apa yang tengah berlaku supaya dia tak nervous kita buat apa kat mulut dia. Lepas tu lama-lama dia belajar buat sendiri walaupun tetap makan ubat gigi tu.”
Kini Yusuf sudah pandai menggosok giginya sendiri. Mudah sahaja kan, cara yang dipraktikkan oleh ibu bapa si comel ini?
Selain daripada tip yang diamalkan oleh Hanis Zalikha, ada beberapa kaedah lain yang boleh anda gunakan. Jom kita ketahui cara-caranya.
Ajar ketika anak masih kecil
Mengajar sesuatu perkara yang rutin perlu dimulakan sejak kecil kerana kanak-kanak mudah dibentuk perlakuannya.
Setiap kali mandikan anak, terus gosok giginya dengan lembut. Pasti anda kagum apabila lama-kelamaan anak anda sendiri akan minta berus gigi untuk menggosok giginya sendiri.
Gosok gigi bersama
Semasa memandikan anak dan mahu menggosok giginya, anda digalakkan untuk sama-sama menggosok gigi juga.
Dengan cara itu, dia dapat melihat cara yang betul menggosok gigi dan mempraktikkan untuk kebaikan dirinya sendiri.
Jadikan rutin gosok gigi jadi seronok!
Salah satu caranya ialah menggosok gigi sambil menyanyi. Nyanyikanlah lagu kanak-kanak kegemarannya. Pasti dia suka!
Beri pujian kepada anak
Kanak-kanak memang suka dipuji. Setiap kali selesai menggosok gigi, berikan kata-kata pujian yang bersesuaian.
Pasti anak anda akan berasa bangga dengan pencapaian dirinya pada waktu itu. Sebut juga yang dia memiliki gigi yang cantik. Secara tidak langsung, ia dapat memotivasikan dirinya untuk selalu menggosok gigi setiap kali mandi bagi mengekalkan kecantikan giginya itu.
Biar anak buat pilihan sendiri
Apabila anak sudah besar, beri dia peluang memilih sendiri berus dan ubat gigi yang disukainya. Berikan dia kebebasan memilih warna dan corak yang ada pada berus gigi pilihan. Begitu juga dengan perisa ubat gigi yang bakal digunakan.
Dalam masa yang sama, anda tetap perlu pastikan berus dan ubat gigi pilihan itu selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.