“Saya bersara dari bidang silat untuk anak saya dan demi kesihatan diri sendiri” begitulah luahan pesilat profesional negara, Al Jufferi Jamari apabila ditanya tentang status kerjayanya kini.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkongsi sisi kebapaanya dalam Anugerah Gala Pa&Ma, Best Papa Millennial 2023 menerusi siaran langsung sebentar tadi.
Tambahnya lagi, dia mula diuji apabila dikhabarkan anak keduanya menghidap kanser dan dalam masa yang sama memerlukan perhatian penuh darinya kerana isteri terpaksa menjaga anak yang ketiga yang masih kecil.
“Sewaktu anak saya dikhabarkan ada sakit kanser. Saya tak boleh cuti terlalu lama, waktu PKP. Selama sebulan lebih saya duduk di hospital, anak no.3 pula masih kecil.”
“Ujian saya ketika di hospital, ada yang sudah meninggal. Dugaan tu memang besar.”
Ads
“Dan isteri sangat struggle nak jaga anak-anak kalau saya perlu bekerja, isteri ni tulang belakang kita. Dia cuma support kita, yang buat kerja tu kita. Jadi kena faham.. bukan semua benda isteri kena buat”
CARA DIDIKAN ANAK
“Anak no.2 ikut semangat saya. Sejak umur dia 2 tahun dah pandai menendang, menumbuk. Kalau tengok tiga orang anak lelaki, anak no.2 lah yang ikut saya.”
Ads
“Saya nak didik mereka ni tak boleh satu method, yang ini dan itu perangainya lain. Ikutkan mak dia garang, tapi kalau saya marah memang diaorang takut. Ada masa saya lembutkan dan manjakan diaorang.”
Ikuti perkongsian penuh Jufferi sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala 2023 di bawah
Walaupun bergelar doktor perubatan, Dr.Izzar Anwari juga masih sama seperti bapa-bapa lain. Sebagai bapa dia mengakui dia menjadi lebih berjaga-jaga terhadap anak-anaknya sendiri.
Memenangi hati anak bukan mudah lebih-lebih lagi anak perempuan. Menjawab persoalan daripada Fizza, Hos Anugerah Pa&Ma Gala 2022, Dr. Izzar berkongsi nasihat tentang pembahagian masa bersama-sama anak.
“Anak lebih suka pada ibu bapa yang banyak luang masa. Bila ada masa terluang memang saya bagi 100% pada anak. Jangan menyesal bila anak dah besar anak dah tak nak pada kita.”
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera turut berkongsi bagaimana cara layanan terhadap dua puteri tercintanya itu.
“Selalu yang nampak baik ayah berbading mak yang selalu jadi singa kan, tapi pernah je tertengking anak, naik suara dan ugut-ugut anak. Tapi biasanya rasa bersalah dan minta maaf dengan anak. Kena jaga hati anak takut budak-budak ni pendam sebab dia tak pandai nak cakap dia sedih.”
Tidak hairanlah kenapa Dr. Izzar Anwari dianugerahkan dengan Anugerah Best Papa Millennial 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian Dr. Izzar, ikuti perkongsian di bawah.
Pemilihan pam susu yang betul sangat penting kerana ia dapat membantu proses pengeluaran susu yang baik. Jika proses pengeluaran susu baik, maka payudara dapat dikosongkan dengan lebih sempurna.
Pelbagai aspek yang perlu anda ketahui sebelum membeli sesuatu jenama pam susu kerana bukan hanya harga menjadi ukuran tetapi keselesaan ibu semasa mengepam juga penting.
Dalam proses memilih pam yang sesuai untuk mama, terdapat beberapa faktor dan tip yang perlu diambil kira antaranya:
Keselesaan
Jika payudara mama sensitif, pilihlah material corong pam yang tepat sebab ia sangat memberi kesan pada mama. Ada sesetengah mama sesuai menggunakan corong yang dibuat dari silikon dan ada juga yang serasi dengan material plastik sahaja. Jadi, buat pilihan yang tepat ya supaya dapat elakkan rasa tidak selesa semasa proses memerah.
Daya Tahan
Bagi memastikan penggunaan pam yang tahan lama. Mama perlu memilih pam yang boleh bekerja secara “Medium Duty” sudah memadai.
Kebiasaanya untuk mama bekerjaya akan menggunakan pam lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, pastikan anda memilih untuk mempunyai motor breastpump jenis Medium Duty atau Heavy Duty. Jika masa anda agak terhad, gunakan pam susu ‘double’ ya sebab ianya mampu memerah kedua-dua payudara secara serentak bagi menjimatkan masa.
Saiz dan Bunyi Yang Sesuai
Saiz yang lebih kecil adalah lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja terutama mama ibu yang bekerja dan perlu ‘travel’. Pam yang mempunyai bunyi yang perlahan atau senyap perlu dijadikan pilihan. Ini kerana ia tidak akan mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam. Mama pun akan rasa lebih yakin.
Tahap & Mod Sedutan
Mod memerah serta daya jenis sedutan bagi setiap pam perlu diambil kira. Tetapan pada pam yang dapat meniru kelembutan hisapan bayi akan mencapai sesi perahan yang efektif. Mod stimulasi dan ekspresi perlu dipadankan dengan daya sedutan yang sesuai.
Tip sebegini dapat membantu mama untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, daya sedutan yang selesa dan tidak menyakitkan dapat mengekalkan stimulasi yang diperlukan untuk penghasilan susu dalam jangka masa panjang.
Konsultasi
Sebelum memilih pam susu, mama perlu mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu kerana setiap payudara mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza. Tidak semua pam susu sesuai untuk semua saiz dan bentuk payudara. Konsultasi awal dapat membantu anda membuat pemilihan yang tepat.
Servis selepas pembelian
Ini antara kriteria yang kurang popular namun ia sangat penting dan harus mama ambil tahu sebelum membuat pembelian.
‘Selepas saya mendapat pam,bagaimana cara pemasangan dan penggunaan pam yang betul dan adakah saya akan dibantu jika mempunyai masalah pada pam susu?’
‘Selepas pembelian, adakah mudah untuk menuntut waranti dari pihak pengeluar pam susu?’
‘Jika pam susu saya memerlukan alat gantian,adakah ia mudah didapati di pasaran?’
Pastinya anda mahu pam susu yang dibeli dapat digunakan dalam tempoh yang lama, begitu juga dengan pengalaman selepas pembelian ia juga satu nilai yang sepatutnya hadir bersama pembelian anda.
Membuat pembacaan mengenai spesifikasi sesuatu pam serta mengambil kira pengalaman pengguna lain pastinya juga dapat membantu anda dalam membuat pilihan.
Ramai mama yang tidak mengetahui pemilihan pam susu yang tidak sesuai menyebabkan pelbagai masalah timbul. Atas dasar itu, Numom yang merupakan satu-satunya jenama bagi peralatan penyusuan menyediakan perkhidmatan konsultasi oleh kaunselor penyusuan tentang pemilihan pam susu yang betul.
Jadi tidak hairanlah kenapa Numom dianugerahkan sebagai Produk Kelengkapan Penyusuan Pilihan bagi Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Numom merupakan sebuah jenama yang menghasilkan peralatan penyusuan untuk keperluan para ibu. Numom diasaskan oleh Puan Nad Masrom, seorang kaunselor laktasi bertauliah dan merupakan satu-satunya jenama yang memberikan khidmat konsultasi sebelum membuat belian.
Numom menawarkan bimbingan kepada para ibu mengenai pemilihan pam yang betul dan juga bimbingan penyusuan. Ditubuhkan pada 2020, Numom (M) Sdn. Bhd. juga menawarkan pelbagai servis yang lain seperti webinar penyusuan, konsultasi bersemuka mahupun secara atas talian dan juga mempunyai e-book penyusuan yang tersendiri.
Pam Payudara Elektrik Berganda
Numom terkenal dengan produk utamanya iaitu pam susu elektrik Numom Light dan Numom Prime yang mempunyai sedutan persis hisapan bayi. Selain itu, Numom bukan hanya menghasilkan pam susu sahaja. Terdapat pelbagai kelengkapan penyusuan lain antaranya ialah bantal menyusu, bekas penyimpan susu ibu, alat pengering dan pembasmi kuman, buku penyusuan, pad termal dan juga alat pemanas susu.
Perkhidmatan Konsultasi Penyusuan
Selain mengeluarkan produk utama iaitu pam susu, Numom satu-satunya jenama pam yang menyediakan perkhidmatan konsultansi oleh kaunselor penyusuan tentang pemilihan pam susu yang betul.
Numom turut mempunyai team Numompreneur dan reseller yang terlatih serta majoriti telah ditauliahkan sebagai kaunselor penyusuan.
Menerbitkan Buku Mudahnya Penyusuan
“Indahnya bila dapat melalui saat-saat berharga menyusukan bayi tercinta..” Itulah yang diimpikan oleh setiap ibu yang berhasrat menunaikan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Namun, realitinya mungkin berbeza apabila penyusuan susu ibu itu tidak semudah yang disangka. Disebabkan itu jugalah Puan Nad berusaha menerbitkan buku Mudahnya Penyusuan selain pam susu Numom.
Sentiasa memberikan mommies aura dan semangat yang positif untuk terus menyusukan anak sehingga 2 tahun tanpa putus asa itulah antara matlamat penubuhan Numom oleh Puan Nad Masrom.
Anak kesayangan pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya dua hari lepas, ternyata gelagat comel Isaac amat menghiburkan malah sentiasa menceriakan ibu dan ayahnya.
Selepas sambutan majlis hari lahir Isaac yang diadakan bersama ahli keluarga, Isaac turut menerima hadiah kereta comel sebagai hadiah hari lahir.
Seronok melihat aksi comel Isaac yang tekun mencuci keretanya dan begitu tertarik dengan hadiahnya. Comel.
Malah menurut kata Zahirah menerusi perkongsiannya di Insta Story, selera Isaac kini makin bertambah malah tidak mahu makan makanan bayi, sebaliknya begitu berselera sebaik disuapkan makanan orang dewasa.
“Oma baru datang 2 minggu Isaac dah naik 1 kg.
“Tak nak makan baby food. Nak makan macam orang besar,” kongsi Zahirah sambil memuat naik sekeping gambar Isaac yang disuap nenek tercintanya.
Paling menarik rupanya anak kelahiran bumi Australia ini begitu berselera sekali makan nasi berkuahkan masak lemak bersama ikan kembung.
“Lahir kat Australia tapi makan kuah lemak dan ikan kembung. Tetap tekak melayu,” kongsi Zahirah lagi.
Terdahulu, Zahirah turut memuat naik video detik kelahiran si comel Isaac pada 5 Januari lalu ketika umur Isaac Raes genap setahun. Semoga Isaac terus membesar dengan sihat malah melengkapkan bahagia keluarga kecilnya.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.