Tahukah anda, menurut Kelli Chen, seorang Pakar Psikiatri Kanak-kanak di John Hopkins University, kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam (intense interest) terhadap sesuatu objek, akan memiliki kebijaksanaan ‘above average’ atau kebijaksanaan lebih dari tahap biasa.
Menurut kajian juga, antara objek yang menjadi obsesi kanak-kanak yang berusia di antara 2 hingga 6 tahun adalah kenderaan seperti kapal terbang, keretapi, kereta dan juga DINOSAUR. Usia ini adalah fasa ‘imaginative play’ di mana tahap imaginasi kanak-kanak sangat tinggi.
Kredit: google
Berikut perkongsian dari Perunding Keibubapaan, Parent Connect Noor Afidah Abu Bakar.
Antara kebaikan minat yang mendalam terhadap dinosaur (dan objek lain yang disebutkan) kepada perkembangan kognitif dan sikap kanak-kanak adalah:
Ads
1) menambahkan pengetahuan 2) meningkatkan kegigihan 3) memperbaiki daya tumpuan. 4) membina skil memproses maklumat.
Oleh itu, ibu bapa layanlah anak-anak yang main dinosaur, tidur dinosaur, menyanyi dinosaur, menonton dinosaur, bercakap dinosaur, membaca dinosaur dan segalanya dinosaur. Ada kebaikannya kepada perkembangan kognitif atau otak mereka.
“Hairan saya, anak saya tahu nama-nama dinosaur. Dia boleh hafal semua. Nama yang panjang-panjang pun dia boleh hafal.”
Ads
Adakah anak anda begini?
Berapakah nama dinosaur yang anda sendiri hafal?
Menurut Kenneth Lacovara, seorang Paleontologis ataupun pakar pengkaji fossil, mengetahui nama-nama dinosaur merupakan masteri atau kepakaran yang sangat membanggakan bagi kanak-kanak. Kepakaran yang mereka miliki itu tidak dimiliki oleh ibu bapa mereka. Inilah antara sebab yang mendorong kanak-kanak untuk menggali lebih maklumat tentang dinosaur dengan bermain, menyoal, menyiasat, meneroka dan membaca.
Walau bagaimanapun, didapati minat yang mendalam terhadap dinosaur ini hanya panas selama 6 bulan hingga 3 tahun sahaja. Salah satu sebab utama minat ini berkurangan adalah kerana kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Mereka perlu beri tumpuan kepada banyak lagi subjek dan penekanan tidak diberikan kepada DINOSAUR.
Jika ada di antara anak anda yang terus meminati dinosaur walaupun sudah bersekolah, kajilah laluan untuk menjadi seorang PALEONTOLOGIS.
Anak saya juga pernah meminati dinosaur dan saya pernah hafal nama dinosaur.
Saya pernah bercita-cita hendak menjadi seorang arkeologis tetapi cita-cita masih tinggal cita-cita.
Mempunyai anak bermakna anda sebagai ibu bapa perlu mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mengikut tahap umur mereka itu sendiri.
Di antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu? Ikuti perkongsian ini.
1. Bercakap.
Usia KRITIKAL : 0-2 tahun.
Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia. Bercakap penting utk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya org sekeliling tahu apa yg hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.
Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia,iaitu dlm masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak,bagi salam… say ‘hi’,cium…. peluk,cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak mcm tak betul sikit bila duduk dekat ward,kita sorang2 dok sembang sambil bagi eye contact kat baby. Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia,nak2 dlm dua tahun pertama.
Seringkali saya tanya pada parents,’anak sudah boleh bercakap atau belum?’ Kebanyakannya jawab ‘dah,ada cakap… ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.’ Saya cakap,itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact,kena ada anak menjawab balik pertanyaan,sahut panggilan nama dari mak ayah,memanggil,bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital,ada seorang ibu ‘bercakap’ dengan anaknya yg setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! ‘B.U.K.U… BUKU!’ Agaknya dia target anak dia utk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa,saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan ‘belajar’ melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yg tak kena je,mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!
Rimas saya tengok!
MENGEJA bukan bercakap!
MEMBACA bukan bercakap!
MENGIRA bukan bercakap!
Bercakap kena ada eye contact.
Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak.
Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya.
Bercakap adalah komunikasi,ada org yg mendengar,ada org yg membalas balik.
Bercakap kena ada peniruan,baik meniru dari segi gaya atau bunyi bunyian.
Pemberian gadget dan belajar di usia ini?
Kalau boleh,elakkan!
2. Menconteng & Melukis
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Penting untuk anak anda belajar memegang pensel atau crayon atau berus lukisan yg besar pada ketika ini utk sesi menconteng.
Kalau risau anak conteng dinding,belikan kertas mahjong besar2,tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih,catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat,redha je la dinding rumah kena conteng.
Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya.
Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan.
Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain).
Menconteng mewujudkan midline crossing abilities.
Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).
Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas,atas lantai,dekat dinding,buku… kita dah dewasa ni,tolonglah fikirkan cara terbaik utk menggalakkan anak2 menconteng. Ikutlah masing2 nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke…. yg penting,fikirkan cara!
Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu… guna ranting kayu… tak kesah apa pun,asal anak boleh conteng.
Waktu usia ni,janganlah force anak utk menulis sangat. Asyik2 nak suruh tulis ABC,nombor,huruf jawi…
Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG.
Lukislah bentuk2 yg ada di sekeliling kita.
Lukislah haiwan,tumbuhan,rumah,atau apa saja.
Layankan anak melukis.
Gunalah water colour,crayon atau apa saja alatan melukis.
Tak rugi spend duit beli benda2 ni semua. Tak rugi!
3. Mewarna.
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Ajarlah warna di usia ini. Aktiviti mewarna membantu anak2 membentuk garisan lurus,menegak,menyerong,membulat dan sebagainya.
Warna lukisan yg diwarnakan biarlah padan dengan usia anak. Janganlah disuruh mewarna lukisan yg complex. Kalau boleh,elakkan mewarna lukisan yg di dalam gadget.
Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa2 makna kepada otot tangan. Mcm mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini,tak payahlah risau kalau anak2 masih lagi tak pandai warna dlm garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yg penting,dia tahu nak warna kat mana.
Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna.
Tak payah bawak pergi mall,mewarna kat bahagian2 yg ada lukisan2 utk diwarnakan,lepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family,suruh anak usia ni warnakan. Simple. Menjimatkan yg amat.
4. Menulis dan membaca.
Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun
Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun
Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas.
Usia yg dikira LEWAT utk boleh membaca: 11 tahun.
Logically,bila anak dah belajar garisan yg banyak2 melalui menconteng dan mewarna,persiapkanlah dirinya utk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.
Boleh ajar menulis di satu sesi,kemudian ajar mengenal huruf di sesi yg kemudiannya…. pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yg paling awal! Belum terlewat lagi.
Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf,bunyi2 huruf… mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.
Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat,insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.
Kalau kita ‘terbalikkan’ semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.
Kalau terasa ada kesannya,jangan segan nak bawa jumpa therapist utk betulkan masalah yg ada.
Penyakit tangan, kaki dan mulut atau hand foot and mouth (HFMD) kerap menjangkiti kanak-kanak termasuk bayi. Mama papa wajib tahu mengenai penyakit ini.
Pada musim perayaan dan keraian ini boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit ini. Apatah lagi jika anak-anak yang dijangkiti tidak dikuarantin dan dibiarkan keluar bebas bermain dengan anak-anak yang lain.
HFMD ialah penyakit berjangkit kanak-kanak bawah usia 10 tahun yang mengakibatkan lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil akan membentuk ulser kecil manakala pada tangan, kaki dan kawasan lampin pula dijangkiti ruam yang melepuh berisi air. Mama papa perlu mendapatkan rawatan dan pengesahan daripada doktor bagi memastikan penyakit ini.
SIMPTOM HMFD
Berikut ialah ciri-ciri HMFD. Mama dan papa peka pada perubahan diri si manja untuk pengesanan awal.
BAGAIMANA IA MEREBAK?
Penyakit tangan, kaki dan mulut HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Tidak terhad kepada kanak-kanak, individu dewasa juga boleh dijangkiti. bagaimana pun bayi dan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun paling mudah dijangkiti HMFD.
BERISIKO TERJADI DALAM KELOMPOK
HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan atau berada pada lokasi bersama. Ia boleh merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau sentuhan kepada air liur yang membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain. Walau pun HMFD biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati boleh menimbulkan komplikasi merbahaya apabila melibatkan sistem saraf dan jantung.
PERLU RAWATAN SEGERA
mama dan papa yang mendapati si manja mempunyai simptom HMFD perlulah segera membawa mereka mendapatkan rawatan. Kepekaan kepada sebarang perubahan tingkah laku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk,segera membawa anak mereka ke hospital untuk mengelakkan perkara tidak diingini.
PERLU BERTANGGUNGJAWAB ELAK JANGKITAN
Pada musim perayaan ini, elakkan daripada membawa anak yang mengalami HMFD keluar bagi mengelakkan jangkitan. kuarantinkan mereka untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain ialah tindakan yang bertanggungjawab. Elakkan juga menghantar mereka ke tadika, taska atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan. Sentiasa basuh tangan selepas menyentuh anak yang sakit dan sebelum menyentuh anak lain yang sihat untuk mengelakkan jangkitan.
Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis. Pastikan anda juga tidak membiarkan anak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
Paling mustahak mama papa wajib memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak buat perangai, jangan cepat naik angin tapi ibu ayah kena tahu cara untuk ‘handle’ situasi tersebut. Kalau sama-sama mengamuk, makin teruklah keadaan nanti.
Penat memandu pulang dari kerja tak hilang lagi, tapi sampai di rumah anak sudah menangis minta ke taman permainan. Dalam fikiran terbayang banyak tugas menanti di dapur. Mana satu nak didahulukan? Layan anak mengamuk nak ke taman permainan atau biarkan sahaja sebab tengah mengejar masa yang semakin suntuk?
Itu mungkin dilema kebanyakan ibu bekerja yang ada anak kecil berusia antara 2 hingga 3 tahun. Si kecil usia ini memang biasa menggunakan senjata mereka paling ampuh iaitu menangis dan mengamuk untuk memenuhi apa yang dikehendaki. Oleh kerana papa dan mama ‘tak kuasa’ nak layan tangisan dan amukan mereka maka biasanya semua kehendak si kecil akan dipenuhi.
Tetapi perlu diingat, jangan sampai anak menjadikan senjata ini untuk melemahkan anda dan menguasainya. Jangan sampai tantrum menjadi sebahagian daripada rutin harian si kecil. Paling penting sekali papa dan mama kena tahu apa punca anak mengamuk. Bila faham karektor anak dan punca dia suka mengamuk, maka mudahlah nak kawal situasi tersebut. Taklah sampai anak menangis dan mengamuk, papa atau mama pun sama naik angin.
Apa punca si kecil mengamuk
Apa yang mencetuskan anak anda kerap mengamuk? Anda sebenarnya boleh bantu mengelakkan sesi jerit pekik yang berpanjangan jika tahu apa yang menyebabkan anak anda kecewa hingga mengamuk. Apa pun, sebagai ibu bapa anda sebenarnya lebih faham perangai anak dan cuba elakkan daripada mencetuskan kemarahan anak dengan buat beberapa perkara ini.
1. Elak situasi menyebabkan anak mengamuk
Anak belajar daripada reaksi anda sendiri. Kalau anda biasa belikan dia gula-gula di pasaraya bila dia menangis mahukannya, maka tahulah dia yang teknik menangis boleh bantu dapatkan apa yang dia mahu.
2. Jangan jadikan ia ‘pertunjukan’
Kalau anak nak buat perangai di tempat awam, cepat-cepatlah cari tempat yang lebih tersorok. Bukan apa kalau nak tegur anak tak adalah dapat perhatian daripada orang lain. Tapi kalau tak ada pilihan, buatlah sesuatu supaya anak boleh berhenti menangis atau berguling di lantai. Tak payah risaukan orang lain sebab percayalah yang ibu bapa lain pun faham situasi ini kerana mereka pun ada anak kecil.
3. Bercakap bila anak sudah bertenang
Bila anak dah bertenang sikit, anda pun kena kekal bertenang dan jangan cuba ‘menjolok’ kemarahan anak semula. Bila emosi mereka sudah di bawah kawalan, inilah masa untuk menasihat, mendidik dan tetapkah had.
4. Cuba teknik mengalih perhatian
Contoh kalau anak ada ciri-ciri hendak mula buat perangai, anda cepat-cepatlah buat muka kelakar atau lawak yang boleh menyebabkan dia ketawa lalu terlupa hal sebelum ini. Tapi kalau dia tengah mengamuk, biarkan dia “lepaskan” dulu perasaan marahnya dan bila sudah selesai baru anda alihan perhatiannya.
5. Selalu puji anak untuk bersikap baik
Kanak-kanak usia ini memang suka kalau dipuji. Selalulah puji mereka jadi anak yang baik, yang pandai, mendengar kata dan lain-lain lagi ayat-ayat positif. Sedikit sebanyak ia dapat menyuntik semangat dalam diri si kecil bahawa pentingnya bersikap baik supaya disayangi oleh semua ahli keluarga.
Tak mudah hendak faham perangai anak usia ini tapi bila sudah berjaya memahaminya, mudah sebenarnya untuk anda elakkan mereka daripada buat perangai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.