Citarasa kita tidak sama. Ada ibu yang gemar mengumpul kelengkapan dan perkakasan dapur hingga lengkap, namun ada juga yang gemar bergaya dengan barangan mewah, handbag dan baju berjenama.

Semuanya dianggap satu kepuasan untuk kita. Ganjaran untuk diri sendiri yang kepenatan bekerja. Namun ada juga yang lebih suka mengumpul emas.

Minat mengumpul emas sememangnya dilihat sebagai pelan jangka masa panjang yang cukup menguntungkan malah jika sebarang kecemasan berlaku, emas antara aset yang pastinya dapat membantu.

Seronoknya Bawa Duit Kepok-Kepok, Beli Emas Guna Duit Simpanan RM5 Je, Bila Dapat Puas Hati!

Idea yang dikongsikan oleh ibu ini, Chienta Mul’aein II ini memang seharusnya dipuji. Demi minat serta memikirkan kepayahan yang pernah dilaluinya suatu ketika dahalu, dia tekad mengumpul emas. Malah paling menarik dia punya cara sendiri untuk memastikan emas terkini menjadi miliknya saban tahun.

Tak perlunya usaha yang tinggi, duit tabungan bernilai RM5 yang dikumpulnya sejak awal tahun menjadi cara terbaiknya untuk mendapatkan emas. Terbaik!

Seronoknya Bawa Duit Kepok-Kepok, Beli Emas Guna Duit Simpanan RM5 Je, Bila Dapat Puas Hati!

Sis nak share lagi tips untuk suri rumah.

Dari awal kahwin sis didik diri untuk simpan duit RM5, duit belanja/nafkah suami bagi.

IKLAN

Setiap kali balik kedai ada je note RM5 terus masuk tabung..(kalau mampu RM20 pun boleh buat). Tak kira ada baki 4 keping duit RM5 sis tetap akan simpan.

Sis hanya akan guna bila BETUL2 TERDESAK!
Duit hasil meniaga, cod barang pun kalau ada RM5 sis simpan.
Cukup setahun hasil dia sangat-sangat la memuaskan, tak banyak tapi ada.

Tiap hujung tahun sis shopping emas dengan duit RM5. Pernah la sis kena perli dengan pasangan suami isteri dekat kedai emas masa bagi duit RM5 ni.

Seronoknya Bawa Duit Kepok-Kepok, Beli Emas Guna Duit Simpanan RM5 Je, Bila Dapat Puas Hati!

Katanya “nak beli emas pun korek tabung ke?” Sis senyum je.. bila diorang keluar tanpa beli apa-apa sis cuma cakap korek tabung pun takpe ada juga hasil nya.

Sis tak malu pun p beli emas guna duit RM5 (tambah duit lain kalau terover shopping)
Kedai emas tu pun tau dah ha.

IKLAN

Sis ada terbaca ada yang tak minat emas.
Sis tak kisah cuma nak share sikit cerita sis.
Dulu mula-mula kahwin pun sis tak minat emas.
Time tu kemalangan dengan suami, duit tak ada. Pinjam orang tak ada yang nak tolong.

Sedih sangat, last choice sis pergi gadai cincin tunang, dapat la suami baiki kenderaan kami.

Seronoknya Bawa Duit Kepok-Kepok, Beli Emas Guna Duit Simpanan RM5 Je, Bila Dapat Puas Hati!

See kita rasa kita tak minat tapi fikir panjang, beli je simpan buat kecemasan kalau tak ada duit sebab emas tu beli tukar jadi duit cash.
Emas makin lama makin naik.

Cincin sis masa kahwin RM400 je, sekarang harga dah dekat RM800+…
Tak rugi pun.. duit ni kalau simpan habis tipu la kalau tak terguna. Sis dah try simpan duit cash.. haishh sekali keluar itu ini nak beli.
Tak nak emas goldbar pun boleh.

Tapi kena ingat jangan lupa bayar zakat emas kalau dah cukup syaratnya.

IKLAN

Menarik: Tiap Kali Hulur Duit Pada Isteri, Suami Mesti Niatkan Sebagai Hibah, Bukan Sedekah

Seronoknya Bawa Duit Kepok-Kepok, Beli Emas Guna Duit Simpanan RM5 Je, Bila Dapat Puas Hati!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Chienta Mul’aein II

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI