Bila anak tidak pandai bergaul dan pemalu bukanlah sesuatu yang janggal. Tapi jika keterlaluan, ia perlu ditangani awal. Malu tidak bertempat adalah salah satu petanda tidak yakin diri.
Dalam buku Bright Start karya Dr Richard Woolfson seorang pakar psikologi, si kecil ini bukan lagi bayi dan rasa takut kepada orang asing semakin hilang. Pengalamannya sendiri dan peranan ibu bapa mampu memupuk keyakinan diri dalam diri anak-anak.
Ads
Imej positif perlu dipupuk awal agar si kecil membesar menjadi seorang yang yakin pada dirinya sendiri dan tidak mudah berasa putus ada dalam menerokai perkembangan diri.
Pada usia ini sifat malunya menjadi semakin berkurangan. Dia juga semakin kurang bergantung kepada mama dan papa.
Yakin diri membolehkan si manja mencuba sesuatu yang baru tanpa teragak-agak dan terlalu takut untuk gagal. Ia juga bermaksud mereka tidak takut untuk mendekati teman baru untuk berkawan, dan untuk menguruskan masalah mereka mungkin bertemu di sepanjang jalan. Keyakinan diri semasa kecil adalah asas yang kukuh untuk si manja dalam menghadapi cabaran kehidupan pada masa akan datang.
Ads
Ads
Yakin diri, kenapa penting?
1.Memberikan imej diri positif yang akan menggembirakan dan memudahkan proses perkembangan.
2.Mudah menyesuaikan diri dalam suasana baru misalnya di taska atau di majlis.
3.Berupaya mempertahankan diri dari segi fizikal dan mental.
4.Mengatasi halangan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
5.Tahu berdiplomasi dengan baik.
6.Boleh menerima teguran dan komen negatif tentang dirinya.
7.Bertanggungjawab kepada tugas yang diberikan kepadanya.
8.Kekuatan emosi atau emotional intelligence yang memainkan peranan penting dalam kawalan emosi diri.
9.Kajian menunjukkan bahawa apabila si manja mempunyai keyakinan diri yang rendah mereka tidak yakin berbuat sesuatu untuk diri sendiri atau menggunakan kebolehan dan bakat mereka dengan cara yang terbaik.
10.Memberikan impak kepada kesihatan fizikal dan emosi. Kurang yakin diri juga menyebabkan masalah kesihatan di kemudian hari seperti menyebabkan tekanan perasaan, penyakit jantung koronari dan peningkatan dalam tingkah laku anti-sosial.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tugas untuk mendidik dan membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Cara didikan juga perlu berbeza antara anak lelaki dan perempuan. Ada caranya yang tertentu bagi memastikan mereka membesar sebagai individu yang terbaik.
Ketika mendidik anak perempuan sepanjang proses tumbesaran mereka, perlulah dielakkan enam perkara ini. Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Aminah Mat Yusoff, semoga menjadi panduan buat ibu ayah di luar sana.
Pesan Imam Al-Ghazali..Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan.
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW : عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas. Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga. Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata. Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ngungkit Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan. Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya. Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja. Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta. Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna, a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia. Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak. Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya.
Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka. Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
-Aminah Mat Yusoff – #BicarakuKeranaAllah #AllahSentiasaDhati
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau nak anak IQ tinggi, didik anak pandai berdikari dan yakin diri. Ada perkara mesti ayah ibu kena lakukan segera. Oleh itu, otak si kecil perlu dirangsang dengan pelbagai maklumat yang positif. Perkembangan otaknya boleh dirangsang antaranya melalui perkembangan kecerdasan intelektual (IQ) emosinya. Setiap ibu bapa perlu tahu bagaimana menggalak perkembangan kecerdasan emosi si kecil di dalam persekitarannya.
Hakikatnya stimulasi adalah cara otak mencetak pelbagai maklumat yang diperolehnya. Kebanyakan stimulasi berkenaan terhasil daripada contoh yang ditunjukkan ibu bapa. Kanak-kanak yang mempunyai tinggi tahap IQ emosinya dapat mengatasi perasaannya marahnya dan mudah mempunyai kawan-kawan berbanding kanak-kanak yang rendah IQ emosinya. Malah ia juga membuatkan kanak-kanak menjadi seorang yakin, berdikari, bertanggungjawab dan pandai dalam pergaulannya.
Terdapat beberapa panduan yang boleh digunapakai untuk merangsang IQ emosi anak.
1.Hadkan emosi anak anda.
Disebalik kata-kata, “Tiada sebab untuk marah” apabila anak anda mula buat perangai dan meragam kerana dia tidak berjaya mencantumkan jisaw-pazzle dengan baik, kemudian katakan kepadanya, “Adam merasa sungguh kecewa tak sebab tidak dapat cantumkan jisaw-pazzle tu?” Beritahu kepadanya tidak balas perasaan begitu tidak sesuai atau agak keterlaluan dan dia patut cuba mengatasinya. Katakan kepadanya,”Adam kena perlu berusaha lagi sehingga berjaya.”
2.Nasihat dalam bentuk pengajaran.
Jika anak anda sedih apabila mendapat tahu bahawa dia perlu berjumpa dengan doktor gigi, bantu tenteramkan perasaannya. Bercakap dengannya kenapa dia mempunyai perasan takut, apa yang diharapkan semasa berjumpa doktor dan jelaskan kenapa dia perlu berjumpa dengan doktor. Ceritakan mengenai waktu anda merasa takut contohnya ketika mendapat kerja ditempat yang baru. Dengan ini dia akan faham
bahawa semua orang perlu berani untuk mendapatkan kehidupan yang baik.
3.Gunakan konflik untuk mengajar selesaikan masalah
Jika anak anda menunjukkan sikap ingin menang dengan anda atau kanak-kanak lain, pastikan anda menghadkan sikapnya itu dan beri panduan untuk menyelesaikan masalah itu. Contohnya, anda boleh berkata,” Mama tahu, Adam marah dengan adik kerana ketuk Adam dengan penyangkut baju, tetapi Adam tidak boleh membalasnya. Cuba Adam fikir cara lain untuk lepaskan kemarahan Adam?” Jika anak anda tidak mempunyai sebarang alasan, beri dia pilihan. Katakan kepadanya untuk menguruskan kemarahan itu, cuba tarik nafas sedalamnya dan hembuskan maka perasaan itu dapat diatasi .
4.Buat contoh untuk tenangkan dirinya
Anda pastinya ingin mengetahui bagaimana tindak balas emosi yang ditunjukkan oleh anak anda. Adalah penting anda tidak menggunakan bahasa yang agak kasar apabila anda marah kepadanya. Cuba bercakap, “Kelakuan Adam tu buat Mama sedih,” daripada bercakap “Adam buat Mama pening kepala,” jadi anak anda akan memahami bahawa masalah itu terjadi kerana sikapnya bukan kerana dirinya. Elakkan daripada mengkritiknya kerana akan membuatkan dia merasa kurang yakin pada dirinya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan semua anak tahu apa yang mereka minat seawal usia 7 tahun, tapi Zidane Yusuf Iskandar dah jumpa “cinta pertamanya” dalam dunia permotoran sejak kecil lagi! Bukan bola, bukan badminton, tapi go kart jadi pilihannya.
“Ayah yang kenalkan sukan ni. Saya suka sebab dia laju dan mencabar,” kata Zidane yang kini baru berusia 9 tahun.
Siapa sangka, dari hanya ikut ayah ke litar, kini Zidane dah pun mula bersaing dengan pelumba-pelumba yang jauh lebih berpengalaman.
Latihan? Zidane tak main-main. Dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali dia akan ke litar. Kadang kala, sampai petang, lebih-lebih lagi bila cuti sekolah.
“Ikut jadual juga, kadang masa sekolah pun sempat latihan.”
Bukan semua anak seusia Zidane berani berlawan dengan pelumba senior. Tapi bagi si kecil ini, itu cabaran yang buat dia makin semangat.
“Saya excited nak compete dengan mereka,” katanya bersungguh.
Malah, dalam pertandingan pertamanya, Zidane berjaya dapat tempat ke-6!
“Lepas ni saya harap boleh menang nombor 1!” katanya penuh harapan.
Baru-baru ini pula, Zidane berjaya meraih tempat ketiga dalam KRD Karting Competition yang berlangsung di RUD Sepang, kategori Cadet – satu lagi bukti bakatnya yang makin menyerlah!
Zidane memang serius. Idola dia ialah Ayrton Senna, lagenda F1 yang dihormati dunia. Bagi Zidane, Senna bukan sekadar pelumba, tapi simbol semangat juang dan keberanian yang tinggi.
“Saya nak jadi pemandu F1 yang hebat,” katanya tanpa ragu.
Setiap kali di litar, Zidane akan bayangkan dirinya seperti Senna—fokus, tenang dan berani ambil risiko. Dia juga gemar menonton semula perlumbaan-perlumbaan lama idola F1 itu sebagai inspirasi dan pembelajaran. Impiannya besar, tapi dia tahu semuanya perlu bermula dari kerja keras dan kesungguhan sejak sekarang.
Bila ditanya, ayah Zidane, Encik Dzikri Iskandar berkata,
“Kita pernah cuba sukan lain, tapi bila cuba go kart, minat dia terus melekat.”
Bukan sekadar sokong, ayah juga turun padang main bersama.
“Kanak-kanak mudah hilang fokus, jadi saya tak push. Saya join dia bermain.”
“Insyallah, kita harap dia boleh pergi lebih jauh. Kalau boleh, sampai ke F1. Yang penting, dia ikut haluan yang betul dan terus improve,” tambah ayahnya.
Beliau juga menekankan pentingnya disiplin, sokongan moral serta keseimbangan antara minat dan pelajaran.
“Kita tak nak dia stress atau hilang semangat. Asalkan dia enjoy dan terus berusaha, itu sudah cukup membanggakan kami sebagai ibu bapa.”
Minat anak bukan boleh dipaksa, tapi bila kita kenal pasti apa yang buat mereka bersinar, sokongan ibu ayah boleh jadi titik tolak kejayaan mereka. Zidane dan ayahnya bukti bahawa impian besar boleh bermula dari minat kecil di usia muda.
Jadi, mama papa… dah ready nak bantu anak temui potensi sebenar mereka?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...